Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang menuntut
perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini pada proses
Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland 24 Oktober ini
disifatkan oleh Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Dr Yusri
Mohamad sebagai pelampau hak asasi.
Menurut beliau, tuntutan Comango tidak lebih sebagai hanya dakyah untuk menimbulkan salah faham mengenai realiti hak asasi manusia di negara ini.
Yusri yang juga Ahli Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) berkata, tujuan Comango hanya untuk mengambil kesempatan dengan terus mengelirukan sekali gus menggugat kedudukan istimewa Islam sebagai agama rasmi negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ikuti wawancara penuh Sinar Harian dengan Yusri menjelang pembentangan Comango pada sesi UPR Khamis ini.
Difahamkan, MuslimUPro juga menghantar delegasi ke sesi Semakan Berkala Universal pada 24 Oktober ini?
MuslimUPro diwakili tiga kumpulan seramai 16 orang, diketuai Azril Mohd Amin, yang juga Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, yang telah berada di sana sejak beberapa hari lalu.
Kita telah memutuskan untuk menghantar delegasi untuk memantau dan menyampaikan pandangan dalam ruangan yang dibenarkan dalam proses tersebut. Gabungan kami juga telah mengemukakan memorandum berkenaan isu ini kepada Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak berkenaan.
Kebimbangan terhadap tuntutan dibuat Comango?
Apabila kita tengok dalam laporan mereka itu, bukan semuanya kita tolak. Ada syor yang berkaitan hak asasi manusia yang boleh kita sepakati bersama seperti isu melibatkan pelarian, hak-hak pekerja, isu berkaitan kebebasan berpolitik.
Tetapi kita tengok isu berkaitan agama, dan isu berkaitan bangsa Melayu, kita tengok pendekatan mereka terlalu bias, bersifat merugikan Islam, mengancam kedudukan Islam, takkan kita hendak berdiam diri?
Mengenali mereka juga, sebahagian daripada mereka itu mempunyai track record yang tidak baik dalam isu agama. Mereka ini yang berpegang dengan fahaman hak asasi manusia yang terlalu kebaratan, sekular. Wajarlah kita merasa bimbang.
Orang yang membawakan isu ini bermasalah, dan kita baca laporan itu bahawa ada hitam putih, ada perenggan tertentu yang ingin menuntut hak-hak bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama negara, dan Islam dalam budaya masyarakat yang kita terima.
Contohnya, menerima secara mutlak dokumen perjanjian hak asasi peringkat antarabangsa termasuk membenarkan kebebasan keluar masuk agama secara mutlak.
Ini bukan resolusi biasa. Apabila kita sudah termeterai perjanjian itu, maknanya kita terikat dengan kontrak. Jika langgar, negara kita akan dikenakan tindakan keras.
Kita akan menghadapi tekanan yang kuat daripada pihak luar seolah-olah kita dah berjanji. Soal LGBT, sangat jelas, kenapa Malaysia masih tidak mengiktiraf LGBT dan mengapa kita menganggapnya sebagai jenayah?
Bagaimana proses UPR di Geneva berlangsung?
Apa yang berlaku di sana nanti. Delegasi rasmi kerajaan Malaysia sebagai kerajaan akan membentangkan laporan prestasi empat tahun lepas sejak proses terakhir 2009, dan buka ruang kepada orang lain mengemukakan laporan dan komentar mereka.
Proses itu berlangsung dalam bentuk perundingan dan sesi khusus itu berlangsung pada 24 Oktober ini, selama tiga jam bagi slot Malaysia. Beberapa hari selepas itu, pada 29 dan 30 Oktober, delegasi dan Kerajaan akan mengisytiharkan syor yang akan diterima, syor ditolak atau tidak komen atau sebagainya.
Kalau sudah diisytihar dan diterima, ia seolah-olah dianggap satu janji. Secara moral kita sudah terikat untuk memenuhi apa yang kita sanggupi walaupun secara tidak rasmi.
Walaupun proses ini tidak mengikat secara ketat undang-undang negara, tetapi jika kita sudah isytihar menerima sesetengah syor, maka ia merupakan janji kita kepada UPR atau PBB.
Di sini, Comango dan MuslimUPRo perupakan pelobi. Suara pelobi inilah yang akan mempengaruhi syor-syor tersebut. Biarpun pada peringkat akhir wakil rasmi delegasi negara akan menentukan syor tersebut tetapi ia bergantung kepada kuatnya tekanan suara pelobi. Sama ada Comango atau MuslimUPRo. Proses itu bergantung secara dinamik.
Kalau kerajaan kita hanya mendengar satu suara, iaitu versi pelobi Comango, itu sedikit sebanyak boleh mempengaruhi keputusan delegasi negara. Sesetengah wakil negara luar juga akan turut sama melobi apa yang dituntut oleh Comango.
Jadi kami di sana adalah sebagai suara majoriti umat Islam, selari dengan agama dan Perlembagaan negara. Kita hendak pastikan suasana perdebatan, perbahasan, perbincangan tidak hanya dicorakkan oleh sentimen hak asasi sekular.
Jika kita tidak pergi, kemungkinan apa akan berlaku adalah suasana yang terlalu bebas di mana tiada bangkangan diperlihatkan pada sesi itu. Walaupun delegasi rasmi negara akan memutuskannya, tetapi kalau suara atau suasana berat sebelah, tidak mustahil wakil-wakil kerajaan akan rasa terdorong, tertekan untuk berkompromi secara sedar atau tidak.
