Kami mengikuti berita hukuman yang diberikan kepada seorang wanita yang ditahan kerana membuang bayinya di tong sampah melalui buletin utama malam kelmarin. Kami bincangkan isu ini dalam syuro harian dan sebulat suara berpendapat bahawa ada satu yang tidak kena dengan ketetapan itu. Wanita ibu bayi itu HANYA dihukum di bawah kategori menyembunyikan kelahiran sahaja.
Dari penzinaan yang sudah tidak terhitung jumlah dan kadarnya itu telah terhasil ratusan ribu janin dan bayi yang dibuang. Kebanyakannya tidak dapat dikesan atas ‘kecerdikan’ ibubapa yang melahirkan dan membuang bayi itu. Sebahagiannya turut dibantu ‘kepintaran’ ibubapa atau ahli keluarga kepada ibu bayi itu dalam usaha menutup malu. Dengan kerjasama ibubapa pelaku yang 'sporting' begini, maka ramailah gadis yang ‘sempat’ membuang bayi/janin berulang-ulang kali.
Sedih sekali mengenang nasib si bayi-bayi malang itu. Ada yang terus hanyut di sungai, ada yang dimakan anjing, ada yang terus reput di celah rumpun buluh di hutan, ada yang bersemadi selamanya di lubang tandas atau di lubang kubur tidak bertanda. Sebahagiannya terus terkubur dan dibakar bersama longgokan sampah.
Beribu-ribu lagi bayi yang sempat ditemui, namun tidak pula berjaya kita kesan ibubapa bayi itu. Apabila berita penemuan bayi tersiar, kita semua geleng kepala merasakan kesedihan dan kekesalan yang tidak terperi. Ironinya, bila ada yang tertangkap dan didakwa, ia hanya dikategorikan sebagai kesalahan menyembunyikan kelahiran sahaja…!!!??
GAGAL MENGENAL TANDA ZINA PUNCA KEHAMILAN DAN BUANG BAYI
Sesungguhnya ramai sekali yang merasakan kehairanan bagaimana mungkin selama 9 bulan gadis-gadis ini hamil tanpa dikesan oleh ahli keluarga dan masyarakatnya. Padahal untuk seorang gadis sampai sempat hamil bukanlah suatu yang mendadak. Ia bermula dari perubahan banyak tabiat yang menunjukkan tanda gedik ke arah penzinaan terlebih dahulu.
Jangan terlepas pandang untuk mendidik anak gadis daripada gejala gedik ke arah zina ini melalui pendidikan sejak kecil. Namun jika anak sudah mulai gedik, maka pencegahan dari melakukan zina harus dilakukan dengan sangat bersungguh-sungguh tanpa bertangguh. Tambahkan kasih sayang, dekati mereka dan isi masa lapang mereka dengan pendidikan agama pada kadar segera. Kawal pergerakan dan komunikasi mereka, samada di alam maya atau nyata.
Terlalu banyak tanda penzina yang boleh kita perhati dan kesan jika kita menghalusi. Gaya gedik penzina itu amat mudah di kesan sekalipun gadis itu bertudung dan berpurdah. Telah banyak kami kongsikan tips parenting yang merujuk kepada tanda-tanda ini dalam artikel yang lalu. Mengenali tanda dan mengambil langkah pencegahan adalah yang paling utama dalam Islam. Allah juga banyak menjelaskan langkah pencegahan dari mendekati zina dari larangan berzina itu sendiri kerana apabila zina sudah berlaku, segalanya telah rosak.
Itulah kehebatan aturan hidup dalam Islam yang sekian lama kita persetankan. Apabila zina sudah berlaku, maka kerosakan besar sudah terjadi dan ia adalah kerosakan yang bersifat tidak boleh undur atau dipulihkan. Jika gadis itu seorang yang masih ‘dara’, maka sudah hilang daranya secara kekal. Begitu juga dengan kehamilan, pengguguran, atau membuang bayi/janin yang berulang kali. Itu tidak termasuk kerosakan akibat jangkitan HIV, ghonorrea, kematian dan lain-lain.
SUBAHAT DARI KELUARGA DAN ANGGOTA MASYARAKAT
Sesungguhnya kehamilan itu amat mudah dikesan. Ada yang kata ia boleh diselindungkan dengan memakai purdah dan jubah. Padahal jika sebelum ini si gadis sangat gedik, tidak lekat di rumah, asyik diusung oleh mat rempit dan sering berpakaian seksi, tiba tiba ia berubah, bukankah itu juga satu tanda? Jika ke tahap itu juga ibubapa masih tidak ambil inisiatif, wajarlah anak gadisnya berzina dan buang bayi, terikut ajaran sesat atau sampai dilarikan orang.
Jika sampai berlakunya zina, kehamilan dan pembuangan bayi, namun ahli keluarga masih tidak ‘perasan’ kehamilan gadis itu, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena. Ahli keluarga dan anggota masyarakat sebegini telah lalai dan tidak memainkan peranan. Kemungkinan besar adanya masalah komunikasi dan pendidikan dalam keluarga itu. Ini menjadikan mereka jahil dan lalai, tidak saling peduli di antara mereka.
Yang ingin kami tekankan di sini ialah golongan ibubapa dan ahli keluarga yang tahu anak gadis mereka berzina dan hamil namun tidak melakukan sesuatu untuk mencegah anaknya sampai membuang bayi. Kebanyakan mereka ini buntu dan sangat ingin menutup malu. Kerana itu, suka mahupun terpaksa sama-sama harus membantu ‘menyembunyikan kelahiran’ itu.
Anggota masyarakat hari ini juga mengalami ‘penyakit’ yang tersendiri. Sifat keakuan dan mementingkan diri sangat menebal. Kita tidak suka anak kita ditegur dan juga tidak peduli untuk menegur anak jiran dan kaum kerabat kita. Anak sedara sendiri pun sudah ramai yang tidak berani menegur, apa lagi orang lain.
