September 2, 2015 Berita Utama, Majlis Ulama ISMA,
KINI serangan dalam bentuk ini kembali dilakukan oleh musuh khususnya di
Malaysia, seruan-seruan naïf yang menyebut Islam dan Melayu tidak
terancam semakin kuat dilaungkan.
Lebih
mengejutkan adakalanya seruan ini lahir daripada mereka yang secara
jelas sedang menyerang kedua tiang utama tersebut di dalam negara ini.
Juga
lebih memalukan apabila seruan tersebut lahir daripada mereka yang
mengaku sebagai pejuang Islam namun buta dalam memahami waqi’ apa yang
sedang berlaku di sekeliling mereka.
Kita
sebagai umat Islam sepatutnya memahami apa yang sedang berlaku hari ini
berdasarkan kepada realiti sekeliling, bukanlah berdasarkan kepada apa
yang orang lain kata.
Berhentilah
berfikir seolah-olah hanya kita yang berperancangan sedangkan musuh
tidak! Hakikatnya mereka berperancangan, mereka berstrategi, mereka
tersusun bahkan berorganisasi.
Apa
yang berlaku di Malaysia daripada isu IFC, isu kalimah Allah, isu
Mahkamah Syariah, isu memperlekeh hak keistimewaan orang Melayu, isu
LGBT, isu Comango dan pelbagai isu lagi kesemuanya adalah di bawah
perancangan yang tersusun dengan rapi.
Ia tidak berlaku secara tiba-tiba, berhentilah daripada bersikap naïf dalam memahami waqi’ dan dalam mengenali musuh.
Berhentilah bermimpi, hiduplah dengan realiti.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/09/musuh-tersusun-dan-berperancangan/
No comments:
Post a Comment