December 21, 2014 Berita Utama, Utama 0
Pada hari Sabtu 20
Disember 2014M bersamaan 27 Safar 1436H, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan
kerjasama Majalah Al-Bayan yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi telah
menganjurkan satu seminar bertajuk ‘Projek Liberalisme: Dimensi dan Mekanisme’.
Seminar ini menghimpunkan 120 orang pemikir Islam dan pakar dari Malaysia,
Indonesia dan beberapa buah negara Arab, bertempat di Kuala Lumpur. Selepas
pembentangan dan perbincangan, seminar telah menetapkan resolusi seperti
berikut:
- Memperkuatkan ruh intima’ (kecenderungan) terhadap jati diri Islam, berbangga dengannya, dan menyedari kesan daripada penolakan jati diri dan identiti Islam dari aspek gambaran, hala tuju dan tingkah laku.
- Mengkaji kempen peringkat antarabangsa di pelbagai negara yang menanam nilai-nilai liberalisme di kalangan masyarakat Islam, dan mencadangkan strategi bagi menghadapi kempen tersebut.
- Mendedahkan pendirian-pendirian kumpulan liberal terhadap nas syarak, dan menetapkan strategi amali dan ilmiah dalam berinteraksi dengan setiap pendirian sambil menjaga kedudukan syarak.
- Menyampaikan hakikat pemikiran liberalisme dari segi dasarnya, objektifnya dan kesannya menerusi saluran media yang ada.
- Berusaha menghidupkan nilai-nilai Islam yang sebenar melalui program-program pendidikan, pemikiran dan syarak, bagi menguatkan benteng pemikiran umat Islam.
- Menyokong institusi-institusi pengkhususan yang menentang cabaran pemikiran liberal dan menjawab segala syubhat berkaitan.
- Membuat kritikan secara menyeluruh berdasarkan syarak menerusi hujah-hujah bagi menjawab semua salah faham yang dibangkitkan untuk melawan hukum syarak dan asas-asasnya.
- Menguatkan keberkesanan peranan para daie, khatib, pengamal media, undang-undang dan ekonomi dalam menjelaskan bahaya pemikiran liberalisme dan kesannya terhadap nilai-nilai Islam.
- Menjalankan jaringan di kalangan institusi-institusi dan pihak-pihak berkaitan bagi mendapat pandangan dan analisis menyeluruh dalam melawan projek liberalisme.
- Membuat pembaharuan dalam seruan kepada para wanita Islam agar objektif kesedaran nilai-nilai syarak tercapai dan memelihara wanita daripada terpengaruh dengan pemikiran yang salah.
- Membangunkan saluran-saluran media berkualiti tinggi yang selari dengan kemajuan teknologi terkini bagi menyampaikan nilai-nilai Islam yang betul dengan berkesan.
- Meningkatkan keberkesanan semua program yang mendidik umat Islam memahami hukum syarak dan menyumbang peningkatan kehidupan beragama di kalangan masyarakat.
- Melaksana strategi menyeluruh bagi mengatasi keruntuhan akhlak, kerana keadaan ini menjadi tapak berkembangnya pemikiran liberal.
- Memberi perhatian terhadap usaha kerjasama dan persefahaman di kalangan mereka yang beramal untuk Islam, dan menguruskan perbezaan ijtihad berdasarkan manhaj syarak yang seimbang dengan penuh rahmah, saling memaafkan dan berbaik sangka.
- Merujuk pakar-pakar bidang, berhati-hati terhadap sikap sambil lewa dan menurut hawa nafsu.
- Mengambil pengajaran daripada pengalaman semasa di negara-negara umat Islam dalam memperkasakan nilai-nilai Islam dan menghadapi pemikiran yang bercanggah dengan Islam.
- Menyokong projek-projek amali yang dikongsi bersama oleh gerakan-gerakan Islam dalam mendepani pemikiran liberalisme.
- Menyebarkan kesedaran dalam pengajian asas-asas politik berasaskan syariah (siyasah syariyyah), dan memberi penugasan kepada pihak yang betul dalam menjalankan usaha-usaha mendepani pemikiran liberalisme.
- Ketua-ketua kerajaan, pembuat dasar dan keputusan, kumpulan pemikir dalam negara-negara Islam perlu berusaha menunjukkan contoh amali pengamalan Islam yang syumul, sebagai hujah dalam melawan liberalisme dalam bentuk yang paling baik dan mengelakkan perbincangan bersifat falsafah semata-mata.
Seluruh peserta
seminar mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya ISMA
dan Al-Bayan dalam menjayakan seminar ini.
Syeikh Dr
Ahmad Abdul Rahman As-Suwaiyan, Ketua Pengarang Majalah
Al-Bayan
Abdullah
Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/12/resolusi-seminar-projek-liberalisme-dimensi-dan-mekanisme/
No comments:
Post a Comment