October 20, 2013
SERDANG, 19 Okt – Mahasiswa dan belia di Malaysia diseru untuk mengambil posisi memimpin dan mengisi kekosongan aktivisme di dalam masyarakat dengan membawa agenda pembangunan berlandaskan ajaran Islam. Hal ini ekoran berlaku kelompongan yang amat ketara pada aspek kepimpinan dan aktivisme belia dan mahasiswa yang tidak mengangkat nilai-nilai dan ajaran Islam sebenar sebagai panduan gerakan dan pertubuhan.
Demikian ujar Setiausaha Agung Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Salman Abdul Rahman ketika membacakan resolusi Himpunan Mahasiswa (HIMMAH) 2013 di Dewan Kesenian & Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) petang tadi.
Katanya, sama ada kita sedar atau tidak, ancaman-ancaman seperti hedonisme, liberalisme, pluralisme, Syiah dan lain-lain pada hari ini ‘menangguk di air yang keruh’ di tengah-tengah krisis kepimpinan dan aktivisme generasi muda mempromosikan ideologi songsang mereka. “Seandainya kita masih berlengah, bertangguh dan sambil lewa, apa yang kita bimbang, identiti Islam generasi akan datang tidak dapat dipastikan bagaimana,” ujarnya. Tambahnya, hari ini para belia belia seharusnya membina daya saing yang tinggi dalam menghadapi segala cabaran di setiap lapangan yang diceburi. “Mereka perlu berinteraksi secara proaktif, matang dan berprinsip terhadap isu-isu semasa merangkumi isu negara dan antarabangsa tanpa memfokuskan kepada isu kampus semata-mata terutamanya di era globalisasi hari ini,” katanya lagi.
Lebih 1000 mahasiswa dan belia yang hadir di Himpunan Mahasiswa (HIMMAH) anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) hari ini bagi mendapatkan kesedaran tentang kepentingan aktivisme dalam melahirkan pemimpin bagi setiap bidang yang mereka ceburi.
Berikut antara Resolusi HIMMAH 2013.
Mahasiswa & Belia
1. Mahasiswa dan belia mesti mengukuhkan jatidiri dan melaksanakan agenda pembangunan jatidiri berlandaskan ajaran Islam.
2. Mahasiswa dan belia perlu mengambil peluang-peluang melatih nilai-nilai kepimpinan dan aktivisme di dalam kampus mahupun di dalam masyarakat.
3. Mahasiswa dan belia perlu berinteraksi secara proaktif, matang dan berprinsip terhadap isu-isu semasa.
4. Mahasiswa dan belia perlu membina daya saing yang tinggi dalam menghadapi segala cabaran di setiap lapangan yang diceburi.
5. Mahasiswa dan belia mesti melibatkan diri dan memberikan komitmen di dalam pertubuhan yang dapat membina nilai kepimpinan dan aktivisme secara sihat.
Pertubuhan Mahasiswa & Belia
1. Membudayakan aktivisme berlandaskan ajaran dan syari’at Islam serta perlembagaan dan undang-undang negara.
2. Melaksanakan program-program pembinaan kepimpinan dan aktivisme di kalangan ahli dengan meletakkan Islam sebagai neraca serta matlamat tertinggi.
3. Memainkan peranan positif terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara.
4. Melibatkan mahasiswa dan belia di dalam sayap kesukarelawanan yang menyumbang secara positif di dalam masyarakat.
5. Memerangi elemen-elemen negatif termasuk ideologi songsang liberalisme, humanisme dan syiah yang mengancam jatidiri generasi belia dan mahasiswa.
Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2013/10/pembina-seru-mahasiswa-isi-kelompongan-kepemimpinan-agenda-islam-resolusi-himmah-

No comments:
Post a Comment