Pages

Tuesday, October 29, 2013

Kuil Hindu RM10 juta bakal jejas imej Klang bandar Diraja

October 29, 2013 Berita Utama, Utama 2


pathan (1)


KLANG, 29 Okt – Pembinaan semula Kuil Sri Sundararaja Perumal untuk dijadikan  mercu tanda dan ikon pelancongan bakal menjejaskan imej Klang sebagai Bandar Diraja dan Malaysia sebagai negara Islam.
Yang Dipertua ISMA Klang, Ustaz Pathan Hussin berkata, menjadikan kuil tersebut ikon pelancongan kepada penganut agama itu dan pelancong menjelang pertengahan 2015 boleh mencalarkan imej institusi Diraja yang menjadi payung kepada Islam.

Kelak, kuil yang dibina RM10 juta ini tidak lagi membawa imej bandar Klang sebagai Bandar Diraja tetapi sebaliknya menjadi pusat pengembangan dan penyebaran agama Hindu.

Laporan akhbar kelmarin (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm) menyatakan bahawa Pengerusi Kuil Sri Sundararaja Perumal, S. Anandakrisnan akan mengadakan perbincangan dengan kementerian berkaitan untuk memasukkan kuil tersebut sebagai sebahagian daripada kalendar pelancongan di negara ini.

“Justeru ujar Ustaz Pathan, dalam hal ini pihak berwajib harus bertindak segera dengan melihat semula identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebelum meluluskannya.
“Kerajaan negeri perlu lebih prihatin dalam soal ini selain mengambil kira pandangan umat Islam khususnya di kawasan Klang,” katanya ketika ditemui wartawan.

Sementara itu ujarnya, bagi pihak ISMA Klang kajian akan dilakukan sebaiknya, jika hasrat untuk mereka menjadikan kuil Hindu ini sebagai ikon melanggar enakmen, maka bantahan dan laporan pihak polis akan dibuat.

Pembinaan kuil granit yang disifatkan sebagai ‘Thirupathi Asia Tenggara’ itu menggunakan khidmat 50 pengukir batu dari Kanchipuram, India untuk menghasilkan ukiran.

Sumber:   http://www.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment