BANGI, Sabtu – Pemimpin Melayu mesti menjadi Melayu sejati jika mereka ingin terus memerintah negara, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Jelas
beliau, pemimpin Melayu yang ada sekarang perlu menghayati keperibadian
Melayu yang sejati jika ingin terus kekal berkuasa.
Ini kerana katanya, DAP tidak boleh menang sekiranya pemimpin menghayati hakikat Melayu sebenar.
“Jika Melayu benar-benar menghayati
erti Melayu, mereka tidak akan boleh dikalahkan oleh DAP,” katanya dalam
satu kenyataan hari ini. Mengulas mengenai erti Melayu sejati itu jelas Ustaz Abdullah, seseorang itu benar-benar Melayu jika ia tidak terlibat dengan rasuah.
“Bukan Melayu jika terlibat rasuah. Jangan musnahkan Melayu dengan rasuah dan pengkhianatan.
“Ini kerana Melayu adalah Islam, Melayu adalah kepatuhan kepada Tuhan. Melayu juga adalah wibawa, amanah dan integriti.
“Itu erti Melayu yang kita warisi dari datuk nenek kita,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri apabila mengatakan Melayu perlu bersatu bagi mengelakkan DAP memegang tampuk pemerintahan negara.
Bidas Ustaz Abdullah, Ismail tidak perlu bermain dengan sentimen DAP untuk takutkan Melayu bagi mendapat sokongan.
“Tidak perlu main sentimen untuk takutkan orang Melayu.
“Hakikatnya yang menyebabkan Melayu rosak dan kalah bukan kerana DAP tetapi pemimpin Melayu sendiri yang tidak menghayati keperibadian Melayu yang sebenar,” katanya.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/09/jadilah-melayu-sejati-kalau-ingin-kekal-berkuasa/
No comments:
Post a Comment