ALLAH Ta'ala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.
SUAMIKU...KETIKA PEKERJA TADI DATANG UNTUK MENGISI AIR KE DALAM TEMPAYAN...TIBA-TIBA DIA PUN MEMEGANG TANGANKU...
Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga
solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala. Isterinya
juga seorang yang bertaqwa. Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia
melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan. Dia
sangat terkejut dengan keadaan tersebut.
Lalu, si suami
bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya
enggan menceritakannya. Apabila dia berterusan meminta isterinya
menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya :
“ Adakah kamu mengenali pengisi air itu? ”
– Pengisi air yang dimaksudkan adalah orang yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.
Suaminya menjawab : “ Ya ”
Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa lamakah dia telah berkhidmat dengan kita? ”
Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ”
Isterinya bertanya lagi : “ Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”
Jawab suaminya : “ Tidak ”
Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah melakukan satu perbuatan yang buruk ”
Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia lakukan? ”
Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam
tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaannya, aku pun membuka
tempayan tersebut. Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut,
tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tanganku
kuat sedikit ”
Apabila suami itu mendengar cerita tersebut,
dia menangis sepuas hatinya. Kemudian, suaminya bangun solat taubat
sebanyak dua rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.
Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya? ”
Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”
Perhatikan maksud kata-kata ini ;
“ Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”
Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”
Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini,
dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat daripada emas.
Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk ditunjukkan
kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku.
Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya. Nafsu menguasai
diriku dan aku meletakkan tanganku pada gelangnya dan menggengam sedikit
tangannya seperti lelaki tersebut menggengam tanganmu ”
Ketika
mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu dia berkata: “
Gengaman dibalas gengaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu
kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu
kepada isterimu ”
MORAL OF THE STORY...
✔ Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan oleh ALLAH Ta'ala.
✔ ALLAH Ta'ala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.
✔ Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayangi disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain.
✔ Bersegeralah memohon keampunan dari ALLAH Ta'ala apabila melakukan
dosa dengan sebenar-benar taubat dan berazamlah untuk tidak
mengulanginya lagi.
✔ Mohonlah perlindungan dari ALLAH Ta'ala supaya tidak terjebak dalam perkara yang dimurkaiNya.
✔ Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati suruhanNYA dan meninggalkan maksiat kepadaNya.
✔ Basahkan lidah dengan istighfar. Dalam masa yang sama, hiasi diri
dengan amalan ketaatan dan meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya
istighfar yang diucapkan.
✔ Banyakkan muhasabah setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian
Firman ALLAH yang bermaksud : “ Dan bersegeralah memohon keampunan dari
Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Dijanjikan
kepada orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang yang membelanjakan (hartanya)
di waktu senang dan susah, orang yang menahan perasaan marahnya dan
mengampuni kesalahan manusia. Dan Allah Taala itu suka kepada orang yang
berbuat kebaikan. Dan orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji
atau menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah, mereka terus
memohon keampunan dari Allah atas dosa yang mereka lakukan dan mereka
tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahuinya.
Mereka itu balasannya adalah keampunan dari Tuhannya serta syurga yang
mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya.
Sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal ” -Ali-‘Imran : 133-136
Kisah ini telah diceritakan oleh Al Habib Ali Al Jifri ( keturunan Rasulullah SAW )
*****
Pakar diari hati
No comments:
Post a Comment