Aman Palestin Berhad:
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hari ini hari kemenangan, perayaan utk semua umat Islam!
Selepas 51 hari peperangan zionis Israel terpaksa tunduk pada semua tuntutan Hamas!
Gaza telah membuatkan kita bangga.. zionis israel telah tumbang..
Kemenangan ini adalah permulaan bagi pembebasan masjidil aqsa akan datang in sya Allah..
Kenyataan sidang media Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS)
{وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ}
"Dan pada hari itu bergembiralah orang beriman dengan pertolongan
Allah. Dia telah memenangkan sesiapa yang dikehendaki dan Dia adalah
yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihi".
Kenyataan Kebanggaan dan Kemenangan
(Rakyat yang mencipta kemenangan mereka)
Perpaduan rakyat kami bersama para pejuang dan ketahanan mereka
mempertahankan tanah air menjadikan mereka berjaya melawan musuh,
menghadapi segala pertaruhan dan mencipta kemenangan ke atas tentera
Zionis.
Israel yang zalim telah memaksa peperangan ke atas rakyat
Gaza di bawah penglihatan seluruh dunia. Mereka telah memulakannya
dengan serangan bom dari udara, darat dan laut dan mereka juga
menggunakan senjata haram yang telah dilarang oleh undang-undang
antarabangsa sepanjang tempoh 51 hari. Sepanjang tempoh itu, mereka
telah meletupkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, masjid-masjid, kawasan
pertanian, menara, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam.
Mereka juga membunuh kesemua ahli keluarga, dan jumlah yang terkorban
melebihi 2100 orang syahid dan lebih 11 ribu orang cedera. Kebanyakannya
ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Di tengah-tengah
peperangan tidak adil yang dilancarkan oleh Israel ini, dan bersama
dengan mereka pertolongan daripada kuasa-kuasa besar dunia yang
membenarkan jenayah yang mereka lakukan, di hadapan kelemahan dan
kehinaan Liga Arab yang tidak melakukan apa-apa, di tengah-tengah semua
itu, pejuang palestin telah berjaya mencapai kemenangan bersama sayap
ketenteraannya, dan yang paling kuat iaitu Briged I zuddin Al-qassam dan
Saraya Al-Quds. Mereka dengan izin Allah yang utamanya dan dengan
keperwiraan mereka telah mampu mempertahankan rakyat dan melakukan
serangan balas terhadap musuh.
Tentera Zionis telah menjadi kecut dan
perasaan itu telah menebal dalam diri mereka. Mereka takut nasib diri
mereka samada terbunuh atau tercedera atau diculik. Sebaliknya, pejuang
Gaza dan rakyatnya yang berada di belakang mereka telah berjaya mencipta
perpaduan, kerjasama, ketahanan, pengorbanan dan keperwiraan. Mereka
telah berjaya menghancurkan penipuan yang dilakukan tentera Zionis,
menggagalkan konspirasi dan mimpi indah penceroboh rakyat Palestin.
Operasi mereka ialah kebangkitan untuk mencapai kemenangan dalam
peperangan "Dedaun Hancur" pada kali ini.
Wahai sekalian rakyat Palestin,
Kami dalam gerakan Hamas berdiri pada hari ini penuh pujian dan
kesyukuran kepada pemberi kemenangan yang nyata iaitu Allah subhanahu wa
taala, maka ini adalah hari untuk tunduk patuh kepada Allah, dan juga
untuk memuliakan keupayaan rakyat kami, rakyat Palestin dalam keteguhan
dalam menghadapi cabaran, dan pengepungan yang berada di sekeliling
pejuang-pejuang dari dalam dan luar.
Sesungguhnya kami dalam
gerakan Hamas apabila mengisytiharkan kemenangan rakyat kami dan para
pejuangnya yang perkasa, kami akan menyebut dengan penuh penghormatan
dan penghargaan kepada roh-roh suci yang telah pulang ke sisi tuhanNya
yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, lelaki, dan keluarga-
keluarga yang telah mempertaruhkan darah-darah mereka yang suci dengan
penuh kesabaran dan pengharapan sebagai bayaran untuk mendapatkan
hak-hak mereka iaitu kebebasan dan kehidupan yang mulia.
