Pages

Sunday, September 27, 2015

Sebelum kita mengkritik...........

Asyraf Farique menulis di Fbnya....

Sebelum kita mengkritik dan mendedahkan keburukan tentang sesuatu, kita kena jelas objektif kita.

Di sini letaknya pertimbangan, neraca mana yang lebih berat kesan daripada kritikan dan pendedahan kita. Kebaikan atau keburukan yang akan timbul?

Pernah sekali, ketika mengerjakan umrah semasa Ramadhan lepas, saya dan sepupu Fahmi Maslan bercadang ingin menerbitkan sebuah buku, mengkritik banyak perkara tentang Saudi, dari sudut sistemnya sehinngalah kepada Umat Islam yang beribadah di sana.

Tetapi kami terfikir, apakah kesan yang akan timbul jika kami berbuat demikian? Adakah sistem itu akan bertambah baik? Atau ianya menjadi peluru kepada musuh-musuh Islam untuk menembak umat Islam itu sendiri? Sekaligus memburukkan keseluruhan ummat Islam dan tanah suci mekah pada kaca mata mereka.

Perasaan yang sama juga hadir apabila saya membaca banyak pendedahan buruk tentang bangsa Melayu daripada orientalis barat, catatan penjajah, juga daripada orang Cina sendiri.

Soalnya dari mana mereka mendapat maklumat-maklumat yang memburukkan bangsa Melayu seperti ini?
Ianya bermula daripada kita. Kita mendedahkan kepada mereka aib bangsa kita. Kita memburuk-burukkan lagi keadaan bangsa kita. Kita kata bangsa kita pemalas, bodoh, banyak merempit, juara dadah, juara segala kebejatan moral yang melanda.

Kejayaan bangsa kita? Kita senyap-senyapkan sahaja. Mana orang akan hormat.

Sedangkan hakikatnya adalah berbeza. Saya teringat dalam satu catatan Rupert Emerson dalam buku direct indirect rule, orang Melayu tidak mahu bekerja di lombong-lombong milik British bukan kerana malas, tetapi kerana tidak mahu menjadi hamba kepada penjajah.

Itu baru satu contoh, belum lagi contoh bagaimana sejarah menukilkan perancangan rapi penjajah dalam menukar bangsa Melayu daripada sebuah bangsa yang hebat, bangsa pedagang dan peniaga kepada bangsa petani.

Daripada sebuah bangsa yang gah dengan tamadun pembuatan kapal, sekitar kurun ke 13 kepada bangsa yang hanya melihat pedagang pedagang datang pada akhir suku abad ke 19. Yang ada hanya sampan-sampan kecil.

Kita tidak tahu bagaimana penjajah membakar kapal-kapal kita? Memenjara engineer-engineer kapal kita? Memanggil lanun orang-orang Melayu yang belayar?

Kesimpulannya bila kita mahu mengkritik secara terbuka kita kena tahu kesannya.

Bayangkan apa akan terjadi kalau kita membuka aib keluarga kita secara terbuka?
Syarikat kita? Organisasi kita? Mesti kita ada cara untuk menyalurkan kritikan bukan?
Bukan semua perkara mahu diberitahu secara publik. Kelak ditakuti akan menjadi butir peluru musuh dan menimbulkan persepsi yang tidak baik orang kepada kita. Kita juga yang akan malu nanti.

Nasihat saya begitu juga apabila kita hendak mengkritik institusi-institusi Islam di negara kita? Jabatan-jabatan agama? Adakah yang bermasalah itu individu yang dipertanggungjawabkan ataupun institusi itu sendiri.

Hari ini jika kita lihat berapa ramai orang bukan Islam yang sudah mula bersuara mengkritik dan menghina JAIS, Tabung Haji, membodoh-bodohkan majlis fatwa kebangsaan, membodoh-bodohkan mufti kita, hatta khutbah jumaat yang disediakan Jakim juga sudah berani dikritik mereka.

Beringatlah sebelum mengkritik. Objektif kita sebenarnya apa? untuk menghentam dan menghancurkan atau mengislah dan membuat pembaikkan?

Fikir-fikirkan

Jangan kita terperangkap dalam permainan persepsi yang diciptakan musuh.

Wallahualam

Wednesday, September 16, 2015

FETYA - Harapan Ummah | Official Music Video

Parti Amanah Lahir Hari Ini


 


 

AIDCNews – 16/9/15 – Bertempat di Ideal Convention Centre Shah Alam, Parti Amanah Negara atau singkatannya AMANAH lahir pagi ini.

Mohamad Sabu disahkan menjadi presiden AMANAH, juga turut dilancarkan logo baharu parti dan pengenalan ahli jawatankuasa parti.

Dalam pidato presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, parti AMANAH akan meneruskan perjuangan Islam Almarhum Yusuf Rawa, Fadhil Nor dan Nik Aziz Nik Mat dalam meneroka ruang politik yang selari dengan slogan parti itu iaitu amanah, progresif dab peduli.

“Sejurus proses pengambilalihan wadah politik baruini sempurna, akan kami usahaan momentum perubahan politik melalui permuafakatan politik yang jujur dan komited terhadap perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik dengan penubuhan semula Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Turut hadir meraikan kelahiran parti baharu itu adalah pemimpin seumur hidup DAP Lim Kit Siang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail


















Berita akhbar:  http://www.sinar harian.com.my/politik/kelahiran-amanah-atas-desakan-rakyat-1.431603

Sumber:   https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/16/parti-amanah-lahir-hari-ini/

Monday, September 14, 2015

PAS perlu berpegang dasar perjuangan, jangan terpengaruh pujukan PKR - Aidit



 
Pada 14-09-2015 02:09 Ditulis Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
Post Pic
 
SHAH ALAM: PAS perlu sedar dan tidak terpengaruh lagi dengan permainan politik PKR yang mahu parti itu terus bersama gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
 
Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Dr Aidit Ghazali berkata, PAS perlu berpegang kepada prinsipnya sebelum ini seraya meminta supaya parti itu tidak termakan pujukan PKR dalam usaha memastikan parti dominan itu terus kekal bersama Pakatan Rakyat yang sedang bercelaru.
 
Menurutnya, PAS sudah banyak kali dicerca dan dihina oleh rakan komponen partinya DAP dan serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah).
 
"PAS perlu kembali semula kepada dasar politiknya iaitu politik itu satu ibadat. Jadi selagi PAS bermain politik, maka politik itu akan menjadi satu laknat.
 
"Satu laknat dalam erti kata, imej mereka akan terus tercemar, mereka akan terus diperbodoh-bodohkan dan lama kelamaan, mereka yang bukan merupakan ahli PAS tetapi orang yang simpati pada PAS dan sokong kepada PAS pun akan terasa di mana terletaknya maruah, intergriti sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam tetapi mengizinkan dirinya diperkotak-katik dan diperalatkan," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi hari ini.
 
Beliau mengulas mengenai hasrat PKR yang mahu mengadakan pertemuan tertutup dengan PAS hari ini bagi mencapai kata sepakat tentang hala tuju kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.
 
Pertemuan tertutup tersebut berlangsung di Ibu Pejabat PKR, yang dijadualkan pada jam 2.30 petang.
 
Susulan perjumpaan petang ini nanti, Aidit menasihatkan PAS supaya terus menjaga integiritinya yang mempertahankan perjuangan Islam.
 
"Jadi apabila PAS masuk untuk berbincang, letakkanlah maruah diri dan juga integriti sebagai tunjang yang perlu dipelihara.
 
