Pages

Sunday, September 6, 2015

Isma anjur Malam Inspirasi Perjuangan, angkat tokoh pejuang Melayu Islam

Berita UtamaBerita Utama #2 September 6, 2015 - 

poster-pejuang-2015

Oleh : Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 6 Sept – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan Malam Inspirasi Perjuangan (PEJUANG 2015), sebuah makan malam amal yang bertujuan untuk menyambung dan menyemarakkan perjuangan mendaulatkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Program ini akan mengenengahkan jasa bakti tokoh-tokoh silam yang telah melakar sumbangan untuk bangsa dan agama seperti Pendeta Zaaba, Dr Burhanuddin Al-Hilmy, Dato’ Onn Jaafar, Maarof Zakaria, Tan Sri Hajah Zainun Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Tun Abdul Razak Hussein.

Pengarah program, Ustaz Hj Omar Kassim berkata, kisah perjuangan mereka yang terdahulu mesti diangkat sebagai panduan kepada generasi hari ini agar agenda Melayu dan Islam terus subur di Malaysia.
“Jika kita telusuri semula perjuangan mereka, kita akan dapati mesej-mesej yang amat berharga untuk kita praktikkan dalam situasi politik hari ini.

“Selain itu, kita mahu memperkenalkan Isma di mata masyarakat sebagai sebuah entiti yang akan terus menyambung perjuangan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.

“Perjuangan kita berteraskan prinsip yang dibawa oleh tokoh-tokoh pejuang dulu. Api perjuangan bangsa Melayu Islam masih berkobar dan akan terus mara,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Isma merangkap Pengerusi Biro Dakwah Isma kepada Ismaweb.

Malam Inspirasi Perjuangan (PEJUANG 2015) akan diadakan pada 14 September 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual akan berucap di majlis ini.

Selain itu, program ini turut menampilkan persembahan artis terkenal tanah air, Datuk M Nasir serta kumpulan nasyid perjuangan, Fetya.

Program ini terbuka kepada penyertaan orang awam dengan yuran sebanyak RM200.

Sebarang pertanyaan atau pembelian tiket boleh menghubungi penganjur, di 019-2996437 (Roszida) dan 013-2938171 (Uzair) atau boleh melayari https://eventbrite.com/e/malam-inspirasi-perjuangan-pejuang-2015-tickets-18325699661

Sumber: http://isma.org.my/v2/isma-anjur-malam-inspirasi-perjuangan-angkat-tokoh-pejuang-melayu-islam/

No comments:

Post a Comment