Peperangan al-Asf al-Ma'kul ini juga telah membuktikan bahawa
keseluruhan rakyat kami di Gaza, Tebing Barat, Al-Quds, tanah terjajah
tahun 1948, Negev, Galilee, dan Diaspora adalah satu jasad yang sama,
yang hidup kerana memperjuangkan satu isu yang sama, iaitu menghapuskan
penjajahan dan membebaskan bumi ini dan Jerusalem.
Sesungguhnya
kami di dalam gerakan HAMAS dan pada hari k emenangan yang nyata dalam
peperangan Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun Hancur Dimakan Ulat) ini, kami ingin
berdiri memberi penghormatan dan kemuliaan di hadapan rakyat Palestin
atas pengorbanan jasad-jasad dan sifat keperwiraan yang ditonjolkan
mereka pada kebersamaannya bersama pejuang Palestin. Kami ingin
mennyatakan beberapa perkara berikut :
1. Pejuang Palestin telah menang dari sudut ketenteraan walaupun sebelum berakhirnya perang ini.
-Pada hari mereka berdiri di hadapan senjata keganasan Zionis penjajah,
mereka tetap cekal mempertahankan rakyatnya dan musuh telah menderita
dengan sebesar-besar kerugian yang mereka terima.
-Mereka juga telah menggagalkan objektif serta kehendak musuh mereka pada kali ini dan menjadikannya hancur berkecai.
-Kemampuan pejuang Palestin untuk menyakitkan musuh serta mengejutkan
mereka dengan beberapa perkara seperti kekuatannya, ciptaannya,
perkembangan senjatanya, terowong-terowongnya, keberanian tenteranya,
operasi-operasinya yang menyelinap di belakang musuh.
Mereka telah
menang (dengan kurniaan Allah) pada peperangan kali ini dari banyak
siri-siri peperangan kami bersama penjajah dalam membebaskan tanah suci
kami sebelum ini.
2. Pejuang Palestin tetap berdiri teguh dari
sudut politik. Mereka mempertahankan prinsip-prinsip mereka serta
menjaga kepentingan rakyat mereka dan menunaikan permintaan mereka,
malah dengan kehendak merekalah berakhirnya pengepungan ini. Mereka juga
semakin kuat dari sudut media. Mereka telah memalukan Israel dengan
membongkar segala jenayah-jenayah mereka dan menyebarkan audio-audio dan
gambar-gambar perbuatan tentera-tentera mereka. Pejuang Palestin juga
telah menang dari sudut akhlak, mereka hanya mensasarkan serangan pada
tentera-tentera penjajah Israel dan pegawai-pegawai tentera mereka,
tidak sepertimana yang dilakukan oleh tentera mereka dengan membedil
rakyat-rakyat kami yang tidak bersalah.
3. Peperangan Al-‘Asful
Ma’kul yang disertai oleh pejuang-pejuang Palestin dan sayap ketenteraan
mereka ini telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang ini a dalah pilihan
rakyat kami di dalam dan luar negara. Mereka juga mampu membalikkan
timbangan manusia dalam menilai apakah ia kekuatan dan apakah ia
kelemahan, mereka mampu mengubah kaedah-kaedah permainan politik dan
ketenteraan, dan pada masa yang sama mereka mampu mengumpulkan
rakyat-rakyat Palestin dan seluruh ummat di muka bumi ini dan
menyatukannya di atas kalimah yang satu dan bendera yang satu, dan
merealisasikan harapan mereka untuk membebaskan dan mengembalikan tanah
suci ini. Di atas pencapaian ini, tanggungjawab kami pada hari ini
adalah membina semula tanah ini dan kami akan berusaha untuk menjaganya
dan membina strategi pertahanan negara yang bersepadu yang berdiri di
atas asas-asasnya.
