Pages

Tuesday, October 29, 2013

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
Ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah
"Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi
kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang
haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar
bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.
"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang
anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .
"Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana entu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang
kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan
anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak
terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala
anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran
masing-masing di kepalanya...

Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama.
SEBARKANKANLAH MOGA MENJADI SAHAM DAN PENCEN KUBOR KITA KELAK🔹🔹🔹🔹
 Sumber: ISMA Shah Alam.

Kuil Hindu RM10 juta bakal jejas imej Klang bandar Diraja

October 29, 2013 Berita Utama, Utama 2


pathan (1)


KLANG, 29 Okt – Pembinaan semula Kuil Sri Sundararaja Perumal untuk dijadikan  mercu tanda dan ikon pelancongan bakal menjejaskan imej Klang sebagai Bandar Diraja dan Malaysia sebagai negara Islam.
Yang Dipertua ISMA Klang, Ustaz Pathan Hussin berkata, menjadikan kuil tersebut ikon pelancongan kepada penganut agama itu dan pelancong menjelang pertengahan 2015 boleh mencalarkan imej institusi Diraja yang menjadi payung kepada Islam.

Kelak, kuil yang dibina RM10 juta ini tidak lagi membawa imej bandar Klang sebagai Bandar Diraja tetapi sebaliknya menjadi pusat pengembangan dan penyebaran agama Hindu.

Laporan akhbar kelmarin (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm) menyatakan bahawa Pengerusi Kuil Sri Sundararaja Perumal, S. Anandakrisnan akan mengadakan perbincangan dengan kementerian berkaitan untuk memasukkan kuil tersebut sebagai sebahagian daripada kalendar pelancongan di negara ini.

“Justeru ujar Ustaz Pathan, dalam hal ini pihak berwajib harus bertindak segera dengan melihat semula identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebelum meluluskannya.
“Kerajaan negeri perlu lebih prihatin dalam soal ini selain mengambil kira pandangan umat Islam khususnya di kawasan Klang,” katanya ketika ditemui wartawan.

Sementara itu ujarnya, bagi pihak ISMA Klang kajian akan dilakukan sebaiknya, jika hasrat untuk mereka menjadikan kuil Hindu ini sebagai ikon melanggar enakmen, maka bantahan dan laporan pihak polis akan dibuat.

Pembinaan kuil granit yang disifatkan sebagai ‘Thirupathi Asia Tenggara’ itu menggunakan khidmat 50 pengukir batu dari Kanchipuram, India untuk menghasilkan ukiran.

Sumber:   http://www.ismaweb.net

Saturday, October 26, 2013

Kenyataan Akhbar MuslimUPRo


25 Oktober 2013

Sesi Semakan Berkala Sejagat bagi Malaysia di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013

Sesi pusingan kedua tahun 2013 pembentangan laporan Semakan Berkala Sejagat (UPR) kepada kumpulan kerja UPR sesi ke 17 melibatkan giliran Malaysia telahpun selesai pada hari Khamis, 24 Oktober 2013 jam 6 petang (waktu Geneva). Semakan tersebut yang berlangsung selama tiga jam telah menyaksikan kehadiran ramai di kalangan 47 negara-negara yang menggangotai Majlis Hak Asasi Manusia (OHCHR) serta tidak kurang 50 negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang lain. Sesi bagi giliran Malaysia tersebut telah dipengerusikan Naib Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, H.E. Ms. Iruthisham ADAM dari negara Maldives, manakala ketua perwakilan Malaysia telah diwakili Dato’ Ho May Hong, Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Pelbagai Hala dan wakil-wakil dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

Buat pertama kali, pihak gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam dalam Proses UPR (MuslimUPRo) telah hadir sebagai pemerhati bagi pertubuhan masyarakat sivil (NGO) dan delegasi tersebut telah mendapat akreditasi untuk bersama-sama berada di dalam Dewan Plenari Majlis Hak Asasi Manusia bagi proses UPR tersebut. Seramai lima wakil pemerhati MuslimUPRo, diketuai Azril Mohd Amin beserta Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, Nasharudin Mat Isa, Abdul Rahim Sinwan dan Dr. Yusri Mohamad telah berada di sesi tersebut seawal jam 2 petang. Ini menzahirkan komitmen MuslimUPRo untuk meneliti setiap saranan atau tuntutan di dalam laporan stakeholder yang telah dikemukakan lebih awal serta respons dan persoalan-persoalan yang dikemukakan negara-negara anggota berkaitan rekod HAM Malaysia.

Deraf laporan bagi Malaysia akan hanya mula diedarkan pada hari Isnin, 28 Oktober 2013. Walaubagaimanapun berdasarkan pemerhatian delegasi MuslimUPRo sendiri, terdapat pelbagai isu yang tetap menjadi fokus kami khususnya yang berkaitan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Untuk rekod, MuslimUPRo telah menggariskan enam perkara utama yang menjadi keprihatinan kami di dalam laporan COMANGO yang membentuk sebahagian laporan stakeholder kepada proses UPR tersebut. Di dalam konteks ini, isu-isu utama yang berkaitan yang telah ditimbulkan semasa sesi UPR ialah mengenai hak kebebasan beragama dan hak bagi golongan LGBT.

Pihak MuslimUPRo akan mengemukakan analisis yang lebih mendalam sebaik mendapat salinan deraf laporan bagi Malaysia kelak. Walaubagaimanapun, pihak MuslimUPRo ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada delegasi kerajaan Malaysia di atas pembentangan yang adil dan mencakupi pelbagai isu yang dapat memberikan gambaran umum terhadap situasi hak asasi manusia di Malaysia. Perlu diingat bahawa proses UPR ini bukanlah suatu semakan teknikal. Tambahan pula, kedaulatan Malaysia merupakan asas yang kukuh untuk Malaysia melaksanakan hak memilih perkara-perkara bersesuaian dengan realiti sejarah, latarbelakang agama dan budaya setempat di dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan tindakan hak asasi manusia.
Malaysia juga masih boleh menerokai ruang pembaikan yang luas bagi sesi UPR ketiga pada tahun 2017. Apa yang pasti ialah tidak semua hak-hak asasi yang didakwa sebagai standard sejagat boleh diterimapakai oleh sesebuah negara. Malaysia pada hakikatnya telah menzahirkan komitmen yang baik di dalam sesi UPR ini. Ini tergambar secara jelas apabila kebanyakan negara-negara di dalam proses UPR tersebut memperakui komitmen Malaysia di dalam mencapai taraf kehidupan dan jaminan hak asasi yang lebih baik mengikut acuan yang adil dan sewajarnya, sesuai dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan negara yang dihormati di kalangan negara-negara anggota ASEAN.

MuslimUPRo ingin secara khusus mengucapkan tahniah kepada wakil dari Jabatan Peguam Negara yang telah menerangkan secara jelas, padat dan berhemah berkaitan kontroversi isu kalimah Allah yang telah diputuskan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013. Pembentangan yang sederhana tetapi jitu tersebut telah menyatakan alasan-alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang perlu dihormati kesemua pihak berkepentingan atas prinsip bahawa Malaysia, sepertimana negara-negara berdaulat yang lain, mempunyai mekanisme kehakiman tersendiri yang perlu dihormati. Tahniah juga kepada wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah mengemukakan pembentangan yang baik, khususnya berhubung penegasan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta keunikan sistem pentadbiran kehakiman Islam yang berjalan selari dengan sistem sivil.

Kebanyakan isu utama yang ditimbulkan negara-negara anggota ialah berkaitan tuntutan agar Malaysia menandatangani International Covenant of Civil and Political Rights. Aspek ini menjadi antara keprihatinan utama MuslimUPRo. Artikel 18 ICCPR adalah berkaitan kebebasan beragama dan perlu dibaca dengan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang menakrifkan kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk meninggalkan agama seseorang. Tidak kurang 10 negara telah menyatakan saranan untuk Malaysia menandatangani ICCPR. Negara-negara seperti Slovakia, Ukraine, Belanda, Australia, Hungary, Jepun, Switzerland, Sierra Leonne, Slovakia dan Palestin kesemuanya telah menuntut Malaysia menandatangani ICCPR. Manakala negara Iran secara khususnya telah mencadangkan agar Malaysia menghapuskan diskriminasi terhadap penganut agama minoriti. Adalah jelas bahawa ini merupakan bahasa diplomasi Iran bagi mengizinkan penganut agama Syiah menyebarkan fahaman mereka kepada masyarakat awam.

Beberapa negara juga telah menyarankan agar Malaysia melaksanakan penundaan (moratorium) terhadap hukuman mati mandatori di dalam undang-undang negara. Negara-negara yang menyarankan hal tersebut termasuklah Sweden, Ukraine, Jerman, Switzerland, Bulgaria dan Sepanyol.

Selain itu, isu LGBT juga terus mendapat perhatian negara-negara anggota dalam saranan kepada Malaysia. Negara-negara seperti Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Belanda dan Croatia telah mengemukakan saranan supaya Malaysia menghapuskan undang-undang berkaitan jenayah liwat sebagai saluran menjamin kebebasan hak-hak golongan LGBT. Jika diteliti, ternyata trend saranan sebegini adalah konsisten dengan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan NGO pro hak LGBT di Malaysia dan di beberapa negara lain.

Melihat pada saranan yang meluas untuk menekan Malaysia menandatangani ICCPR dan menghalalkan hak-hak LGBT, maka adalah tidak benar seperti dakwaan media pro pembangkang yang memutarbelit fakta bahawa isu-isu tersebut tidak relevan dan tidak disebut secara meluas di sesi UPR. Malah, MuslimUPRo tetap menegaskan bahawa laporan COMANGO yang dikemukakan sebagai sebahagian asas yang menjadi laporan stakeholder kepada sesi UPR adalah tidak bertanggungjawab kerana mengemukakan tuntutan-tuntutan yang tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Jika isu-isu tersebut tidak menjadi masalah besar di sesi UPR tersebut, masakan COMANGO bersikap defensif serta mengadu kepada Majlis Hak Asasi Manusia bahawa kononnya mereka ditekan dari apabila mengemukakan hak-hak yang didakwa sebagai tidak munasabah.

MuslimUPRo ingin menegaskan komitmen kami di dalam mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama persekutuan, serta kemahuan kami untuk melihat hak asasi manusia yang munasabah dan mempunyai asas keabsahan (legitimate basis) dilaksanakan secara bijaksana oleh Malaysia menurut ruang lingkup perlembagaan persekutuan. Hal ini juga perlu melihat pada Perisytiharan dan Program Tindakan Vienna 1993 yang menitikberatkan perhatian terhadap realiti budaya, agama dan sejarah sesebuah negara di dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan tindakan hak asasi manusia. Malah, hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dihormati tidak memungkinkan perlaksanaan hak asasi manusia secara total dan semberono.

AZRIL MOHD AMIN
Ketua Delegasi MuslimUPRo


Sumber: Fb Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Tuesday, October 22, 2013

Tuntutan boleh ancam keharmonian


 
 Dr Yusri Mohamad  
 Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Dr Yusri Mohamad
Gabungan NGO  Hak Asasi Manusia (Comango)  yang menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini pada proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland 24 Oktober ini disifatkan oleh Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Dr Yusri Mohamad sebagai pelampau  hak asasi.

Menurut beliau, tuntutan Comango  tidak lebih sebagai hanya dakyah untuk menimbulkan salah faham  mengenai realiti hak asasi manusia di negara ini.

Yusri yang juga Ahli Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) berkata, tujuan Comango hanya untuk mengambil kesempatan dengan terus mengelirukan sekali gus menggugat kedudukan istimewa Islam sebagai agama rasmi negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ikuti wawancara penuh Sinar Harian dengan Yusri menjelang pembentangan Comango pada sesi UPR Khamis ini.

Difahamkan, MuslimUPro juga menghantar delegasi ke sesi Semakan Berkala Universal pada 24 Oktober ini?

MuslimUPro diwakili tiga kumpulan seramai 16 orang, diketuai  Azril Mohd Amin, yang juga Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, yang telah berada di sana sejak beberapa hari lalu.

Kita telah memutuskan untuk menghantar delegasi untuk memantau dan menyampaikan pandangan dalam ruangan yang dibenarkan dalam proses tersebut. Gabungan kami juga telah mengemukakan memorandum berkenaan isu ini kepada Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak berkenaan.

Kebimbangan terhadap tuntutan dibuat Comango?

Apabila kita tengok dalam laporan mereka itu, bukan semuanya kita tolak. Ada syor yang berkaitan hak asasi manusia yang boleh kita sepakati bersama seperti isu melibatkan pelarian, hak-hak pekerja, isu berkaitan kebebasan berpolitik.

Tetapi kita tengok isu berkaitan agama, dan isu berkaitan bangsa Melayu, kita tengok pendekatan mereka terlalu bias, bersifat merugikan Islam, mengancam kedudukan Islam, takkan kita hendak berdiam diri?

Mengenali mereka juga, sebahagian daripada mereka itu mempunyai track record yang tidak baik  dalam isu agama. Mereka ini yang berpegang dengan fahaman hak asasi manusia yang terlalu kebaratan, sekular. Wajarlah kita merasa bimbang.

Orang yang membawakan isu ini bermasalah, dan kita baca laporan itu bahawa ada hitam putih, ada perenggan tertentu yang ingin  menuntut hak-hak bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama negara, dan Islam dalam budaya masyarakat yang kita terima.

Contohnya, menerima secara mutlak dokumen perjanjian hak asasi peringkat antarabangsa termasuk membenarkan kebebasan keluar masuk agama secara mutlak.

Ini  bukan resolusi biasa. Apabila kita sudah termeterai perjanjian itu, maknanya kita terikat dengan kontrak. Jika langgar, negara kita akan dikenakan tindakan keras.

Kita akan menghadapi tekanan yang kuat daripada pihak luar seolah-olah kita dah berjanji. Soal LGBT, sangat jelas, kenapa Malaysia masih tidak mengiktiraf LGBT dan mengapa kita menganggapnya sebagai jenayah?

Bagaimana proses UPR  di Geneva berlangsung?

Apa yang berlaku di sana nanti.  Delegasi rasmi kerajaan Malaysia sebagai kerajaan akan membentangkan laporan prestasi empat tahun lepas sejak proses terakhir 2009, dan buka ruang kepada orang lain mengemukakan laporan dan komentar mereka.

Proses itu berlangsung dalam bentuk perundingan dan  sesi khusus itu berlangsung pada 24 Oktober ini, selama tiga jam bagi slot Malaysia. Beberapa hari selepas itu, pada 29 dan 30 Oktober, delegasi dan Kerajaan akan mengisytiharkan syor yang akan diterima, syor ditolak atau tidak komen atau sebagainya.

Kalau sudah diisytihar dan diterima, ia seolah-olah dianggap satu janji. Secara moral kita sudah terikat untuk memenuhi apa yang kita sanggupi walaupun secara tidak rasmi.

Walaupun proses ini tidak mengikat secara ketat undang-undang negara, tetapi jika kita sudah isytihar menerima sesetengah syor, maka ia merupakan janji kita kepada UPR atau PBB.

Di sini, Comango dan MuslimUPRo perupakan pelobi. Suara pelobi inilah yang akan mempengaruhi syor-syor tersebut. Biarpun pada peringkat akhir wakil rasmi delegasi negara akan menentukan syor tersebut tetapi ia bergantung kepada kuatnya tekanan suara pelobi. Sama ada Comango atau MuslimUPRo. Proses itu bergantung secara dinamik.

Kalau kerajaan kita hanya mendengar satu suara, iaitu versi pelobi Comango, itu sedikit sebanyak boleh mempengaruhi keputusan delegasi negara. Sesetengah wakil negara luar juga akan turut sama melobi apa yang dituntut oleh Comango.

Jadi kami di sana adalah sebagai suara majoriti umat Islam, selari dengan agama dan Perlembagaan negara. Kita hendak pastikan suasana perdebatan, perbahasan, perbincangan tidak hanya dicorakkan oleh sentimen hak asasi sekular.

Jika kita tidak pergi, kemungkinan apa akan berlaku adalah suasana yang terlalu bebas di mana tiada bangkangan diperlihatkan pada sesi itu. Walaupun delegasi rasmi negara akan memutuskannya, tetapi kalau suara atau suasana berat sebelah, tidak mustahil wakil-wakil kerajaan akan rasa terdorong, tertekan untuk berkompromi secara sedar atau tidak.

Itulah tujuan kami yang sebenar dan amat penting buat umat Islam di negara ini. Jika kita terlajak menerima sesetengah syor itu, maka secara moral susah untuk kita berundur.

Hal ini pernah berlaku dalam pusingan pertama pada 2009. Sebab itu kita jangan anggap bahawa walaupun UPR tidak terikat secara rasmi dengan undang-undang, tetapi ia tetap berpengaruh.

Contohnya syor pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Akta Ordinan Darurat (EO) 1969. Antara yang kuat mendorong pemansuhan itu adalah komitmen yang kita telah tandatangani dalam UPR pada 2009.

Jangan pandang remeh UPR kerana impaknya tinggi. Selepas negara menandatanganinya, negara kita akan hadapi pelbagai tekanan supaya komitmen itu dilaksanakan.

Siapakah wakil delegasi Malaysia?

Delegasi Malaysia terdiri daripada wakil Kementerian Luar, Jabatan Peguam Negara dan jabatan dalam kerajaan yang berkaitan dengan isu-isu yang ditimbulkan dalam UPR termasuk Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga terlibat dalam UPR kerana ada beberapa tuntutan yang kita tentang itu melibatkan isu-isu agama Islam.

Delegasi pelobi terdiri daripada pelbagai NGO Islam dan berdasarkan situasi itu, dimanakah tahap keseriusan kerajaan berkenaan hal ini?

Dari satu sudut, saya rasa pihak kerajaan wajib menyiapkan laporan penggal  empat tahun sebelum ini. Dari sudut itu, kerajaan telah menjalankan peranannya. Isunya di sini,  pihak di luar sana seperti Comango, mereka tidak akan berpuas hati dengan apa sahaja yang dilakukan kerajaan selagi tidak memenuhi  kehendak mereka.

Oleh kerana adanya puak-puak yang mahu semua pihak mendengar cakapnya,  sebab itulah wakil pihak kerajaan perlu lebih bertegas  dan berhati-hati. Mereka agresif.  Mereka juga akan datangkan statistik dan hujah-hujah dan sekiranya kita lemah, kita akan lemas dalam arus hujah-hujah yang mereka cipta itu.

Kita mengharapkan agar wakil kerajaan pergi dengan penuh persiapan dan bersedia untuk berpegang teguh dengan asas Perlembagaan negara kita.  Jangan pergi dengan sikap seolah-olah kita perlu tunduk dengan cara orang lain. Sebagai rakyat Malaysia, wakil delegasi perlu pergi dengan penuh rasa harga diri dan maruah yang tinggi.

Secara nisbahnya, negara kita merupakan negara yang terbaik, yang selama ini menarik pelabur-pelabur dan para pelancong jika hendak dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain. Kita tidak perlu malu di gelanggang dunia malah negara Islam lain juga hendak menumpang nama baik negara kita dan agama Islam.

Bagaimana boleh timbul tuntutan seperti yang dibuat oleh Comango?

Selagi pandangan diberikan secara beradab, wajar untuk kita mendengar tetapi tidak semestinya kita bersetuju. Mereka ibarat jiran kita, mereka mungkin boleh beri pandangan kepada kita, sebagai jiran yang baik kita dengar tetapi tidak wajib untuk kita ikut kalau kita rasa tidak sesuai.

Tidak semestinya kita terus bermusuhan, mahu menerima pakai atau tidak, kita lebih berhak untuk menilai.  Malaysia sebuah negara yang dihormati, tetapi kalau nak dicari salah ikut neraca yang songsang, memang akan banyak salahnya kalau neraca yang digunakan itu sudahpun salah.

Dalam tuntutan nak minta hukum hakam, sampaikan dalam jenayah syariah itu pun bagi mereka anggap sebagai pelanggaran hak asasi, maka susahlah. Pada Islam itu yang bagus berkonsep ‘amal makruf nahi mungkar’ pegangan itu berbeza dengan di Barat yang mungkin prinsipnya lain iaitu dituduh ‘jaga tepi kain orang’.

Dalam masyarakat Timur khususnya ada perkara maksiat atau buruk dilakukan secara terangnya tidak boleh diterima dan akan ditentang oleh semua.