"Undi manusia ini bukan sekadar boleh dibeli atau pun dipermainkan dengan perjuangan bersifat isu-isu, tetapi gerak hati manusia ini juga hidayat daripada Allah SWT, jangan sampai Allah SWT tarik hidayat itu daripada PAS bila Allah melihat bahawa pemimpin PAS tidak habis-habis sanggup untuk digadaikan permainan mereka oleh DAP atau pun PKR, atau pun mana-mana pihak yang sama fikrah dengan mereka," katanya.
 
Dalam perkembangan yang sama, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim pula menasihatkan supaya PAS mengambil percaturan yang bijak dan tidak termakan dakyah PKR dalam apa jua keadaan sama sekali pun.
 
Katanya, tambahan PAS adalah sebuah parti yang boleh berdiri sendiri berdasarkan sejarahnya dalam arena politik yang melebihi 50 tahun.
 
Sehubungan itu, Tunku Aziz meminta supaya PAS tidak takut dengan apa sahaja ugutan yang dilontarkan oleh PKR.
 
"PAS adalah sebuah parti yang lama dan sangat stabil, mereka sangat mengetahui apa yang akan mereka dapat jika mereka menyertai (Pakatan Rakyat 2.0), mereka juga tahu mereka bukanlah sebuah parti yang baru ditubuhkan semalam, mereka sudah lama dalam arena politik dan mereka tahu apa yang mereka boleh capai.
 
"Nasihat saya kepada PAS, supaya mereka berfikir dan membuat keputusan berhati-hati dengan apa yang mereka rancang mahu buat dengan Pakatan Rakyat 2.0 akan ada kesannya, terutamanya kepada orang Melayu dalam parti itu," katanya.
 
Beliau turut meminta PAS memikirkan kesan jangka panjang sekiranya parti itu terus menjadi alat kepada PKR yang jika terus dilayan berkemungkinan besar boleh memecahkan undi Melayu sekiranya PAS menyertai Pakatan Rakyat 2.0.
 
"Apakah mereka sungguh mahu orang Melayu berpecah pada masa akan datang? Sebab saya rasa walaupun mereka (PAS) adalah sebuah parti Islam, mereka adalah parti Melayu yang pertama sebab mereka yang beri sokongan kepada parti itu, ianya bukan parti Islam semata-mata, tetapi ia adalah sebuah parti Islam yang ramai orang Melayu menjadi ahlinya, dalam kes ini, kamu mesti menjadi Melayu dulu dan baru kamu boleh jadi Muslim.
 
"Jadi ingat, mereka perlu ingat yang mereka ada obligasi untuk menyatukan orang Melayu dan bukannya memecahkan orang Melayu," ujarnya.
 
Sumber: antarapos.com
 

Saturday, September 12, 2015

BAJU KUNING DAN BAJU MERAH


Semua orang bersetuju dengan hak kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun. Saya hanya menyokong jika ia dilakukan dengan tujuan yang syar’i dan mengikut adab dan undang-undang negara.

Sebagaimana saya tidak setuju dengan perhimpunan baju kuning kerana implikasi atau akibat yang tidak menentu kepada politik dan kestabilan negara begitu juga saya menilai perhimpunan baju merah.
Islam mengira akibat dan tujuan sesuatu perkerjaan.


“al umur bi maqasidaha” ertinya; hukum sesuatu pekerjaan mengikut tujuan pekerjaan tersebut. Islam juga bersikap proaktif (menghalang sesuatu keburukan sebelum ia berlaku) jika satu satu perkerjaan membawa akibat yang tidak baik kepada kepentingan umum.

Baju kuning atau baju merah yang popular dengan Colour Revolution digunakan oleh puak-puak tertentu untuk tujuan politik masing-masing. Tujuan tujuan politik seringkali membelakangkan kebenaran, kemaslahatan dan kepentingan umum.

Sebagaimana kita tidak mahu pengaruh dan kepentingan asing masuk melalui baju kuning begitu juga kita tidak mahu “baju merah”digunakan digunakan untuk melindungi penyelewengan, skandal atau mengalih pandangan masyarakat daripada isu sebenar kepada isu yang diada-adakan.

Saya menjunjung tinggi perjuangan memartabatkan bangsa dan agama serta meletakkan perpaduan dan kesatuan umat keutamaan yang tertinggi pada setiap masa, tetapi tidak setuju jika ianya hanya digunakan untuk tujuan politik.

Saya berpendapat perpaduan umat dan agenda memartabatkan bangsa hendaklah dilakukan dengan usaha bersepadu dan konsisten dengan menjunjung perlembagaan, melaksanakan undang undang dengan efisien tanpa dipengaruhi oleh kehendak kehendak politik dan perancangan yang jitu, jujur dan telus bertitik berlandaskan hak, keadilan, fakta dan sejarah.

Kita tidak wajar mengimport budaya politik yang di panggil “Colour Revolution” ke negara ini seperti yang berlaku di Bangkok dan negara negara lain yang mengakibatkan negara terjerumus dalam kekusutan politik yang rumit dan rakyat disibukkan dengan isu-isu palsu, untuk kepentingan golongan politik yang tamak dan terdesak.

Saya menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya meletakkan kepentingan negara, keharmonian dan kestabilanm di tempat tertinggi serta memilih keikhlasan, kejujuran dan kebenaran dalam menyelesaikan segala permasalahan. Jangan heret negara dalam krisis politik yang merosakkan, lantaran takut berdepan dengan kegagalan politik sebaliknya beranilah untuk membuat pembetulan dengan ikhlas mengikut lunas-lunas akhlak, moral, undang-undang dan perlembagaan.

Sumber: Fb Ustaz Abdullah Zaik

Sunday, September 6, 2015

Isma anjur Malam Inspirasi Perjuangan, angkat tokoh pejuang Melayu Islam

Berita UtamaBerita Utama #2 September 6, 2015 - 

poster-pejuang-2015

Oleh : Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 6 Sept – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan Malam Inspirasi Perjuangan (PEJUANG 2015), sebuah makan malam amal yang bertujuan untuk menyambung dan menyemarakkan perjuangan mendaulatkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Program ini akan mengenengahkan jasa bakti tokoh-tokoh silam yang telah melakar sumbangan untuk bangsa dan agama seperti Pendeta Zaaba, Dr Burhanuddin Al-Hilmy, Dato’ Onn Jaafar, Maarof Zakaria, Tan Sri Hajah Zainun Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Tun Abdul Razak Hussein.

Pengarah program, Ustaz Hj Omar Kassim berkata, kisah perjuangan mereka yang terdahulu mesti diangkat sebagai panduan kepada generasi hari ini agar agenda Melayu dan Islam terus subur di Malaysia.
“Jika kita telusuri semula perjuangan mereka, kita akan dapati mesej-mesej yang amat berharga untuk kita praktikkan dalam situasi politik hari ini.

“Selain itu, kita mahu memperkenalkan Isma di mata masyarakat sebagai sebuah entiti yang akan terus menyambung perjuangan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.

“Perjuangan kita berteraskan prinsip yang dibawa oleh tokoh-tokoh pejuang dulu. Api perjuangan bangsa Melayu Islam masih berkobar dan akan terus mara,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Isma merangkap Pengerusi Biro Dakwah Isma kepada Ismaweb.

Malam Inspirasi Perjuangan (PEJUANG 2015) akan diadakan pada 14 September 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual akan berucap di majlis ini.

Selain itu, program ini turut menampilkan persembahan artis terkenal tanah air, Datuk M Nasir serta kumpulan nasyid perjuangan, Fetya.

Program ini terbuka kepada penyertaan orang awam dengan yuran sebanyak RM200.

Sebarang pertanyaan atau pembelian tiket boleh menghubungi penganjur, di 019-2996437 (Roszida) dan 013-2938171 (Uzair) atau boleh melayari https://eventbrite.com/e/malam-inspirasi-perjuangan-pejuang-2015-tickets-18325699661

Sumber: http://isma.org.my/v2/isma-anjur-malam-inspirasi-perjuangan-angkat-tokoh-pejuang-melayu-islam/

Saturday, September 5, 2015

KAMU MELAYU JATI ATAU MELAYU DAGANG?

Dari Fb The Patriots

Ramai dari kalangan muda sekarang tak tahu pun siapa itu Melayu. Ada juga terutamanya dari golongan bandar menganggap perjuangan Melayu itu rasis.. Hei, kamu yang bersifat rasis.

Melayu adalah asimilasi pelbagai bangsa dan suku dari nusantara, asia, asia tengah, eropah yang beragama Islam.

Tiada kasta. Kumpulan di bawah ini hanya untuk bagaimana kita mengenal diri kita dan memahami siapa itu Melayu. Kajian mendapati Melayu Jati Kelantan telah wujud lebih 60,000 tahun yang lalu di sini.

Sesiapa yang menidakkan dan mempersoal hak pribumi ke atas agamanya, bahasanya, tulisan, tamadun, budaya dan warisan di kampung halaman sendiri sesungguhnya tidak berdiri atas nama kemanusiaan, sebaliknya berdiri atas sifat kebinatangan. Usah menidakkan hak Melayu yg lebih separuh dari populasi Malaysia.

Dalam Al-Quran juga tertulis untuk kita pertahankan kampung halaman kita. Sesungguhnya perjuangan Melayu itu adalah perjuangan berlandaskan Islam, dalam bentuk penyatuan yang besar.Bezakan dengan perjuangan poltik. Biar lain pendapat politik, tetapi perjuangan Melayu dan Islam jangan dipisahkan.
Kenali diri kita, Indonesia juga adalah saudara serumpun kita. Jangan kita panggil dengan gelaran ‘Indon’ walau niat bukan untuk mengejek.

Gambar seniman klasik Melayu ini adalah contoh untuk generasi Melayu muda lebih faham tentang bangsa sendiri.

Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-

ANAK JATI
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-
Orang Melayu Kedah
Orang Melayu Beruas
Orang Melayu Manjung
Orang Melayu Grik
Orang Kelang
Orang Melayu Melaka
Orang Melayu Kelantan
Orang Melayu Terengganu Pantai
Orang Melayu Ulu Terengganu
Orang Melayu Bentong
Orang Melayu Lipis
Orang Melayu Temerloh
Orang Melayu Johor
Orang Melayu Brunei
Orang Melayu Kedayan
Orang Melayu Cocos
Orang Melayu Sarawak

ANAK DAGANG
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-
Aceh
Ambon
Banjar
Batak (tidak termasuk Mandailing)
Bawean (Boyan)
Bugis
Cham
Jawa
Kerinci
Mandailing (dianggap sebagai )
Melayu
Melayu Asahan (Batubara).
Melayu Bengkulu.
Melayu Deli.
Melayu Jambi
Melayu Palembang.
Melayu Patani
Melayu Riau
Melayu Siak
Minangkabau
Nias
Ocu (Kampar)
Rao (Rawa)
Utsul

PERANAKAN
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-
Peranakan Parsi
Peranakan Arab
Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
Peranakan Cina
Peranakan Turki
Peranakan Siam / Samsam
Peranakan Eropah
Kredit: Melayu
-HE-

Anda Tahu Mengapa DAP & Penyokong Tegar Mereka ‘All Out’ BERSIH 4



Aiman Hussin

Adakah anda tahu mengapa pemimpin DAP dan penyokong teras mereka bersungguh-sungguh di dalam Bersih 4.0?

Sila baca lebih lanjut analisis peribadi saya di sini!


Sejak beberapa dekad yang lalu, penyokong teras DAP mendakwa mereka merupakan penyumbang utama kepada cukai di negara kita.

Ini adalah dakwaan palsu dan benar-benar mengelirukan rakyat kerana mereka sebenarnya adalah yang paling tinggi melarikan diri daripada membayar cukai pendapatan di Malaysia.

Sebagai ahli perniagaan, orang-orang ini dapat menipu dan memanipulasi pengisytiharan pendapatan mereka berbanding dengan Bumiputera yang majoritinya sebagai pekerja sesebuah organisasi.

Borang EA (Borang dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri-LHDN) yang disediakan oleh majikan agak sukar untuk diubah suai melainkan anda adalah saudara-mara di dalam perniagaan keluarga.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa ahli perniagaan ini yang mengeluarkan hasil dalam beratus-ratus ribu setahun, telah membayar kurang daripada RM 2000 sebagai cukai.

Mereka mampu berbuat demikian dengan memanipulasi kelemahan dalam sistem cukai lama kita dengan perakaunan kreatif.

Bayangkanlah sepuluh daripada ribuan ahli perniagaan menggunakan kaedah yang sama untuk mengelak daripada membayar cukai sebenar yang diwajibkan kepada mereka oleh undang-undang.

Berapa juta, jika bukan billion daripada RM ditipu sejak kita merdeka, namun mereka berani mendakwa bahawa mereka adalah penyumbang cukai yang paling tinggi?

Bagi majoriti rakyat yang bekerja di sektor kerajaan dan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan), ia hampir mustahil bagi mereka untuk mengelak daripada membayar cukai pendapatan seperti yang dikehendaki undang-undang.

Segala-galanya jelas kepada LHDN untuk menganalisis dan menggunakan kaedah percukaian yang berkenaan ke atas mereka.

Saya berharap satu hari nanti, LHDN akan menerbitkan hasil kutipan cukai berdasarkan kumpulan etnik supaya ia memberi bukti kukuh siapa yang merupakan penyumbang utama terhadap cukai pendapatan di Malaysia.

Mereka mungkin juga mendakwa bahawa mereka adalah antara penyumbang cukai korporat terbesar. Malangnya berdasarkan rekod-rekod, syarikat-syarikat yang dimiliki oleh mereka juga menikmati diskaun cukai keuntungan terbesar dan bukannya GLC.

Hampir tidak ada syarikat-syarikat GLC telah diberi diskaun cukai berbanding dengan syarikat swasta.
Perlaksanaan GST adalah sesuatu yang tidak disukai oleh pengelak pembayar cukai kerana ia menutup kelemahan dalam sistem percukaian yang diamalkan sebelum ini.

Sistem GST membolehkan kerajaan dengan mudah membandingkan pendapatan yang diisytiharkan oleh orang-orang ini dengan rekod GST yang dikutip setiap tahun.

Sistem percukaian semasa akan dipertingkatkan dengan GST untuk mengurangkan bilangan pelarian cukai.
Malangnya, penguatkuasaan yang lemah oleh kerajaan semasa pelaksanaan GST telah memberi peluang kepada ahli perniagaan ini untuk mendapatkan keuntungan tambahan dan menyalahkan kembali kepada kerajaan.

Matlamat mereka adalah untuk membuatkan orang ramai turun ke jalan menentang GST supaya sistem itu dapat dibatalkan dan mereka boleh terus mengelak daripada membayar cukai.

Mereka berharap Bumiputera akan menyertai mereka dalam Bersih 4 kerana penyumbang cukai sebenar di negara kita adalah GLC dan syarikat multinasional (MNC).

Cukai korporat yang dibayar oleh mereka mencapai berbilion RM setahun. Ini telah digunakan sepenuhnya untuk membina infrastruktur awam di negara kita, membayar gaji kakitangan kerajaan dan memberi subsidi lain kepada rakyat.

Mereka yang kita tahu memiliki dan memandu kereta besar adalah golongan yang mendapat manfaat utama subsidi petrol kita sejak beberapa dekad yang lalu.

Pada asasnya, ia adalah selamat dikatakan bahawa mereka telah mendapatkan kembali 20 hingga 30% daripada cukai pendapatan mereka dengan subsidi petrol tersebut.

Manfaat yang sama juga dinikmati oleh syarikat-syarikat swasta apabila kos pengangkutan mereka telah dikurangkan dengan subsidi petrol dan diesel.

Ini mungkin membolehkan mereka mendapatkan kembali 10 hingga 30% daripada cukai yang telah mereka bayar kepada kerajaan.

Anda boleh lihat sekarang mengapa orang-orang ini semuanya ‘all out’ untuk Bersih 4.0 sejak kebanyakan daripada keistimewaan yang mereka dapat telah ditarik balik.

Mereka juga perlu membayar cukai yang lebih tinggi apabila pendapatan sebenar mereka telah dipadankan dengan transaksi GST.

Bersih 4 bukan mengenai rasuah kerajaan tetapi berkaitan dengan keistimewaan yang telah diambil daripada mereka.

Keistimewaan untuk membayar kurang cukai dan ‘ditebus guna semula’ melalui subsidi telah ditolak.
Ini berkaitan dengan golongan kaya yang berusaha untuk mengekalkan keistimewaan mereka dan mengambil daripada golongan miskin.

Satu-satunya cara adalah menggulingkan kerajaan semasa dan menggantikan mereka dengan pemimpin-pemimpin yang akan menggariskan dasar-dasar yang akan memberi manfaat kepada mereka.

Hanya ‘stupig’ Bumiputera akan menyertai Bersih 4 yang telah mempunyai objektif jelas untuk memusnahkan negara kita dan rakyatnya.

Mereka mahu mengambil hak istimewa Bumiputera yang sedikit yang masih kita perolehi tetapi mereka tidak akan membenarkan keistimewaan mereka diambil !!!

Sumber:   https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/05/anda-tahu-kenapa-dap-penyokong-all-out-untuk-bersih-4/#comments

Jadilah Melayu sejati kalau ingin kekal berkuasa

September 5, 2015 
 
Abdullah Zaik 2012

BANGI, Sabtu – Pemimpin Melayu mesti menjadi Melayu sejati jika mereka ingin terus memerintah negara, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Jelas beliau, pemimpin Melayu yang ada sekarang perlu menghayati keperibadian Melayu yang sejati jika ingin terus kekal berkuasa.

Ini kerana katanya, DAP tidak boleh menang sekiranya pemimpin menghayati hakikat Melayu sebenar.
“Jika Melayu benar-benar menghayati erti Melayu, mereka tidak akan boleh dikalahkan oleh DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mengulas mengenai erti Melayu sejati itu jelas Ustaz Abdullah, seseorang itu benar-benar Melayu jika ia tidak terlibat dengan rasuah.

“Bukan Melayu jika terlibat rasuah. Jangan musnahkan Melayu dengan rasuah dan pengkhianatan.
“Ini kerana Melayu adalah Islam, Melayu adalah kepatuhan kepada Tuhan. Melayu juga adalah wibawa, amanah dan integriti.

“Itu erti Melayu yang kita warisi dari datuk nenek kita,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri apabila mengatakan Melayu perlu bersatu bagi mengelakkan DAP memegang tampuk pemerintahan negara. 

Bidas Ustaz Abdullah, Ismail tidak perlu bermain dengan sentimen DAP untuk takutkan Melayu bagi mendapat sokongan.
 
“Tidak perlu main sentimen untuk takutkan orang Melayu.

“Hakikatnya yang menyebabkan Melayu rosak dan kalah bukan kerana DAP tetapi pemimpin Melayu sendiri yang tidak menghayati keperibadian Melayu yang sebenar,” katanya.