Kita seharusnya bersifat OFENSIF. Didik dan kawal anak kita sejak kecil. Jika terasa kurang yakin, pasang mata-mata, minta tolong dengan guru dan rakan taulan untuk saling memerhati dan menasihati anak-anak kita. Habis tidak tolong beri maklumat jika terlihat anak kita melakukan sesuatu yang mencurigakan.
Sebaliknya kita terlalu bersikap DEFENSIF terhadap keluarga kita. Apabila ditegur kita akan mempertahankan salah laku mereka. Itu antara sebab mengapa anak kita jadi naik kepala dan sukar ditegur. Jangan kata jiran tetangga, teguran dari bapa saudara dan para guru pun mereka tidak boleh terima. Ironinya, kita sendiri sebagai ibubapa juga ikut mempertahankan mereka. Apapun tak boleh nak buat sekarang ini...
KESIMPULAN
Manusia kini sudah jadi haiwan. Bahkan lebih teruk dari itu. Haiwan pun masih ada yang sensitif terhadap keluarga dan masyarakat mereka, tetapi tidak lagi pada manusia hari ini. Berapa banyak kes ragut, bunuh, pukul, maksiat yang berlaku di depan mata dan dibiarkan sahaja? Sepatutnya nampak lain macam saja perubahan fizikal pada si anak, ia sudah diselidiki, dididik dan diselamatkan. Mustahil sampai 7 atau 9 bulan tiada seorang pun yang perasan akan kehamilan itu?
QS: 7. Al A'raaf 179. “Dan/demi sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda), dan mereka mempunyai telinga tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG LALAI.
Zina di kalangan Muslim yang sudah berkahwin juga amat banyak sekali. Padahal quran menetapkan hukuman "dera sampai mati". Maknanya ramai bapa/ibu atau suami/isteri yang seharusnya sudah tidak layak hidup di mukabumi ini kerana perbuatan zina. Nabi SAW juga telah menetapkan begitu dalam bahasa yang mudah difaham.
“Tidak halal darah seorang muslim kecuali kerana tiga hal; orang yang TELAH KAWIN YANG BERZINA, dan orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang memisahkan diri dari Jama’ah.” (HR.Muslim dari Abdullah)
Orang yang waras pasti tahu bahawa bayi yang dibuang di tong sampah, di lubang tandas, di sungai, campak dari tingkat 4, campak ke jalan raya dan 1001 macam kekejaman itu pasti akan TERBUNUH. Jika si pelakunya buat-buat tidak tahu, wajib kita ‘ajar’ seorang dua dengan hukuman yang setimpal agar yang lain ‘terdidik’ dengan hukuman itu lalu serik atau takut untuk melakukannya.
Perbuatan yang PASTI AKAN MEMBUNUH bayi seharusnya dikategorikan sebagai PEMBUNUH dan hukumannya juga bunuh. Kalau zina sahaja sudah dikira membunuh, wajarlah perbuatan ZINA + MEMBUNUH bayi itu diberikan hukuman lebih berat. Tinggikan semula martabat Mahkamah Syariah agar hukuman untuk kesalahan ini lebih syariah compliant. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan adalah jelas melanggar perintah Allah.
Dalam Islam, hukum qisas menetapkan nyawa dibalas nyawa. Bunuh dibalas bunuh. Hukuman yang tidak setimpal seperti ini turut menjadi punca berleluasanya penzinaan dan buang bayi ini. Setakat denda, semua orang boleh bayar. Penjara pula ada cukup makan minum dan boleh saja diharungi.
Hukuman yang kita tetapkan sekarang ini tidak memberi ancaman sama sekali untuk membantu menghentikan jenayah ini. Antara sebab Singapura kekal bersih, dan orang Malaysia kumpul sampah sewaktu di sana dan buang di Johor adalah juga kerana hukuman berat yang dikenakan.
Gejala buang bayi ini sudah jadi macam najis berak harian kita. Hari-hari makan, lepas makan buang seperti najis. Takut dan malu kepada manusia melebihi takut dan malu kepada Allah. Hukuman yang tidak setimpal ini juga mencerminkan remehnya penilaian kita. Pihak yang silap menetapkan hukuman ini telah tanpa sedar menghina bayi yang berdosa. Nilai sucinya di sisi Allah dinafikan.
Ibubapa atau ahli masyarakat yang bersubahat dan sengaja merestui jenayah inilah yang seharusnya dihukum dengan hukuman "MENYEMBUNYIKAN KELAHIRAN" ahli keluarga dan kerabat mereka. Ibu/bapa yang buang bayi itu seharusnya menerima hukuman lebih berat.
Kita telah terlalu jauh hanyut dalam arus moden. Kekemasan aturan dan peranan ibubapa telah semakin longgar. Konsep "ahhh.. tidak apa" dan tidak ambil peduli itu sangat berleluasa hingga ke tahap ini. ‘Close monitoring’ terhadap anak tidak lagi diamalkan. Bila sudah terdesak, kita hilang pedoman dan pertimbangan akal serta perasaan. Hati jadi kering dan brutal ke arah negatif. Alangkah baiknya jika hati kering itu diaplikasikan ke arah mentaati perintah Allah..!!.
Allah letak martabat manusia itu tinggi dengan adanya fungsi akal dan iman. Kini kita sendiri 'sampah'kan martabat itu. Melihat keadaan bayi tersebut, samalah keadaannya dengan situasi sekarang di mana sistem alQuran dan sunnah juga terbuang macam SAMPAH...
NAUZUBILLAHI MIN ZAALIK
Sumber: Fb Warga Prihatin
No comments:
Post a Comment