Sahabat..
Apabila hatiku tergerak untuk menulis sesuatu di sini..
Aku akan teringat dan terbayang pada kalian..
Walaupun wajahmu agak kabur pada penglihatanku
Dan..aku tidak mengenalimu secara peribadi.
Namun...
Kalian adalah diantara orang-orang yang penting dalam hidupku.
Kerana kehidupan ini menggabungkan diri kita bersama
Dan kalian adalah sebagai pelengkap kepada diriku.
Apakah ertinya kehidupan...
Apabila kita saling terpisah dan memisahkan diri diantara satu sama lain?
Apabila masing-masing hanya memikirkan keselesaan diri
Dan melihat orang lain sebagai orang asing...
Sedangkan kita lahir di bumi yang sama
Daripada satu darah keturunan
Dan...menganut fahaman yang sama.
Mari kita merapatkan diri sesama kita
Sebagaimana saf-saf di dalam sembahyang
Sebagaimana kayu api yang diikat rapi.
Mari kita menjadi seperti seberkas lidi penyapu
Yang boleh memberi menafaat
Dan sukar dipatah-patahkan.
Mari kita menjadi seperti batu bata bagi satu bangunan
Saling menguatkan diantara satu sama lain.
Mari kita sama-sama berpegang kepada satu tali
Tali Allah....
Agar kita tidak bercerai berai.....
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Sunday, August 31, 2014
Saturday, August 30, 2014
Wednesday, August 27, 2014
TIGA PERKARA YANG MEMBINASAKAN, MENYELAMATKAN, MENGHAPUS DOSA DAN MENGANGKAT DERAJAT
======0000=====
Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam
bersabda :
.
" Ada tiga perkara yang membinasakan,
tiga perkara yang menyelamatkan, tiga
perkara yang menghapus dosa, dan tiga
perkara yang meningkatkan derajat "
Adapun tiga perkara yang membinasakan :
1. Kekikiran yang ditaati.
2. Hawa nafsu yang dituruti.
3. Kekaguman seseorang terhadap dirinya.
Adapun perkara yang menyelamatkan :
1. Berbuat adil ketika marah maupun
senang.
2. Sederhana ketika miskin ataupun kaya.
3. Takut kepada Allah ketika sendirian
maupun dikeramaian.
Adapun perkara yang menghapuskan
dosa :
1. Menunggu shalat sampai shalat
berikutnya.
2. Menyempurnakan wudhu dalam
keadaan dingin.
3. Berjalan menuju shalat berjama'ah.
Adapun perkara yang mengangkat
derajat :
1. Memberi makan.
2. Menyebarkan salam.
3. Shalat di waktu malam, ketika manusia
sedang tidur.
(HR. Ath-Thabrani dari Ibnu Umar ra
Shahihul Jami : 3045)
.
"Allahumma ya Allah tanamkan di hati kami
kekuatan dan keindahan iman, hiasilah
hidup kami dengan kenikmatan ibadah
dan kemuliaan akhlak, serta selamatkan
kami dari semua fitnah dan keinginan
maksiat." Aamiin.
.
(Cantumkan jika ada doa khusus agar kami
para jamaah bisa mengaminkannya)
Sumber: Fb Dunia Islam.
Tuesday, August 26, 2014
Hari ini hari kemenangan, perayaan utk semua umat Islam!
Aman Palestin Berhad:
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hari ini hari kemenangan, perayaan utk semua umat Islam!
Selepas 51 hari peperangan zionis Israel terpaksa tunduk pada semua tuntutan Hamas!
Gaza telah membuatkan kita bangga.. zionis israel telah tumbang..
Kemenangan ini adalah permulaan bagi pembebasan masjidil aqsa akan datang in sya Allah..
Kenyataan sidang media Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS)
{وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ}
"Dan pada hari itu bergembiralah orang beriman dengan pertolongan Allah. Dia telah memenangkan sesiapa yang dikehendaki dan Dia adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihi".
Kenyataan Kebanggaan dan Kemenangan
(Rakyat yang mencipta kemenangan mereka)
Perpaduan rakyat kami bersama para pejuang dan ketahanan mereka mempertahankan tanah air menjadikan mereka berjaya melawan musuh, menghadapi segala pertaruhan dan mencipta kemenangan ke atas tentera Zionis.
Israel yang zalim telah memaksa peperangan ke atas rakyat Gaza di bawah penglihatan seluruh dunia. Mereka telah memulakannya dengan serangan bom dari udara, darat dan laut dan mereka juga menggunakan senjata haram yang telah dilarang oleh undang-undang antarabangsa sepanjang tempoh 51 hari. Sepanjang tempoh itu, mereka telah meletupkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, masjid-masjid, kawasan pertanian, menara, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam. Mereka juga membunuh kesemua ahli keluarga, dan jumlah yang terkorban melebihi 2100 orang syahid dan lebih 11 ribu orang cedera. Kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Di tengah-tengah peperangan tidak adil yang dilancarkan oleh Israel ini, dan bersama dengan mereka pertolongan daripada kuasa-kuasa besar dunia yang membenarkan jenayah yang mereka lakukan, di hadapan kelemahan dan kehinaan Liga Arab yang tidak melakukan apa-apa, di tengah-tengah semua itu, pejuang palestin telah berjaya mencapai kemenangan bersama sayap ketenteraannya, dan yang paling kuat iaitu Briged I zuddin Al-qassam dan Saraya Al-Quds. Mereka dengan izin Allah yang utamanya dan dengan keperwiraan mereka telah mampu mempertahankan rakyat dan melakukan serangan balas terhadap musuh.
Tentera Zionis telah menjadi kecut dan perasaan itu telah menebal dalam diri mereka. Mereka takut nasib diri mereka samada terbunuh atau tercedera atau diculik. Sebaliknya, pejuang Gaza dan rakyatnya yang berada di belakang mereka telah berjaya mencipta perpaduan, kerjasama, ketahanan, pengorbanan dan keperwiraan. Mereka telah berjaya menghancurkan penipuan yang dilakukan tentera Zionis, menggagalkan konspirasi dan mimpi indah penceroboh rakyat Palestin. Operasi mereka ialah kebangkitan untuk mencapai kemenangan dalam peperangan "Dedaun Hancur" pada kali ini.
Wahai sekalian rakyat Palestin,
Kami dalam gerakan Hamas berdiri pada hari ini penuh pujian dan kesyukuran kepada pemberi kemenangan yang nyata iaitu Allah subhanahu wa taala, maka ini adalah hari untuk tunduk patuh kepada Allah, dan juga untuk memuliakan keupayaan rakyat kami, rakyat Palestin dalam keteguhan dalam menghadapi cabaran, dan pengepungan yang berada di sekeliling pejuang-pejuang dari dalam dan luar.
Sesungguhnya kami dalam gerakan Hamas apabila mengisytiharkan kemenangan rakyat kami dan para pejuangnya yang perkasa, kami akan menyebut dengan penuh penghormatan dan penghargaan kepada roh-roh suci yang telah pulang ke sisi tuhanNya yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, lelaki, dan keluarga- keluarga yang telah mempertaruhkan darah-darah mereka yang suci dengan penuh kesabaran dan pengharapan sebagai bayaran untuk mendapatkan hak-hak mereka iaitu kebebasan dan kehidupan yang mulia.
Peperangan al-Asf al-Ma'kul ini juga telah membuktikan bahawa keseluruhan rakyat kami di Gaza, Tebing Barat, Al-Quds, tanah terjajah tahun 1948, Negev, Galilee, dan Diaspora adalah satu jasad yang sama, yang hidup kerana memperjuangkan satu isu yang sama, iaitu menghapuskan penjajahan dan membebaskan bumi ini dan Jerusalem.
Sesungguhnya kami di dalam gerakan HAMAS dan pada hari k emenangan yang nyata dalam peperangan Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun Hancur Dimakan Ulat) ini, kami ingin berdiri memberi penghormatan dan kemuliaan di hadapan rakyat Palestin atas pengorbanan jasad-jasad dan sifat keperwiraan yang ditonjolkan mereka pada kebersamaannya bersama pejuang Palestin. Kami ingin mennyatakan beberapa perkara berikut :
1. Pejuang Palestin telah menang dari sudut ketenteraan walaupun sebelum berakhirnya perang ini.
-Pada hari mereka berdiri di hadapan senjata keganasan Zionis penjajah, mereka tetap cekal mempertahankan rakyatnya dan musuh telah menderita dengan sebesar-besar kerugian yang mereka terima.
-Mereka juga telah menggagalkan objektif serta kehendak musuh mereka pada kali ini dan menjadikannya hancur berkecai.
-Kemampuan pejuang Palestin untuk menyakitkan musuh serta mengejutkan mereka dengan beberapa perkara seperti kekuatannya, ciptaannya, perkembangan senjatanya, terowong-terowongnya, keberanian tenteranya, operasi-operasinya yang menyelinap di belakang musuh.
Mereka telah menang (dengan kurniaan Allah) pada peperangan kali ini dari banyak siri-siri peperangan kami bersama penjajah dalam membebaskan tanah suci kami sebelum ini.
2. Pejuang Palestin tetap berdiri teguh dari sudut politik. Mereka mempertahankan prinsip-prinsip mereka serta menjaga kepentingan rakyat mereka dan menunaikan permintaan mereka, malah dengan kehendak merekalah berakhirnya pengepungan ini. Mereka juga semakin kuat dari sudut media. Mereka telah memalukan Israel dengan membongkar segala jenayah-jenayah mereka dan menyebarkan audio-audio dan gambar-gambar perbuatan tentera-tentera mereka. Pejuang Palestin juga telah menang dari sudut akhlak, mereka hanya mensasarkan serangan pada tentera-tentera penjajah Israel dan pegawai-pegawai tentera mereka, tidak sepertimana yang dilakukan oleh tentera mereka dengan membedil rakyat-rakyat kami yang tidak bersalah.
3. Peperangan Al-‘Asful Ma’kul yang disertai oleh pejuang-pejuang Palestin dan sayap ketenteraan mereka ini telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang ini a dalah pilihan rakyat kami di dalam dan luar negara. Mereka juga mampu membalikkan timbangan manusia dalam menilai apakah ia kekuatan dan apakah ia kelemahan, mereka mampu mengubah kaedah-kaedah permainan politik dan ketenteraan, dan pada masa yang sama mereka mampu mengumpulkan rakyat-rakyat Palestin dan seluruh ummat di muka bumi ini dan menyatukannya di atas kalimah yang satu dan bendera yang satu, dan merealisasikan harapan mereka untuk membebaskan dan mengembalikan tanah suci ini. Di atas pencapaian ini, tanggungjawab kami pada hari ini adalah membina semula tanah ini dan kami akan berusaha untuk menjaganya dan membina strategi pertahanan negara yang bersepadu yang berdiri di atas asas-asasnya.
4. Sesungguhnya semua cubaan provokasi dan pembohongan yang ditujukan kepada pejuang Palestin dan rakyat kami telah gagal sama sekali. Mereka yang melakukan pembohongan itu dan yang menyokong mereka telah menanggung kekecewaan yang amat sangat. Mereka sedang meneguk kekecewaan dari gelas kehinaan bersama dengan Israel. Mereka telah tenggelam dengan kecelakaan selepas rakyat kami bersama dengan pejuangnya yang berani telah berjaya menyerang balas terhadap Israel dan menggagalkan objektifnya.
5. Sesungguhnya bumi Gaza ini adalah bumi yang suci sama seperti keseluruhan bumi Palestin yang diberkati. Seperti mana bumi ini telah disirami dengan darah syuhada' dan terkorban disebabkannya pemuda, wanita, kanak-kanak dan orang tua, dan dipertahankan oleh para pejuang yang melindungi mereka daripada perancangan musuh, seperti itu lah kami akan mempersiapkan pembinaan semula apa yang telah dihancurkan oleh Zionis dengan kebangkitan kami. Seperti mana kita telah bersama-sama mencipta kemenangan dalam peperangan ini, seperti itu jugalah kita akan sama-sama mencipta kemenangan dalam pembinaan semula Gaza dan persediaan kelengkapan sehinggalah kami mencapai kebebasan yang sempurna dengan izin Allah.