Sumber:   http://www.ismaweb.net/2015/09/jadilah-melayu-sejati-kalau-ingin-kekal-berkuasa/

Wednesday, September 2, 2015

Musuh tersusun dan berperancangan

September 2, 2015 Berita Utama, Majlis Ulama ISMA

obama dan ngo
 
KINI serangan dalam bentuk ini kembali dilakukan oleh musuh khususnya di Malaysia, seruan-seruan naïf yang menyebut Islam dan Melayu tidak terancam semakin kuat dilaungkan.

Lebih mengejutkan adakalanya seruan ini lahir daripada mereka yang secara jelas sedang menyerang kedua tiang utama tersebut di dalam negara ini.

Juga lebih memalukan apabila seruan tersebut lahir daripada mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam namun buta dalam memahami waqi’ apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya memahami apa yang sedang berlaku hari ini berdasarkan kepada realiti sekeliling, bukanlah berdasarkan kepada apa yang orang lain kata.

Berhentilah berfikir seolah-olah hanya kita yang berperancangan sedangkan musuh tidak! Hakikatnya mereka berperancangan, mereka berstrategi, mereka tersusun bahkan berorganisasi.

Apa yang berlaku di Malaysia daripada isu IFC, isu kalimah Allah, isu Mahkamah Syariah, isu memperlekeh hak keistimewaan orang Melayu, isu LGBT, isu Comango dan pelbagai isu lagi kesemuanya adalah di bawah perancangan yang tersusun dengan rapi.

Ia tidak berlaku secara tiba-tiba, berhentilah daripada bersikap naïf dalam memahami waqi’ dan dalam mengenali musuh.

Berhentilah bermimpi, hiduplah dengan realiti.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/09/musuh-tersusun-dan-berperancangan/

Tuesday, September 1, 2015

BERSIH 4 : Signal Bahaya Untuk GHB & PKR



AIDCNews – 01/9/15 – DAP adalah pemenang untuk perhimpunan BERSIH 4, tetapi memancarkan signal negatif untuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan PKR kata penganalisis politik Datuk Lee Hwa Beng.
Beliau berkata tanpa kehadiran PAS, perhimpunan BERSIH 4 memberi isyarat kedua-dua kumpulan- GHB dan PKR-gagal menarik sokongan Melayu dan hanya bergantung sokongan bukan Melayu daripada DAP.
“Tanpa ahli-ahli PAS, fikirkan semua mengenai BERSIH 4. GHB tidak mampu untuk memobilasikan khalayak (Melayu) untuk perhimpunan itu.

“Juga mengesahkan PKR hanya bergantung kepada sokongan bukan Melayu. DAP adalah pemenangnya !” kata Hwa Beng dalam Twitter.

Hanisya Abdul Hamid berpendapat kenyataan Hwa Beng itu tidak boleh dipandang sebelah mata kerana beliau juga merupakan salah seorang otai politikus di negara ini.

“(Ia) mengesahkan kekuatan PKR selama ini bergantung kuat kepada pengaruh dan sokongan dari DAP …. Bersih 4 lebih merupakan kemenangan dan kejayaan DAP.
“PKR dan GHB sekadar tumpang semangkuk,” ulas Hanisya.

Sebelum ini, penganalisis politik Shen Yee Aun menghuraikan secara terperinci refleksi BERSIH 4 sebagai petanda awal untuk Pilihanraya Umum ke-14.

“Satu persoalan yang menarik adalah adakah BERSIH kali ini lebih menjadikan orang Melayu benci dan menentang Najib/UMNO/BN atau sebenarnya mereka lebih menjauhkan diri daripada DAP, PKR dan GHB ?

“Adakah BERSIH mahu menjatuhkan Najib kini lebih melemahkan atau menguatkan Najib ?
“Persoalan ini terpulang pada penilaian masing – masing (subjektif),”katanya.

Selanjutnya, sila baca “BERSIH 4.0 Refleksi Petunjuk Negatif Terhadap DAP, PKR & GHB Untuk PRU 14″

Sumber:  https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/01/bersih-4-signal-negatif-untuk-ghb-pkr/