Andainya salah satu syor dipersetujui, apakah impaknya kepada negara?

Kalau kita sudah setuju untuk mansuhkan Seksyen 337A Kanun Keseksaan, maka secara moral dalam masa empat tahun sebelum sesi seterusnya, kita perlu kotakan janji itu. Jika tidak, empat tahun lagi kita kena menjawab. Kita juga akan ditekan oleh macam-macam pihak apabila kita sudah berikan komitmen.

Pada pandangan saudara, apakah tujuan sebenar NGO itu?


Mereka adalah kumpulan yang mempunyai ideologi hak asasi tertentu yang rata-ratanya cenderung ke arah Barat dan sekular. Hak asasi bagi mereka tanpa batas. Oleh itu, mereka yakin pandangan mereka betul dan orang lain salah.

Mereka akan memperjuangkan pandangan itu supaya menjadi polisi negara. Mereka tidak kisah apa orang kata walaupun asas mereka adalah Barat. Kita ada asas budaya, agama dan Perlembagaan, kenapa kita perlu berdiam diri?

Kita perlu pertahan hak kita.

KEPENTINGAN PENGUASAAN ISLAM DALAM PERTEMBUNGAN TAMADUN


Nota disedia dan disampaikan oleh
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden 1 ISMA
di HIMPUNAN MAHASISWA 2013 ANJURAN PEMBINA
19 Oktober 2013, UPM

1. Nas-nas daripada al-Quran dan Hadis menunjukkan dengan jelas bahawa umat Islam dilahirkan oleh Allah untuk memimpin dunia dan memakmurkannya dengan syariat Allah.

2. Petunjuk dari Sirah menunjukkan bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabat r.a. untuk berjiwa besar, kental dan mempunyai cita-cita yang cukup jauh. Dijanjikan kejatuhan Tamadun Farsi ketika dalam perjalanan hijrah yang getir dan dijanjikan kejatuhan ibu negara Rom (Constantinople) ketika diancam serangan peperangan dari dalam dan luar Madinah.

3. Dunia berada dalam keadaan parah sebelum Islam masuk ke dalam pertarungan merebut kuasa dunia. Tamadun-tamadun sedia ada yang bersaing sesama mereka, hanya bersaing untuk mengukuhkan kekuasaan politik tanpa membangunkan nilai-nilai kemuliaan manusia. Apa yang disebut sebagai hasil dan produk tamadun hanyalah alat untuk pengukuhan kuasa yang membawa kepada kezaliman dan penindasan. Sistem yang terpakai di dalam masyarakat terlalu keji untuk digunapakai oleh manusia; ini boleh dilihat samada pada negara yang dikuasai oleh Rom atau Farsi atau di benua India, China dan Semenanjung Tanah Arab.

4. Apabila Islam datang, ia membawa konsep imarah untuk menggantikan tamadun sedia ada. Bukanlah satu yang sukar untuk dibuktikan betapa amannya dunia ketika Islam menjadi pentadbir. Inti pati ajaran Islam itu sendiri menjadi unsur utama yang membawa keamanan, kemakmuran dan pembangunan itu. Semua yang bergelar manusia mendapat manfaat; muslim atau non muslim.

5. Tetapi kuasa dunia bukanlah satu warisan abadi umat Islam semata-mata mereka Islam. Kecuaian menjauhkan kita dari kuasa dunia lalu satu demi satu negara Islam jatuh terjajah sehinggalah akhirnya kejatuhan rasmi Khilafah pada 1924 yang lepas. Kehilangan kuasa politik besar itu adalah simbol kepada ketidakmampuan umat Islam masuk ke pertarungan tamadun lagi.

6. Apa yang berlaku kepada dunia selepas itu? Dunia kembali kepada keadaan seperti zaman persaingan tamadun-tamadun bukan Islam. Tiada lagi nilai pada akhlak dan kemanusiaan. Apa juga agama terperosok jauh ke dalam. Hawa nafsu dan kehendak manusia menjadi rujukan tertinggi. Ketamakan manusia tidak lagi terkawal. Krisis demi krisis dijangka akan terus berlaku bukan hanya kepada umat Islam tetapi kepada manusia seluruhnya.

7. Di sudut lain, bagaimana pula nasibnya umat Islam? Negara mereka dipecah-pecah. Harta mereka dirampas. Maruah mereka dipermainkan. Mereka diperbodohkan dan dijauhkan dari sejarah kegemilangan mereka sendiri.

8. Apa yang berlaku pada hari ini sebenarnya adalah titik menjunam graf Islam itu masih berterusan. Walau pun nampak di pandangan mata kasar Islam itu bangkit di sana sini, tetapi pada lakaran besar, garis itu masih lagi jatuh menjunam dek serangan bertubi-tubi dari pihak musuh yang masih tidak serik.

9. Islam sudah hilang satu persatu tanahnya. Kemudian ia hilang kuasa politiknya. Kekuatan ketenteraannya sudah lemah dan tidak lagi berdaya untuk menyerang. Kuasa ekonominya juga sudah hancur. Undang-undangnya sudah bertukar kepada yang lain. Kepakaran bukan lagi milik Islam sekarang ini setelah ia dirampas oleh Barat. Sistem sosial sudah bertukar. Baki yang tinggal iaitu keperibadian muslim itu pula diserang tanpa henti sekarang ini. Itulah yang menjadi sasaran rapat musuh Islam sekarang.

10. Apa yang sesuai untuk digambarkan sekarang adalah Islam berada pada tahap bertahan dan belum lagi mampu untuk muncul sebagai pesaing tamadun. Serangan terhadap Islam tertumpu sekarang ini pada penghapusan identiti Islam; rujukan hidup, cara fikir, budaya dan tingkah laku melalui satu proses normalisasi yang halus dan licik.

11. Kajian terbaru Barat menyimpulkan bahawa survival mereka banyak bergantung kepada tabiat pertembungan baru di fasa mendatang. Islam itu sendiri telah dilabelkan sebagai ancaman dan proses pencairan Islam adalah senjata terbaik pada mereka di fasa ini. Mereka tidak lagi takut kepada pengganas Islam tetapi kepada Islam itu sendiri.

12. Untuk menjayakan pencairan Islam dan proses normalisasi, nilai-nilai global yang sebenarnya adalah nilai-nilai Barat mula dipaksakan ke atas masyarakat Islam secara beransur-ansur. Mereka menaja kelahiran ‘muslim moderate’ yang berfikir dengan neraca mereka untuk menjaja idea tersebut. Islam disolek dengan solekan baru lalu mengelabukan wajah sebenarnya. Mempamerkan wajah sebenar Islam akan dianggap sebagai penyelewengan dari Islam. Hak-hak muslim yang termaktub di dalam perlembagaan akan menjadi suatu yang sumbang dan aneh dengan nilai global itu.

13. Di masa yang sama, kuasa-kuasa baru muncul di saki baki negara Islam ini. Syiah dan Kristian; saling lengkap melengkapi untuk merampas bila yang sesuai baki kuasa politik muslim yang sebenarnya amat rapuh. Sebarang usaha dari umat Islam untuk mengukuh dan mempertahan kedudukan Islam akan dianggap sebagai melawan arus.

14. Memahami tabiat sebenar kedudukan umat Islam dan kedudukan yang ingin dicapai amat penting bagi kita. Sebahagian umat Islam telah tertipu dengan apa yang disebut sebagai pencapaian Islam sedang hakikatnya adalah Islam berundur ke belakang. Sebahagian pula telah dijinakkan lalu tidak lagi ‘bernafsu’ untuk merebut kepimpinan dunia.

15. Apa pula peranan yang boleh dimainkan oleh belia-belia Islam? Belia perlu memahami tabiat Islam; falsafahnya dan ciri-cirinya. Belia juga perlu meneliti sejarah Islam melihat bagaimana Islam memunculkan diri sebagai kuasa dunia dan memberi kemakmuran kepada dunia. Belia perlu peka dengan persekitaran yang berlaku dan mengambil tahu segala perancangan musuh yang licik. Belia perlu berjiwa besar dan memandang diri sebagai penyelamat kepada dunia. Belia perlu terlibat aktif di dalam dakwah Islam.

16. Masa depan semestinya untuk Islam. Itu janji Yang Maha Esa dan tidak ada sesiapa yang mampu mengubahnya. Tetapi pilihan di tangan kita untuk sama-sama memperoleh kemuliaan buat diri apabila terlibat dalam melakar masa depan Islam itu. Berdiam diri hanya merugikan diri sendiri kerana Allah pasti memilih generasi lain yang lebih baik dari kita. Pilihan di tangan kita. Jadilah manusia pelakar sejarah dan bersamalah merebut kepimpinan dunia.

Wallahu a’lam.

Belajar Dari Telur :



Jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalam telur akan berakhir.

Tapi...
Jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru telah lahir... hal-hal besar selalu dimulai dari dalam.

Allah.Swt tidak pernah menjanjikan bahwa :
- Langit itu selalu biru
- Bunga selalu mekar
- Mentari selalu bersinar

Tapi ketahuilah bahwa DIA selalu memberi:
- Pelangi .....disetiap badai
- Senyum .....disetiap air mata
- Berkat .......disetiapcobaan
- Jawaban .....disetiap doa

Jangan pernah menyerah, terus berjuanglah,
"Life is so beautiful"
- Hidup adalah tantangan,....Hadapilah
- Hidup adalah anugerah,.... Terimalah
- Hidup adalah tugas,..........selesaikanlah
- Hidup adalah cita2,...........capailah
- Hidup adalah misteri,........singkapkanlah
- Hidup adalah kesempatan,.. ambillah
- Hidup adalah lagu,............nyanyikanlah
- Hidup adalah janji,............penuhilah
- Hidup adalah keindahan,...bersyukurlah
- Hidup adalah teka-teki,.....pecahkanlah

1 hal yang buat kita bahagia adalah cinta
1 hal yang buat kita tambah dewasa adalah masalah
1 hal yang buat kita hancur adalah....putusasa
1 hal yang buat kita maju adalah....usaha
1 hal yang buat kita kuat adalah....DOA

SUBHANALLAH...

Semoga ALLAH senantiasa membimbing kita agar tetap istiqomah dalam melakukan kebaikan dan memberikan kelapangan hati kita untuk menjadikan kita pribadi yang luar biasa. Aamiinn...
___________________________________
KEUTAMAAN BERSABAR KETIKA DICACI :

SUMBER: Status Update
By Strawberry

Saturday, October 19, 2013

PEMBINA seru mahasiswa isi kelompongan kepemimpinan agenda Islam – Resolusi HIMMAH 2013


October 20, 2013


himmah

SERDANG, 19 Okt – Mahasiswa dan belia di Malaysia diseru untuk mengambil posisi memimpin dan mengisi kekosongan aktivisme di dalam masyarakat dengan membawa agenda pembangunan berlandaskan ajaran Islam.
Hal ini ekoran berlaku kelompongan yang amat ketara pada aspek kepimpinan dan aktivisme belia dan mahasiswa yang tidak mengangkat nilai-nilai dan ajaran Islam sebenar sebagai panduan gerakan dan pertubuhan.
 
Demikian ujar Setiausaha Agung Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Salman Abdul Rahman ketika membacakan resolusi Himpunan Mahasiswa (HIMMAH) 2013 di Dewan Kesenian & Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) petang tadi.

Katanya, sama ada kita sedar atau tidak, ancaman-ancaman seperti hedonisme, liberalisme, pluralisme, Syiah dan lain-lain pada hari ini ‘menangguk di air yang keruh’ di tengah-tengah krisis kepimpinan dan aktivisme generasi muda mempromosikan ideologi songsang mereka. “Seandainya kita masih berlengah, bertangguh dan sambil lewa, apa yang kita bimbang, identiti Islam generasi akan datang tidak dapat dipastikan bagaimana,” ujarnya. Tambahnya, hari ini para belia belia seharusnya membina daya saing yang tinggi dalam menghadapi segala cabaran di setiap lapangan yang diceburi. “Mereka perlu berinteraksi secara proaktif, matang dan berprinsip terhadap isu-isu semasa merangkumi isu negara dan antarabangsa tanpa memfokuskan kepada isu kampus semata-mata terutamanya di era globalisasi hari ini,” katanya lagi.

Lebih 1000 mahasiswa dan belia yang hadir di  Himpunan Mahasiswa (HIMMAH) anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) hari ini bagi mendapatkan kesedaran tentang kepentingan aktivisme dalam melahirkan pemimpin bagi setiap bidang yang mereka ceburi.

Berikut antara Resolusi HIMMAH 2013.
 Mahasiswa & Belia
 1. Mahasiswa dan belia mesti mengukuhkan jatidiri dan melaksanakan agenda pembangunan jatidiri berlandaskan ajaran Islam.
2. Mahasiswa dan belia perlu mengambil peluang-peluang melatih nilai-nilai kepimpinan dan aktivisme di dalam kampus mahupun di dalam masyarakat.
3. Mahasiswa dan belia perlu berinteraksi secara proaktif, matang dan berprinsip terhadap isu-isu semasa.
4. Mahasiswa dan belia perlu membina daya saing yang tinggi dalam menghadapi segala cabaran di setiap lapangan yang diceburi.
5. Mahasiswa dan belia mesti melibatkan diri dan memberikan komitmen di dalam pertubuhan yang dapat membina nilai kepimpinan dan aktivisme secara sihat.

 Pertubuhan Mahasiswa & Belia
1. Membudayakan aktivisme berlandaskan ajaran dan syari’at Islam serta perlembagaan dan undang-undang negara.
2. Melaksanakan program-program pembinaan kepimpinan dan aktivisme di kalangan ahli dengan meletakkan Islam sebagai neraca serta matlamat tertinggi.
3. Memainkan peranan positif terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara.
4. Melibatkan mahasiswa dan belia di dalam sayap kesukarelawanan yang menyumbang secara positif di dalam masyarakat.
5. Memerangi elemen-elemen negatif termasuk ideologi songsang liberalisme, humanisme dan syiah yang mengancam jatidiri generasi belia dan mahasiswa.

Sumber:  http://www.ismaweb.net/v4/2013/10/pembina-seru-mahasiswa-isi-kelompongan-kepemimpinan-agenda-islam-resolusi-himmah-

Friday, October 18, 2013

Kontroversi Pemakaian Kalimah Allah (Di Kalangan Bukan Islam)

ABS

Satu Penyataan Keprihatinan Oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil (Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia).

Selama berabad-abad negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay States) ini dirujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai. Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.

Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang dalam sejarahnya Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini. Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusik atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.

Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.

Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (`alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.

Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius. Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”.

Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya. Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah “…a Personality”, bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.
Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini.

Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam. Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:-

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.
Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.
Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.
In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.
The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut. Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni.

Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “…cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu” yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan seharusnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira ” uruf ahl al-balad ” (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah ” mafsadah ” atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

(Artikel ini merupakan penyataan yang dikeluarkan Dato’ Dr Siddiq Fadzil, ketika polemik Kalimah Allah sekitar Januari 2010).

Sumber:  http://arusbaru.my/2013/10/17/kontroversi-pemakaian-kalimah-allah-di-kalangan-bukan-islam/

Saturday, October 12, 2013

UMNO perlu keluar daripada kerangka pemikiran tradisi yang merosakkan – Presiden ISMA

 October 10, 2013 Berita Utama, Utama 2

azarsimpo
 

BANGI, 10 Okt – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyeru pimpinan parti UMNO supaya keluar daripada kerangka pemikiran tradisi yang merosakkan. Katanya, UMNO harus meninggalkan perjuangan politik ‘cari makan’ untuk kepentingan kroni dan kerabat semata-mata.
 
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung tidak lama lagi. “Negara kita memerlukan politik yang lebih jujur dan terbuka, iaitu politik untuk kepentingan ummah dan kesejahteraan rakyat jelata. Bukan hanya untuk kroni dan kerabat tertentu. Oleh itu UMNO perlu meninggalkan kerangka politik tradisi yang merosakkan,” ujar beliau.
 
Tambahnya, UMNO perlu mengambil panduan daripada politik Rasulullah dan Khulafa’ Al-Rasyidin yang merupakan sebaik-baik qudwah dalam pemerintahan. Selain itu, UMNO juga perlu mengambil tauladan daripada kepimpinan soleh sepanjang sejarah perjuangan umat Melayu.
 
Parti UMNO kini sedang sibuk dengan pemilihan kepimpinan baru di peringkat bahagian, sayap dan pusat dan akan mengadakan perhimpunan agung pada 2 hingga 7 Disember akan datang.

Sumber:  http://www.ismaweb.net

Friday, October 11, 2013

Kembalikan pengaruh ulama Pas



  • Nakhaie Ahmad   
  • Datuk Nakhaie Ahmad
ISU kedudukan ulama dalam Pas kini jadi polemik setelah resolusi multaqa ulama di Alor Setar baru-baru ini yang minta tahaaluf siyaasi dengan PKR dikaji semula, ditolak oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Susulan itu, muncul kecurigaan bahawa kedudukan ulama Pas kini semakin terhakis dalam keadaan parti itu kian didominasi oleh mereka yang bukan ulama, daripada kalangan profesional dan aktivis yang ditambah satu lagi darjat kecurigaan terhadap mereka, dikatakan proksi pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi menilai semula senario ini - apakah ia baik untuk Pas atau memudaratkan lagi parti itu.

Sinar Harian mendapatkan pandangan Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden Pas sebagai individu yang dipertanggungjawabkan untuk merangka draf pindaan  perlembagaan baru parti itu yang memartabatkan konsep kepimpinan ulama pada 1982.

Nakhaie juga, dalam kenyataannya kepada wartawan NURULFATIHA MUAAH dan jurufoto, ZULFADHLI ZAKI menegaskan bahawa kuasa tertinggi dalam parti politik seperti Pas adalah muktamar atau mesyuarat agung, bukan presiden atau jawatankuasa.

Jika ahli akar umbi Pas mahu kedudukan ulama diperkasakan semula, mereka harus memanfaatkan peluang menerusi muktamar agung ke 59 pada 22 hingga 24 November ini untuk menyatakan pendirian bagi memastikan hala tuju Pas sebagai  parti yang memperjuangkan Islam, tidak berubah haluan.

Muktamar Pas berlangsung November ini, apa yang perlu mereka fokuskan?
Mereka kena bincang soal perpaduan antara orang Islam dalam negara dan tidak menjadikan soal kepentingan perpaduan orang Islam itu sebagai isu perbalahan politik.

Semua parti politik Islam mesti akur bahawa perpaduan ini penting untuk keselamatan bagi memastikan mereka berkuasa di negara ini.

Jadi soal perpaduan harus difikirkan melampaui matlamat politik kepartian.

Satu isu dalam Pas pada hari ini ialah hal kedudukan ulama. Penolakan usul multaqa ulama di Kedah yang mahu tahaaluf siyaasi dengan PKR dikaji semula, ditolak oleh kepimpinan Pas Pusat. Kehadiran golongan profesional dan aktivis yang semakin ramai dalam Pas dikatakan telah menjejaskan pengaruh ulama. Bagaimana Datuk melihat keadaan ini?

Idea kepimpinan ulama sebenarnya dipengaruhi konsep ‘Wilayatul Faqih’ digagaskan Ayatollah Khomeini di Iran. Ia dihayati Pas setelah Pas mempunyai hubungan baik dengan Iran selepas berlakunya Revolusi Iran. Penerimaan itu dipelopori Dewan Pemuda Pas yang mengadakan muktamarnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 21 Oktober 1982.

Mereka yang mula menggagaskan konsep kepimpinan ulama. Saya sebagai Naib Presiden Pas ketika itu ditugaskan membuat beberapa pindaan Perlembagaan Pas, memasukkan kehendak itu dalam perlembagaan yang dinamakan Majlis Syura Ulama, dipimpin oleh Mursyidul Am.

Saya yang rangka draf itu dan ia diluluskan Jawatankuasa Agung Pas yang kemudian diterima muktamar.

Saya tidak merasakan ia adalah satu kesilapan untuk kita mengambil perkara baik daripada mana-mana pihak dan tujuannya ialah untuk memastikan Pas terus berada di landasan Islam, dipimpin mereka yang tahu mengenai ajaran Islam.

Pada pandangan saya, kita tidak boleh terima ajaran Syiah yang didokong oleh ulama Syiah itu. Kita hanya ambil strukturnya sahaja, tetapi pengisiannya hendaklah berasaskan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Malangnya, ekoran hubungan Pas dan Iran, ramai orang Pas terpengaruh dengan Syiah Ada yang menghantar anak atau mempengaruhi sebahagian daripada orang Pas untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah agama di Iran seperti di Qom.

Saya yakin, Majlis Syura Ulama Pas tidak mudah dipengaruhi ajaran Syiah kerana mereka faham dan dapat membezakan antara Syiah dan ASWJ seperti Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas) dan ahli Dewan Ulama Pas.

Namun bagaimana dengan ahli Pas yang terpengaruh dengan ajaran Syiah ini? Saya harapkan Majlis Syura Ulama dan pemimpin Pas dapat menangani isu ini dengan bijaksana kerana jika pengaruh Syiah ini membesar, isu perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini akan bertambah rumit.

Sedangkan, perpecahan melibatkan fanatik politik memberi kesan besar sehingga masyarakat bukan Islam berani mengganggu dan masuk campur dalam kepercayaan dan amalan agama orang Islam seperti isu kalimah ALLAH dan isu berkaitan dengan khutbah Jumaat.

Bagaimana keadaan Pas ketika fahaman Syiah itu menular pada masa lalu, berbanding sekarang?

Dahulu, sokongan Pas terhadap Revolusi Iran itu semata-mata berkait politik antarabangsa. Pas menyokong rakyat Iran menentang politik Amerika Syarikat (AS) yang ingin menguasai dunia Islam, tetapi, pengaruh Syiah tidak berlaku ketika itu sebagaimana sekarang.

Ketika itu, Pas dan kepimpinannya termasuk saya boleh dipersalahkan juga kerana tidak mengambil langkah bagi membendung pengaruh Syiah di kalangan ahli Pas dan tiada larangan tegas terhadap usaha ahli yang menghantar anak mereka belajar di institusi pendidikan Syiah di Iran.

Dari situ, bertitik tolak Syiah dalam Pas kerana kesilapan ini menyebabkan pelajar pulang dengan akidah Syiah menyumbang ajaran itu sehingga ke tahap sekarang ini. Keadaan Syiah dalam Pas sekarang agak teruk berbanding pada zaman 70-an dulu.

Kenapa kepimpinan ulama sangat dititikberatkan pada waktu itu?

Sebenarnya, cadangan Pemuda Pas itu berlaku secara spontan dan kemudiannya dimasukkan ke dalam struktur Pas dengan kesedaran bahawa perjuangan Islam itu mestilah memelihara prinsip Islam secara bersungguh-sungguh.

Ini kerana, Jawatankuasa Agung Pas boleh terdiri daripada mana-mana golongan termasuk di kalangan mereka yang kurang faham Islam. Dengan sebab itu, Majlis Syura Ulama yang terdiri daripada ulama Pas ini boleh memantau dan memastikan perjalanan Pas di atas landasan syariah yang jelas dan tegas.

Ketika itu, ramai yang menolak kepimpinan Tan Sri Mohd Asri Muda, adakah kepimpinan ulama ini mempunyai kaitan dengan waktu penolakan beliau?
Pengunduran Tan Sri Mohd Asri lebih merupakan jurang generasi di mana pemimpin-pemimpin muda Pas banyak terdedah kepada gerakan Islam di peringkat antarabangsa dan pemikiran Ikhwanul Muslimin serta Jemaah Islamiah Pakistan. Sewaktu itu, mereka masih di dalam Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia), sedangkan Tan Sri Mohd Asri masih lagi dengan idea politik Islam tradisional.

Jurang itulah yang menyebabkan perbezaan fahaman yang jauh antara pemimpin-pemimpin Pemuda Pas pada waktu itu dan juga kumpulan pemimpin lama Pas, yang bersama dengan Tan Sri Mohd Asri.

Bagaimana respons ahli Pas ketika usul kepimpinan ulama dibangkitkan?

Tiada bantahan, bahkan ahli Pas gembira dengan perubahan itu dan sokongan terhadap Pas ketika itu makin bertambah. Ahli Pas yang meminggir diri kerana membantah penyertaan Pas dalam BN suatu ketika dulu, kembali semula kepada Pas dan berjuang di bawah kepimpinan ulama.

Pas di bawah kepimpinan ulama kembali segar setelah begitu ‘layu’ apabila disingkirkan daripada BN.

Memang pada waktu itu, Pas sangat tidak bermaya dengan berundurnya Tan Sri Asri. Apabila Pas berada di bawah kepimpinan ulama, kekuatan Pas kembali sama seperti sebelum penyertaan Pas dalam BN dulu.

Adakah kepimpinan ulama bakal mengembalikan Pas pada hari ini sama seperti semasa ia diperkenalkan?

Di bawah kepimpinan ulama, Pas mula mengadakan hubungan dengan masyarakat bukan Islam dengan memulakan dialog bersama pelbagai pertubuhan Cina. Saya masih ingat lagi, perhimpunan yang diadakan dengan kerjasama pertubuhan Cina ini dihadiri ribuan orang Cina sehingga satu badan iaitu Chinese Consultative Council (CCC) ditubuhkan untuk menguruskan perhimpunan itu.

Hasil perhimpunan itu, Pas mengadakan tahaaluf siyaasi pertama dengan masyarakat bukan Islam yang dianggotai parti-parti politik kecil dan juga beberapa NGO Cina. Kandungan tahaaluf ini bertulis.

Antara persetujuan pentingnya ialah semua pertubuhan yang menandatangani pakatan itu hendaklah menghormati perjuangan Pas menegakkan negara Islam. Pada masa itu, masyarakat Islam mungkin tidak dapat menerima pakatan seperti itu walaupun Pas mempunyai pendirian tegas terhadap prinsip perjuangannya.

Masyarakat bukan Islam pun melihatnya sebagai sesuatu yang asing, apa lagi hubungan masyarakat Cina dengan Pas itu ditentang habis-habisan oleh MCA dan DAP.

Saya sendiri pernah mengadakan pertemuan dengan DAP untuk DAP menyertai tahaaluf ketika itu, tetapi ditolak Lim Kit Siang. Walaupun kerjasama sulit untuk pilihan raya pernah diadakan antara Pas dan DAP, tetapi kerjasama itu secara lisan sahaja.

Tahaaluf pada masa ini pula berjaya diadakan dengan DAP kerana Pas banyak berkompromi dan sekurang-kurangnya sanggup mendiamkan prinsip perjuangan menegakkan negara Islam dan lain-lain kompromi berkaitan soal prinsip perjuangan Islam.

Atas sikap kompromi prinsip itu, mereka terpaksa menerima risiko apabila orang Islam khususnya Melayu makin menyedari bahaya tahaaluf Pas dengan DAP ini. Mereka memberi sokongan dalam PRU12 kerana tidak sedar pada mulanya.

Pada PRU13, ramai orang terutama Melayu mula sedar dan mereka kembali menyokong Umno walaupun agak keberatan. Justeru Umno mendapat kerusi lebih besar di kawasan majoriti mutlak Melayu. Pas hanya kekalkan sokongan orang bukan Islam di bawah pengaruh DAP iaitu kawasan yang seimbang antara pengundi Melayu dan Cina, seperti di Selangor.

Adakah tahaaluf siyaasi bersama DAP pada masa ini merugikan Pas?

Ya, merugikan, tetapi bergantung kepada bagaimana tahaaluf Pas yang ada sekarang ini boleh menjadikan Pakatan Rakyat (PR) itu kuat, disokong oleh orang Melayu dan Cina. Bagainamapun, orang Melayu bimbang kerana Pas banyak kompromi sehingga jadi penghalang kepada orang Melayu untuk menyokong tahaaluf itu.

Bagaimana mahu kembalikan semangat Pas seperti masa lalu?

Seperti yang saya maklumkan, Pas di bawah kepimpinan ulama yang memulakan langkah tahaaluf ini, bukan profesional.

Namun, disebabkan golongan muda dari kalangan profesional dan ulama tidak sabar menginginkan sokongan orang bukan Islam secara cepat, mereka mengumpan menerusi konsesi dan tolak ansur termasuk soal prinsip.

Inilah yang melemahkan Pas sekarang ini. Ulama-ulama Pas sebenarnya menyedari bahawa Pas sukar mencapai kemenangan sekiranya hanya bergantung kepada sokongan Melayu sahaja.

Tahaaluf yang diadakan sebenarnya boleh menguntungkan Pas sekiranya ia berjaya meyakinkan DAP supaya menghormati perjuangan Pas menegakkan negara Islam dan konsep negara Islam itu hendaklah diterangkan dengan jelas dan diolah supaya ia dilihat sebagai negara madani yang berteraskan prinsip-prinsip Islam yang universal.

Konsep ini gagal diketengahkan kepimpinan ulama Pas sehingga DAP menolak dan tidak berkompromi dengan perjuangan Pas.

Kedudukan ulama dalam Pas dikatakan kian terhakis dan kurang dihormati oleh cubaan mendominasi kumpulan profesional serta aktivis apabila berlakunya penolakan resolusi multaqa ulama di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. Sejauh mana dakwaan itu?

Kepimpinan ulama gagal menggagaskan konsep negara Islam Madani yang sesuai dengan kemajmukan masyarakat dan realiti dunia hari ini. Perwakilan Pas sebaliknya memberi kepercayaan kepada golongan profesional berpendidikan sekular memainkan peranan penting dalam Pas sekarang.

Saya percaya, perwakilan Pas masih beranggapan bahawa kepimpinan ulama tidak mampu membawa kejayaan kepada Pas.

Mereka memerlukan kepimpinan ulama, tetapi pada waktu sama mereka juga mahu melihat ulama benar-benar boleh memimpin perjuangan politik yang relevan dengan keperluan semasa.

Dalam isu resolusi multaqa ulama ini, perkara itu akan dinilai perwakilan jika ia dibangkitkan dalam muktamar nanti kerana terdapat pandangan yang bertentangan antara Jawatankuasa Agung Pas yang dianggotai presiden, timbalan dan naib presiden dengan Dewan Ulama Pas.

Kuasa tertinggi terletak pada muktamar, bukan presiden. Masing-masing punya pendapat sendiri untuk dipertahankan. Mereka bekerja keras untuk meyakinkan perwakilan mengenai pandangan masing-masing. Jika pemimpin dari kalangan bukan ulama ditolak muktamar, kepimpinan Pas pada masa akan datang akan kembali kepada kepimpinan ulama.