6. Sesungguhnya kami dalam gerakan HAMAS melakukan perkiraan dan penilaian tentang pendirian negara-negara Arab dan negara-negara Isl am sebenar yang berdiri bersama mendukung perjuangan rakyat Palestin dan pejuangnya yang berani serta memberikan tekanan kepada Zionis agar menghentikan serangan dan menyokong hak rakyat Palestin.
7. Kami menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia supaya mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap pemimipin-pemimipin penjajah Israel di dalam mahkamah jenayah antarabangsa. Mereka telah melakukan pembunuhan yang sangat dahsyat sehingga mencapai kepada tahap jenayah-jenayah perang dengan menyerang rakyat-rakyat yang tidak bersalah dari kalangan kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan ahli keluarga yang dihapuskan semuanya.
8. Kami berterima kasih kepada setiap aktivisme yang memberi sokongan sama ada dari sudut politik, media, dan gerakan- gerakan yang besar dan luas yang menyokong rakyat Palestin dan menolak keganasan yang dilakukan Zionis ke atas Gaza dari seluruh pelusuk dunia Arab dan Islam, serta negara-negara lain seluruhnya. Kami memohon supaya bertambahnya tindak balas terhadap dakwaan kami yang adil ini, serta mendedahkan jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat kami, bumi kami yang suci, dan tahanan-tahanan kami.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunannya kepada mereka yang syahid dalam kalangan kami dan mengurniakan kesembuhan yang cepat kepada mereka yang tercedera dan pembebasan kepada rakyat kami yang ditawan dan ucapan kehormat buat sayap ketenteraan pejuang Palestin dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin Al-Qassam.
Kami berjanji akan meneruskan jalan perjuangan yang penuh berduri ini, kami akan mencapai kemenangan demi kemenangan sehinggalah kami dapat membebaskan tanah kami yang dijajah dan pulang ke sana. Kemenangan yang jelas itu adalah dengan izin Allah SWT. Sesungguhnya bagi jihad ini, samada kemenangan atau syahid.
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
"Katakanlah dengan kurniaan Tuhanmu dan rahmatNya, maka disebabkan itulah bergembiralah kamu, sesungguhnya ia lebih baik daripada apa yang kamu kumpulkan (harta dunia)" (Surah Yunus: ayat 58)
Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS)
Selasa 1 Zulkaedah 1435 H
bersamaan 26 Ogos 2014 M
Terjemahan:
Unit Media Aman Palestin Berhad

Monday, August 25, 2014
Kenyataan Media; Himpunan Kemuncak Bulan Kemarahan Ummah
AMAN PALESTIN BERHAD (719871-K)
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-89267019 Fax : 03-89259963 E-mel : amanpalestin@yahoo.com
Firman Allah swt di dalam Al-Quran:
“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan.” (Surah Fatir: ayat 10)
Firman Allah lagi:
“Bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Munafiqun: ayat 8)
Kekejaman Zionis Israel lebih 66 tahun bermula sejak tahun 1948 dengan membunuh berjuta-juta jiwa rakyat Palestin merupakan jenayah yang perlu dihentikan dan dihukum. Selama 66 tahun ini, dunia terus membisu dan membiarkan Zionis Israel melakukan jenayah pembunuhan, penjajahan dan penindasan ke atas rakyat Palestin.
David Ben-Gurion, Perdana Menteri Israel Pertama pernah berkata, “Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ugutan, merampas tanah dan memutuskan semua perkhidmatan untuk masyarakat Arab untuk menyisihkan mereka dari Al-Khalil.”
Bukan itu sahaja, bahkan Zionis Israel, walau silih bertukar ganti pemimpin negara haram mereka, terus menghina setiap perjanjian dan ketetapan, namun dunia terus membisu. Zionis membina negara haram di atas bumi Palestin yang dirampas dengan membunuh penduduk-penduduk desa Palestin. Mereka merampas tanah ladang zaitun, merampas sumber bumi, merobohkan penempatan penduduk, menghalau orang-orang Palestin dari rumah mereka, menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara, menyeksa dan mendera tahanan di dalam penjara. Namun, dunia terus membisu dan membiarkan.
Matlamat Zionis menginjak maruah rakyat Palestin melalui penindasan dan pembunuhan jiwa yang tidak berdosa serta menghina kecaman dunia dengan mengingkari semua ketetapan dan perjanjian hanya dapat dihentikan dengan bahasa kekerasan. Islam menuntut agar setiap jiwa yang bernyawa diberikan hak dan kemuliaannya sebagai manusia. Dan kemuncak kemuliaan adalah kemuliaan yang bersandarkan kepada Allah SWT semata-mata.
Perjuangan survival rakyat Palestin untuk mengembalikan hak mereka yang sah terhadap tanah air dan memerdekakan negara dari cengkaman penjajah telah menyaksikan siri-siri kebangkitan ummah dan rakyat Palestin.
Bermula dengan perjuangan As-Syahid ‘Izzuddin Al-Qassam yang terkorban di tangan penjajah British pada tahun 1935. Beliau adalah lambang perjuangan dan jihad rakyat Palestin untuk tidak tunduk hina terhadap ancaman penjajah.
Pada Disember 1987, sempena tercetusnya Intifadhah Pertama, As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin mengisytiharkan penubuhan Pergerakan Perlawanan Islam (HAMAS) sebagai sebuah gerakan Islam yang menjadikan pembebasan tanah air melalui perlawanan bersenjata bagi rakyat Palestin.
Lima tahun selepas itu, HAMAS menubuhkan sayap bersenjatanya yang diberi nama Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qassam. Kewujudan Briged Al-Qassam menjadi sinar harapan buat perjuangan rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air yang dijajah. Sekaligus menjadi mimpi ngeri kepada Zionis Israel yang sewenang-wenangnya menindas rakyat Palestin selama berpuluh-puluh tahun lamanya.
Hari ini, wajah kebinatangan Zionis Israel sampai ke kemuncaknya. Dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat, dan bantuan persenjataan dari negara Ukraine, Bulgaria, Britain, Sepanyol, Jerman, Itali dan Republik Czech, Zionis Israel membunuh rakyat Palestin secara menggila. Dan seluruh dunia masih tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan jenayah kemanusiaan ini, apatah lagi mengheret Israel ke muka pengadilan.
Keganasan Zionis Israel ke atas Gaza selama 49 hari telah menyebabkan 2,121 rakyat Palestin dibunuh. 260 daripada angka tersebut adalah wanita dan 577 merupakan kanak-kanak. Manakala bilangan mangsa yang tercedera adalah 10,854, di mana 3,307 daripadanya adalah kanak-kanak dan 2,042 adalah wanita. 475,000 rakyat Gaza terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. Sebanyak 10,700 rumah, 193 masjid, 194 pusat pendidikan dan 3,449 pusat perkhidmatan awam musnah sepenuhnya dalam serangan Zionis.
Bulan Kemarahan Ummah
Aman Palestin Berhad, dengan kerjasama NGO-NGO Islam termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Majlis Perundingan Melayu (MPM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Yayasan Ikhlas, Persatuan Tadika-tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Perodua Viva Club (VIVAC), menganjurkan ‘Bulan Kemarahan Ummah’ yang merupakan sebuah himpunan program yang disusun selama sebulan sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia berkenaan krisis perang di Gaza dan menuntut pertanggungjawab ke atas Zionis Israel di atas kesemua jenayah perang yang dilakukan.
Bulan Kemarahan Ummah bertujuan untuk menzahirkan matlamat-matlamat tertentu agar dapat mengesani masyarakat antarabangsa untuk turut serta di dalam isu Gaza. Perkataan ‘Kemarahan’ yang digunakan membawa mesej kebangkitan rakyat Malaysia terhadap sifat kebinatangan Israel yang membunuh orang awam Palestin serta solidariti penuh bersama perjuangan rakyat Palestin menuntut kemerdekaan dari penjajahan Zionis Israel.
Tuntutan-tuntutan ‘Bulan Kemarahan Ummah’ adalah:
1. Mendesak Rusia dan China untuk memberikan tekanan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselematan PBB untuk memberikan hak hidup merdeka dan menikmati hak semulajadi sebagai bangsa yang berdaulat kepada rakyat Palestin.
2. Mendesak PBB membuka pintu Rafah dan menjadikannya sebagai laluan antarabangsa.
3. Mendesak pengganas rejim Zionis Israel menghentikan pembunuhan yang mensasarkan orang awam sebagai mangsa perang dan mendesak kuasa-kuasa besar membawa Zionis Israel ke mahkamah antarabangsa sebagai penjenayah perang.
4. Memberikan tekanan kepada Emirat Arab Bersatu (UAE) untuk menghentikan sumbangan ke atas Israel dengan memboikot syarikat penerbangan Emirates Airline.
5. Mendesak semua negara Islam membuat tekanan terhadap Israel dengan memutuskan semua hubungan diplomatik, menghentikan hubungan dagangan syarikat Israel dan memboikot produk-produk yang menyumbang kepada Zionis Israel.
Di antara aktiviti-aktiviti yang telah disusun sepanjang ‘Bulan Kemarahan Ummah’ ini adalah:
1. Kempen Boikot Aman McDonalds.
2. Kempen Boikot Aman Starbuck
3. Kempen Boikot Aman HSBC
4. Busking Palestin
5. Rally Merdeka Palestin
6. Sejuta Petisyen ‘Million Souls Fight for Gaza’
7. ‘Toll2Gaza’
8. Dan lain-lain.
Acara Kemuncak: Himpunan Solidariti Ummah
Sebagai kemuncak kepada Bulan Kemarahan Ummah, kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghadiri Himpunan Solidariti Ummah yang akan diadakan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada hari Sabtu, 13 September 2014. Pihak penganjur mensasarkan penyertaan rakyat Malaysia dari semua peringkat dan latarbelakang masyarakat seramai 20 ribu orang.
Objektif Himpunan Solidariti Ummah adalah:
1) Menyatakan sokongan tak berbelah bahagi terhadap pejuang-pejuang Palestin yang dipimpin Briged Al-Qassam atas jasa besar mereka mempertahankan Gaza serta menzahirkan kecaman ke atas Zionis Israel atas kekejaman yang dilakukan di Gaza.
2) Memobilisasi seluruh masyarakat untuk bersama-sama dalam perjuangan pembebasan bumi Palestin, khususnya dalam usaha membina semula Gaza yang musnah teruk akibat peperangan pada kali ini.
3) Menyubur dan mengukuhkan cinta masyarakat terhadap perjuangan pembebasan Palestin.
Di antara tetamu-tetamu kehormat yang diundang untuk bersama-sama menghadiri acara ini adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, dan tokoh HAMAS yang akan dimaklumkan kemudian.
Semoga matlamat-matlamat yang telah digariskan sepanjang kempen ini akan dapat dicapai dan kita berjaya menyampaikan mesej jelas kepada Zionis Israel bahawa rakyat Malaysia dan seluruh dunia tidak akan berdiam diri di atas jenayah-jenayah yang mereka lakukan.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Awang Suffian Awang Piut
Pengarah ‘Bulan Kemarahan Ummah’
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Bhd
Tarikh: 26 Ogos 2014, bersamaan, 30 Syawal 1435H
Wednesday, August 20, 2014
Mengasah minda tua. Buat baik berpada-pada........
Nasihat orang tua dulu-dulu.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Besar kemungkinan kata-kata ini dihasilkan berdasarkan pengalaman hidup atau peristiwa-peristiwa yang telah berlaku kepada orang-orang tertentu.
Di zaman sekarang pun masih sering kita dengar kejadian di mana individu-individu yang satu ketika dulu mereka bersahabat baik tetapi akhirnya bergaduh dan bermasam muka sesama mereka. Ketika bersahabat baik masing-masing menceritakan semua rahsia hidup masing-masing tetapi setelah bergaduh masing-masing saling buruk memburukkan diantara satu sama lain. Perkara yang tak sepatutnya didedahkan kepada orang lain, telah di buka dan disebarkan dengan berbagai tokok tambah.....