Itulah tujuan kami yang sebenar dan amat penting buat umat Islam di negara ini. Jika kita terlajak menerima sesetengah syor itu, maka secara moral susah untuk kita berundur.
Hal ini pernah berlaku dalam pusingan pertama pada 2009. Sebab itu kita jangan anggap bahawa walaupun UPR tidak terikat secara rasmi dengan undang-undang, tetapi ia tetap berpengaruh.
Contohnya syor pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Akta Ordinan Darurat (EO) 1969. Antara yang kuat mendorong pemansuhan itu adalah komitmen yang kita telah tandatangani dalam UPR pada 2009.
Jangan pandang remeh UPR kerana impaknya tinggi. Selepas negara menandatanganinya, negara kita akan hadapi pelbagai tekanan supaya komitmen itu dilaksanakan.
Siapakah wakil delegasi Malaysia?
Delegasi Malaysia terdiri daripada wakil Kementerian Luar, Jabatan Peguam Negara dan jabatan dalam kerajaan yang berkaitan dengan isu-isu yang ditimbulkan dalam UPR termasuk Kementerian Dalam Negeri.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga terlibat dalam UPR kerana ada beberapa tuntutan yang kita tentang itu melibatkan isu-isu agama Islam.
Delegasi pelobi terdiri daripada pelbagai NGO Islam dan berdasarkan situasi itu, dimanakah tahap keseriusan kerajaan berkenaan hal ini?
Dari satu sudut, saya rasa pihak kerajaan wajib menyiapkan laporan penggal empat tahun sebelum ini. Dari sudut itu, kerajaan telah menjalankan peranannya. Isunya di sini, pihak di luar sana seperti Comango, mereka tidak akan berpuas hati dengan apa sahaja yang dilakukan kerajaan selagi tidak memenuhi kehendak mereka.
Oleh kerana adanya puak-puak yang mahu semua pihak mendengar cakapnya, sebab itulah wakil pihak kerajaan perlu lebih bertegas dan berhati-hati. Mereka agresif. Mereka juga akan datangkan statistik dan hujah-hujah dan sekiranya kita lemah, kita akan lemas dalam arus hujah-hujah yang mereka cipta itu.
Kita mengharapkan agar wakil kerajaan pergi dengan penuh persiapan dan bersedia untuk berpegang teguh dengan asas Perlembagaan negara kita. Jangan pergi dengan sikap seolah-olah kita perlu tunduk dengan cara orang lain. Sebagai rakyat Malaysia, wakil delegasi perlu pergi dengan penuh rasa harga diri dan maruah yang tinggi.
Secara nisbahnya, negara kita merupakan negara yang terbaik, yang selama ini menarik pelabur-pelabur dan para pelancong jika hendak dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain. Kita tidak perlu malu di gelanggang dunia malah negara Islam lain juga hendak menumpang nama baik negara kita dan agama Islam.
Bagaimana boleh timbul tuntutan seperti yang dibuat oleh Comango?
Selagi pandangan diberikan secara beradab, wajar untuk kita mendengar tetapi tidak semestinya kita bersetuju. Mereka ibarat jiran kita, mereka mungkin boleh beri pandangan kepada kita, sebagai jiran yang baik kita dengar tetapi tidak wajib untuk kita ikut kalau kita rasa tidak sesuai.
Tidak semestinya kita terus bermusuhan, mahu menerima pakai atau tidak, kita lebih berhak untuk menilai. Malaysia sebuah negara yang dihormati, tetapi kalau nak dicari salah ikut neraca yang songsang, memang akan banyak salahnya kalau neraca yang digunakan itu sudahpun salah.
Dalam tuntutan nak minta hukum hakam, sampaikan dalam jenayah syariah itu pun bagi mereka anggap sebagai pelanggaran hak asasi, maka susahlah. Pada Islam itu yang bagus berkonsep ‘amal makruf nahi mungkar’ pegangan itu berbeza dengan di Barat yang mungkin prinsipnya lain iaitu dituduh ‘jaga tepi kain orang’.
Dalam masyarakat Timur khususnya ada perkara maksiat atau buruk dilakukan secara terangnya tidak boleh diterima dan akan ditentang oleh semua.
Andainya salah satu syor dipersetujui, apakah impaknya kepada negara?
Kalau kita sudah setuju untuk mansuhkan Seksyen 337A Kanun Keseksaan, maka secara moral dalam masa empat tahun sebelum sesi seterusnya, kita perlu kotakan janji itu. Jika tidak, empat tahun lagi kita kena menjawab. Kita juga akan ditekan oleh macam-macam pihak apabila kita sudah berikan komitmen.
Pada pandangan saudara, apakah tujuan sebenar NGO itu?
Mereka adalah kumpulan yang mempunyai ideologi hak asasi tertentu yang rata-ratanya cenderung ke arah Barat dan sekular. Hak asasi bagi mereka tanpa batas. Oleh itu, mereka yakin pandangan mereka betul dan orang lain salah.
Mereka akan memperjuangkan pandangan itu supaya menjadi polisi negara. Mereka tidak kisah apa orang kata walaupun asas mereka adalah Barat. Kita ada asas budaya, agama dan Perlembagaan, kenapa kita perlu berdiam diri?
Kita perlu pertahan hak kita.

No comments:
Post a Comment