Terpulang kepada perwakilan untuk buat pilihan.

Sejak dulu, jawatan Presiden Pas tidak pernah dipertandingkan kerana ahli terlalu menghormati ulama. Timbalan Presiden pula dilihat sebagai pelapis, yang juga semestinya ulama dan mampu mengambil alih tempat Presiden apabila tiba masanya. Tetapi kini, jawatan Timbalan Presiden Pas sudah jadi kerusi rebutan dan sekarang tidak lagi diduduki oleh ulama. Mengapa hal yang seperti ini terjadi?

Ya, masa itu orang memang percaya kepada kepimpinan ulama, tetapi bukanlah tidak berani menentang (penyandang), sebaliknya mereka berkehendakkan demikian.

Namun, apabila ulama tidak menunjukkan prestasi baik, ahli mula ragu sehinggalah Mat Sabu (Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas) menang jawatan Timbalan Presiden pada 2011. Ia menunjukkan bahawa perwakilan Pas mula tidak yakin kepada kepimpinan ulama.

Memang benar tiada perubahan besar dalam Pas diwujudkan kepimpinan ulama dan tiada apa yang signifikan, jadi mulalah perwakilan Pas cuba menukar kepimpinan mereka.

Sekarang, Pas mula bercakap kepimpinan ulama apabila perwakilan memberi kepercayaan kepada kepimpinan bukan ulama, iaitu kebimbangan lebih besar terhadap perjuangan Pas itu berlaku.

Bagaimanapun, kepimpinan ulama Pas mestilah membuktikan keupayaan mereka untuk pimpin gerakan politik selari dengan situasi negara pada masa kini dan juga situasi politik antarabangsa.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, October 10, 2013

MELAYU DAN ETNIK-ETNIK NUSANTARA


1. Rumpun Melayu adalah satu rumpun yang amat luas. Penutur Bahasa Melayu adalah lebih satu perlima dari keseluruhan penduduk dunia. Melayu yang dulunya dikenali sebagai penganut faham animisme dan dinamisme, juga pernah dianggap sebagai penganut Hindu dan Buddha, kini telah bertukar kepada satu bangsa Islam.

2. Proses pengislaman bangsa Melayu berlaku dalam satu tempoh yang cukup panjang. Bahasa Melayu, tulisan Jawi, himpunan ribuan ulamak Melayu sepanjang zaman, khazanah manuskrip penulisan ilmu Islam yang cukup banyak, sejarah jihad Melayu mempertahankan Islam selama berkurun, kisah-kisah usaha dakwah di seluruh nusantara …. semuanya memberikan imej Islam kepada apa yang digelar Melayu. Sehingga imej mesra Islam dengan Melayu menjadikan Melayu yang tidak Islam terpaksa menambah perkataan agama mereka di hujung (spt Melayu Hindu dsb) …. Jika tidak, apabila mereka memperkenalkan diri sebagai Melayu mereka akan dianggap muslim … kerana Melayu itu imejnya adalah Islam.

3. Dulunya setiap kaum suka menamakan diri mereka dengan nama kaum masing-masing. Tapi dengan satu proses yang panjang, rumpun ini akhirnya menamakan diri mereka Melayu.

4. Tanah Melayu dipanggil dengan nama itu walau pun di dalamnya duduk semua kaum di nusantara; Jawa, Banjar, Rawa, Mandailing, Kampar, Bugis, Acheh dsb.

5. Orang Champa di Kemboja dan Vietnam menamakan diri mereka Melayu Champa. Bahasa Champa adalah bahasa Melayu menurut mereka, kerana lebih dari separuh perkataannya adalah dari bahasa Melayu. Cuma ia disebut dengan sebutan yang agak berbeza.

6. Orang Acheh di Sumatera menamakan diri mereka Melayu Acheh. Bahasanya lebih kurang sama dengan bahasa Melayu Champa. Mereka merasai hubungan mereka dengan kerajaan Islam di Tanah Melayu.

7. Penduduk kepulauan Riau menamakan diri mereka Melayu Riau. Sebahagiannya adalah berasal dari kaum Bugis yang tidak lagi bertutur dengan bahasa Bugis. Pertuturan mereka lebih mirip kepada orang Johor. Mereka makan asam pedas dan otak-otak.

8. Mungkin orang Jawa di Pulau Jawa kadang-kadang tidak mahu menamakan diri mereka Melayu Jawa. Tetapi orang Betawi menamakan diri mereka Melayu Betawi. Cuma asalnya orang Jawa menurut sebahagian sejarawan adalah dari Melayu Champa. Wali Songo itu sendiri asalnya Melayu Champa. Ketika Indonesia merdeka, pejuang kemerdekaan yang berbangsa Jawa menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi Indonesia.

9. Orang Sulawesi pula ada pelbagai sukunya; Bugis, Mandar, Duri, Makassar, Toraja dsb. Di sana mereka memasukkan diri mereka di dalam rumpun Melayu. Bila mereka Islam, mereka menulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi … bukan lagi aksara lontarak.

10. Di Filipina, ada belasan etnik Muslim yang digelar etnik Melayu, kerana asalnya mereka memang orang Melayu dan penutur bahasa Melayu. Kitab Perukunan masih ada di sana. Generasi dulu mengajar al-Quran kepada anak-anak menggunakan Muqaddam. Sama seperti alam Melayu lainnya.

11. Di Borneo; Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan …. Dulunya mereka adalah satu keluarga duduk di bawah Kesultanan Melayu Brunei. Penjajah memisahkan mereka lalu mengembalikan mereka kepada etnik-etnik yang lebih kecil. Tetapi sebenarnya mereka semua adalah rumpun Melayu. Kerana itu di dalam Akta Taraf Brunei 1961, Melayu ditakrifkan sebagai salah satu dari tujuh etnik; Brunei, Bisaya, Belait, Kedayan, Murut, Dusun dan Tutong.

12. Begitu pertautan antara etnik-etnik di nusantara dengan Melayu …… lalu kenapa ada yang mahu menghapuskan pertautan ini?????


Sumber: Laman Fb Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Wednesday, October 9, 2013

ZINA ANAK SEKOLAH – SATU BENCANA



Photo: Tid Bit Parenting 28 : ZINA ANAK SEKOLAH – SATU BENCANA

Di dada akhbar, kaca televisyen mahupun di media massa kini dipenuhi dengan pelbagai kes dan masalah. Masalah kini yang kerap berlaku dalam kalangan kita ialah masalah pembuangan bayi yang tidak dapat dikira berapa jumlahnya. Sehinggakan terdapat tempat tempat yang dibina khas untuk wanita yang melahirkan anak luar nikah serta bayi yang dilahirkan oleh orang tidak bertanggungjawab. Paparan dan tayangan yang dibuat oleh penjaga kami di RPWP setiap hari sangat menakutkan dan menyedarkan kami.

Inilah salah satu kesan dan akibat yang berlaku disebabkan oleh kebejatan akhlak dalam kalangan generasi muda sekarang ini. Hal ini juga berlaku disebabkan batas pergaulan antara rijal (lelaki) dan nisa’ (perempuan) yang tidak diambil kisah atau dipandang remeh oleh ibu bapa. Amatlah penting perkara ini diberi perhatian kerana masa tidak mampu diundur semula tatkala perkara yang kita tidak pernah jangka itu sudah berlaku.

Ingatlah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


BAGAIMANA MENGATASINYA?

"Janganlah kamu mendekati zina". Itulah salah satu perintah Allah SWT yang tercatat dalam Al-Quran. Walaubagaimanapun, sama ada kita sedar mahupun tidak, kenyataannya setiap hari kita melanggar suruhan Allah walaupun kita tahu itu merupakan satu perintah  yang mesti kita patuhi.

Apa yang ingin kami tekankan disini ialah larangan Allah supaya TIDAK MENDEKATI ZINA. Sebenarnya kita ini dahulunya ibarat kera yang tidak cantik dan memerlukan bunga. Kita tidak cantik kerana sistem kehidupan yang teruk. Bunga itu ibarat pemberian Allah iaitu sistem kehidupan yang elok untuk kita pakai. Malangnya kita renyuk dan bazirkan saja. Sekarang ini kita sudah sampai tahap yang Allah katakan seumpama ‘babi’ atau lebih dikenali sebagai haiwan yang ‘melampaui batas’. 

Inilah hakikat yang Allah ceritakan dalam Surah Al Maa'idah(5), 60. Katakanlah, "Mahukah aku beritahu kamu balasan di sisi Allah yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang dilaknat Allah, dan di murkai Nya, dan menjadi antara mereka beruk dan babi, dan (bagi) penyembah Thaghut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."

Manusia zaman sekarang sudah melampaui batas, seolah-olah tidak pernah merasa dosa melakukan zina setiap hari. Yang penting masing masing dapat memuaskan nafsu dalam diri. Oleh itu, janganlah kita mendekatkan diri kepada zina sekiranya kita tidak mahu hal sedemikian berleluasa. 


MENDEKATI ZINA SAJA DILARANG, APATAH LAGI MELAKUKANNYA.

Berdasarkan Surah An-Nur (24), ayat 31; ingin kami rungkaikan isi yang terdapat di dalam ayat tersebut. Bagi memelihara diri daripada didorong perkara maksiat, jagalah pandangan kita. Terutama seorang wanita, namun tidak terkecuali kepada kaum laki-laki juga. Tatkala kita berjalan, tundukkanlah pandangan kita, bukannya mendada. Janganlah kita menunjukkan aurat kita tidak kira dimana-mana pun kita berada. 

Melalui pemerhatian kami di sekolah, khususnya pelajar perempuan kini, tatkala sesi persekolahan tamat, tudung yang digunakan bagi menutup perhiasan tubuh badan dah dicabut hilang entah ke mana. Alasannya, panaslah.. tak selesalah.. dan sebagainya. Terlalu ramai juga pelajar menyimpan gambar dan video porno dalam smartfone mereka dengan bangganya. Sesetengah mereka malah menyimpan gambar lucah mereka sendiri walaupun mereka bertudung. Sesiapa yang belum melakukan seks mereka gelar kolot.

