Saya Cina dan saya ahli ISMA – Alifah Ting Abdullah
Khususnya buat Presiden ISMA, umumnya buat kaum Cina.
Saya adalah anak kepada bangsa pendatang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu sebelum merdeka. Saya juga adalah anak kepada serpihan kaum Cina yang memilih bernaung di Tanah Melayu suatu ketika dahulu di bawah pimpinan orang Melayu beragama Islam. Saya juga anak cucu kepada penandatangan kontrak sosial di antara UMNO, MCA & MIC.
Saya juga serpihan kaum Cina yang mempunyai kad kewarganegaraan Malaysia (Tanah Melayu) yang sah bukan warganegara China. Dan sebagaimana datuk nenek saya iaitu kaum Cina dulu datang ke Tanah Melayu untuk bernaung di Tanah Melayu, berada di bawah kepimpinan kaum Melayu (Islam), begitulah saya sekarang dan selamanya akan terus bernaung di bawah kepimpinan kaum Melayu (Islam).
Untuk kaum Cina, “di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung”. Jika rasa tidak mampu untuk bertolak ansur dan punya rasa hormat seperti mana datuk nenek moyang kita dahulu yang dengan rela hati menandatangi kontrak sosial dan berada di bawah pimpiman tuan punya tanah sekarang (Malaysia) iaitu kaum Melayu (Islam), rasanya elok juga untuk memohon kewarganegaraan China iaitu bukan warganegara Malaysia. Sebabnya dari dulu, kini dan selamanya Malaysia akan menjadi hak milik orang Melayu (Islam). Jadi corak kepimpinan mesti mengikut orang Melayu (Islam).
Jangan lupa kaum saya iaitu kaum Cina, jangan pernah lupa dengan namanya “K.O.N.T.R.A.K S.OS.I.A.L”.
Ingat sampai mati, hayati apa itu kontrak sosial. Selama saya mengenali Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ISMA adalah jemaah yang lantang mengeluarkan pendapat berdasarkan fakta dan bukti yang nyata dengan mengambil kira Al-Quran sebagai sumber rujukan. ISMA sangat konsisten dalam mentarbiyah ahlinya iaitu termasuk saya (Alifah TING binti Abdullah)
Bukan lepas baling batu sorok tangan, no.. that is not ISMA! Saya Cina dan yang paling saya bangga adalah saya mula mengenali Islam dan terbuka hati untuk menjadi muslim setelah mengenali pejuang-pejuang ISMA dan melalui tarbiyyah mereka, Melayu Sepakat Islam Berdaulat & Membangun Umat Beragenda dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) – Meneraju Arus Mahasiswa.
Kontrak sosial kita pertahankan, ISLAM kita tegakkan. Kami (kaum Cina yang tahu asal usul kami dan bagaimana kami boleh berada di Malaysia-kontrak sosial) menyokong ISMA dengan sebulat suara dan tekad. Saya bangga dengan tarbiyyah ISMA dan insyaallah selamanya akan bersama dengan perjuangan mereka.
# Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
# Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB)
# Membangun Umat Beragenda
# Saya Cina Dan Saya Sokong ISMA
# Isma Bukan Ngo Rasis
# Saya Cina Dan Saya ISMA.
Yang benar,
Darah Cina yang sedar asal usul,
Alifah Ting Abdullah
Aktivis ISMA dan PEMBINA
Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/05/saya-cina-dan-saya-ahli-isma-alifah-ting-abdullah/
-----------------------------------------------
KISAHNYA BERMULA DI SINI.......
-----------
Asalnya Kristian, kemudian PEMBINA, akhirnya Islam.
Mualaf ini, menambah keyakinan ku pada slogan “MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT” |
Sedang aku lena tidur. Tiba-tiba terdengar sayup suara membaca lafaz-lafaz dalam solat.
Ku intai sedikit katil di bawah.
Aku nampak si gadis itu sedang berbaring, mengadap
laptopnya sambil memakai headfon dan mulutnya terkumat-kamit mengulang
lafaz-lafaz dalam solat.
Matanya khusyuk menatap skrin yang sedang
mengulang-ngulang video praktikal solat.
Terharu.
Amat terharu.
Melihat kesungguhan gadis yang baru kembali kepada islam
itu.
Malam seterusnya...
Ingin bangun solat malam.
Tiba-tiba sudah ada kelibat yang solat di sebelah katil
ku.
Ku lihat jam baru pukul 3 pagi.
Allah..dia..!!
Dia yang baru kembali kepada islam.
Air mata ku tahan dari tumpah.
Lantas ku bangkit dan qiamulail di ruang tamu.
Aku kembali ke bumi tarbiyah tersebut.
Melihat buku-buku fikrah di atas meja gadis yang belum
setahun bergelar muslim itu.
Allah..mata ku berkaca.....
Buku himpunan doa-doa penganut kristian di meja
belajarnya.
Juga doa memohon perlindungan tuhan jesus di katilnya.
Allah….gadis ini.
Setahun kami tinggal sebumbung.
Bernaung dan bertugas di bawah empire mpp kolej.
Alhamdulillah aku dikurniakan rezki untuk melihat kisah penghijrahan gadis ini.
Yang asalnya kristian, kemudian PEMBINA, akhirnya islam….
Dan yang paling penting, dia meyakinkan aku dengan formula, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.Berada dalam rumah yang sama.
Dan yang paling penting, dia meyakinkan aku dengan formula, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.Berada dalam rumah yang sama.
10 orang kami semuanya.
Masing-masing memegang jawatan di dalam majlis perwakilan
pelajar.
Sembilan dari ahli rumah tersebut adalah akhawat ISMA,
majoritinya memegang jawatan di dalam PEMBINA kolej UNITI.
Dan hanya seorang sahaja bukan muslim, dialah Ting Leh
Ping.
Yang sekarang ini lebih dikenali dengan Alifah Ting Binti Abdullah.
Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB).
Tidak mengajar kami untuk mengetepikan dakwah pada bukan
Islam.
Malah sebenarnya, kewujudan sekelompok muslim yang
berwibawa dan memberi contoh yang baik, akhirnya dakwah islam itu amat mudah menyentuh
hati-hati manusia khususnya yang belum islam.
Kami telah membuktikan keberkesanan slogan tersebut
melalui kisah penghijrahan Alifah Ting Abdullah.
Seingat saya.
Setahun saya duduk di dalam rumah mpp tersebut, saya
merupakan individu yang sangat sibuk dan sukar berada di rumah.
Malah rasanya
amat kurang masa yang saya peruntukkan untuk bersama dengan Alifah Ting sebelum
beliau islam.
MPP bagi Eksekutif Kerohanian, Kebajikan dan Hal Ehwal
Siswi.
Naib pengerusi PEMBINA Kolej UNITI.
Jawatan Kuasa Aktivisme Mahasiswa PEMBINA Negeri
Sembilan.
Ahli Unit Kajian PEMBINA.
Tugas-tugas di atas sudah cukup memakan 24 jam seharian
saya.
Cuma paling saya ingat adalah, kami pernah duduk berborak
di tepi tasik sambil hujan renyai-renyai. Hampir dua jam kami ber’dating’ di
situ. Malah seingat saya, bukan islam yang menjadi topik utama perbualan kami
ketika itu. Alifah Ting yang lebih banyak bercerita mengenai kampung beliau di
Sarawak, buaya, babi hutan dan kisah-kisah beliau di alam remaja.
Itu sahaja saya rasa.
...................................
Bila ditanyakan saudari Alifah Ting, mengapa beliau
tertarik dengan islam.
Semestinya beliau akan menjawap,
“ukhuwah”
Di rumah mpp kami,
Kami gelarkan ia rumah akhawat.
Kerana 9 daripada 10 ahli rumah tersebut adalah mereka
yang intima dengan ISMA.
Sebelum jam 5 pagi,
rumah akan mula hidup dengan
qiamulail.
Subuh akan solat Jemaah di ruang tamu.
Kemudian bacaan mathurat dan disambung dengan bacaan
hadith serta tazkirah ringkas.
Jam 8 masing-masing bergegas ke kuliah.
Selalunya akhawat akan saling tolong sterika baju.
Terutamanya semasa musim peperiksaan.
Supaya akhawat yang ada paper pagi tersebut dapat fokus belajar.
Petang,
akhawat-akhawat yang balik rumah awal akan
masakkan makan malam.
Kami tiada jadual memasak kerana program dan perjumpaan
kadang tidak tentu.
Makan dalam talam.
Wajib suap-menyuap ^__^
Maghrib Jemaah di surau kolej.
Rumah mpm selalu tiada siapa di waktu maghrib kerana
semua akan turun ke surau. Di sana akan ada halaqah sehingga isya.
Selepas isya selalu jemaah surau akan datang ke rumah
kami untuk sambung makan, taaruf dan borak.
Hujung minggu akhawat akan basuh baju berjemaah.
Semua baldi yang ada baju akan dibasuh.
Selalu saya balik program, semua dah siap berlipat dalam
loker.
Bahasa mudahnya.
Di dalam rumah mpp, rumah yang kami gelar rumah akhawat
tersebut.
Tiada perut yang lapar sendiri.
Tiada tangis yang hilang penghibur.
Tiada susah kecuali ada tangan menghulur
Kami pernah serumah makan nasi berkuahkan air kosong dan
garam sahaja.
Tapi kami masih bersuap sesama sendiri berulamkan ketawa
dan jenaka.
Allah….akhawat.
Ya dan itulah praktikal kami kepada slogan MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT.
Kami melayu muslim.
Yang sedar keperluan dakwah di bumi ini.
Yakin pengislahan dan pembaikan itu perlu bermula dari
diri kami sendiri.
