December 20, 2014 Berita Utama, Utama 0
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Tokoh-tokoh pemikir Islam
antarabangsa pagi ini mula bersidang di ‘Seminar Projek Liberalisme: Dimensi dan
Mekanisme’ bagi membincangkan ancaman-ancaman pemikiran liberalisme yang
menyerang dunia Islam.
Seminar anjuran
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Majalah Al-Bayan Riyadh, Arab Saudi yang
bertempat di Hotel Royale Chulan berlangsung sehari suntuk melibatkan
pembentangan 12 kertas kerja.
Semasa menyampaikan
ucapan aluan Ketua Pengarang Majalah Al-Bayan, Dr Ahmad Abdel Rahman As-Sowyan
berkata, seminar ini membuka ruang untuk manfaat bersama bagi membincangkan
projek-projek liberalisme yang berlaku di negara-negara umat Islam.
”Di persidangan
inilah akan kami tunjukkan dan perjelaskan tentang ideologi-ideologi yang
melanda umat Islam sekarang ini,” katanya.
Barat jajah
umat Islam dengan pemikiran liberal
Menurutnya lagi,
barat telah memperkenalkan kepada masyarakat yang mereka jajah bahawa ini
(liberalisme) yang terbaik untuk umat Islam di Malaysia.
“Barat menanamkan
kepercayaan bahawa masyarakat muslim akan maju ke hadapan sekiranya mereka
keluar daripada adat dan pemahaman Islam yang kita amalkan sejak
dahulu.”
Katanya pemikiran
liberalisme telah bermula semenjak penjajahan-penjajahan pertama ke atas negara
Islam.
Hal ini kerana
mereka mahu mengeluarkan semua umat Islam daripada pemahaman dan pegangan yang
mereka fahami pada zaman Rasulullah.
“Barat mengenali dan
memahami bahawasanya kegemilangan Islam akan hilang jika mereka (umat Islam)
tidak mengetahui bagaimana kebangkitan Islam bermula sejak zaman Rasulullah,”
ujarnya.
Katanya, menjadi
satu ketakutan apabila masyarakat akan mengikuti telunjuk barat seperti yang
selalu dicanangkan.
Oleh itu, beliau
merasakan satu kepentingan untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang
serangan pemikiran ini, agar tidak terikut dan terpengaruh.
Antara tokoh
tempatan yang terlibat membentangkan kertas kerja ialah Setiausaha Biro Politik
ISMA Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional
(PEMBINA) Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz, Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA Prof
Madya Dr Zainur Rasyid Zainuddin dan Ketua Unit Kajian dan Perbandingan Agama
ISMA Tuan Haji Shaharuzzaman Bistamam.
Tokoh antarabangsa
pula adalah Dr Mohd Al-Abdah dari Palestin, Dr Abdul Rahman Al-Silmi, Dr Fuad
Abdul Karim dan Dr Fahd Al-Ajlan dari Arab Saudi, Setiausaha Kesatuan Ulama
Mesir Dr Muhammad Yusri dan Dr Atiyah Adlan dari Mesir dan Dr Henri Solahuddin
dari Indonesia.
Selain 100 orang
peserta dari Malaysia, terdapat 30 orang peserta dari Arab saudi dan sebahagian
dari Thailand, Filipina dan Indonesia.
Turut hadir adalah
peserta dari pertubuhan-pertubuhan Islam seperti Persatuan Belia Islam Nasional
(PEMBINA).
Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/12/barat-jajah-umat-islam-dengan-pemikiran-liberal/
No comments:
Post a Comment