Pages

Tuesday, December 30, 2014

MENGENALI SIKAP PM, MB, MENTERI DAN RAKYAT MALAYSIA MELALUI BANJIR

Banyak sekali hikmah dari musibah banjir kali ini. Ada yang menyerlah pemurahnya, ada yang nampak kefasikannya. Ada yang berpecah belah, saling menfitnah dan bermusuhan kerananya. Ada yang kembali bersatu hati kerananya. Ada yang sabar dan redha, tidak kurang yang semakin bertambah prejudis dan amarahnya.

Isu YAB PM main golf dengan Obama sewaktu bercuti ketika negara dilanda bencana hangat ditiup merata-rata. Pada masa yang sama begitu ramai menteri, ketua menteri, bahkan Ketua Pembangkang juga turut bercuti ketika rakyat bersabung nyawa melawan bencana.

Apa nak dikata. Banjir kali ini berlainan sekali. Walaupun ada bayangan akan banjir, namun air telah naik begitu pantas. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir pun telah tenggelam begitu cepat. Jangan kata nak selamatkan harta benda, dapat selamatkan nyawa pun sudah cukup baik.

DARURAT DAN INSURAN

Isu pengisytiharan darurat telah dipolemikkan. Ramai yang minta ia diistiharkan supaya aset negara boleh digunakan tanpa birokrasi untuk membantu menangani bencana ini. Begitu juga dengan urusan cuti buat membantu kerja-kerja menyelamat dan bantuan memulihkan keadaan.

Satu-satunya alasan YAB PM bahawa pengisytiharan itu akan menyebabkan mangsa tidak boleh tuntut pampasan insuran menimbulkan ketidakpuasan hati. Apa tidaknya, kemusnahan harta dan kesengsaraan jiwa amat dahsyat. Rakyat bertarung nyawa namun harta minoriti dijadikan taruhannya. Soalnya, berapa banyak harta marhaen yang dilindungi insuran akibat banjir di Kelantan? 

Ramai juga yang memberikan berbagai alasan tambahan. Ada yang kata YAB MB Kelantan sendiri tidak mahu darurat diumumkan. Ada yang kata Putrajaya tidak mahu menanggung kos bencana. Ada yang kata nanti segala urusan diambil alih oleh tentera yang ganas dan tidak berhati perut. Nanti nampak orang mati pun tentera buat tak tahu sahaja kata mereka. Hanya akal dan hati yang mampu menilainya.

ANTARA PENGISYTIHARAN DAN HAKIKAT DARURAT

Samada ia diisytiharkan maupun tidak, hakikatnya jelas sekali bahawa rakyat Kelantan memang sedang dalam darurat. Kemusnahan harta benda terlalu dahsyat. Air naik begitu cepat dan deras, menyebabkan banyak isi bangunan seperti rumah, kedai, kilang, sekolah dan pejabat yang rosak atau musnah kerana tidak sempat diselamatkan. Bahkan terlalu banyak rumah dan isinya yang hanyut, ranap sama sekali. 

Banyak kenderaan peribadi juga tidak sempat dialihkan dan musnah dihanyutkan air. Bekalan air dan elektrik terputus. Barang-barang naik harga mendadak. Setengah barang keperluan malah tiada bekalan sama sekali termasuk petrol dan bahan bakar. Ada wang juga tidak berguna.

Jika sukar dan banyak konflik untuk pengisytiharan darurat, mari kita hentikan polemik ini. Samada diistihar atau tidak sama sahaja. Yang penting bukan pengisytiharannya, tetapi langkah pantas menyelamat dan membantu mangsa yang tersiksa. 

Sebenarnya yang banyak menjadi persoalan ialah apabila bantuan dan urusan perpindahan lambat diusahakan. Setelah semua jalan tenggelam baru bantuan dikumpul dan dihantar. Akhirnya banyak yang gagal dihantar kerana terputus hubungan darat. Sikap berlengah atau tunggu dan lihat kebanyakan penduduk yang terlibat juga perlu diambil kira. 