Dengan tarbiyah dan ukhuwah fillah ini, kami maju
menyongsong bebanan dakwah.
Kami membentuk deligasi melayu muslim yang
kukuh imannya,
mantap akhlaknya,
hebat prestasi akademik
dan sumbangan buat masyarakat.
Kami menjadikan diri kami duta kepada islam.
Kami menjadikan diri kami al Quran bergerak.
Itulah praktikal kami melalui slogan MELAYU SEPAKAT ISLAM
BERDAULAT.
Dan akhirnya dengan izin Allah swt, Alhamdulillah..Bukan sahaja mampu menarik jiwa-jiwa
muslim malah jiwa non muslim juga tertarik kepada kemuliaan Islam.
.........................
Sehinggalah setelah hampir 8 bulan kami mengharungi pahit
getir, tinggal dan bertugas bersama.
Akhirnya Ting leh Ping mengatakan hasrat untuk menjadi
seorang muslim.
Tetapi tertangguh dalam beberapa minggu atas sebab
kesibukan kami di dalam majlis pelajar.
Pada suatu hari,
“Saya nampak saya sedang diseksa. Rambut saya digantung. Dan
mulut saya dituangkan dengan cecair panas , mengelegak dan berasap. Saya sangat
menderita dan sakit dalam mimpi tu..”
Pagi rabu tersebut, Ting Leh Ping bertanyakan mengenai
kisah wanita yang diseksa di akhirat kerana tidak menutup aurat. Terkejut
mendengarkan mimpi yang beliau ceritakan. Katanya beliau terjaga dari mimpi
ngeri tersebut lalu melihat kami, akhawat
sedang solat Jemaah subuh di ruang tamu. Pelik dengan mimpi itu. Terus beliau
membuka laptop dan singgah ke muka buku.
Tiba-tiba ada seseorang telah tag beliau di sebuah post
mengenai Rasulullah saw yang bercerita kepada Fatimah mengenai seksaan bagi
wanita di akhirat. Kita dapat merasakan perasaan Ting Leh Ping ketika itu. Semestinya
pelik dan bertambah terkejut bilamana mimpi beliau ada persamaan dengan hadith
Rasulullah saw.
Lebih pelik bilamana orang yang memberi post itu tiada nama.
Dan
hanya terdapat symbol ***** pada fb beliau.
Pada tengah hari rabu itu, Ting Leh Ping membuka semula
post tersebut tetapi sudah hilang.
Ya itu petanda dari Tuhan.
Saya terus memujuknya untuk
melapangkan masanya jumaat minggu tersebut untuk pergi bersama-sama ke Pusat
Dakwah Paroi.
Alhamdulillah beliau dengan senang hati bersetuju.
Pada hari khamis keesokannya, tiba-tiba
Ting leh Ping mengatakan bahawa ingin menangguh pengislamannya. Saya pelik.
Kerana saya tahu dia amat-amat ingin segera menjadi muslim setelah tertarik
dengan keindahan islam itu sendiri.
Rupa-rupanya dia mengalami masalah kewangan. Tiada duit untuk
mengambil gambar ukuran passport. Tiada duit tambang ke Pusat Dakwah. Tapi
beliau tidak memberitahu kami akan
kesempitannya itu.
Terus malam itu kami menjalankan derma kilat. Dari surau
juga pelajar pengajian islam. Alhamdulillah dari malam itu sahaja kami mendapat
lebih dari RM300 buat membantu pengislaman saudara kami ini.
Pagi Jumaat barakah, 5hb April 2013.
Di Pusat Dakwah Paroi.
Saya menjadi saksi kepada pengislaman mujahidah ini.
Melihat beliau menyelak-nyelak buku nama-nama islam.
Akhirnya “Alifah” yang bermaksud pendamping, teman yang
setia menjadi pilihan gadis ini.
“Saya, Alifah Ting Binti Abdullah
bersaksi tiada tuhan melainkan Allah,
dan
Muhammad itu pesuruh Allah”
Tika itu…
Bukan kami sahaja yang menangis gembira.
Malah semua makhluk, di bumi dan di langit turut bersorak
bangga menyebut nama mu wahai Alifah Ting Abdullah..
Beliau kini berada dalam unit kajian feminisme. Mohon bersama mendoakan agar
lebih banyak jiwa-jiwa berharga seperti ini kita dapat lahirkan buat bumi
Malaysia dan umat sedunia.
Asalnya Kristian, kemudian PEMBINA, akhirnya islam...
Sanah helwah ukhti Alifah Ting Abdullah.
Alhamdulillah genap setahun menjadi muslimah.
Moga terus istiqamah sehingga bertemu Allah swt di Jannah.
Alhamdulillah genap setahun menjadi muslimah.
Moga terus istiqamah sehingga bertemu Allah swt di Jannah.
MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT
*video syahadah beliau: vid pengislaman Alifah Ting
*ikuti kisah pengislaman beliau di sini :klik
No comments:
Post a Comment