4. Sesungguhnya semua cubaan provokasi dan
pembohongan yang ditujukan kepada pejuang Palestin dan rakyat kami telah
gagal sama sekali. Mereka yang melakukan pembohongan itu dan yang
menyokong mereka telah menanggung kekecewaan yang amat sangat. Mereka
sedang meneguk kekecewaan dari gelas kehinaan bersama dengan Israel.
Mereka telah tenggelam dengan kecelakaan selepas rakyat kami bersama
dengan pejuangnya yang berani telah berjaya menyerang balas terhadap
Israel dan menggagalkan objektifnya.
5. Sesungguhnya bumi Gaza
ini adalah bumi yang suci sama seperti keseluruhan bumi Palestin yang
diberkati. Seperti mana bumi ini telah disirami dengan darah syuhada'
dan terkorban disebabkannya pemuda, wanita, kanak-kanak dan orang tua,
dan dipertahankan oleh para pejuang yang melindungi mereka daripada
perancangan musuh, seperti itu lah kami akan mempersiapkan pembinaan
semula apa yang telah dihancurkan oleh Zionis dengan kebangkitan kami.
Seperti mana kita telah bersama-sama mencipta kemenangan dalam
peperangan ini, seperti itu jugalah kita akan sama-sama mencipta
kemenangan dalam pembinaan semula Gaza dan persediaan kelengkapan
sehinggalah kami mencapai kebebasan yang sempurna dengan izin Allah.
6. Sesungguhnya kami dalam gerakan HAMAS melakukan perkiraan dan
penilaian tentang pendirian negara-negara Arab dan negara-negara Isl am
sebenar yang berdiri bersama mendukung perjuangan rakyat Palestin dan
pejuangnya yang berani serta memberikan tekanan kepada Zionis agar
menghentikan serangan dan menyokong hak rakyat Palestin.
7. Kami
menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia supaya
mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap pemimipin-pemimipin
penjajah Israel di dalam mahkamah jenayah antarabangsa. Mereka telah
melakukan pembunuhan yang sangat dahsyat sehingga mencapai kepada tahap
jenayah-jenayah perang dengan menyerang rakyat-rakyat yang tidak
bersalah dari kalangan kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan ahli
keluarga yang dihapuskan semuanya.
8. Kami berterima kasih kepada
setiap aktivisme yang memberi sokongan sama ada dari sudut politik,
media, dan gerakan- gerakan yang besar dan luas yang menyokong rakyat
Palestin dan menolak keganasan yang dilakukan Zionis ke atas Gaza dari
seluruh pelusuk dunia Arab dan Islam, serta negara-negara lain
seluruhnya. Kami memohon supaya bertambahnya tindak balas terhadap
dakwaan kami yang adil ini, serta mendedahkan jenayah-jenayah yang telah
dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat kami, bumi kami yang suci, dan
tahanan-tahanan kami.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan
keampunannya kepada mereka yang syahid dalam kalangan kami dan
mengurniakan kesembuhan yang cepat kepada mereka yang tercedera dan
pembebasan kepada rakyat kami yang ditawan dan ucapan kehormat buat
sayap ketenteraan pejuang Palestin dan yang paling kuat iaitu Briged
Izuddin Al-Qassam.
Kami berjanji akan meneruskan jalan perjuangan
yang penuh berduri ini, kami akan mencapai kemenangan demi kemenangan
sehinggalah kami dapat membebaskan tanah kami yang dijajah dan pulang ke
sana. Kemenangan yang jelas itu adalah dengan izin Allah SWT.
Sesungguhnya bagi jihad ini, samada kemenangan atau syahid.
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
"Katakanlah dengan kurniaan Tuhanmu dan rahmatNya, maka disebabkan
itulah bergembiralah kamu, sesungguhnya ia lebih baik daripada apa yang
kamu kumpulkan (harta dunia)" (Surah Yunus: ayat 58)
Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS)
Selasa 1 Zulkaedah 1435 H
bersamaan 26 Ogos 2014 M
Terjemahan:
Unit Media Aman Palestin Berhad
No comments:
Post a Comment