Adakalanya mereka yang bersahabat baik tadi masing-masing mempunyai kepentingan. Apabila mereka memperolehi apa yang dihajati, hubungan akrab yang berlaku seperti sebelumnya tidak berlaku lagi.
Begitulah ragam dalam kehidupan....kawan baik boleh jadi musuh dan begitu juga sebaliknya.
Dalam berkawan/bersahabat ikutlah batas-batas syara' serta adab dan akhlak islamiah. Berbuat baiklah pada kadar yang selayaknya namun jangan sekali-kali kita berbuat jahat kepada sesama saudara/sahabat kita.
Ada benarnya kata orang-orang tua tadi; buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Bukankah mereka makan garam lebih dulu dari kita?
Wallahua'lam....

Tuesday, August 19, 2014
Mengasah minda tua....Kehidupan; nikmat dan peluang.
Hidup......
Mari kita bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kita untuk terus hidup.
Kehidupan membolehkan kita untuk meneruskan gerak kerja kita sehari-hari....
Kematian adalah kesudahan kepada segala aktiviti hidup. Orang yang mati tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Begitu besar nikmat kehidupan. Dengan kehidupan kita dapat mencapai nikmat-nikmat yang lain. Nikmat berkeluarga. Nikmat berkasih sayang. Nikmat makan dan minum. Nikmat mendengar dan melihat. Dan berbagai-bagai nikmat yang lain.
Kehidupan juga adalah satu peluang untuk kita beramal dan beraktiviti yang boleh memberikan menafaat kepada kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Kita dapat bekerja untuk membina keluarga, membina masyarakat dan negara. Kita dapat beramal kebajikan dengan melaksanakan ibadah-ibadah fardu dan sunat. Dapat saling bantu membantu, bersilaturrahim, bersedekah, berdakwah dan sebagainya.
Begitu besar nilai kehidupan. Dengan kehidupan jugalah saudara dapat membaca tulisan ini.
Wallahu a'lam..

Monday, August 18, 2014
Isu MB: PR tidak boleh paksa Sultan
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
18 Ogos 2014
- Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain
SHAH ALAM – PR tidak boleh memaksa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah menerima calon Menteri Besar Selangor pilihan mereka, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan mana-mana individu yang layak menjadi menteri besar.
“PR tak boleh mendesak Sultan...nak paksa-paksa pilih itu atau pilih ini. Tak boleh. Itu Sultan punya kuasa.
“Kalau baginda berkenan dengan Wan Azizah, Wan Azizah jadi menteri besarlah. Rakyat atau ketua parti tak boleh paksa Sultan. Itu tak betul,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Malah katanya, Sultan juga berkuasa untuk menitahkan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menjawat jawatan itu buat sementara.
Dalam pada itu, beliau sempat menyentuh soal hanya satu nama yang dikemukakan PR kepada Sultan Selangor selepas nama kedua yang dicadangkan Pas, Mohamed Azmin Ali mengumumkan mengundur diri.
“Mengikut peraturan, pihak parti mesti beri sekurang-kurangnya tiga nama. Tak boleh letak satu nama sahaja.
“Lengkapkan syarat sahaja nama lain itu. Sepatutnya letaklah nama Azmin. Sultan perlu lihat siapa saja yang parti mahukan. Kebiasaannya memang beri lebih daripada satu nama.
Ia (beri satu nama) seperti memaksa Sultan. Jadi perlu bagi lebih daripada satu nama supaya Sultan boleh pilih,” katanya.
Jelasnya, andai Sultan Selangor akhirnya memilih Wan Azizah atau Azmin, calon yang tidak dipilih perlu akur dengan keputusan tersebut.
“Sekiranya Sultan memilih Azizah tak apalah, Azmin sudah akur awal-awal. Kalau Azmin yang Sultan pilih, Wan Azizah kena akurlah pula. Begitulah sepatutnya.
“Walau Azmin dipilih sekalipun, saya rasa tidak timbul bantahan atau PR tidak akan keberatan,” katanya.
Semalam, hasil Mesyuarat Pimpinan Pas Peringkat Pusat yang berlangsung selama 90 minit mendedahkan dua nama, Wan Azizah dan Mohamed Azmin sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu.
Namun, melalui satu sidang media PR lewat petang semalam, Azmin mengumumkan beliau akur dengan keputusan parti yang mencalonkan Wan Azizah dan menghargai keputusan Pas meletakkan namanya sebagai calon jawatan tersebut.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/isu-mb-pr-tidak-boleh-paksa-sultan-1.308965

Sunday, August 17, 2014
Pas perlu bersama MB Selangor
RIDHUAN TEE ABDULLAH
18 Ogos 2014
KETIKA berbual dengan orang Pas mengenai politik
Negeri Selangor, mereka berkata, “walau apa pun berlaku dalam PR, Pas
takkan keluar, jika Pas keluar, Umno akan menang”.
Sama ada Pas mahu berada ataupun keluar pakatan, itu hak mereka. Persoalannya, kenapa setiap kali memberikan jawapan, mangsanya adalah Umno? Jahat sangatkah Umno ini?
Adakah kewujudan Pas selama ini semata-mata kerana Umno? Bukanlah Pas wujud atas dasar prinsip dan tanggungjawab mahu menegakkan Islam? Janganlah terlalu bermusuh dengan Umno, tidak ada untungnya kepada Islam.
Kewujudan Hamas di Palestin pun begitu, ditubuhkan atas dasar prinsip dan tanggungjawab. Yahudi Zionis boleh datang dan pergi. Tetapi Hamas perlu wujud untuk mempertahankan Islam.
Saya tidak fikir Hamas wujud kerana Yahudi Zionis semata-mata. Kita perlu jelas dalam hal ini. Apakah Pas dan Hamas akan dibubarkan selepas tumbangnya Umno dan Yahudi Zionis? Bertindaklah atas prinsip apa yang benar, apa yang salah, dari sudut kaca mata agama.
Bukannya siapa benar, siapa salah. Jika ada kebaikan Umno, terimalah hakikat. Begitu juga sebaliknya, jika Umno salah, tegurlah dan lawanlah. Tetapi jangan terus wujudkan blaming culture. Jangan kerana Umno, kita menjadi gelabah.
Musuh sebenar Pas adalah ultra kiasu bukan Umno. Ultra kiasu awal-awal sudah menentang Islam dan perjuangan Islam Pas. Mereka sudah memberikan amaran, jika Pas menerima Khalid (MB Selangor) sebagai ahli parti, Pas adalah pengkhianat dan tidak bermaruah.
Apakah Pas tidak faham mesej ini? Ultra kiasu kini bukan sahaja anti Islam, pada masa sama sangat bongkak dan sombong. Tidak boleh dikritik langsung, serta-merta mereka mahu saman, seperti yang berlaku kepada Ketua Pemuda Pas.
Sepatutnya Pas jawab, “ada aku kisah, nak saman, samanlah”. Jangan bagi muka sangat kepada ultra kiasu. Mereka sudah pijak kepala.
Pesta bogel baru-baru ini adalah cabaran kepada Pas dan umat Islam. Ultra kiasu nampaknya tidak begitu serius untuk memeranginya, kerana mereka adalah penyokong tegar hak asasi manusia, seperti LGBT. Lagipun memakai pakaian pendek, ketat dan seksi sudah jadi budaya, termasuk kita juga. Jika bogel itu dibenarkan, saya kira ramai yang akan berbogel nanti, termasuk di jalanan.
Saya sangat teruja dengan pemimpin di India. Sila baca berita bertajuk Indian minister calls for Goa beach bikini ban lebih sebulan lalu. Menteri di sana mahu mengharamkan pemakaian bikini kerana ia penyumbang kepada maksiat, cabul dan rogol. Pemakaian seksi sebegini juga mahu diharamkan di pusat-pusat hiburan. Jika negara India begitu berani mempertahankan jati dirinya, kenapa tidak kita?
Jangan biarkan ultra kiasu bermaharajalela dengan program maksiatnya. Nanti akan turun bala daripada ALLAH SWT. Sangat meloyakan apabila melihat pakaian pramugari tambang murah yang begitu seksi, manakala pakaian pramugara, begitu menutup sekali. Dunia sudah terbalik.
Justeru, Pas perlu sensitif dengan isu sebegini. Ultra kiasu sudah tidak kenal halal haram. Misalnya, projek penternakan babi bersepadu, bernilai RM100 juta yang masih belum dilaksanakan, juga antara faktor utama mereka begitu marah kepada Khalid.
Saya bimbang, jika projek ini dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai darul babi. Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor, yang telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam.
Adakah kita sudah lupa virus nipah (JE), yang telah mengorbankan nyawa manusia? Ultra kiasu ternak, yang kena bahaya dan tempiasnya orang Islam.
Justeru, saya bersetuju dengan idea Khalid, Kerajaan Selangor boleh terus ditadbir, walaupun hanya dengan empat Exco Pas. Kerajaan Selangor boleh berjimat dengan mengurangkan exco. Sudah tentu beban Pas bertambah. Baru buat kerja namanya.
Saya amat yakin, Pas, selepas PRU13 bersetuju Adun PKR menjadi MB Selangor dahulu disebabkan Khalid yang menjadi pilihan. Justeru, berkhidmatlah di bawah Khalid demi Selangor tercinta. Tidak perlu menyalahkan Umno lagi.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/pas-perlu-bersama-mb-selangor-1.308694

Saturday, August 16, 2014
Isu MB Selangor: Mempertegas wala’ sesama muslimin
August 9, 2014 Kolumnis 3
Kenyataan Biro Politik ISMA berhubung isu MB Selangor: Mempertegas wala’ sesama muslimin
Daripada keputusan PRU13 lalu jelas
sebahagian besar orang Cina tidak berpihak kepada BN walaupun telah
banyak kekayaan diperolehi mereka sejak merdeka. Ia bukan kerana mereka
memilih Hudud yang diperjuangkan PAS. Ia kerana agenda DAP dan PR
menyamaratakan semua agama dan bangsa di Malaysia adalah satu tawaran
baik luar jangkaan untuk mereka sebagai kaum pendatang lagi bukan Islam.
Perlembagaan di mana Islam agama negara dan menjamin keistimewaan
bangsa Melayu (sebagai timbang balas memberi kerakyatan en-bloc kepada
mereka) kini cuba dirubah.
Piagam NGO “Negara-Ku” juga disokong
oleh Cina kerana piagamnya jelas menyebut “…mengakhir(tamat)kan jenama
politik (berlandaskan) etno-agama …” (rujuk Piagam) yang selama ini
diperjuangkan UMNO dan PAS (etnik Melayu dan agama Islam). Walau berbeza
dalam beberapa pendekatan, UMNO dan PAS pada praktikalnya adalah
mendokong Perlembagaan yang mengangkat kedudukan umat dan agama Islam
sebagai agama Persekutuan atau agama Malaysia itu sendiri.
Realiti dan cabaran dekad ini telah jauh
berbeza berbanding dekad-dekad lalu. UMNO mesti berubah. Ia memerlukan
tahaluf baru dengan PAS untuk mendapat sokongan Melayu yang padu. PRU13
menunjukkan UMNO bukan lagi satu-satunya parti yang mewakili
Melayu-Islam. Hari ini, PAS juga mewakili sebahagian umat Islam yang
lain dengan nisbah yang besar. Strategi era Mahathir yang berseteru
dengan PAS dan berusaha untuk mengalahmatikan mana-mana parti Melayu
selain UMNO mesti dihentikan.
Pengundi Melayu hari ini jauh lebih
dekat kepada kefahaman dan penghayatan Islam berbanding dulu. Kualiti
Islam seperti ini serta cabaran hidup masa kini menyebabkan mereka
membenci korupsi dan pengamalnya. Hari ini dunia maklumat telah terbuka.
Strategi menguasai televisyen dan akhbar-akhbar perdana belum tentu
boleh berjaya menyorokkan penyelewengan dan korupsi di kalangan individu
atau parti pemerintah.
Perlembagaan dan undang-undang adalah
dua yang berbeza tapi saling berkait rapat. Perlembagaan Malaysia telah
menaskan kedudukan Islam pada tempatnya. Dalam masa yang sama korupsi
dan sebahagian undang-undang negara yang belum Islamik tidak harus
menjadi sebab untuk PAS memberi walak dan menguatkan golongan bukan
Islam.
Isu Kalimah Allah, Kristianisasi,
menyerah Sarawak kepada Kristian, seruan agar Sabah dan Sarawak keluar
dari Malaysia (yang didominasi Islam-Melayu), memperjuangkan hak
kebebasan LGBT (liwat dll), hak murtad, kesamarataan agama dan bangsa
dll adalah bibit-bibit yang tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi
jika ia didokong oleh Barat dan Kuasa-kuasa Besar dengan moral dan
material.
Ya, korupsi adalah kotor dan mesti
dibanteras. Namun perjuangan Aqidah dan Kenegaraan (yang menjaga Aqidah
berkenaan) tetap menduduki tempat pertama, asasi dan fundamental dalam
mana-mana perjuangan para Rasul dan perjuangan kita sendiri selamanya.
Pakatan Rakyat kini menjadi tempat
bersarang banyak perjuangan serong dan songsang yang disebut di atas,
walau di kulitnya berslogankan “keadilan”. Terang lagi bersuluh,
tuntutan-tuntutan Comango, Gereja, Kristianisasi, kalimat “Allah”, hak
murtad, hak LGBT dan banyak lagi seumpamanya lebih disokong tokoh-tokoh
Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional.
PAS harus meletakkan siyasah
syariyyahnya pada kaedahnya yang sebenar iaitu menjaga Agama (حفظ الدين)
dan kemudiannya menjaga nyawa, kehormatan, keturunan dan harta. Isu
korupsi harus ditangani, namun ia sekali-kali tidak menyebabkan kita
menutup sebelah mata terhadap arus tsunami bahaya yang disebut di atas
yang datang melanda Umat Islam di Malaysia hari ini.
Melihat realiti di atas, jelas bukan DAP
yang boleh diharap untuk maslahat Islam dan umatnya. Agenda
kesamarataan mutlak pada agama dan bangsa yang diperjuangkan DAP telah
dan akan sentiasa bertembung dengan agenda Islam yang mesti diletak
tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya (يعلو ولا يعلى عليه). DAP
konsisten dan tidak akan merubah agendanya. Penentangannya terhadap
penegakan negara Islam dan Syariat Islam bukan lagi rahsia, malah
dinyatakan secara terbuka oleh mereka tanpa menghiraukan perasaan umat
Melayu-Islam yang mencintai agama dan negara mereka.
PAS harus menginsafi bahawa harapan
mendokong agama, nyawa, keturunan, kehormatan dan harta umat Islam
adalah terletak kepada seluruh pengundi Melayu-Islam di Malaysia itu
sendiri melalui satu binaan yang kukuh, sebahagian menguatkan sebahagian
yang lain (Hadis). Ia tidak datang dari dokongan orang lain. Jika
mungkin tampak seperti orang lain mendokong, itu hanyalah langkah
taktikal dan strategi sementara demi ke arah mencapai suatu yang lain
yang akan memudharatkan umat dan negara Islam.
Masih ramai dalam masyarakat Melayu yang
bernaung di bawah UMNO untuk menjaga kedudukan Agama Islam dan hak-hak
istimewa bangsa Melayu. UMNO juga membuktikan harapan itu dalam isu
Comango, kalimah “Allah”, murtad, Sabah dan Sarawak dipimpin orang Islam
dsb. Melayu-Islam di kem UMNO boleh merasakan ancaman dan bahayanya
agenda Cina, Kristianisasi dan kuasa asing yang bersarang di dalam
Pakatan Rakyat.
UMNO mesti menghentikan strategi ingin
meng”KO”kan PAS. PAS mesti menghentikan seruan slogan “ABU” (Asal Bukan
Umno). Hakikatnya kedua-dua UMNO dan PAS memiliki pendokong-pendokong
yang seagama dan kedua-dua UMNO dan PAS juga sedang berhadapan dengan
tsunami bahaya yang sama, arusnya mensasarkan mangsa yang sama iaitu
umat Melayu-Islam di Malaysia.
Memang ada kisah-kisah pahit lalu yang
menyebabkan ada hati yang tercalar pada hari ini. Tapi mungkin dari
kisah itu juga menyebabkan banyak hakikat dan kejayaan lain menanti di
hadapan. Selepas kalah dalam Perang Uhud, para Sahabat ra mengambil
pengajaran dan tidak kalah lagi di medan-medan tempur selepas itu.
Kemelut isu jawatan menteri besar
Selangor yang disandang Tan Sri Khalid Ibrahim ini telah menyingkapkan
hakikat-hakikat yang kami perkatakan di atas. Ia juga boleh merapatkan
jurang di antara pimpinan dan pengikut berbagai kem Melayu-Islam di
Tanah Melayu bertuah ini. Di samping isu ini menguji keutuhan PAS dengan
agenda asalnya menenegakkan Syariat Islam, ia turut memaparkan siapakah
sebenarnya yang bekerja ke arah matlamat yang lain seperti liberal,
plural, penolakan agama sebagai asas perlembagaan dan perjuangan dsb.
PAS hari ini masih belum terlambat untuk
melakukan re-alignment perjalanannya. Maslahah umat Islam yang lebih
besar adalah lebih utama diperjuangkan berbanding berjuang untuk
mengalahkan UMNO. Kita percaya melalui kejelasan agenda perjuangan dan
sokongan akar umbi dalam masyarakat, PAS bukan budak suruhan mana-mana
parti lain. PAS tidak perlu takut dakwaan ia akan kalah teruk jika tidak
bersama DAP untuk mendapat undi Cina. Kemenangan itu adalah dari Allah,
bukan dari manusia.
UMNO dan PAS mesti bersepakat
bersama-sama dan sebagai satu tubuh memenangi hati dan dokongan
parti-parti dan para pengundi Islam terlebih dahulu sebagai asas.
Merekalah rumpun bangsa yang mendokong agenda aqidah dan negara Islam,
berbanding parti dan kalangan pengundi bukan-Islam yang telah dan sering
berterus terang menolak penegakan syariat dan negara Islam.
UMNO dan PAS tidak harus menunggu masa
lebih lama dari sekarang untuk duduk bersama dan bersepakat dalam
agenda-agenda yang menguntungkan agama dan umat Islam.
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ
الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَنْ يَفْعَلْ
ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ
تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
“Janganlah orang-orang yang beriman
mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan
orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang
demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam
sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya
yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan
supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu).
Dan kepada Allah jualah tempat kembali” (Ali Imran : 28).
Ketua Penerangan Biro Politik ISMA
Ustaz Abdul Halim Abdullah
Ustaz Abdul Halim Abdullah
Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/08/isu-mb-selangor-mempertegas-wala-sesama-muslimin/
Apa pilihan yang Pas ada?
Oleh Zulkiflee Bakar
APA pilihan yang Pas ada? Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran banyak pihak apabila Jawatankuasa Pas Pusat mengadakan mesyuarat esok bagi menentukan pendirian politik parti itu berhubung isu kemelut jawatan Menteri Besar (MB) Selangor berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Kepimpinan Pas diterajui oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan melangkah masuk ke dalam dewan mesyuarat di Ibu Pejabat Pas, Kuala Lumpur untuk membuat satu keputusan yang bukan sahaja berkisar siapa lebih layak menduduki kerusi MB tetapi bakal menentukan haluan politik parti itu khususnya kerjasama dalam pakatan pembangkang.
Bukanlah rahsia lagi, sepanjang kemelut politik di Selangor tercetus, Pas menjadi sasaran kritikan sekutunya, PKR dan DAP. Pendirian Pas mempertahankan Abdul Khalid biarpun dipecat oleh PKR memandangkan beliau sudah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menampakkan wajah sebenar sekutu-sekutunya.
Mereka langsung tidak menghormati hak Pas, sebaliknya Pas diberi kata dua untuk mengikut telunjuk apa yang diputuskan oleh PKR dan DAP. Malah ketika mereka mengkritik Pas kerana didakwa senada dengan UMNO dan mengingatkan Pas supaya tidak menangguk di air keruh apabila wujudnya ura-ura Abdul Khalid akan menyertai Pas, mereka tidak pula berkata apa-apa apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas berpaling tadah menyokong Wan Azizah.
Sepatutnya, PKR dan DAP menghormati pendirian Pas untuk membuat pendirian rasmi esok serta mengelakkan mana-mana ADUN Pas mendahului keputusan parti. Tetapi seperti biasa sejak menjalin tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, Pas sentiasa sahaja diarahkan untuk memenuhi apa juga kehendak politik kedua-dua parti itu.
Dalam bahasa mudah, "kalau mereka buat tak apa, kalau Pas buat tak boleh.
Persoalannya, dalam situasi sekarang apa langkah Pas? Berikut penulis paparkan antara senario yang memungkinkan Pas dilihat seolah-olah berada dalam situasi ibarat, "ditelan mati emak, diluah mati bapa untuk membuat keputusan;
* Tetap menyokong Abdul Khalid, menolak Wan Azizah;
- Keputusan ini agak sukar dilakukan oleh Pas memandangkan jumlah kerusi DUN Pas biar pun pada asalnya berjumlah 15 kerusi kini berkurangan kepada 13 kerusi berikutan, dua ADUN mereka sudah pun menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.
Kalaupun Pas mahu terus mempertahankan Abdul Khalid, MB Selangor itu tetap tidak akan mampu bertahan kerana jumlah ADUN yang menyokong beliau tidak mencukupi kerana hanya bergantung kepada UMNO yang memiliki 12 kerusi.
Keputusan untuk terus memihak kepada Abdul Khalid juga sekali gus bermakna Pas tidak lagi mempunyai kesepakatan dengan PKR dan DAP. Pendirian ini akan menyebabkan Pas tidak boleh lagi berada dalam pakatan pembangkang.
* Tetap menolak Wan Azizah dan mencalonkan nama lain;
- Soalnya siapakah yang Pas mahukan? Apakah calon yang hendak menggantikan Wan Azizah itu daripada PKR atau Pas? Kalaulah daripada PKR apakah calon itu diterima oleh ADUN-ADUN DAP yang sudah sepakat mahukan Wan Azizah dan pendirian ini sudah pasti akan turut disokong oleh ADUN-ADUN PKR.
Kalaulah calon Pas, apakah PKR dan DAP akan menyokong calon tersebut? Atau kalaupun hipokrit tahap tertinggi dimainkan oleh kedua-dua parti itu dengan menyatakan sokongan mereka, bolehkah MB daripada Pas tersebut bekerja dengan selesa terutamanya dalam soal mempertahan kesucian agama Islam dan hak orang Melayu?
* Menyokong Abdul Khalid untuk membubarkan DUN;
- Keputusan ini akan menyebabkan Pas tidak layak berada dalam pakatan pembangkang kerana ia bertentangan dengan hasrat PKR dan DAP. Kedua-dua parti itu tidak mahu pembubaran DUN, yang mereka mahukan ialah Abdul Khalid disingkirkan dan digantikan dengan Wan Azizah.
Pakatan pembangkang khususnya PKR cukup sedar jika pilihan raya negeri di atas mereka belum mampu mempertahankan kerusi sedia ada, sebaliknya peluang terbuka kepada Pas, UMNO dan DAP untuk menambah kerusi.
* Menyokong Wan Azizah dan terus jadi pak turut;
- Tindakan ini akan menyebabkan maruah Pas menjadi pertaruhan. Ia memandangkan Pas sejak awal lagi menolak langkah politik yang disusun oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menempatkan isterinya sebagai Menteri Besar.
