Pages

Monday, October 7, 2013

Mari Kita Fikirkan... Sebelum Mata Pejam...

Apakah ertinya sebuah kehidupan
Bagi seorang yang jiwanya kosong
Tidak ada tujuan hidup...
Mahupun untuk mencari satu kebenaran.

Apakah ertinya sebuah kehidupan
Bagi seorang yang tidak mengenal Penciptanya
Dan tidak pernah memikirkan
Siapa yang menciptanya.

Apakah erti sebuah kehidupan
Bagi seorang yang hidupnya untuk kepuasan nafsu
Dosa dan pahala tiada dalam perhitungan
Yang penting hati perlu senang
Soal mati....nanti difikirkan kemudian

Apakah erti sebuah kehidupan
Jika hati senang melihat kesusahan orang
Dan...hati susah melihat kesenangan orang
Yang penting dirinya sahaja mahu senang
Janji dapat wang

Apakah erti sebuah kehidupan
Jika tidak memperolehi redha Tuhan
Bukankah kita ini Dia yang ciptakan?

Kalau begitu apakah erti sebuah kehidupan?
Mari sama-sama fikirkan
Sebelum mata pejam....




No comments:

Post a Comment