Percampuran bebas dalam kelas atau sewaktu aktiviti luar sangat merimaskan. Sewaktu cikgu tidak masuk kelas, kami diminta buat kerja sendiri. Dapatkah bayangkan apa jenis kerja sendiri itu? Pelajar lelaki dan perempuan akan bebas bertepuk tampar, raba meraba dan bergelak ketawa, mengilai ngilai dan terjerit jerit tanpa segan silu. Tudung, baju kurung dan kain di selak selak sesuka hati. 

Bayangkan bagaimana rupanya jika kita yang bertudung menyelak baju dan menampakkan susuk peha dan punggung yang hanya bertutupkan kain tipis itu. Ramai juga yang suka menyelak tudung menampakkan belahan dada dari leher baju yang besar dan tidak berbutang… Astaghfirullah. 


BAGAIMANA MENUTUP AURAT? 

Spesifikasinya harus mengikut Al-Quran dan sunnah, itu PERINTAH daripada Allah. itu yang ibu bapa RPWP ajarkan kami. Aurat berkait rapat dengan aura (tarikan). Aura-lah faktor utama yang mampu menyebabkan seseorang itu terjerumus ke lembah kehinaan dan perbuatan sumbang. 

Jagalah etika pemakaian dan pakailah pakaian yang menutup aurat agar tidak menimbulkan aura. Jika bertudung ikutlah spesifikasi tudung contohnya sampai menutup dada. Pilihlah kain, ukurlah baju sesuai dengan sais tubuh kita. Jangan terlalu tipis dan ketat seperti apa yang dipesan nabi sehingga kita berpakaian tapi nampak macam telanjang. Begitu juga cara berjalan, adab bercakap, cara make-up dan sebagainya. 
 
Sesungguhnya ibadah itu ialah mengerjakan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Menjaga aurat itu juga suatu ibadah besar yang dapat menyelamatkan diri kita. Selagi ia diperlukan dan kita tetap melakukannya maka ada ganjaran daripada menahan panas dan tidak selesa (bagi yang belum biasa). Kami juga peringkat awalnya begitu, namun alah bisa tegal biasa. Yang penting kita tahu dengan tepat surah mana ayat mana datangnya perintah Allah itu. Setiap datang dugaan, ibu bapa ajarkan kami untuk ingatkan saja ayat itu sebagi motivasi. Bukan menghafalnya menjadi tangkal azimat untuk selamat tapi kita terus membuka aurat.

Dengan menutup aurat, kita akan terselamat kerana tidak menarik perhatian lelaki buas dengan menunjukkan perhiasan yang terdapat pada diri kita. Ironinya kita sendiri selaku anak nisa’ yang selalu sengaja membesar besarkan aura itu untuk menarik perhatian dan menjemput berbagai gejala.

Dengan kaedah memerhati dan mengkaji alam sekeliling, kita akan mampu membaca tanda. Hanya melihat cara berjalan, cara berpakaian, cara bercakap sahaja dapat menggambarkan siapa kita sebenarnya. Oleh itu wajiblah kita sentiasa berjaga jaga. Walaupun kita merasakan perkara ini sesuatu yang dianggap kecil, namun masalah yang besar sebenarnya datang dari perkara yang kecil yang tidak diatasi dari awal.

Akhir kata, sentiasalah istighfar diri kita dan perkuatkan istighfar dengan taubat iaitu agar kita istiqomah dalam melaksanakan islah. Dengan istighfar (sentiasa memohon ampun) dapat dijadikan hudud, lebih-lebih lagi percampuran sumbang antara rijal dan nisa. Bersama-samalah kita menuju ke arah kebaikan agar dapat melahirkan insan yang berkualiti pada masa hadapan.

Cetusan zam zam
WARGA PRIHATIN

ULASAN ADMIN

Artikel ini ditulis oleh anak nisa’ Tingkatan 3 dan dinilai oleh rakan sebayanya. Beliau yang baru habis peperiksaan PMR telah lebih 3 kali habis bacaan terjemahan Quran. Adalah anak yang sangat berakhlak dan menjaga adab… Alhamdulillah. 

Antara perkongsian mingguan kami dengan anak anak ini ialah apa yang mereka lihat di sekolah dan apa pelajaran yang mereka dapat. Gejala sosial yang melampau dan isu ke arah murtad adalah paling banyak. Kami pula kongsikan apa yang kami jumpa di luar dan apa batas atau langkah hudud yang harus kami ambil agar mereka kenal masalah itu dan tidak mendekatinya.

Antara yang mampu menyedarkan bahaya gejala sosial pada mereka ialah kes buang bayi. Ramai di antara mereka yang menangis apabila kami tayangkan ratusan video dan gambar bayi terbuang. Kami juga sentiasa tayangkan ratusan gambar kemalangan ngeri hasil rempit. Begitu juga kes gadis hilang, rogol yang berbagai jenis tidak kira tua muda yang berlaku setiap hari. Smartfone adalah antara punca banyak gejala. Kerana itu kami haramkan mereka menggunakannya sejak dahulu. Biarlah mereka dikatakan kolot tidak mengapa.

Akhlak anak bukanlah suatu yang terjadi dengan saja saja, yang berjaya dibentuk bukan juga terjamin selamanya. Hari ini mereka baik, esok lusa belum tentu. Oleh itu kami galakkan mereka hidup berjemaah agar sistem hidup beragama boleh dilakukan bersama sama. Mereka diminta sentiasa saling nasihat menasihati dan ingat mengingati perkara yang hak. Seboleh bolehnya kami mahu mereka menghayati semua perintah Allah hingga dapat mereka rasa nikmatnya. 

Bagaimana? Ada yang menangis atau hantuk kepala menyesal bila rambut mereka terlihat bukan muhrimnya, walaupun secara tidak sengaja. Ada yang menangis kerana puasa sunat mereka dibatalkan dengan paksa. Ada yang menangis kerana tidak diizinkan ikut kerja dan sebagainya… Alhamdulillah.. 

Sepanjang pengkajian kami memang tepat telahan anak ini. Gejala sosial di sekolah sudah masuk tahap BENCANA bukan sekadar gejala. Jikalah tidak kerana sekatan sistem pendidikan pasti kami tidak izinkan mereka ke sekolah. Biarlah kami sendiri ajar mereka.  
Kajian kami menunjukkan sebanyak mana pun pendidikan kita beri kepada mereka, namun hakikatnya cabaran di luar sana terlalu berat dan menekan jiwa. Kerana itu kami berhabis habisan BERKORBAN DIRI dan HARTA menyiapkan sarana agar lebih ramai anak anak dapat dididik untuk menambah kekuatan mereka melawan godaan bersama sama. Fahamilah, Kami tolak permohonan mereka yang memohon bukan kerana kami tidak mahu, tapi prasarana tempat belum siap.  


DISCLAIMER:

Kepada yang tidak senang dengan gambar ini kami pohon maaf. Kami tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk menukarnya kerana kelemahan sistem FB ini, sekali gambar di upload ia tidak boleh ditukar gambarnya, kecuali tulisannya sahaja. 

Yang kami harap bukan untuk anda menilai methodologi penyampaian (ini masalah umum pembaca Melayu), tapi kaji isi penyampaian atau mesej dari anak ini. 

Jika beliau tingkatan tiga, pastinya mangsa adalah anak anak yang sebaya atau lebih muda. Yang nak dipaparkan ialah umur anak di gambar itu (13 th), tempat atau lokasi (awam), waktu (siang). Lihat sais dan isi beg anak perempuan itu, agak-agak ada berapa keping kertas atau buku? 

Gambar ini pun bersepah di internet termasuk di fb sendiri. Rekod kami menunjukkan seks ANAK SEKOLAH INI sudah bermula dari DARJAH SATU... Kita tiada masa nak berkelahi pasal gambar lagi...

Jika kita nak cerita isu neraka kena tahan hati masuk menjenguk isi neraka. Rasulullah dulu ceritakan terus bagaimana buah dada di gantung, manusia telanjang dibakar, rambut digantung, lidah dipotong, kemaluan disula... dan berbagai lagi.

Semua dinampakkan gambaran sebenar, tetapi ia sebagai tarbiah bukan nak melayan nafsu. Jika anda tunjukkan gambar begini kepada anak anda bersama mesej dan dengan tarbiah yang jelas, insyaallah ia akan jadi vaksin. Kuman yang dimatikan virulence nya. Jika tidak, anak anda akan melihat ribuan lagi gambar lebih teruk dari ini dengan nafsu buas. Itu baru menjadi viral dalam dirinya.

Di dada akhbar, kaca televisyen mahupun di media massa kini dipenuhi dengan pelbagai kes dan masalah. Masalah kini yang kerap berlaku dalam kalangan kita ialah masalah pembuangan bayi yang tidak dapat dikira berapa jumlahnya. Sehinggakan terdapat tempat tempat yang dibina khas untuk wanita yang melahirkan anak luar nikah serta bayi yang dilahirkan oleh orang tidak bertanggungjawab. Paparan dan tayangan yang dibuat oleh penjaga kami di RPWP setiap hari sangat menakutkan dan menyedarkan kami.

Inilah salah satu kesan dan akibat yang berlaku disebabkan oleh kebejatan akhlak dalam kalangan generasi muda sekarang ini. Hal ini juga berlaku disebabkan batas pergaulan antara rijal (lelaki) dan nisa’ (perempuan) yang tidak diambil kisah atau dipandang remeh oleh ibu bapa. Amatlah penting perkara ini diberi perhatian kerana masa tidak mampu diundur semula tatkala perkara yang kita tidak pernah jangka itu sudah berlaku.

Ingatlah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


BAGAIMANA MENGATASINYA?

"Janganlah kamu mendekati zina". Itulah salah satu perintah Allah SWT yang tercatat dalam Al-Quran. Walaubagaimanapun, sama ada kita sedar mahupun tidak, kenyataannya setiap hari kita melanggar suruhan Allah walaupun kita tahu itu merupakan satu perintah yang mesti kita patuhi.

Apa yang ingin kami tekankan disini ialah larangan Allah supaya TIDAK MENDEKATI ZINA. Sebenarnya kita ini dahulunya ibarat kera yang tidak cantik dan memerlukan bunga. Kita tidak cantik kerana sistem kehidupan yang teruk. Bunga itu ibarat pemberian Allah iaitu sistem kehidupan yang elok untuk kita pakai. Malangnya kita renyuk dan bazirkan saja. Sekarang ini kita sudah sampai tahap yang Allah katakan seumpama ‘babi’ atau lebih dikenali sebagai haiwan yang ‘melampaui batas’.

