Pages

Monday, December 8, 2014

Siapa yang memecah-belahkan perpaduan?

December 8, 2014 Kolumnis, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim 0

dr rafidah


Datuk Ambiga Sreenevasan telah mencabar Ustazah Norsaleha Mohd Salleh, Ketua Wanita ISMA bagi membuktikan beliau menyebarkan kebencian dan memecah belahkan (hatred and animosity) di kalangan masyarakat.

Suasana ketegangan dan kebencian boleh berlaku apabila perjanjian yang telah dipersetujui, tidak di hormati.
Malaysia, sebagai sebuah negara majmuk mempunyai sejarah yang unik menganugerahkan kerakyatan secara besar-besaran kepada kaum bukan bumiputera melalui Kontrak Sosial yang menjadi dasar Perlembagaan Persekutuan. Selama bertahun-tahun perpaduan rakyat dapat dipupuk dengan dasar memghormati Perlembagaan, kita tidak melihat suasana ‘hostile’ seperti sekarang.

Ambiga adalah Presiden ke 24 Majlis Peguam Malaysia daripada 2007-2009. 

Beliau terkenal sebagai Pengerusi Bar Council yang kuat menyokong kes Lina Joy seperti dilaporkan media
( http://www.malaysia-today.net/ambiga-im-flattered-and-humbled/ –> “Her involvement, as the Bar chairman, to strongly support Lina Joy in the apostasy case and the March For Justice won her as many adversaries as they did allies ” )

Beliau juga terlibat memberi ulasan langsung kes Lina Joy setelah Hakim Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama Hakim Alauddin Mohd Sheriff menolak permohonan Lina Joy menukar status agamanya pada 30 Mei 2007.

Beliau seterusnya, melalui Jawatankuasa Undang-undang Keluarga, Majlis Peguam Malaysia telah bertegas mengadakan forum secara terbuka, yang menjemput bukan sahaja mereka dari latar belakang perundangan bahkan orang ramai, bagi membahaskan artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan melalui forum tersebut yang bertajuk “Conversion to Islam : Art 121 (A) of the Federal Constitution, Subashini and Shamala Revisited “

Ini mencetuskan kemarahan ramai umat Islam dan beberapa pemimpin juga menasihati agar forum ini dibuat secara tertutup. 

Namun Ambiga dan Majlis Peguam tidak mengendahkannya dan dengan ‘arrogant’ meneruskan forum tersebut yang merupakan satu langkah pertama ke arah mempersoalkan perkara sensitif dalam hal umat Islam dan mencabar Perlembagaan.

Ambiga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam ketika IFC ditubuhkan dan Majlis Peguam telah menerima memorandum Inter Faith Commission yang menuntut 14 perkara yang mengguris perasaan umat Islam.

Kini kita melihat rentetan dari tindakan Ambiga dan Majlis Peguam membuka lebih banyak ‘floodgates’ penghinaan terhadap Islam terutama dari pemimpin bukan Islam dari kedua-dua belah pihak, pembangkang dan kerajaan. Tony Pua, Eric Paulsen dari Lawyers For Liberty  dan Ketua Wanita Gerakan (rujuk foto) antara yang tanpa rasa segan silu mempersoalkan hal ehwal umat Islam. 

Adalah tidak adil bagi Ambiga atau sesiapa sahaja menuduh umat Islam sebagai pemecah-belah, sedangkan pihak merekalah yang memulakan provokasi dan pencabulan perjanjian.

Tuntutan IFC sebenarnya telah pun diterjemahkan sedikit demi sedikit oleh Ambiga dan Majlis Peguam.
Tindakan provokasi Ambiga terhadap umat Islam ini juga melayakkan di antara beliau dianugerahkan US International Women of Courage pada tahun 2009.
******************

APA ITU IFC

Penubuhan IFC ini dicadangkan oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) melalui memorandum mereka yang dihantar oleh Presiden MCCBCHS kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.

TERDAPAT 14 TUNTUTAN IFC:

1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia sepatutnya dibenarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

APA IMPLIKASI ANCAMAN IFC TERHADAP ISLAM?

1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2. Menjadikan undang-undang Allah perlu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan akidah.

3. Orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4. Orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.


Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Ketua Penerangan Wanita ISMA

Sumber:  http://www.ismaweb.net/2014/12/siapa-yang-memecah-belahkan-perpaduan/

No comments:

Post a Comment