Hidup......
Mari kita bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kita untuk terus hidup.
Kehidupan membolehkan kita untuk meneruskan gerak kerja kita sehari-hari....
Kematian adalah kesudahan kepada segala aktiviti hidup. Orang yang mati tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Begitu besar nikmat kehidupan. Dengan kehidupan kita dapat mencapai nikmat-nikmat yang lain. Nikmat berkeluarga. Nikmat berkasih sayang. Nikmat makan dan minum. Nikmat mendengar dan melihat. Dan berbagai-bagai nikmat yang lain.
Kehidupan juga adalah satu peluang untuk kita beramal dan beraktiviti yang boleh memberikan menafaat kepada kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Kita dapat bekerja untuk membina keluarga, membina masyarakat dan negara. Kita dapat beramal kebajikan dengan melaksanakan ibadah-ibadah fardu dan sunat. Dapat saling bantu membantu, bersilaturrahim, bersedekah, berdakwah dan sebagainya.
Begitu besar nilai kehidupan. Dengan kehidupan jugalah saudara dapat membaca tulisan ini.
Wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment