Pages

Sunday, September 27, 2015

Sebelum kita mengkritik...........

Asyraf Farique menulis di Fbnya....

Sebelum kita mengkritik dan mendedahkan keburukan tentang sesuatu, kita kena jelas objektif kita.

Di sini letaknya pertimbangan, neraca mana yang lebih berat kesan daripada kritikan dan pendedahan kita. Kebaikan atau keburukan yang akan timbul?

Pernah sekali, ketika mengerjakan umrah semasa Ramadhan lepas, saya dan sepupu Fahmi Maslan bercadang ingin menerbitkan sebuah buku, mengkritik banyak perkara tentang Saudi, dari sudut sistemnya sehinngalah kepada Umat Islam yang beribadah di sana.

Tetapi kami terfikir, apakah kesan yang akan timbul jika kami berbuat demikian? Adakah sistem itu akan bertambah baik? Atau ianya menjadi peluru kepada musuh-musuh Islam untuk menembak umat Islam itu sendiri? Sekaligus memburukkan keseluruhan ummat Islam dan tanah suci mekah pada kaca mata mereka.

Perasaan yang sama juga hadir apabila saya membaca banyak pendedahan buruk tentang bangsa Melayu daripada orientalis barat, catatan penjajah, juga daripada orang Cina sendiri.

Soalnya dari mana mereka mendapat maklumat-maklumat yang memburukkan bangsa Melayu seperti ini?
Ianya bermula daripada kita. Kita mendedahkan kepada mereka aib bangsa kita. Kita memburuk-burukkan lagi keadaan bangsa kita. Kita kata bangsa kita pemalas, bodoh, banyak merempit, juara dadah, juara segala kebejatan moral yang melanda.

Kejayaan bangsa kita? Kita senyap-senyapkan sahaja. Mana orang akan hormat.

Sedangkan hakikatnya adalah berbeza. Saya teringat dalam satu catatan Rupert Emerson dalam buku direct indirect rule, orang Melayu tidak mahu bekerja di lombong-lombong milik British bukan kerana malas, tetapi kerana tidak mahu menjadi hamba kepada penjajah.

Itu baru satu contoh, belum lagi contoh bagaimana sejarah menukilkan perancangan rapi penjajah dalam menukar bangsa Melayu daripada sebuah bangsa yang hebat, bangsa pedagang dan peniaga kepada bangsa petani.

Daripada sebuah bangsa yang gah dengan tamadun pembuatan kapal, sekitar kurun ke 13 kepada bangsa yang hanya melihat pedagang pedagang datang pada akhir suku abad ke 19. Yang ada hanya sampan-sampan kecil.

Kita tidak tahu bagaimana penjajah membakar kapal-kapal kita? Memenjara engineer-engineer kapal kita? Memanggil lanun orang-orang Melayu yang belayar?

Kesimpulannya bila kita mahu mengkritik secara terbuka kita kena tahu kesannya.

Bayangkan apa akan terjadi kalau kita membuka aib keluarga kita secara terbuka?
Syarikat kita? Organisasi kita? Mesti kita ada cara untuk menyalurkan kritikan bukan?
Bukan semua perkara mahu diberitahu secara publik. Kelak ditakuti akan menjadi butir peluru musuh dan menimbulkan persepsi yang tidak baik orang kepada kita. Kita juga yang akan malu nanti.

Nasihat saya begitu juga apabila kita hendak mengkritik institusi-institusi Islam di negara kita? Jabatan-jabatan agama? Adakah yang bermasalah itu individu yang dipertanggungjawabkan ataupun institusi itu sendiri.

Hari ini jika kita lihat berapa ramai orang bukan Islam yang sudah mula bersuara mengkritik dan menghina JAIS, Tabung Haji, membodoh-bodohkan majlis fatwa kebangsaan, membodoh-bodohkan mufti kita, hatta khutbah jumaat yang disediakan Jakim juga sudah berani dikritik mereka.

Beringatlah sebelum mengkritik. Objektif kita sebenarnya apa? untuk menghentam dan menghancurkan atau mengislah dan membuat pembaikkan?

Fikir-fikirkan

Jangan kita terperangkap dalam permainan persepsi yang diciptakan musuh.

Wallahualam

1 comment:

  1. Harrah's Reno Casino - Mapyro
    This Reno Casino 188bet is 김해 출장마사지 close to 대전광역 출장안마 Harrah's Reno Hotel and Casino, just a 5-minute drive from the Reno 고양 출장마사지 International Airport. The hotel's casino 영주 출장마사지

    ReplyDelete