KENYATAAN
MEDIA BERHUBUNG BANTAHAN BUKAN ISLAM, CINA DAN INDIA TERHADAP KENYATAAN
PRESIDEN ISMA YANG MENGATAKAN BAHAWA ‘KEMASUKAN PENDATANG CINA KE TANAH
MELAYU BERSAMA PENJAJAH BRITISH SATU BENTUK PENCEROBOHAN
Akhir-akhir ini tindakan provokasi dan campur tangan yang berterusan daripada pihak bukan Islam dalam hal ehwal orang Islam dan hak-hak yang telah disepakati bersama serta tindakan-tindakan yang cuba membatasi hak majoriti penduduk peribumi dalam menentukan rupa bangsa Negara dan masa depan termasuk yang terkini isu melibatkan pelaksanaan Islam, negara Islam dan hudud.
ISMAweb.net telah menyiarkan satu berita yang memetik kenyataan Presiden ISMA yang bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan’.
Rujuk: http://www.ismaweb.net/2014/05/kedatangan-pendatang-cina-bersama-penjajah-british-satu-bentuk-pencerobohan/
Kenyataan ini kemudiannya dipetik dan disiarkan semula oleh beberapa portal atas talian yang pro liberal.
Pelbagai reaksi telah ditimbulkan oleh ramai pihak.
Pada hari Rabu 7 Mei, Ketua Biro Undang-undang MCA Eric Choo bersama 5 orang ahli MCA yang lain telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.
Parti DAP juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi diketuai oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng. Laporan yang sama juga dibuat oleh ahli DAP di Seremban.
Selain itu, Pengarah Strategi MIC S Vell Paari telah mengumpamakan sebutan ISMA sebagai penyakit kelamin dan menyifatkan ISMA sebagai badut yang tidak menghiburkan.
Berikutan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa polis akan menjalankan siasatan ke atas saya susulan kenyataan tersebut di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.
Berdasarkan kepada tindak balas yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak, ISMA dengan ini ingin menegaskan pendiriannya seperti berikut:
1. Malaysia adalah Tanah Melayu dan bangsa Melayu hendaklah kekal sebagai bangsa yang berdaulat di Tanah Melayu selamanya.
2. Islam hendaklah kekal sebagai identiti negara Malaysia sebagai agama negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, yang menyebut “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”
3. Orang Melayu dan Islam di Malaysia mempunyai hak untuk menyatakan kehendak mereka dan menentukan rupa bangsa serta masa depan negara tanpa boleh dibantah oleh mana-mana kaum pendatang di negara ini.
4. Selari dengan prinsip keadilan, pihak-pihak bangsa pendatang hendaklah menerima kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera di negara ini sebagai bangsa yang berdaulat.
5. Apa yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan dan jaminan-jaminan yang diberikan oleh orang Melayu dan Bumiputera kepada bukan Melayu sudah lebih daripada mencukupi.
6. Tindakan bukan Melayu menuntut lebih daripada apa yang telah dipersetujui secara konsisten dan mencabar Islam dan hak-hak keistimewaan Melayu adalah satu perkara yang dianggap ingin menggugat kedudukan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu dan membelakangi kontrak sosial yang telah dipersetujui.
7. Penglibatan bukan Islam dalam politik sehingga mencampuri urusan bangsa Melayu dan Islam dan menidakkan hak mutlak bangsa Melayu dalam menentukan masa depan negara adalah keterlaluan dan suatu yang perlu diperbetulkan.
Hakikat bahawa kemasukan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British merupakan satu bentuk pencerobohan adalah merupakan fakta sejarah (rujuk lampiran) bagi mengingatkan pemimpin-pemimpin Cina supaya berhenti daripada keterlaluan dalam mencampuri urusan menentukan masa depan Islam di negara ini. Ia juga sebagai peringatan kepada orang Melayu supaya bangkit mempertahankan hak dan membetulkan kesilapan lalu.
Ini adalah pandangan politik yang mewakili majoriti orang Melayu dan Islam di negara ini yang disuarakan dalam kerangka kebebasan bersuara dan kepelbagaian pandangan politik di Malaysia.
Saya menolak sama sekali tanggapan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk menghasut sebaliknya adalah satu seruan penting supaya merujuk ke belakang dalam rangka menggariskan masa depan.
Saya berpendapat bahawa reaksi agresif daripada pihak bukan Islam, Cina dan India terhadap kenyataan ini kerana ingin menutup mulut orang Melayu dan Islam dan mereka bimbang ia akan menjejaskan hasrat mereka untuk merubah identiti negara, menghapuskan hak Melayu, kedaulatan Melayu dan agama Islam.
ISMA dengan ini mengajak orang Melayu untuk bangun bersama dan bersatu untuk mempertahankan hak dan nilai bangsa serta agama kita.
USTAZ ABDULLAH ZAIK ABDUL RAHMAN
PRESIDEN
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
9 MEI 2014
LAMPIRAN FAKTA SEJARAH
Menurut kajian yang dibuat oleh ahli akademik Universiti Harvard Profesor Rupert Emerson di dalam bukunya bertajuk ‘Malaysia, A Study in Direct and Indirect Rule’ yang ditulis pada tahun 1937, terdapat fakta-fakta yang perlu diberi perhatian:
1. Penjajah British telah membiarkan orang Cina membolot hasil kekayaan dalam bidang perlombongan di Tanah Melayu.
“The British allowed a constant influx of Chinese seeking their fortunes in the tin mines and in trade.”
2. Penjajah British dan pendatang Cina tidak duduk di bawah pentadbiran Melayu.
"Dengan mengekalkan bentuk dan sebahagian daripada warisan dari keadaan dunia sebelum terjajah, pihak berkuasa di kalangan penjajah telah dapat melambatkan proses kesedaran dari segi kemasyarakatan dan politik yang boleh berkembang lebih cepat di kalangan penduduk-penduduk yang tertakluk di bawah pemerintahan penjajah secara langsung. Kalau ada faedahnya kepada penduduk-penduduk tempatan untuk melambatkan peralihan dari bentuk kebudayaan yang lama kepada yang baharu, begitulah juga keadaannya lambat benar mereka sedar untuk memberontak dengan penuh semangat terhadap kuasa asing demi kepentingan nasib mereka pada masa depan.
Bagi orang-orang Melayu yang tinggal di Semenanjung, prinsip ini adalah benar kerana mereka telah dipisahkan daripada garisan-garisan besar dalam perkembangan politik dan ekonomi yang agak memeranjatkan juga. Kuasa politik yang dikenakan ke atas orang-orang Melayu itu dipegang kuat oleh British, sekalipun mereka tinggal dalam negeri-negeri Melayu naungan British dan berdaulat pada namanya sahaja, tetapi laluan kehidupan mereka pada umumnya tidaklah banyak benar perubahannya dengan adanya campur tangan British. Setelah pihak British berjaya memperolehi bekalan buruh murah yang tak kunjung habis dari China dan India, maka dapatlah mereka mengeluarkan hasil-hasil kekayaan Tanah Melayu dengan tiada payah memaksa orang-orang Melayu sendiri mengambil bahagian di dalam proses itu. Bilangan orang-orang Melayu di dalam negeri pada permulaan pembangunan pesat British sampai ke hujung kurun lalu adalah sedikit benar kalau dibandingkan dengan sumber-sumber hasil bumi negeri itu dan tanah yang terdapat.
Memang tidak syak lagi bahawa orang-orang Melayu telah disingkirkan daripada tanah-tanah yang lebih penting, terutama sekali di sepanjang pantai barat dan kawasan-kawasan tanah yang luas di sepanjang kiri kanan jalan keretapi di pantai barat dan di tepi-tepi jalanraya yang terbaik. Di dataran pinggir laut sebelah barat, yang telah menjadi pusat-pusat pembangunan ekonomi moden sampai ke masa ini, keadaan seperti ini sudah pun hampir tamat dah hak orang-orang Melayu terhadap bumi negeri itu kenalah diberi perlindungan dengan cara mewujudkan kawasan-kawasan Melayu yang luas kawasannya".
(Sumber: Rupert Emerson, Malaysia Satu Pengkajian dalam Pemerintahan Secara Langsung dan Tak Langsung, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974, m.s. 21 & 22)
3. Penjajah British dan Kapitan Cina saling bersaing dalam mengorek hasil bijih timah.
“Dua perusahaan besar Tanah Melayu, iaitu getah dan bijih timah adalah menjadi sumber kemakmuran kepada golongan2 atasan dan penanam2 modal tempatan, melalui perdagangan entrepot Tanah Jajahan. Perusahaan2 ini dimiliki khususnya diantara orang2 British dengan China. Orang2 British mulai memechah monopoli bijih timah yang dipegang oleh orang2 China dan dalam masa baharu2 ini aliran itu menunjukkan semakin banyak perdagangan bijih telah dikuasai oleh orang2 British.
Aliran ini adalah benar meskipun seorang pegawai bijih timah British menyatakan kepada saya bahawa dia sudah menjangka iaitu apabila pelombong2 bijih British yang akhir sekali meninggalkan Tanah Melayu kelak, mereka akan diiringi oleh satu rombongan saudagar2 bijih timah China yang kaya2 sampai kepelabuhan dan mereka akan dihadiahkan tempat2 rokok yang dibuat daripada emas oleh saudagar2 China itu.
Sejauh manakah benarnya telahan itu, faktor sekarang ini adalah menunjukkan bahawa dalam sepuluh tahun yang lampau perimbangan itu sudah terlalu jauh bezanya. Sebelum perang, British menguasai hanya sesuku sahaja daripada lombong2 bijih timah, tetapi setelah mereka menggunakan kapal2 korek yang besar selepas perang, pengeluaran bijih timah British mulai meningkat tinggi, hinggakan dalam tahun 1929 pengeluaran itu bagi pertama kalinya lebih separuh daripada jumlah.
Dalam tahun 1931, pengeluarannya telah meningkat kepada 65%, dan ranchangan sekatan bijih timah antarabangsa yang selalunya tidak digemari di Tanah Melayu, memberi kesan bagi menchepatkan kenaikan pengeluaran British dan menumpukan kawalan kepada beberapa orang sahaja. Sebab musabab yang utama bagi kejayaan British nampaknya ialah kerana lombong2 terdedah kepunyaan orang2 China, yang menggunakan lebih tenaga manusia itu tidak dapat menandingi kapal2 korek British, terutama selepas kawasan2 yang lebih makmur serta mudah dikerjakan itu telah kehabisan bijihnya.
Dengan sebab dorongan daripada persaingan maka orang2 China telah membuat kemajuan yang besar bagi menggunakan alat2 berjentera bagi mengerjakan lombong2 mereka, tetapi mereka belum lagi dapat mengumpul modal yang diperlukan bagi membeli kapal2 korek. Sebagai penerangan mengapa mereka tidak dapat membelinya, menurut satu pendapat yang tak dapat saya katakan dengan tepat, adalah kononnya dengan menerusi sharikat saham bersama telah didapati tidak sesuai kepada orang2 China, sebab system keluarga yang kukuh dikalangan orang China itu telah menyekat perlonggokan modal yang besar.”
(Sumber: Rupert Emerson, Malaysia Satu Pengkajian dalam Pemerintahan Secara Langsung dan Tak Langsung, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974, m.s. 43 & 44)
www.ismaweb.net

No comments:
Post a Comment