“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Friday, August 15, 2014
SEDIKIT PENCERAHAN: KEMELUT PAS DI SELANGOR
Saya mohon izin untuk bagi input saya di dalam hal ini sebab ada rakan - rakan yang request. Sedikit sahaja ya? Nak pakai topi penganalisis politik sebentar.
Isu yang ingin disentuh adalah tindakan dua ADUN PAS mengambil keputusan untuk break ranks dan menyokong pencalonan Dr. Wan Azizah.
Mengapakah isu ini dikatakan historic dan menarik?
Sebab PAS, adalah sebuah organisasi berteraskan agama yang menekankan konsep doktrinisasi wala' (taat setia kepada kepimpinan) dan inilah yang menjadi kebanggaan PAS selama ini. Jadi isu ini, merupakan satu wake up call yang amat mengejutkan.
Tetapi adakah ia memang benar - benar mengejutkan?
Pertama sekali, dalam memahami isu ini, kita perlu tahu komponen yang membentuk PAS. PAS terbentuk dari:
i) Orang Awam yang menyertai PAS secara proses biasa. Iaitu mengisi borang keahlian.
ii) Mereka yang melalui proses pengkaderan (recruitment). Mereka ini melalui proses tarbiyyah (pendidikan) ala ala "Ikhwanul Muslimin" berdasarkan marhalah - marhalahnya (level - levelnya).
Sebelum ini, antara tempoh 1980an ke awal 2000an, mereka yang menguasai pucuk pimpinan tertinggi PAS adalah terdiri dari golongan yang kedua. Jumlah mereka tidak sebesar golongan (i) tetapi mereka ini yang mendominasi kepimpinan sehingga timbul istilah "jemaah dalam jemaah" (kumpulan dalam kumpulan).
Mereka yang berada di golongan (ii) ini disifatkan lebih "mantap" kerana telah melalui proses pengtarbiyyahan, serta disifatkan lebih strategik, lebih daya kepimpinan dan lebih penting lagi, sangat tertanam dengan doktrin wala'.
Tetapi, pasca era Reformasi (1998 ke atas), berlakunya kemasukan beramai - ramai ahli "awam" ini termasuk juga mereka yang melalui proses tarbiyyah dari "jemaah - jemaah" (kumpulan - kumpulan) lain seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM, dahulu dikenali sebagai IRC, dan kini di jenama semula sebagai IKRAM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kebanyakan dari ABIM dan JIM menyertai PKR, dan ada segelintir dari mereka menyertai PAS. This is the price of fame that PAS has to pay. Sokongan meningkat membawa kepada kemasukan pelbagai jenis manusia dan aliran ke dalamnya.
Jangan lupa bahawa mereka yang melalui "tarbiyyah" ini dianggap sebagai mereka yang bersifat strategik.Jadi opsyen menjadi ahli biasa, tidak berapa menjadi minat. Justeru, mereka yang masuk dari luar ini, terutamanya dari JIM, dipandang dengan skeptikal kerana dianggap sedang dan sentiasa dan akan terus berusaha untuk mengambil alih kepimpinan PAS.
Dari segi tarbiyyahnya, mana - mana jemaah yang menggunakan manhaj ikhwani, adalah sama. Namun ada beberapa perbezaan dan paling utama adalah "wala". Kalau mereka yang ditarbiyyah asalnya dari PAS, wala' mereka memang secara jelas adalah kepada Amirul Mukminin mereka (para pemimpin) dan dalam konteks PAS, ianya adalah Mursyidul Am. Presiden bukanlah autoriti terbesar di dalam PAS, namun beliau masih dianggap pemimpin yang perlu ditaati. Begitu juga dengan Dewan Syura Ulama'. Ini semua dianggap perlu diberikan wala'. Apatah lagi salah satu konsep utama berjemaah adalah syura (perbincangan) dan keputusan - keputusan yang dibuat oleh syura (dalam konteks PAS, Jawatankuasa Pusat atau Dewan Ulama') dianggap perlu ditaati dan dihormati.
Dalam kes Selangor, kita dapat lihat bahawa, walaupun ada EXCO dan ADUN PAS yang secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan kepimpinan untuk menyokong TSKI dan tidak menyokong PKR ( atas faktor semangat setiakawan mereka dan doktrin anti-UMNO yang menebal), tetapi mereka menjaga disiplin jemaah dan wala' kepada keputusan kepimpinan.
Jadi bagaimana pula dua ADUN PAS ini? Ada yang tuduh mereka dibeli.
Secara peribadinya saya tidak percaya mereka ini dibeli. Salah seorangnya, YB Saari Sungib (Abu Urwah) adalah pengasas kepada JIM dan dikenalis sebagai seorang yang "mantap" tarbiyyahnya.
Cuma macam saya jelaskan dari awal tadi, masalahnya adalah pada fikrah (aliran pemikiran". Iaitu mereka yang "awam" serta dari "group lain" ini, kurang rasa wala' kepada kepimpinan yang ada. Bagi mereka, PAS hanyalah salah satu wadah politik, jadi keputusan kepimpinan boleh dicabar.
Jadi saya tak terkejut pun, malah telah menjangkakannya.
In fact, apa yang terjadi di Selangor sekarang ini sebenarnya tidak mengejutkan pun.
Ada sesetengah perkara ini telah saya sebut seawal tahun 2005 lagi. Nak je cakap, "I told you so". Tetapi takpalah.
Saya bukan penyokong kedua - dua parti ini, tetapi sekadar memberi pencerahan kepada rakan - rakan mengenai background isu dua ADUN PAS yang dikatakan membelot ini.
Harap ini dapat bantu beri sedikit pencerahan.
Sumber: Fb Azmil Abrar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment