Pages

Tuesday, July 2, 2013

Zatiah Dai'e

Zatiah Dai'e ialah daya tolak seorang mukmin dan sifat bersungguh-sungguh serta bersegera untuk melakukan amal dakwah yang terhasil dari motivasi dalaman untuk bekerja demi agama tanpa perlu menunggu arahan atau follow up orang lain. Dia melakukan amal dakwah semata-mata mengharap ganjaran dan balasan dari Allah sahaja.



Antara ciri dai'e yang memiliki zatiah ialah :

1. Kerehatan bagi seorang dai'e ialah dengan dia terus bekerja...menyumbang..memberi dan berkontribusi untuk dakwah.

2. Dia menyerahkan seluruh hidupnya untuk Islam..segala tenaga, potensi dikhidmatkan untuk Islam.

3. Dia berusaha dengan penuh gigih dan bersungguh-sungguh menunjukkan jalan hidayah kepada manusia,mendidik serta mentazkiyah jiwa manusia.

4. Seluruh daya fikirnya dipusatkan untuk melakukan projek-projek kebaikan demi manfaat islam dan umatnya.

5. Sentiasa berhubung dengan saudara-saudara seperjuangan untuk melakukan sumbangan dakwah dan sumbangan kebaikan.

6. Sentiasa menyampaikan risalah dakwah tanpa mengira masa, tempat dan suasana kepada semua manusia.

7. Memiliki kepedulian yang tinggi terhadap nasib umat Islam di seluruh dunia, merasai keperitan dan penderitan mereka serta memberikan penyelesaian untuk mengangkat kemuliaan umat.

8. Aktif dan proaktif di dalam melakukan gerak kerja dakwah,bergaul dengan manusia serta dan sentiasa memberikan kontribusi dakwah.     Sumber:  Fb Ustaz Mohd Azizee Hasan

No comments:

Post a Comment