Membenarkan Wan Azizah menduduki jawatan MB samalah juga hukumnya Pas menerima segala amalan politik tidak beretika dan melanggar prinsip-prinsip demokrasi yang disusun oleh pemimpin-pemimpin PKR.
Malah ia juga akan membolehkan selepas ini, PKR dan DAP sama sekali tidak akan berasa takut dengan apa juga tindakan, kenyataan dan pendirian Pas kerana mereka tahu akhirnya Pas sememangnya sudah merelakan parti itu menjadi pak turut dalam pakatan pembangkang.
Keadaan tersebut akan mengecewakan penyokong dan ahli Pas di peringkat akar umbi yang majoritinya menentang langkah politik PKR dan semakin bosan dengan sikap tidak hormat DAP terhadap Pas.
* Tidak membuat keputusan, menanti langkah politik Abdul Khalid
- Bagi mengelakkan keadaan bertambah kusut dan memandangkan Abdul Khalid masih lagi boleh mentadbir kerajaan negeri dengan bantuan empat Exco daripada Pas dan pada masa sama Wan Azizah pula mendakwa sudah mempunyai sokongan majoriti, mungkin Pas boleh sahaja menanti langkah politik yang akan dilakukan oleh Abdul Khalid.
Pas juga boleh menyatakan pendirian selepas Abdul Khalid dan Wan Azizah menghadap Sultan Selangor.
Demikian antara senario atau pilihan yang ada dalam tangan Pas bagi menangani kemelut perebutan kerusi MB Selangor.
Seperti mana kata seorang pemimpin Pas kepada penulis dalam satu pertemuan di Shah Alam, parti itu benar-benar perlu mempertimbangkan setiap keputusan dengan berhati-hati.
"Tetapi apa yang pasti, pemimpin dan ahli Pas semakin mengenali hati budi, isi perut, pemimpin-pemimpin PKR dan DAP. Oleh itu, janganlah terkejut jika ada keputusan di luar dugaan dilakukan oleh Pas, kata pemimpin tersebut.
Namun apa pun keputusan yang dibuat, Pas harus memastikan ia tidak membuka ruang wujud lebih ramai kelompok yang tidak menghormati resam berjemaah, bersedia tunduk biar pun sudah dikecam oleh PKR dan DAP, mengesahkan Pas sememangnya pak turut dalam pakatan pembangkang serta sanggup maruah sebagai parti Islam dipijak semata-mata mahu memburu kuasa.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140816/re_01/#ixzz3AZHiCHWv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, August 15, 2014
SEDIKIT PENCERAHAN: KEMELUT PAS DI SELANGOR
Saya mohon izin untuk bagi input saya di dalam hal ini sebab ada rakan - rakan yang request. Sedikit sahaja ya? Nak pakai topi penganalisis politik sebentar.
Isu yang ingin disentuh adalah tindakan dua ADUN PAS mengambil keputusan untuk break ranks dan menyokong pencalonan Dr. Wan Azizah.
Mengapakah isu ini dikatakan historic dan menarik?
Sebab PAS, adalah sebuah organisasi berteraskan agama yang menekankan konsep doktrinisasi wala' (taat setia kepada kepimpinan) dan inilah yang menjadi kebanggaan PAS selama ini. Jadi isu ini, merupakan satu wake up call yang amat mengejutkan.
Tetapi adakah ia memang benar - benar mengejutkan?
Pertama sekali, dalam memahami isu ini, kita perlu tahu komponen yang membentuk PAS. PAS terbentuk dari:
i) Orang Awam yang menyertai PAS secara proses biasa. Iaitu mengisi borang keahlian.
ii) Mereka yang melalui proses pengkaderan (recruitment). Mereka ini melalui proses tarbiyyah (pendidikan) ala ala "Ikhwanul Muslimin" berdasarkan marhalah - marhalahnya (level - levelnya).
Sebelum ini, antara tempoh 1980an ke awal 2000an, mereka yang menguasai pucuk pimpinan tertinggi PAS adalah terdiri dari golongan yang kedua. Jumlah mereka tidak sebesar golongan (i) tetapi mereka ini yang mendominasi kepimpinan sehingga timbul istilah "jemaah dalam jemaah" (kumpulan dalam kumpulan).
Mereka yang berada di golongan (ii) ini disifatkan lebih "mantap" kerana telah melalui proses pengtarbiyyahan, serta disifatkan lebih strategik, lebih daya kepimpinan dan lebih penting lagi, sangat tertanam dengan doktrin wala'.
Tetapi, pasca era Reformasi (1998 ke atas), berlakunya kemasukan beramai - ramai ahli "awam" ini termasuk juga mereka yang melalui proses tarbiyyah dari "jemaah - jemaah" (kumpulan - kumpulan) lain seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM, dahulu dikenali sebagai IRC, dan kini di jenama semula sebagai IKRAM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kebanyakan dari ABIM dan JIM menyertai PKR, dan ada segelintir dari mereka menyertai PAS. This is the price of fame that PAS has to pay. Sokongan meningkat membawa kepada kemasukan pelbagai jenis manusia dan aliran ke dalamnya.
Jangan lupa bahawa mereka yang melalui "tarbiyyah" ini dianggap sebagai mereka yang bersifat strategik.Jadi opsyen menjadi ahli biasa, tidak berapa menjadi minat. Justeru, mereka yang masuk dari luar ini, terutamanya dari JIM, dipandang dengan skeptikal kerana dianggap sedang dan sentiasa dan akan terus berusaha untuk mengambil alih kepimpinan PAS.
Dari segi tarbiyyahnya, mana - mana jemaah yang menggunakan manhaj ikhwani, adalah sama. Namun ada beberapa perbezaan dan paling utama adalah "wala". Kalau mereka yang ditarbiyyah asalnya dari PAS, wala' mereka memang secara jelas adalah kepada Amirul Mukminin mereka (para pemimpin) dan dalam konteks PAS, ianya adalah Mursyidul Am. Presiden bukanlah autoriti terbesar di dalam PAS, namun beliau masih dianggap pemimpin yang perlu ditaati. Begitu juga dengan Dewan Syura Ulama'. Ini semua dianggap perlu diberikan wala'. Apatah lagi salah satu konsep utama berjemaah adalah syura (perbincangan) dan keputusan - keputusan yang dibuat oleh syura (dalam konteks PAS, Jawatankuasa Pusat atau Dewan Ulama') dianggap perlu ditaati dan dihormati.
Dalam kes Selangor, kita dapat lihat bahawa, walaupun ada EXCO dan ADUN PAS yang secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan kepimpinan untuk menyokong TSKI dan tidak menyokong PKR ( atas faktor semangat setiakawan mereka dan doktrin anti-UMNO yang menebal), tetapi mereka menjaga disiplin jemaah dan wala' kepada keputusan kepimpinan.
Jadi bagaimana pula dua ADUN PAS ini? Ada yang tuduh mereka dibeli.
Secara peribadinya saya tidak percaya mereka ini dibeli. Salah seorangnya, YB Saari Sungib (Abu Urwah) adalah pengasas kepada JIM dan dikenalis sebagai seorang yang "mantap" tarbiyyahnya.
Cuma macam saya jelaskan dari awal tadi, masalahnya adalah pada fikrah (aliran pemikiran". Iaitu mereka yang "awam" serta dari "group lain" ini, kurang rasa wala' kepada kepimpinan yang ada. Bagi mereka, PAS hanyalah salah satu wadah politik, jadi keputusan kepimpinan boleh dicabar.
Jadi saya tak terkejut pun, malah telah menjangkakannya.
In fact, apa yang terjadi di Selangor sekarang ini sebenarnya tidak mengejutkan pun.
Ada sesetengah perkara ini telah saya sebut seawal tahun 2005 lagi. Nak je cakap, "I told you so". Tetapi takpalah.
Saya bukan penyokong kedua - dua parti ini, tetapi sekadar memberi pencerahan kepada rakan - rakan mengenai background isu dua ADUN PAS yang dikatakan membelot ini.
Harap ini dapat bantu beri sedikit pencerahan.
Sumber: Fb Azmil Abrar
Kronologi krisis Menteri Besar Selangor
August 14, 2014 Berita Utama #2, Utama 1
SHAH ALAM, 13 Ogos – Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor
tercetus dengan ‘Langkah Kajang’ yang dimulakan Pengarah Strategi PKR
Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
27
JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota
Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada
Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.
Bagaimanapun,
hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang
selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu
isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dipertaruhkan untuk kerusi itu.
26
FEBRUARI: Abdul Khalid, mewakili Kerajaan Selangor menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk
penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak
2008. Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid
tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.
26 JUN:
Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala
Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota
Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.
21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.
22 JULAI:
Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati
keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun
segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh
Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku
dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
25 JULAI:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid
untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak
pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
1 OGOS:
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu
terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar
Selangor yang baharu.
4 OGOS:
Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal
lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu
penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan
projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.
5 OGOS:
Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid
mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar
Selangor.
6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.
9 OGOS:
PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta. Abdul
Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau
menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau
mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.
10 OGOS:
Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan
tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor
diadakan pada 11 Ogos.
11 OGOS:
Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatAnnya
daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar.
11 OGOS:
Dalam sidang media khas kemudiannya Abdul Khalid mengumumkan bahawa
beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang
jawatan Menteri Besar Selangor.
Menteri
Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong
kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan
mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu
bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan
beliau.
12 OGOS:
Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS berkata akan
terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang
diarahkan pucuk pimpinan parti itu.
Enam
anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata Mereka
akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan
berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Selain itu
keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata dalam urusan melibatkan
mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti
peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan
Rakyat dilantik. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh
membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.
12 OGOS:
Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor
bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri
daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya.
Keenam-enam
Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke
pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di
Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum
mendapat perkenan Sultan Selangor.
13 OGOS:
Abdul Khalid mempengerusikan mesyuarat MMKN dengan dihadiri empat
anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS dan tiga pegawai ex-officio.
13 OGOS:
Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Abdul Khalid mengumumkan
pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan
PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa semalam (12 Ogos). Beliau turut
mengesahkan surat pemecatan kepada seorang anggota Exco daripada PKR
Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana Anggota Dewan Undangan Negeri
(Adun) Batu Tiga itu dikatakan berada di luar negara.
Abdul
Khalid juga berkata jumlah korum yang menghadiri mesyuarat MMKN memadai
dan sah mengikut Artikel 53 (2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri
Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN
untuk mentadbir negeri secara sah. – BERNAMA
Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/08/kronologi-krisis-menteri-besar-selangor/
Prof Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar menjawab soalan....
Seorang
pelajar yang saya kasihi bertanyakan darihal kenyataan saya tentang
ketidakwajaran pihak yang mempertahankan Perlembagaan dituduh rasis. Ini
adalah jawapan saya:
Ucapan Ustaz Abdullah Zaik berhubung "Pendatang Cina" walaupun tidak disenangi ramai, sewajarnya dapat difahami dari mana datangnya. Ia merupakan rentetan peristiwa-peristiwa yang mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Islam seperti dijamin perlembagaan. Untuk tidak memanjangkan penulisan, saya hanya akan memetik beberapa peristiwa sekitar April-Mei 2014 yang melahirkan ucapan Ustaz Abdullah Zaik, walaupun banyak lagi peristiwa provokasi demi provokasi sebelum itu.
Pada 3 April 2014, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, melaporkan Kerajaan Kelantan akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke sidang parlimen yang terdekat bagi mendapatkan kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan itu mendapat reaksi positif dari banyak pihak sehingga pada 27 April 2014, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno ingin bekerjasama dengan Pas bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud. Bahkan, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata pihaknya sedang giat melaksanakan program memberi penjelasan mengenai hukum hudud dalam usaha meningkatkan kefahaman kepada 240,000 ahlinya.
“Kami yakin keseluruhan ahli Umno akan memahaminya secara mendalam dalam tempoh terdekat memandangkan sambutan hangat pada majlis yang dianjurkan di peringkat bahagian,” katanya.
Apakah yang lebih menggembirakan bila umat Islam dari kedua-dua belah pihak dapat bersetuju untuk satu agenda yang sangat mulia, iaitu satu usaha kecil dalam bentuk permulaan (baby step) ke arah mendekatkan hukum syariah Islam di hati masyarakat? Lagipun, usaha kecil ini akan dimulakan di sebuah negeri dahulu, negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS lebih 20 tahun.
Bibit-bibit kerjasama ini ditentang keras oleh DAP, MCA dan GERAKAN. Walaupun saling tuduh menuduh siapa yang lebih keras penentangannya, ketiga-tiga komponen parti ini sepakat diperingkat PUSAT untuk menolak kerjasama ini yang hanya ingin dimulakan diperingkat Negeri Kelantan.
Pada 21 April 2014 Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mengeluarkan Kenyataan Media bahawa DAP tidak sekali-kali akan menyokong pelaksanaan hudud dan menyelar PAS yang tidak mengikut konsensus Pakatan Rakyat.
Di pihak kerajaan, susulan kenyataan TPM, Wanita Gerakan antara yang terawal membantah apabila Ketua Wanitanya Datuk Tan Lian Hoe menuduh hudud membela perogol. Kenyataan beliau telah dibantah banyak pihak.
Pada 29 April 2014, Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong menyatakan hudud hanya akan memecah belahkan rakyat Malaysia dan tidak sesuai dilaksanakan di negara majmuk, manakala sebelum itu pada 24 April 2014, Ketua Pemudanya Tan Keng Liang telah bersumpah untuk menghalang secara undang-undang implementasi hudud.
Pada 3 Mei, presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mengeluarkan kenyataan menolak hudud walaupun beliau maklum, kerajaan Barisan Nasional ketika itu telah pun berura-ura mengadakan jawatankuasa bersama dengan kerajaan Negeri Kelantan bagi menilai draf undang-undang tersebut.
Pada 5 Mei, memandangkan hubungan kerjasama PAS Kelantan –UMNO semakin erat, akhbar Malaysiakini melaporkan kebimbangan beberapa pihak tentang kerjasama ini yang kononnya mempunyai agenda sulit yang lain, sehingga terpaksa dinafikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan tindakan PAS berkompromi dengan Umno tidak lebih untuk merealisasikan perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) yang tertangguh selama 20 tahun lalu. Laporan sebegini pada hemat saya cuba mensabotaj usaha mulia dan menanam prasangka oleh pihak yang tidak senang melihat umat Islam bersatu. Langkah ini juga sangat jijik kerana ia seolah-olah mengingatkan umat Islam, blok kepartian itu lebih penting didahulukan daripada bersepakat untuk perkara yang diredhai Allah.
Inilah latar belakang kenyataan Ustaz Abdullah Zaik, memandangkan komponen-komponen parti kaum Cina dari kedua-dua blok politik menentang usaha permulaan mengkaji undang-undang hudud, yang sudah tentu akan disusuli dengan penerangan dan pendidikan. Penentangan ini adalah bercanggah dengan semangat artikel 3 Perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan, dan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan yang memberi negeri kuasa menjalankan hukum syariah. Walaupun mungkin terdapat lagi beberapa halangan kecil dari sudut pentafsiran undang-undang, namun usaha ini tidak wajar ditolak begitu sahaja.
Kesemua pimpinan parti-parti berasaskan kaum ini rata-rata sudah masak dengan budaya dan adat resam Melayu Islam di Malaysia, juga senario politik. Mereka bukanlah tidak faham. Cubaan memperkenalkan hudud bukan baru pertama kali dilakukan. Kali terakhir ialah pada tahun 2010, cuma ketika itu kehendak ini hanya dari kerajaan Negeri. Kini, ketika pelawaan kerajaan negeri bersambut oleh Kerajaan Persekutuan, bantahan ini semakin ketara dan lebih lantang.
ISMA sekadar mengingatkan Artikel 3, yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan 1957, sebagai tolak ansur Raja-raja Melayu dengan pihak penjajah British ke atas prinsip Jus Soli, iaitu pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India yang dibawa datang ke Malaysia pada tahun 1946 secara borong (tanpa regulasi pemberian kerakyatan biasa seperti yang kita maklumi sekarang iaitu tempoh tinggal yang munasabah dan fasih ber Bahasa Melayu). Ada laporan yang menyatakan, komposisi Melayu dengan kaum Cina dan India yang dibawa oleh British pada itu akan berubah secara signifikan iaitu hanya 49 % kaum Melayu dan selebihnya mereka yang dibawa masuk, Wallahu a’lam. Walaupun telah ada kaum Cina dan India yang telah menetap kerana datang terlebih dahulu melalui jalan perdagangan, namun ia tidak seramai dengan kemasukan tahun 1946-1947 (setelah British mengambil alih Tanah Melayu dari Jepun).
Inilah latar belakang, provokasi demi provokasi yang tidak disebut, sebaliknya usaha “demonization” ke atas ISMA dilakukan secara terancang, agar masyarakat melupakan provokasi asal. Tidak ada sehari yang berlalu, melainkan portal-portal berbahasa Inggeris ini cuba melabelkan ISMA sebagai rasis, sedangkan penentangan ke atas Perlembagaan dan sebarang usaha menolak memartabatkan hukum Islam diperkecilkan media.
Itulah maksud saya, dan saya memberi contoh yang lebih jelas iaitu dokumen yang dikatakan oleh saudara Harris Ibrahim yang disediakan oleh Hindraf tetapi dimuatkan oleh mendiang Karpal Singh, tanpa sebarang ‘caption’ dalam FB beliau 48 jam sebelum Pilihanraya ke 13, yang ada menyebut artikel 153 sebagai “root of racism” untuk dipersembahkan ke khalayak Ministry of Foreign Affairs, USA. Maka, apakah sebenarnya definasi rasisma?

Wednesday, August 13, 2014
Monday, August 11, 2014
Wajah Sebenar ISIS Terbongkar. Rupanya Jangkaan Saya Mengenai "Khalifah Islam" ini Salah!!
Bendera ISIL |
Nama
ISIS atau ISIL tetiba popular dan menjadi sebutan harian media apabila
mereka didakwa menakluk Mosul pada 10 Jun 2014. ISIL (Islamic State in
Iraq and Lavent) atau juga dikenali sebagai ISIS (Islamic State in Iraq
and Syria). Dua istilah ini terjadi apabila diterjemahkan dari nama
Arabnya “al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām”. Syams secara
mudahnya diterjemahkan kepada Syria tetapi secara sejarahnya meliputi
Syria, Jordan, Lebanon bahkan Palestin. Sebelum terbentuknya
Negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Pertama, kawasan ini
dikenali sebagai Levant atau Mediterranean Timur.
Ia menjadi sangat menarik apabila
kumpulan ISIS yang dikatakan tidak lebih dari 1000 anggota mampu
menghalau keluar lebih 30,000 tentera Iraq yang dilatih oleh Amerika.
Bahkan tentera Iraq dikatakan lari lintang-pukang meninggalkan senjata
dan kenderaan tentera. Keanggotaan ISIS di seluruh Iraq pada akhir 2012
dianggarkan hanya 2500 orang.
Perkara ini menarik perhatian
Perdana Menteri DS Najib sendiri apabila dalam ucapan beliau sempena 20
tahun UMNO Bahagian Cheras meminta ahli UMNO mencontohi keberanian ISIS
“yang hanya 1300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, bahkan
general Iraq lari ikut tingkap di waktu malam”.
Lebih menghairankan, kumpulan ISIS
yang dikatakan sedikit itu terus mara dengan pantasnya menguasai utara
dan barat Iraq. Dalam masa seminggu mereka telah berada di sekitar
Baghdad, hampir 400 km dari Mosul. CNN pada 18 Jun 2014 melaporkan
pertempuran dengan ISIS berlaku di Baquba, 40 minit dari Baghdad.
Hampir semua media utama banyak
memberi liputan kepada kejayaan ISIS `menguasai’ bandar-bandar Iraq
diselang-seli dengan imej ISIs sebagai golongan pengganas yang kejam,
memotong kepala dan anggota badan, membunuh orang awam tanpa sebab serta
melaksanakan `undang-undang Islam yang ketat dan tidak
berperikemanusiaan’. Ringkasnya media menggambarkan bahawa Iraq kini
sedang diancam oleh segolongan pengganas yang jahat.
Namun media terlupa atau seolah-oleh
sengaja mengelak untuk menilai bagaimana mungkin ISIS mampu berbuat itu
semua, itu pun jika ia benar dilakukan oleh ISIS. Atau logikkah untuk
ISIS berbuat itu semua?
Media faham benar psikologi
masyarakat yang hanya mengambil tajuk besar (headlines) dan gambaran
umum yang disogokkan. Masyarakat tidak begitu memberi perhatian kepada
perkara detil.
Keadaan umat Islam diseluruh dunia
yang ditindas, dizalimi bahkan dibunuh tanpa ada pembela pula
menyebabkan wujudkan kekosongan dalam keberanian melawan musuh Islam.
Umat Islam ketandusan `hero’. Sebab itu bilamana ada saja sesiapa atau
segolongan yang berani melawan musuh Islam atas nama Islam, ramai umat
Islam dengan mudah menyokong mereka tanpa mengenali siapakah `hero’ itu
sebenarnya. Ini berlaku sejak kejayaan revolusi Iran. Iran tiba-tiba
menjadi kiblat pejuang Islam sehinggalah mereka kenal siapakah Syiah
sebenarnya. Begitu juga tidak kurang yang menyokong Saddam Hussin
melawan Amerika dalam Perang Iraq Pertama dan Kedua. Dia menjadi hero
kerana berani melawan Amerika walaupun dia sendiri seorang yang zalim
terhadap rakyatnya. Kini konflik di Iraq begitu teruk dan bercelaru
sehingga seolah-olah tiada harapan untuk umat Islam Iraq. Tiba-tiba nama
`ISIS’ keluar sebagai pembebas dari kerajaan Syiah Maliki. Ramai yang
terus menyokong tanpa mengenali siapakah ISIS.
[Sejarah ISIL]
Kebanyakkan analisa mengatakan ISIS
berasal dari kumpulan `al Qaeda in Iraq’ (aQI) yang ditubuhkan setelah
Amerika menakluk Iraq pada 2003. Diketuai oleh Abu Musab Al Zarqawi,
yang berasal dari Jordan, aQI mengambil pendekatan yang keras bahkan
kekadang menyalahi syara’ seperti membunuh secara kejam tanpa bicara
sesiapa yang disyaki menjadi tali-barut Amerika, cuba menggagalkan
bantuan kemanusiaan kepada rakyat Iraq dengan menculik dan membunuh
aktivis kemanusiaan serta melakukan serangan untuk melagakan Sunni dan
Syiah di Iraq. Fahaman mereka yang keras langsung menolak Syiah sebagai
kafir. Tindakan ekstrim ini menyebabkan mereka ditolak oleh rakyat Iraq
bahkan tidak dipersetujui oleh pimpinan Al Qaeda Global (aQG) termasuk
Osama bin Laden sendiri. Hubungan aQI dengan aQG mulai renggang dan
akhirnya diputuskan pada Februari 2014.
Abu Musab Al Zarqawi |
Zarqawi terbunuh dalam serangan udara Amerika pada Jun 2006 dan diganti oleh Abu Ayyub Al Masri yang kemudiannya menguna-pakai nama Islamic State of Iraq (ISI). Namun Abu Ayub pula terbunuh dalam operasi US-Iraq pada April 2010. Kepimpinan ISI diganti oleh Abu Bakar al Baghdadi yang kini menjadi ketua ISIS. Apabila krisis Syria bermula pada 2011 dan sempadan Syria-Iraq yang tidak terkawal akibat perang, ISI meluaskan cita-citanya ke Syria dan mula mengguna-pakai nama `Islamic State in Iraq and Syria’ (ISIS). Namun kemasukan ISIS ke Syria tidak dipersetujui oleh kumpulan Jabat An Nusra yang mewakili alQaeda Global di Syria. Kedegilan ISIS membawa kepada pertempuran antara kedua pihak dan menyebabkan ISIS semakin terasing di kalangan mujahidin Iraq dan Syria.
Abu Bakr Al-Baghdadi |
[Penentangan ISIL dengan pejuang Iraq dan Syria]
Perbuatan ISIL yang melakukan
pembunuhan kejam dan tanpa pengadilan telah ditentang oleh gerakan
pembebasan dan mujahidin Iraq yang lain seawal 2005. Anbar Salvation
Council (ASC) yang merupakan gabungan 30 qabilah Sunni di daerah Al
Anbar yang ditubuhkan pada tahun 2005 khusus untuk menentang keganasan
aQI, kumpulan asal ISIS, telah mengistiharkan penentangan secara terbuka
terhadap ISIS. Kerjasama antara tentera Amerika dan Iraq berjaya
menekan aQI untuk sementara waktu sehingga mereka bangkit semula pada
2012 apabila tentera Amerika mula meninggalkan Iraq.
Pada penghujung 2013, penduduk Al
Anbar terutama di Ramadi dan Falujjah telah mengadakan protes aman
terhadap kerajaan Iraq pimpinan Nuri al-Maliki yang dilihat menyebelahi
golongan Syiah dan menganak-tirikan golongan Sunni. Persetujuan akhirnya
dicapai untuk Tentera Iraq berundur dari Al Anbar dan menyerahkan kuasa
kepada polis tempatan. Sebaik tentera Iraq berundur, ISIS tiba-tiba
muncul mengambil kesempatan untuk menguasai Al-Anbar. Menurut pemimpin
ASC Sheikh Hameed al-Hayes, lebih 8000 keluarga terpaksa lari dari
Ramadi dan Falujjah akibat serangan ISIS.
aQI secara terbuka membunuh ulama’
Sunni yang berani mempersoalkan mereka. Antaranya Sheikh Hamza Abbas
Al-Issawi, Mufti dan Pengerusi Majlis Ulama Falujjah dibunuh oleh aQI
pada tahun 2005. Antara ulama’ lain yang menerima nasib yang sama adalah
Sheikh Abdul Aleem al Sa’di Mufti Ramadi, Sheikh Shawkat al-Sa’ab,
Sheikh Kamal al-Tikriti dan Sheikh Omar Sa’ed Horan. Seorang lagi ulama’
besar Iraq, Sheikh Mahdi al-Sumaidaie cedera parah dalam percubaan
membunuh beliau pada Ogos 2012. Mufti Besar Sunni Iraq, Sheikh Khaled
al-Mulla dalam wawancara al-Mayadeen TV pada 1 Julai 2014, dengan tegas
mendakwa aQI atau ISIS telah membunuh lebih 300 ulama’ Sunni.
Sheikh Khaled Al-Mulla |
Umumnya ISIS mempunyai hubungan
buruk dan ditentang oleh hampir ulama’, masyarakat dan semua kumpulan
pembebasan Iraq samada yang berasaskan Islam, syiah, sekular, kabilah
mahupun bekas anggota Baaths seperti Islamic Army of Iraq, HAMAS of
Iraq, Brigade Revolusi 1920, Jamaa Ansar al-Sunnah, Tentera Mujahiddin
dan Tentera al Mahdi.
Bukan sahaja di Iraq, ISIL juga
menimbulkan kemarahan kumpulan pejuang di Syria. Percubaan ISIS untuk
mengembangkan sayap ke Syria ditentang oleh semua kumpulan pejuang
Syria, samada yang berasaskan Islam mahupun secular. Pada awal tahun
2014, kumpulan pejuang Syria telah bergabung melawan ISIS menyebabkan
ISIS terpaksa berundur ke kubu kuat mereka di ar-Raqqah, utara Syria.
ISIS pernah mendakwa mereka telah
bergabung dengan Jabhat an-Nusra, kumpulan yang mewakili al Qaeda di
Syria. Namun dinafikan oleh Jabhat an Nusra. Dalam sepucuk surat yang
dikeluarkan oleh al Jazerra, pemimpin al Qaeda Ayman al Zahawiri cuba
mendamaikan antara 2 kumpulan itu tetapi tidak diendahkan oleh ISIS.
Akhirnya pada Februari 2014, aQG secara terbuka mengisytiharkan ISIS
bukan dari kalangan mereka. Ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum
ISIS didakwa kononya mempunyai kekuatan yang berjaya menawan Mosul
sedangkan ISIS tinggal bersendirian.
Ayman al Zahawiri |
Situasi sebegini menimbulkan
tanda-tanya bagaimana ISIS yang dianggap `budak jahat’ dan disisih oleh
kumpulan pejuang Iraq dan Syria serta dibenci dan ditakuti oleh rakyat
Iraq, tiba-tiba mempunyai kekuatan untuk menakluk utara Iraq dan mara
dengan pantas ke Baghdad. Kejayaan seperti ini logiknya memerlukan
tentera yang ramai dan terlatih serta mendapat sokongan penduduk
tempatan.
Lebih menghairankan, ISIS yang
kononnya ingin menegakkan Islam dan mendirikan Khilafah sering bertindak
jauh luar dibatas-batas Islam dan kemanusiaan. Mana mungkin seorang
yang ikhlas ingin melaksanakan Islam terpesong begitu jauh membunuh
sewenang-wenangnya dan dengan cara yang kejam. Mana mungkin seorang
pejuang Islam berakhlak seperti mereka. Perbuatan mereka bukan saja jauh
dari sifat Islam bahkan memberi gambaran yang amat buruk kepada Islam
dan pejuang-pejuang Islam.
Kalau begitu apakah niat mereka
sebenarnya? Kenapa meraka menggunakan label Islam? Apakah yang mereka
ingin capai? Atau siapakah ISIS sebenarnya?
[Siapakah ISIS sebenarnya?]
Tidakkah kita pelik apabila
mengentahui kerajaan Basyar membeli bekalan eletrik daripada stesyen
janakuasa yang dikendalikan ISIS ? Dengan wang itulah antara sumber ISIS
untuk membiayai kegiatannya. Bukankah sepatutnya ISIS berperang dengan
kerajaan Basyar jika benar mereka pejuang Islam dan membela rakyat?
Akhbar New York Times (NYT) pada 11 Jun 2014 melaporkan ISIS terus
mengeluarkan minyak dari telaga minyak yang mereka kuasai di timur
Syria. Mereka juga menjual kembali eletrik kepada kerajaan Basyar dari
stesyen janakuasa yang mereka tawan. Dalam laporan yang sama NYT juga
memetik Sheikh Hasan, pemimpin Free Syria Army sebagai berkata “anggota
mereka (ISIS) dibayar lebih tinggi, lebih terlatih bahkan persenjataan
mereka lebih baik dari tentera Syria dan Iraq.” NYT terus melaporkan
bahawa ISIS mengelak dari bertempur dengan tentera Basyar dan tentera
Basyar seolah-olah sengaja membiarkan kumpulan ini dalam masa yang sama
menumpukan peperangan terhadap kumpulan mujahiddin yang lain.
Ketua Biro politik Ikhwanul Muslimun
Syria, Hassan Hasyimi dalam temubual dengan akhbar dalam talian
al-Monitor pada 12 June 2014 mendakwa mereka mempunyai banyak bukti
bahawa ISIS di Syria didokong oleh pihak keselamatan Syria dan Iran.
Bahkan ISIS jarang bertempur dengan tentera Syria telah lebih banyak
berperang dengan kumpulan mujahiddin yang lain. “Kami mengenali mereka.
Mereka yang selama ini berada didalam tentera Syria tiba-tiba menyimpan
janggut yang panjang dan menjadi ahli ISIS atau al-Nusra.” Kata Hassan.
Yang pastinya bagi beliau “ …. apa yang mereka lakukan tiada
kena-mengena dengan Islam, dari segi perbuatannya, ideologinya dan
pemikiran mereka.”
Inikah Islam yang dibawa aQI / ISIS …….
Rekod penglibatan ISIS dalam
keganasan sangat panjang. Bermula dari alQaeda in Iraq, kemudiannya
Islamic State of Iraq dan seterusnya menjadi Islamic State in Iraq and
Levant, sikap melampau ISIS dan keganasan mereka semakin jauh dari
Islam. Samada dalam bentuk pengeboman kereta ditempat awam, pembunuhan
tokoh dan ulama’, penculikan wanita dan aktivis kemanusiaan, hukuman
tanpa bicara, pembunuhan kejam dengan memeotong kepala dan menembak
mangsa yang tidak berdaya – senarai kekejaman mereka hampir tiada
penghujung.
Pada 25 Oktober 2009, pengeboman di
Baghdad membunuh 155 nyawa dan mencederakan lebih 720 orang. Pada 8
Disember sekali lagi Baghdad dibom membunuh 127 nyawa dan mencederakan
448 orang. ISIS, atau ketika itu ISI, mengaku bertanggungjawab.
ISIS juga tidak teragak-agak untuk
membunuh sesiapa saja, termasuk ulama’, yang menentang mereka. ISIS
dipercayai terlibat dalam serangan bom chlorine pada March 2007 yang
membunuh 8 dan ratusan cedera di Fallujah dan Ramadi dimana pemimpin
tempatannya menentang aQI. Sebulan sebelumnya satu letupan bom
berhampiran sebiah masjid di Fallujah telah membunuh 35 orang. Imam di
masjid tersebut diketahui menentang ISIL. ISIL juga didakwa membunuh
pemimpin kumpulan mujahiddin lain yang mereka. Mereka juga dipercayai
terlibat dalam serangan bom sebuah masjid di Baaquba yang membunuh 28
orang termasuk pemimpim kumpulan Hamas of Iraq dan 1920 Brigades. ISIL
juga cuba melagakan antara golongan Sunni dan Syiah dengan menyerang
tempat suci golongan Syiah.
Sebaik mengisytiharkan `Khilafah
Islam’, satu sumber yang dipetik dari media Turki memetik seorag wakil
ISIS, Abu Turab al Mugaddasi mengatakan mereka akan menakluk Arab Saudi
dan akan memusnahkan Kaabah. Ini kerana mereka mendakwa umat Islam pergi
ke Mekah untuk menyembah batu, bukannya Allah. Tidak sampai seminggu
mendirikan `daulah’ mereka telah memusnahkan sekurang-kurangnya 4 maqam
ulama’ Sunni yang didakwa sebagai sumber khurafat serta 6 masjid Syiah.
ISIS juga dalam tempuh peperangan
terbaru ini dilaporkan telah mengeluarkan `fatwa’ meminta semua keluarga
menyerahkan anak perempuan mereka kepada anggota ISIS untuk memberi
khidmat sex. Arahan ini didapati didalam risalah-risalah yang ditemui di
di Mosul dan Tikrit.
Kalau bukan ISIS, siapa kuasai utara Iraq sebenarnya ……
Pertubuhan Ulama Iraq (Association fo Muslim Scholars of Iraq – AMSI)
dalam kenyataannya bertarikh 9 Julai 2014 mengambarkan kemenangan di
Mosul adalah hasil dari kebangkitan rakyat dari pelbagai kumpulan
penentang. Kemenangan tidak langsung ditujukan kepada ISIS sepertimana
yang digembar-gemburkan oleh media antarabangsa. Dalam kenyataan
tersebut juga AMSI mengingatkan pejuang pembebasan Iraq untuk
mengutamakan kemaafan daripada membalas dendam dan menjaga kemuliaan
darah orang yang tidak berdosa. Sikap ini jelas bertentangan dengan
amalan ISIS yang telalu mudah menjatuhkan hukuman mati kepada semua yang
dilihat menentang mereka.
