DAP adalah saingan bukan sekadar kepada Umno-BN tetapi
Pas juga. Pergolakan dalaman Pas tentang isu tahaaluf (kerjasama)
dengan DAP menjadi indikator kerisauan dalam kalangan sesetengah
pemimpin Pas tentang sejauh mana Pas mampu bersaing dengan DAP.
Sudah pasti akan merugikan Pas jika agenda liberalisasi DAP menewaskan agenda Islamisasi Pas.
PRU13 melihat lebih 90 peratus pengundi Cina memihak kepada DAP, lalu menjatuhkan Pas di Kedah. Hasilnya, Pas semakin keliru mengenai strategi-strateginya dan juga krisis perang pendapat dalam kalangan pemimpin Pas sendiri.
Tiada kesepakatan antara Presiden dan Dewan Ulama tentang isu kalimah ALLAH.
Daripada Negara Kebajikan, kini Pas tampil semula dengan penjenamaan islamik iaitu hudud.
Tetapi adakah islamik Pas sebagai hudud executioner yang 'memotong tangan' mampu bersaing dengan jenama ‘Dyana Sofya’ berimejkan Puteri Diana yang Muslimah, ratu rakyat, yang menghulurkan tangan dengan salam persahabatan? Yang manakah agaknya pilihan rakyat? Islamisasi atau liberalisasi?
Pengumuman berani PM Najib tentang “Tsunami Cina” adalah seperti menyimbah air ke muka harimau yang sedang tidur.
Akan tetapi, agamawan Umno yang berminda talaqqi kitab tidak mampu mengharmonikan konflik antara dunia ulama yang berkisar tentang hukum, kitab dan Melayu dengan dunia luar - berkitar mengenai strategi, kemanusiaan serta multikultural.
Adakah golongan agamawan hanya mampu membuat kenyataan seperti ‘Harga petrol naik ketentuan ALLAH’, ‘Taat pada pemerintah walaupun zalim’ dan ‘RIP bidaah’ atau bernasyid Ya Hanana dan berjubah sahaja? Di manakah strategi politik bagi membantu penjenamaan 1Malaysia?
Adakah agamawan Umno yang menjustifikasikan keputusan politik/ekonomi atas dasar keredaan Ilahi atau yang mengetepikan isu-isu negara kerana terlalu khusyuk bernasyid/berselawat mampu bersaing dengan jenama Dyana Sofya yang mencabar keputusan politik/ekonomi atas dasar hak asasi manusia berserta dengan senyuman mesra comelnya? Mana rakyat pilih: Islamisasi atau liberalisasi?
Sokongan luar biasa pengundi Melayu kepada Isma dalam PRU13 memberinya mandat menyatukan Melayu atas slogan ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’. Baginya, krisis Islamisasi adalah krisis Melayu kerana Melayu merupakan tonggak Islam di Malaysia.
Melayu terlalu lama dibuli oleh bangsa lain yang bersekongkol dengan penjajah British. Hanya satu sahaja jalan penyelesaian iaitu Melayu perlu bersatu atas kesedaran kehebatan Melayu sejak dahulu lagi yang selama ini ditimbus oleh sejarah palsu.
Namun begitu, kenyataan-kenyataan Isma seperti 'Malaysia Milik Melayu', 'Cina Penceroboh', 'Bayar Cukai Tapi Masa Depan Kamu Di tangan Kami' boleh dilihat sebagai usaha Melayu membina kekuatannya atas kelemahan bangsa lain atau atas usaha menyalahkan dan menindas bangsa lain.
Akhirnya, Isma dilihat sebagai satu lagi versi Perkasa yang fobia multikultural.
Adakah jenama ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ mampu bersaing dengan jenama Dyana Sofya yang diringkaskan menjadi ‘Rakyat Sepakat, Malaysia Selamat’ yang kononnya bersifat inklusif, multikultural dan memberi penghormatan kepada generasi muda yang kurang pengalaman tetapi mempunyai personaliti urban dan down-to-earth seperti Dyana Sofya untuk bersuara di Parlimen? Manakah pilihan rakyat: Islamisasi atau liberalisasi?
DAP telah berjaya mencapai kemuncaknya dalam PRU13. Hal ini bermakna ia tidak boleh melangkaui pencapaian PRU13 kerana undian Cina sudah mencapai tahap maksimum tetapi liberalisasi belum lagi sampai kemuncaknya.
DAP hanya boleh melepasi pencapaiannya kini sekiranya ideologinya makin diterima rakyat bukan Cina. Dyana Sofya bukan lagi merujuk kepada satu individu. DAP melancarkan Dyana Sofya sebagai fenomena bukan sekadar meraih undi, tetapi untuk test market sejauh mana islamisasi mampu bersaing dengan liberalisasi.
Tidak adil sekiranya golongan agamawan kita asyik menyalahkan PM Najib seorang diri atas kelemahan mereka sendiri. Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, pencabar Dyana Sofya perlu sedar rakyat mahu melihat sebuah parti Cina dalam kerajaan yang memainkan peranan semak imbang arus Islamisasi dan liberalisasi yang semakin mengamalkan polisi ‘belasah pihak lawan’, bukan membina harmoni dan bukan menjaga maslahat rakyat. Rakyat tidak memerlukan DAP jika Mah faham arus baharu ini yang partinya perlu cipta.
Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/xifu-naser/jenama-dyana-sofya-vs-islamik-1.283030

No comments:
Post a Comment