Pages

Saturday, July 13, 2013

Kisah benar dari Syria.....

Assalamualaikum..
Nak share satu cerita pengalaman sahabat kami yang jadi volunteer doktor di Syria. Ini kisah benar.
***************************************************************************
Malam tadi kami diuji dengan bekalan elektrik yang terputus sewaktu dua pembedahan kecemasan sedang dijalankan..Dalam kegelapan itu beberapa sukarelawan perubatan menjerit-jerit minta sesiapa pasangkan lampu. Beberapa anggota mujahidin yang berkawal di sekitar hospital lapangan bergegas cuba hidupkan generator.

Tapi malangnya bekalan minyak habis. Dalam pada itu seorang doktor dari Norway ternampak satu kawasan terang benderang. Doktor itu pun mengarahkan agar katil pembedahan dan peralatan kecemasan dipindahkan ke situ. Tahu tak cahaya terang tu datang dari mana ?

Dari seorang lelaki tua buta yang sedang mengaji AlQuran sambil menjaga anak saudaranya yang dipotong kaki. Terangnya kawasan tu seperti disimbah cahaya bulan penuh....terang sangat walaupun tidak ada  lampu dan di kiri kanannya gelap gelita.

Kawasan yang terang itu boleh menempatkan 2 katil pembedahan dan ruang cukup untuk petugas perubatan yang terlibat. Lebih pelik lagi sewaktu kami perlukan bekalan elektrik untuk hidupkan satu mesin yang diperlukan selepas pembedahan, salah satu plug nampak macam menyala lampunya. Seorang nurse dari Maldives yang terlupa bekalan elektrik sedang terputus terus sambungkan plug itu dan hidupkan suis. 


Dengan kuasa Allah peralatan itu berfungsi....sehingga  pembedahan selesai.  Kami macam bingung sekejap lepas itu baru tertanya-tanya macam mana peralatan tu boleh menyala/berfungsi dan kawasan tu boleh terang benderang.

 Lelaki buta tu berasal dr homs. Satu hari dia mampu khatam Al Quran sekali. Setiap hari dia khatam Al Quran. Maha Suci Allah.

Terlalu banyak perkara yang ajaib berlaku di sini. Mungkin ini sebabnya para doktor yang berkhidmat di sini ada yang tidak mahu balik walaupun sudah ada kehidupan yang sangat selesa di negara sendiri.

Bak kata seorang mujahidin dari Bosnia "macam sudah ternampak taman-taman syurga"

Saat mula-mula menjejakkan kaki ke homs memang kawasan itu sudah musnah teruk tapi ada satu rasa nyaman masuk dalam jiwa.....ajaib sangat. Semalam ada seorang budak perempuan bernama somaiyah, berumur 7 tahun. Dia tanya pada seorang sukarelawan tu kenapa menangis. Sukarelawan itu berkata sebab sedih somaiyah dah tidak ada parents. Somaiyah tu jawab " awak silap, di sisi Allah ayah dan ibu saya masih hidup. Mereka bahagia dan mulia".

Sahabat, Allah nak tunjuk Al-Quran itu mampu memberi cahaya. Di dunia pun Allah dah tunjuk. Apa lagi kat akhirat sana. 


Di kutip dari fb: Tira miz u dengan sedikit pengeditan ejaan.

No comments:

Post a Comment