Pages

Tuesday, November 18, 2014

Komen kepada suami curang...

Sebahagian komen Saiful Nang yang saya ambil di fbnya...... 

Dulu masa kahwin, sama-sama ketat, sama-sama garing, sama-sama cantik, sama-sama memuaskan hati satu sama lain. Jika buat video kahwin tu sikit punya romantik lagi. Lepas dah kahwin dan anak beberapa orang boleh pula sorang sahaja yang jadi tua, yang lelaki boleh maintain muda. Ini semua kahwin kerana l-----g. Kalau kahwin kerana Agama insya Allah tak jadi macam ini. Rasakanlah sentimental value dengan isteri kita kerana dulu kita dapat dia brand new koyak plastik lagi. Masa kita dapat isteri tu, masa tu kita pun taklah kaya mana, sengkek juga. Isteripun bersabarlah dengan suami seadanya. Tapi bila suami dah naik market value, dia boleh buang sahaja isteri yang dah bersusah payah.

Kalau nikah lagi satu pun dah boleh jadi perang, inikan pula terlanjur. Tapi kalau dah sampai 6 tahun terlanjur sebenarnya perkataan TER itu sudah tidak sesuai. Yang sesuai ialah MELUNJUR.

Isteri yang kita nikahi yang menjaga kehormatannya kepada kita semasa penyerahan dengan maharnya, mulanya itulah yang terbaik untuk refleks kehebatan seorang suami membentuk dan membimbing. Selepas berkahwin, yang baru itu dilanyak sampai lunyai. Perut yang dulu tegang dah jadi macam kulit limau kerana dari situ telah mengandungkan anak-anak dari benih lelaki itu sendiri. Bila dah tak cantik pandai pula cari yang tegang dan ketat. Kalau itulah konsepnya, nanti yang tegang dan ketat itu juga akan kendur dan jantan begini akan berpindah cari yang lain juga.

Kalau isteri itu kerjanya melayan nafsu sahaja, bila mahu boleh dapat dan tak perlu beranak, tak perlu menyusu anak, tak perlu memasak, tak perlu mengemas rumah, tak perlu nak jaga makan minum laki, tak payah nak menjaga suami, tak perlu nak bekerja tolong cari rezeki barulah boleh isteri kita tu ketat dan anjal sepanjang masa. Yang komplen isteri dah tak tiptop tu tengok juga diri sendiri adakah masih tiptop atau sudah masuk level second hand high mileage.

Kahwin manusia bukan macam kahwin lembu. Lembu tu bolehlah main tenggek mana-mana dia suka. Tapi dia itu lembu lah. Sebab itulah surah Al-Baqarah (lembu betina) tu Allah hentam kita 3 juzuk terus. Nampak betul manusia orang yang masih banyak berperangai seperti lembu lagi. Lembu makan, lembu cari makan, lembu tidur dan lembu juga mengawan dan lembu akan mati akhirnya. Maka, jika begitulah hidup lelaki itu, sama sahaja dengan lembu. Jangan kahwin macam kahwin lembu, nikahi isteri kerana Allah.

No comments:

Post a Comment