Sekali lagi dalam kenyataan mereka
pada 12 Jun 2014, walaupun tidak menyebut nama ISIS, AMSI secara lebih
jelas menyatakan kemenangan terbaru ini adalah hasil pengorbanan seluruh
rakyat Iraq dan tidak ada satu pihak yang boleh mendakwa ia adalah
kemenangan mereka walau begitu yang cuba digambarkan oleh media
antarabangsa.
Struan Stevenson |
Persoalannya ….
Struan
Stevenson, Presiden Delegasi Parlimen Eropah untuk Hubungan dengan Iraq
menulis pada 16 Julai, 6 hari selepas kejatuhan Mosul “ Maliki dan
penaungnya di Tehran mendakwa bahawa daerah-daerah Iraq telah jatuh
ketangan pengganas ekstrim ISIS. Tetapi dakwaan ini adalah melucuka dan
tidak masuk akal. Pembebasan 100,000 km persegi (¾ dari keluasan
Semenanjung Malaysia) jajahan Iraq dengan yang diduduki beberapa juta
rakyat dalam masa beberapa hari tidak mungkin dilakukan oleh kumpulan
ekstrimis yang terpencil dengan tidak lebih beberapa ribu atau hanya
beberapa ratus anggota ….. pelbagai petanda menunjukkan qabilah-qabilah
Arab dan penduduk tempatan telah bangkit dengan kemarahan menentang
Maliki.”
VICE
News pula memetik temubual seorang penduduk, Sahib, 60, yang menafikan
ISIS berada di Mosul. “Rakyat Iraq sendiri yang menguasai bandar ini,
mereka yang menghalau keluar tentera Maliki …… Saya tidak melihat
seorang orang asing pun, hanya orang Iraq. Ini adalah kebangkitan
melawan kezaliman presiden (Maliki). Rakyat sudah bosan dengan beliau
dan mereka tidak dapat bersabar lagi.”
Liputan berita oleh media utama
seperti CNN, BBC dan alJazeera melaporkan dari wilayah yang dibebaskan
seperti Nineveh dan Salahaddin, menunjukkan tidak berlakunya sebarang
kekacauan dan pencerobohan hak terhadap penduduk tempatan. Keadaan ini
berbeza jika dikuasai oleh kumpulan ektrimis yang selalunya melakukan
pelbagai kekacauan dan ugutan.
[Apakah agenda mereka ?]
Sebab media antarabangsa cuba
menggambarkan kemenangan ini adalah kemenangan satu puak yang esktrim
(ISIS) adalah jelas; untuk menimbulkan kemarahan dunia kepada revolusi
rakyat dan cuba merencatkannya. Apabila dunia melihat kebangkitan rakyat
Iraq sebagai pengganas dan ektrimis, maka mudah saja untuk kuasa luar
campur tangan dan membantu kerajaan Maliki menekan kebangkitan rakyat.
Amerika dan Rusia telah menghantar kapal terbang pejuang untuk membantu
tentera Maliki. Tentera elit Iran pula dilaporkan telah memasuki Iraq
untuk sama-sama menyekat kebangkitan rakyat. Kerajaan Maliki cuba
menggambarkan semua keganasan dan kezaliman berpunca dari ISIS dan semua
umat Sunni adalah ISIS. Masyarakat dunia tidak akan membantah kerana
mereka dilihat sebagai menentang kumpulan pengganas dan ektrimis.
Struan Stevenson juga melaporkan “
…. dakwaan ini bukanlah kerana salah-faham bahkan jelas mempunyai niat
yang jahat. Atas nama menentang keganasan, Maliki dan regim Iran cuba
membuat alasan untuk campurtangan Tentera al Quds dari Iran dan
penaklukan Iraq oleh tentera Pengawal Republikan Iran. Pada masa yang
sama mereka mahukan campurtangan tentera Amerika menyebelahi Maliki.”
Pada 12 Jun, Wall Street Jounal
melaporkan 3 batalions tentera elit al Quds telah dihantar membantu
tentera Iraq. Satu battalion telah telah menyertai pertempuran bersama
tentera Iraq dan membantu menawan semula sebahagian besar bandar Tikrit
pada hari Khamis. Manakala 2 batalion lagi ditugaskan mempertahankan
Baghdad dan tempat suci Syiah di Karbala dan Najaf.
[Pengisytiharan Khilafah Islam]
ISIS berterusan melakukan perkara
yang pelik dan tidak dapat diterima oleh umat Islam umumnya. Pada 29
Julai 2014 bersempena 1 Ramadhan 1435, ISIS telah mengisytiharkan
berdirinya Khilafah Islam di kawasan yang dikuasai mereka dari timur
Syria hingga ke utara Iraq. Namum sebahagian besar kawasan ini adalah
padang-pasir dan tidak berpenghuni. Pemimpin ISIS, Abu Bakar Al-Baghdadi
dilantik sebagai `khalifah’ mereka. Mereka juga mengeluarkan fatwa
mewajibkan seluruh umat Islam di dunia melafazkan bai’ah (taat setia)
kepada mereka. Pengistiharan kahlifah ini juga bererti semua jamaah
Islam dan kumpulan mujahiddin hendaklah dibubarkan kerana semua umat
Islam mesti berada dibawa satu khalifah.
Sebenarnya ini bukan perkara baru di
Iraq. Pada tahun 2007, Abu Musab al Zarqawi, bekas pemimpin aQI yang
ketika itu memimpin gerakan ‘Tauhid dan Jihad di Mesopotamia’ telah
pernah mengisytiharkan penubuhan Negara Islam di Iraq.
Negara Islam memang menjadi idaman
setiap muslim dan gerakan Islam. Tetapi pengisyiharan Negara Islam oleh
kumpulan yang membawa imej penganas, pembunuh dan mempunyai rekod
kemanusiaan yang buruk – hanya merosakkan agenda Negara Islam.
Pengisytiharan ini juga tidak
membawa apa-apa kebaikan dan tidak menyelesaikan sebarang masalah umat
Islam bahkan masyarakat dunia kini melihat Islam melalui kacamata
`Negara Islam’ yang kasar, ekstrim, tanpa undang-undang dan tidak
berperikemanusiaan. Perbuatan ini hanya memberi keuntungan dan menjadi
hujah kepada mereka yang menentang Islam.
Persatuan Ulama Sedunia
(International Union of Muslim Scholars - IUMS) yang dipengerusikan oleh
Sheikh Yusuf Qardawi dalam kenyataan pada 4 Julai 2014 menolak
pengistiharan tersebut sebagai tidak sah, tidak realistik dan tiada
sandaran hukum Islam. IUMS memberi amaran perbuatan ini hanya memberi
keuntungan kepada musuh Islam di Iraq dan Syria. Khilafah Islam berdiri
atas dasar persepakatan ummah bukan hanya dengan pengisytiharan golongan
tertentu. ISIS juga dikecam kenara cuba merampas kejayan kebangkitan
rakyat Iraq dengan mendakwa kemenangan milik mereka.
Persatuan Ulama’ Iraq (Association
of Muslim Scholars in Iraq - AMSI) pula dalam kenyataan No 1003
bertarikh 1 Julai 2014 berkata, dalam keadaan Iraq sekarang, pengumuman
seperti itu tidak memberi kebaikkan kepada Iraq dan perpaduan rakyatnya.
Bahkan perbuatan seperti itu boleh dianggap cuba memecah-belahkan Iraq
dan kepentingan rakyat.
Sheikh Abbas Shuman, seorang ulama
al Azhar berkata “mereka yang bercakap tentang penubuhan Negara Islam
itu sebenarnya pengganas. Khilafah Islam tidak ditegakkan secara
paksaan. Menakluk sebuah negara dan membunuh separuh penduduknya …… ini
bukan Negara Islam. Ini adalah keganasan.”
Pengisytiharan itu juga ditolak oleh
pelbagai kumpulan mujahidin di Syria. Abu Maria al-Qahtani yang menjadi
rujukan Jabat an Nusra dalam perundangan Islam mencatatkan didalam
Twitternya tindakan ISIS adalah “semangat yang keterlaluan” dan “musibah
kepada ummah”. Bahkan golongan salafi seperti gerakan Salafi Lebanon
juga menolaknya. Pemimpin gerakan tersebut, Daii Islam al Shahhal
berkata “Kami pun mahukan negara Islam, itu adalah asas kefahaman kami.
Tetapi Negara Islam mesti tertegak atas beberapa kriteria dan kriteria
tersebut belum dipenuhi.” Manakala Jamaah Islamiyah Lebanon mengecam
pengumuman tersebut menganggapnya terkeluar dari landasan Islam. Bagi
mereka ISIS merosakkan Islam dan dikeji oleh penduduk di Timur Tengah.
Sehingga artikel ini ditulis,
alQaeda Global (aQG) masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap
pengisytiharan ISIS, namun ia tentunya sukar diterima oleh aQG kerana
ia bererti pemimpin aQG Ayman al Zawahiri pula terpaksa memberi
taat-setia kepada ISIS.
[Kesimpulan]
Dalam meneliti fakta-fakta yang
berlaku di Iraq dan Syria serta sebagai panduan memahami pergolakan
Irqa-Syria dimasa akan datang, kita boleh mengambil beberapa kesimpulan :
1. ISIS mempunyai asal-usul dari
al Qaeda in Iraq (aQI). Walaupun alQaeda sendiri sudah dianggap pelampau
dan ekstrim, ISIS telah menjadi lebih ekstrim hinggakan alQaeda sendiri
menjauhkab diri dari mereka.
2. Selain nama yang bersandar
Islam, ISIS tidak menunjuk sebarang karakter perjuangan Islam dari segi
akhlak, kefahaman, pendekatan syariat, kasih-sayang, adab di medan
perang, teliti dalam menghukum dan sebagainya.
3. Penonjolan ISIS sebagai
kumpulan yang terlampau ekstrim, hanya memberi keburukan kepada Islam
amnya dan kepada perjuangan membebaskan Syria dan Iraq khususnya.
4. Strategi ISIS hanya memberi
keuntungan kepada musuh Islam di Syria dan Iraq. Imej militan ekstrim
ISIS menjadi alasan untuk campurtangan kuasa asing seperti Amerika dan
Rusia bahkan Iran dalam urusan Syria dan Iraq. Beralasankan menentang
pengganas, mereka memasuki Iraq dan Syria; tetapi yang ditentang bukan
pengganas bahkan revolusi rakyat.
5. ISIS ditolak oleh semua pihak, samada yang sepatutnya menjadi kawan apalagi lawan. Samada golongan Islam mahupun secular.
6. Kejayaan yg dinisbahkan kpd
ISIS yang berlaku secara tiba-tiba dan begitu cepat menimbulkan pelbagai
tanda-tanya; apakah kejayaan itu betul milik ISIS ataukah mereka memang
sengaja diberi ‘laluan’ oleh pihak tertentu dan berkepentingan.
7. Kejayaan membebaskan utara dan
barat Iraq terutama daerah Sunni Ninawa dan al Anbar bukan milik ISIS
bahkan hasil kebangkitan rakyat Iraq terharap kerajaan Syiah Nuri
Maliki. Protes besar-besaran terharap kerajaan Maliki telah bermula
sejak akhir 2013 bukannya bermula dengan penaklukan Mosul pada Jun 2014.
8. Dakwaan bahawa ISIS ciptaan
pihak luar yang sengaja ingin memburukkan Islam dan perjuangan rakyat
atau sekurang-kurangnya telah diresapi oleh anasir jahat sukar ditolak
kerana tindakan ISIS hanya merugikan Islam dan menguntungkan musuh
Islam.
Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
Jkuasa Pembelaan Ummah
Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor
----------------------------------------
Mohon sebarkan artikel ini sebanyak mungkin. Ramai sudah salah faham mengenai isu ini. Jalankan tanggungjawab anda. Pastikan sahabat-sahabat anda tidak tertipu dengan kebangkitan Islam palsu ini. Sebarkan!

Sumber: http://www.viraliyat.com/2014/07/wajah-sebenar-isis-terbongkar-rupanya.html#
Subscribe to:
Posts (Atom)