Inilah hakikat yang Allah ceritakan dalam Surah Al Maa'idah(5), 60. Katakanlah, "Mahukah aku beritahu kamu balasan di sisi Allah yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang dilaknat Allah, dan di murkai Nya, dan menjadi antara mereka beruk dan babi, dan (bagi) penyembah Thaghut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."

Manusia zaman sekarang sudah melampaui batas, seolah-olah tidak pernah merasa dosa melakukan zina setiap hari. Yang penting masing masing dapat memuaskan nafsu dalam diri. Oleh itu, janganlah kita mendekatkan diri kepada zina sekiranya kita tidak mahu hal sedemikian berleluasa.


MENDEKATI ZINA SAJA DILARANG, APATAH LAGI MELAKUKANNYA.

Berdasarkan Surah An-Nur (24), ayat 31; ingin kami rungkaikan isi yang terdapat di dalam ayat tersebut. Bagi memelihara diri daripada didorong perkara maksiat, jagalah pandangan kita. Terutama seorang wanita, namun tidak terkecuali kepada kaum laki-laki juga. Tatkala kita berjalan, tundukkanlah pandangan kita, bukannya mendada. Janganlah kita menunjukkan aurat kita tidak kira dimana-mana pun kita berada.

Melalui pemerhatian kami di sekolah, khususnya pelajar perempuan kini, tatkala sesi persekolahan tamat, tudung yang digunakan bagi menutup perhiasan tubuh badan dah dicabut hilang entah ke mana. Alasannya, panaslah.. tak selesalah.. dan sebagainya. Terlalu ramai juga pelajar menyimpan gambar dan video porno dalam smartfone mereka dengan bangganya. Sesetengah mereka malah menyimpan gambar lucah mereka sendiri walaupun mereka bertudung. Sesiapa yang belum melakukan seks mereka gelar kolot.

Percampuran bebas dalam kelas atau sewaktu aktiviti luar sangat merimaskan. Sewaktu cikgu tidak masuk kelas, kami diminta buat kerja sendiri. Dapatkah bayangkan apa jenis kerja sendiri itu? Pelajar lelaki dan perempuan akan bebas bertepuk tampar, raba meraba dan bergelak ketawa, mengilai ngilai dan terjerit jerit tanpa segan silu. Tudung, baju kurung dan kain di selak selak sesuka hati.

Bayangkan bagaimana rupanya jika kita yang bertudung menyelak baju dan menampakkan susuk peha dan punggung yang hanya bertutupkan kain tipis itu. Ramai juga yang suka menyelak tudung menampakkan belahan dada dari leher baju yang besar dan tidak berbutang… Astaghfirullah.


BAGAIMANA MENUTUP AURAT?

Spesifikasinya harus mengikut Al-Quran dan sunnah, itu PERINTAH daripada Allah. itu yang ibu bapa RPWP ajarkan kami. Aurat berkait rapat dengan aura (tarikan). Aura-lah faktor utama yang mampu menyebabkan seseorang itu terjerumus ke lembah kehinaan dan perbuatan sumbang.

Jagalah etika pemakaian dan pakailah pakaian yang menutup aurat agar tidak menimbulkan aura. Jika bertudung ikutlah spesifikasi tudung contohnya sampai menutup dada. Pilihlah kain, ukurlah baju sesuai dengan sais tubuh kita. Jangan terlalu tipis dan ketat seperti apa yang dipesan nabi sehingga kita berpakaian tapi nampak macam telanjang. Begitu juga cara berjalan, adab bercakap, cara make-up dan sebagainya.

Sesungguhnya ibadah itu ialah mengerjakan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Menjaga aurat itu juga suatu ibadah besar yang dapat menyelamatkan diri kita. Selagi ia diperlukan dan kita tetap melakukannya maka ada ganjaran daripada menahan panas dan tidak selesa (bagi yang belum biasa). Kami juga peringkat awalnya begitu, namun alah bisa tegal biasa. Yang penting kita tahu dengan tepat surah mana ayat mana datangnya perintah Allah itu. Setiap datang dugaan, ibu bapa ajarkan kami untuk ingatkan saja ayat itu sebagi motivasi. Bukan menghafalnya menjadi tangkal azimat untuk selamat tapi kita terus membuka aurat.

Dengan menutup aurat, kita akan terselamat kerana tidak menarik perhatian lelaki buas dengan menunjukkan perhiasan yang terdapat pada diri kita. Ironinya kita sendiri selaku anak nisa’ yang selalu sengaja membesar besarkan aura itu untuk menarik perhatian dan menjemput berbagai gejala.

Dengan kaedah memerhati dan mengkaji alam sekeliling, kita akan mampu membaca tanda. Hanya melihat cara berjalan, cara berpakaian, cara bercakap sahaja dapat menggambarkan siapa kita sebenarnya. Oleh itu wajiblah kita sentiasa berjaga jaga. Walaupun kita merasakan perkara ini sesuatu yang dianggap kecil, namun masalah yang besar sebenarnya datang dari perkara yang kecil yang tidak diatasi dari awal.

Akhir kata, sentiasalah istighfar diri kita dan perkuatkan istighfar dengan taubat iaitu agar kita istiqomah dalam melaksanakan islah. Dengan istighfar (sentiasa memohon ampun) dapat dijadikan hudud, lebih-lebih lagi percampuran sumbang antara rijal dan nisa. Bersama-samalah kita menuju ke arah kebaikan agar dapat melahirkan insan yang berkualiti pada masa hadapan.

Cetusan zam zam
WARGA PRIHATIN


ULASAN ADMIN

Artikel ini ditulis oleh anak nisa’ Tingkatan 3 dan dinilai oleh rakan sebayanya. Beliau yang baru habis peperiksaan PMR telah lebih 3 kali habis bacaan terjemahan Quran. Adalah anak yang sangat berakhlak dan menjaga adab… Alhamdulillah.

Antara perkongsian mingguan kami dengan anak anak ini ialah apa yang mereka lihat di sekolah dan apa pelajaran yang mereka dapat. Gejala sosial yang melampau dan isu ke arah murtad adalah paling banyak. Kami pula kongsikan apa yang kami jumpa di luar dan apa batas atau langkah hudud yang harus kami ambil agar mereka kenal masalah itu dan tidak mendekatinya.

Antara yang mampu menyedarkan bahaya gejala sosial pada mereka ialah kes buang bayi. Ramai di antara mereka yang menangis apabila kami tayangkan ratusan video dan gambar bayi terbuang. Kami juga sentiasa tayangkan ratusan gambar kemalangan ngeri hasil rempit. Begitu juga kes gadis hilang, rogol yang berbagai jenis tidak kira tua muda yang berlaku setiap hari. Smartfone adalah antara punca banyak gejala. Kerana itu kami haramkan mereka menggunakannya sejak dahulu. Biarlah mereka dikatakan kolot tidak mengapa.

Akhlak anak bukanlah suatu yang terjadi dengan saja saja, yang berjaya dibentuk bukan juga terjamin selamanya. Hari ini mereka baik, esok lusa belum tentu. Oleh itu kami galakkan mereka hidup berjemaah agar sistem hidup beragama boleh dilakukan bersama sama. Mereka diminta sentiasa saling nasihat menasihati dan ingat mengingati perkara yang hak. Seboleh bolehnya kami mahu mereka menghayati semua perintah Allah hingga dapat mereka rasa nikmatnya.

Bagaimana? Ada yang menangis atau hantuk kepala menyesal bila rambut mereka terlihat bukan muhrimnya, walaupun secara tidak sengaja. Ada yang menangis kerana puasa sunat mereka dibatalkan dengan paksa. Ada yang menangis kerana tidak diizinkan ikut kerja dan sebagainya… Alhamdulillah..

Sepanjang pengkajian kami memang tepat telahan anak ini. Gejala sosial di sekolah sudah masuk tahap BENCANA bukan sekadar gejala. Jikalah tidak kerana sekatan sistem pendidikan pasti kami tidak izinkan mereka ke sekolah. Biarlah kami sendiri ajar mereka.
Kajian kami menunjukkan sebanyak mana pun pendidikan kita beri kepada mereka, namun hakikatnya cabaran di luar sana terlalu berat dan menekan jiwa. Kerana itu kami berhabis habisan BERKORBAN DIRI dan HARTA menyiapkan sarana agar lebih ramai anak anak dapat dididik untuk menambah kekuatan mereka melawan godaan bersama sama. Fahamilah, Kami tolak permohonan mereka yang memohon bukan kerana kami tidak mahu, tapi prasarana tempat belum siap.


DISCLAIMER:

Kepada yang tidak senang dengan gambar ini kami pohon maaf. Kami tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk menukarnya kerana kelemahan sistem FB ini, sekali gambar di upload ia tidak boleh ditukar gambarnya, kecuali tulisannya sahaja.

Yang kami harap bukan untuk anda menilai methodologi penyampaian (ini masalah umum pembaca Melayu), tapi kaji isi penyampaian atau mesej dari anak ini.

Jika beliau tingkatan tiga, pastinya mangsa adalah anak anak yang sebaya atau lebih muda. Yang nak dipaparkan ialah umur anak di gambar itu (13 th), tempat atau lokasi (awam), waktu (siang). Lihat sais dan isi beg anak perempuan itu, agak-agak ada berapa keping kertas atau buku?

Gambar ini pun bersepah di internet termasuk di fb sendiri. Rekod kami menunjukkan seks ANAK SEKOLAH INI sudah bermula dari DARJAH SATU... Kita tiada masa nak berkelahi pasal gambar lagi...

Jika kita nak cerita isu neraka kena tahan hati masuk menjenguk isi neraka. Rasulullah dulu ceritakan terus bagaimana buah dada di gantung, manusia telanjang dibakar, rambut digantung, lidah dipotong, kemaluan disula... dan berbagai lagi.

Semua dinampakkan gambaran sebenar, tetapi ia sebagai tarbiah bukan nak melayan nafsu. Jika anda tunjukkan gambar begini kepada anak anda bersama mesej dan dengan tarbiah yang jelas, insyaallah ia akan jadi vaksin. Kuman yang dimatikan virulence nya. Jika tidak, anak anda akan melihat ribuan lagi gambar lebih teruk dari ini dengan nafsu buas. Itu baru menjadi viral dalam dirinya.