Yang menjadi isu ketara ialah apabila YAB TPM yang sepatutnya ‘turun segera’ sebaik sahaja bencana bermula telah berlengah ketika YAB PM tiada dalam negara. Selepas 5 hari rakyat bersabung nyawa, setelah YAB PM yang bercuti hampir balik baru nak ‘melawat’. Sudahlah kita memang lambat bertindak, air pula naik terlalu cepat. Jadilah “sudah jatuh, ditimpa tangga, tercium tahi ayam pula”.

TINDAKAN YAB PM YANG POSITIF

Kasihan juga melihat YAB PM dikritik hebat ketika bermain golf dengan Obama. Yang pasti beliau berada dalam situasi yang benar-benar serba salah kerana urusan itu tentunya telah diatur jauh lebih awal. Nak dapat temujanji golf bersama Obama bukannya senang. Biar apapun yang dibincangkan, itu urusan dialah. Pokok utama dalam isu ini ialah banjir kali ini berlaku mengejut dan amat mendadak.

Akhirnya Alhamdulillah, kita bersyukur kerana YAB PM telah memendekkan cuti untuk bersama-sama rakyat. Beliau terus mendarat di Kota Bharu untuk meninjau keadaan. Siap makan bersama YAB MB Kelantan dengan harmoni sekali. Terus sahaja beliau istiharkan peruntukan 500 juta untuk bantuan banjir. Semua menteri yang sedang bercuti dipanggil balik. YAB TPM pula segera tambahkan aset negara. Barulah rancak misi menyelamat dan bantuan kemanusiaan. 

Malangnya tindakan itu sudah agak terlewat kerana rakyat sudah terdesak dan berselerak menyelamatkan diri di bukit-bukit. Mereka sengsara tanpa tempat berlindung dari hujan, tanpa bekalan makanan, air bersih dan bekalan elektrik. Perhubungan talian banyak yang terputus. Sebahagian yang mampu menghubungi pusat bantuan juga gagal diselamatkan kerana sukar mencari mereka atau perhubungan darat terputus. Hubungan air juga tidak terlawan kerana arus deras. Perhubungan udara pula sulit kerana tiada tempat mendarat. Semua ini semakin memburukkan keadaan.

Terharu apabila YAB PM ambil masa untuk melawat seluruh kawasan di semua negeri yang dilanda banjir. Kemudian beliau datang semula ke Kelantan, khusus untuk melihat secara dekat betapa dahsyatnya kemusnahan di daerah yang dilanda banjir di Kuala Krai dan Gua Musang. Alhamdulillah terserlah kepiluan dan simpati beliau terhadap penderitaan rakyat lalu mengumumkan bantuan tambahan khusus untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.

BANJIR DAN AMALAN PESTA TAHUN BARU 

Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya dan penaja Pesta Ambang Tahun Baru yang membatalkan pesta itu dan mengalihkan peruntukan 3 juta itu untuk membantu mangsa banjir. Semuga ia segera disampaikan dengan amanah dan berhemah.

Selangor dan beberapa negeri lain diberitakan masih ingin meneruskan Pesta Tahun Baru, biarpun dikatakan secara sederhana. YAB MB Selangor berkata, “Bantuan mangsa banjir tetap tidak akan dilupakan. Sambutan itu akan menekankan hiburan yang mempunyai mesej dan berbentuk kebudayaan seperti Merakyat Ekonomi Selangor, pameran seni, lukisan serta karya sastera”. 

Banyak juga tentangan apabila ada pihak yang berhajat menggantikan pesta hiburan dengan perhimpunan Cinta Rasul besar-besaran. Mereka menuntut agar belanja yang dikatakan hanya RM200 ribu itu wajar diagihkan kepada mangsa banjir yang sedang menderita. Ini satu lagi polemik ritual agama yang kian hangat di pasaran. 

RAYUAN MARHAEN

Amat lega apabila YAB PM turun melihat sendiri kesengsaraan rakyat sehingga terbit simpati dan empati yang mendalam. Dengan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pastinya apa yang beliau lihat sendiri itu akan membuka ruang bantuan yang lebih baik dan bermakna. Tawaran untuk menyediakan peruntukan khas (selain dari yang RM500 juta) untuk membina rumah baru di tapak yang selamat untuk semua yang kehilangan rumah adalah amat kita syukuri.

Kita seharusnya berkabung dengan kesengsaraan mangsa banjir kali ini. Kami rayu agar YAB PM, MB, MENTERI atau siapa sahaja yang ingin berbelanja atau bersukaria dengan meneruskan Pesta Tahun Baru atau sebarang acara hiburan agar ambil masa sejenak untuk meneliti kesemua foto dalam album ini. 

http://prihatin.net.my/v3/2014/12/31/gambaran-kemusnahan-pasca-banjir/
http://prihatin.net.my/v3/2014/12/29/misi-bantuan-kemanusiaan-warga-prihatin/

Kemudian tanyakan diri sendiri… atau tanyalah rakan taulan yang ‘berakal sedikit’…

 Wajarkah kita bersukaria dan berpesta ketika saudara kita mangsa banjir amat berdukacita? Tidakkah wajar kita berkabung dan berpuasa?

 Wajarkah kita biayai pesta sedangkan rakyat marhaen sampai terpaksa jual suratkabar lama, kutip besi buruk, pecah tabung dan berpuasa untuk kumpul dana bagi membantu mangsa banjir yang sudah tidak punya apa?

 Wajarkah kita bazirkan masa mempersiapkan tapak pesta dan ikut berpesta sedangkan rakan sukarelawan kita bersengkang mata menyiapkan tempat berteduh mangsa banjir yang kini gelandangan?

 Wajarkah kita ambil bayaran untuk dendangan selawat cinta rasul, walaupun diselitkan doa untuk mangsa banjir,  sedangkan ada saudara kita yang tidak jumpa nasi sampai 7 hari, tiada kain baju, tiada rumah dan ramai bayi kecil yang menangis kelaparan dan ikut gelandangan? 

Kami rayu sangat agar YAB PM dan MB arahkan semua jabatan kerajaan pusat dan negeri berjimat cermat agar lebih banyak bantuan boleh disalurkan kepada mangsa banjir. Buatlah majlis atas nama apapun asalkan jangan belanja melampau-lampau. Isu karipap 30sen dibayar RM3 seperti lapuran audit negara harus dihentikan sertamerta.

Terbaik jika kita boleh adakan tahlil atau Selawat Cinta Rasul tanpa sebarang bayaran atau jamuan yang melampau. Jika ada pun cukuplah sekadar teh dan kopi serta biskut alas perut sahaja. Doa itu akan dilihat lebih ikhlas dan berkat apabila dana yang dijimatkan boleh disalurkan sebagai bantuan secara terus.

Kita lupakanlah soal pengisytiharan darurat. Yang penting dengarlah rayuan marhaen agar jangan dibatasi penggunaan aset, kakitangan awam dan peruntukan bantuan dana kerajaan pusat untuk membina rumah yang wajar bagi SETIAP mangsa banjir yang ranap rumahnya. Carilah juga jalan agar dapat difikirkan bantuan keperluan asas yang lain seperti tempat tinggal sementara, kenderaan harian keluarga, juga bantuan wang belanja harian sementara mereka dapat memulakan hidup baru. 

Sebenarnya peribadi YAB PM adalah amat prihatin dan lembut hati. SYABAS dan TERIMA KASIH YAB Datuk Seri. Ingatlah. Marhaen tiada insuran untuk nyawa mahupun hartabenda. Semangat persaudaraan dan insaniah dari kita inilah satu-satunya insuran atau jaminan buat mereka.

Mari fokus kepada sifat insaniah yang dituntut oleh Allah. lupakanlah perbezaan pegangan politik. Bentuklah satu badan yang neutral, yang dianggotai oleh semua pihak untuk segera menilai dan mengesahkan mangsa banjir yang memerlukan dengan jujur dan telus.

RAYUAN MARHAEN
Warga Prihatin.

http://prihatin.net.my/…/…/gambaran-kemusnahan-pasca-banjir/
http://prihatin.net.my/…/misi-bantuan-kemanusiaan-warga-pr…/

No comments:

Post a Comment