Pages

Thursday, October 10, 2013

MELAYU DAN ETNIK-ETNIK NUSANTARA


1. Rumpun Melayu adalah satu rumpun yang amat luas. Penutur Bahasa Melayu adalah lebih satu perlima dari keseluruhan penduduk dunia. Melayu yang dulunya dikenali sebagai penganut faham animisme dan dinamisme, juga pernah dianggap sebagai penganut Hindu dan Buddha, kini telah bertukar kepada satu bangsa Islam.

2. Proses pengislaman bangsa Melayu berlaku dalam satu tempoh yang cukup panjang. Bahasa Melayu, tulisan Jawi, himpunan ribuan ulamak Melayu sepanjang zaman, khazanah manuskrip penulisan ilmu Islam yang cukup banyak, sejarah jihad Melayu mempertahankan Islam selama berkurun, kisah-kisah usaha dakwah di seluruh nusantara …. semuanya memberikan imej Islam kepada apa yang digelar Melayu. Sehingga imej mesra Islam dengan Melayu menjadikan Melayu yang tidak Islam terpaksa menambah perkataan agama mereka di hujung (spt Melayu Hindu dsb) …. Jika tidak, apabila mereka memperkenalkan diri sebagai Melayu mereka akan dianggap muslim … kerana Melayu itu imejnya adalah Islam.

3. Dulunya setiap kaum suka menamakan diri mereka dengan nama kaum masing-masing. Tapi dengan satu proses yang panjang, rumpun ini akhirnya menamakan diri mereka Melayu.

4. Tanah Melayu dipanggil dengan nama itu walau pun di dalamnya duduk semua kaum di nusantara; Jawa, Banjar, Rawa, Mandailing, Kampar, Bugis, Acheh dsb.

5. Orang Champa di Kemboja dan Vietnam menamakan diri mereka Melayu Champa. Bahasa Champa adalah bahasa Melayu menurut mereka, kerana lebih dari separuh perkataannya adalah dari bahasa Melayu. Cuma ia disebut dengan sebutan yang agak berbeza.

6. Orang Acheh di Sumatera menamakan diri mereka Melayu Acheh. Bahasanya lebih kurang sama dengan bahasa Melayu Champa. Mereka merasai hubungan mereka dengan kerajaan Islam di Tanah Melayu.

7. Penduduk kepulauan Riau menamakan diri mereka Melayu Riau. Sebahagiannya adalah berasal dari kaum Bugis yang tidak lagi bertutur dengan bahasa Bugis. Pertuturan mereka lebih mirip kepada orang Johor. Mereka makan asam pedas dan otak-otak.

8. Mungkin orang Jawa di Pulau Jawa kadang-kadang tidak mahu menamakan diri mereka Melayu Jawa. Tetapi orang Betawi menamakan diri mereka Melayu Betawi. Cuma asalnya orang Jawa menurut sebahagian sejarawan adalah dari Melayu Champa. Wali Songo itu sendiri asalnya Melayu Champa. Ketika Indonesia merdeka, pejuang kemerdekaan yang berbangsa Jawa menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi Indonesia.

9. Orang Sulawesi pula ada pelbagai sukunya; Bugis, Mandar, Duri, Makassar, Toraja dsb. Di sana mereka memasukkan diri mereka di dalam rumpun Melayu. Bila mereka Islam, mereka menulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi … bukan lagi aksara lontarak.

10. Di Filipina, ada belasan etnik Muslim yang digelar etnik Melayu, kerana asalnya mereka memang orang Melayu dan penutur bahasa Melayu. Kitab Perukunan masih ada di sana. Generasi dulu mengajar al-Quran kepada anak-anak menggunakan Muqaddam. Sama seperti alam Melayu lainnya.

11. Di Borneo; Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan …. Dulunya mereka adalah satu keluarga duduk di bawah Kesultanan Melayu Brunei. Penjajah memisahkan mereka lalu mengembalikan mereka kepada etnik-etnik yang lebih kecil. Tetapi sebenarnya mereka semua adalah rumpun Melayu. Kerana itu di dalam Akta Taraf Brunei 1961, Melayu ditakrifkan sebagai salah satu dari tujuh etnik; Brunei, Bisaya, Belait, Kedayan, Murut, Dusun dan Tutong.

12. Begitu pertautan antara etnik-etnik di nusantara dengan Melayu …… lalu kenapa ada yang mahu menghapuskan pertautan ini?????


Sumber: Laman Fb Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

No comments:

Post a Comment