KETIKA menaiki pesawat Isnin lalu terbaca berita, ultra kiasu bukan
sahaja mahu Pas tangguhkan hudud, tetapi mansuhkan terus. Penegasan
ultra kiasu sejak dahulu lagi. Apakah kita tidak faham kenyataan ini?
Ini bukan soal hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang dicanangkan ultra kiasu dan disokong oleh Pas? Ini soal, ultra kiasu secara terang, menentang secara total hudud dan tidak mahu langsung ia dibentangkan atau dilaksanakan. Naif sangat kita kalau masih tidak faham.
Masihkah lagi Pas mahu bersangka baik dengan mengatakan, ultra kiasu lebih baik daripada MCA dan parti komponen BN lain yang menentang hudud? Pada saya, semua mereka yang menentang sama sahaja. Tinggal dalam negara majoriti Islam, tetapi menentang Islam.
Saya amat hairan kenapa mereka begitu benci dengan Islam. Berikan saya contoh, pernahkah negara Islam menganiaya bukan Islam, berbanding negara bukan Islam menganiaya orang Islam? Rata-rata kita lihat umat Islam kerap menjadi mangsa di negara bukan Islam.
Islam sama sekali tidak membenarkan kita menganiayai orang bukan Islam. Inilah keindahan Islam. Hak-hak bukan Islam mesti diberikan, seperti hak untuk hidup, mencari rezeki, beribadah dan sebagainya.
Persoalannya, kenapa mereka begitu kuat menentang hukum Islam yang tidak ada kaitan dengan mereka langsung. Kenapa begitu benci dengan Islam, tetapi pada masa sama mengaut keuntungan daripada orang Islam?
Saya cuba bersangka baik dengan andaian, bahawa penerangan Islam masih belum sampai kepada mereka. Tetapi tindak-tanduk yang begitu agresif menjadikan saya sukar untuk berbaik sangka. Melainkan terpaksa mengatakan bahawa mereka adalah musuh yang sebenar.
Justeru, tidak perlu terlalu berhikmah lagi. Bincang sesama kita, umat Islam, bila dapat persetujuan, laksanakan sahaja.
Lagipun, perlaksanaan ini bukan untuk satu Malaysia, tetapi negeri Kelantan sahaja. Kelantan adalah negeri hampir seratus peratus umat Islam berada di sana. Takkan mereka langsung tidak ada hak. Rakyat telah pilih Pas. Hormati keputusan itu, jika hudud itu adalah pilihannya. Berjaya atau tidak! Kita tunggu dan lihat.
Saya amat yakin, sekalipun hudud gagal dilaksanakan di Kelantan, tidaklah sampai semua rakyat negeri Kelantan kudung tangannya. Undang-undang Islam bukan soal hudud semata-mata, tetapi ada Qisas, takzir, diyat dan lain-lain berkaitan.
Perundangan Islam hendaklah dilihat secara pakej, bukan dicabut satu-satu seperti yang dilakukan oleh ultra kiasu. Sebab itu, hanya pakar sahaja yang dapat memahami sedalam-dalam. Mereka yang bukan pakar, bertanya dan berdiskusilah dengan pakar.
Saya fikir itulah juga tujuan seminar yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini, mengenai penggunaan kalimah ALLAH dan Kristologi. Perbincangan dibuat secara akademik. Mengambil kira pandangan pakar.
Tetapi, lihatlah bagaimana mereka begitu menyerang UiTM. Sedangkan semua tahu, seminar ini adalah tindak balas kepada proses Kristianisasi yang sengaja dilakukan. UiTM begitu bersikap telus daripada ultra kiasu yang baling batu sembunyi tangan.
Kecaman yang dilakukan tidaklah sedahsyat ucapan paderi dalam sebuah gereja yang pernah saya dedahkan beberapa bulan lalu.
Sayangnya umat Islam tidak pergi ke gereja melihat bagaimana mereka mengecam umat Islam. Kita dituduh akan melakukan penganiayaan dan kezaliman terhadap Kristian, dengan mengambil contoh ‘kezaliman orang Melayu melakukan pembersihan etnik Cina pada zaman kependudukan Jepun 1942-1945’. Fakta ini jauh meleset.
Kenapa laporan polis tidak dibuat? Kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di gereja. Saya harap ada umat Islam yang boleh menyamar masuk ke gereja dan dengar apa yang dibincangkan.
Bulan lalu rakan Kristian saya mendakwa beliau mendapat aduan daripada ibu bapa sebuah sekolah bagaimana orang Kristian menyebarkan Kristian di sekolah tersebut.
Saya memohon kepada guru-guru di seluruh sekolah agar memantau pelajar-pelajar Islam yang telah terpengaruh dengan ajaran ini. Bukan kita takut untuk diKristiankan. Tetapi undang-undang tidak membenarkan mereka melakukan sedemikian. Kenapa hari ini undang-undang terus dilanggar dan kehendak serta hak kita ditentang?
Kerana ultra kiasu tahu, kita tidak mampu untuk bertindak, kerana takut kehilangan kuasa.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/musuh-sebenar-di-depan-mata-1.281521

No comments:
Post a Comment