“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Monday, January 12, 2015
Korea Sebuah Negara Kristian – K-Pop Suatu Agenda Promosi Kristian?
Tersebar hari ini rakaman video persembahan “live” kumpulan K-Pop “B1A4″ di KL Live semalam (10 Jan 2015) yang memaparkan beberapa anak gadis Melayu BERTUDUNG dipeluk artis-artis K-Pop di khalayak ramai di atas pentas dengan tepuk sorak.
Pelbagai komen dan respons yang dikeluarkan. Ada yang mengatakan perempuan Melayu dicabul di atas pentas. Tetapi jika diperhatikan, sebenarnya anak-anak gadis ini yang gatal sudi merelakan dicabul.
Inilah budaya hedonisme hasil pengaruh liberalisme pasca modernisme yang sudah tidak lagi mengambil pakai budaya dan susila ketimuran dan batas-batas agama. Ianya bukan baru-baru ini sahaja yang timbul tetapi ianya semakin galak meresapi di kalangan orang Melayu. Kita bicarakan soal Liberalisme Agama dan pengaruh pemikiran pasca modernisme ini dalam ruang lain.
Kiriman kali ini kita ingin bicarakan tentang pengaruh K-Pop dan ancaman halus dari penyebaran budaya ini.
Mungkin ramai dari kalangan kita yang tidak tahu bahawa:
1. Negara Korea Selatan (dahulunya semasa Korea yang satu) mempunyai penganut Kristian kurang dari SETENGAH peratus sahaja (0.5%) dari keseluruhan penduduknya. (pada tahun 1905). Selepas 100 tahun berlalu, hasil dari gerakan dakyah Kristian besar-besaran sekitar tahun-tahun 70an dan 80an (berlanjutan ke 90an) penganut Kristian menjadi kelompok agama yang terbesar di Korea Selatan pada tahun 2006. Malah, negara itulah satu-satunya negara di Asia Timur yang mempunyai penduduk Kristian majoriti.
2. Pada tahun 2006, Korea Selatan telah menjadi negara pengeksport mubaligh Kristian kedua teramai selepas Amerika Syarikat, menggantikan United Kingdom sebelum itu. Mubaligh Kristian dari negara Korea Selatan berkeliaran seluruh pelusuk dunia. Mereka di Iraq dan di Afghanistan menyamar (baca MENIPU) untuk misi bantuan kemanusiaan dan ada yang menjadi “penterjemah” (?) – ingat yang disembelih dalam youtube dulu? Kumpulan mubaligh dari Korea Selatan juga pernah ditangkap oleh kumpulan Taliban dan dibunuh 2 orang dari 23 mereka.
3. Kajian rambang yang dibuat mendapati, hampir 80% dari artis K-Pop beragama Kristian (tidak kira kumpulan lelaki mahupun perempuan). Selebihnya adalah terdiri dari golongan atheis, Buddha dan kepercayaan animisme.
4. Ramai dari artis K-Pop ini adalah aktivis gereja dan terlibat langsung dalam dakyah agama Kristian. Sebahagian besar dari mereka adalah ahli kumpulan nyanyian gospel di gereja masing-masing semasa kecil/remaja – sebelum popular menjadi artis K-Pop. Malah ada yang mengatakan bahawa genre K-Pop adalah evolusi dari Korean Contemporary Christian Music (KCCM) yang bermula pada dekad 1970an sebelum K-Pop menjadi popular.
Kembali kepada isu yang kita bincang, berkaitan gadis-gadis Melayu lengkap bertudung yang merelakan diri dicabul di khalayak ramai, mungkin adalah suatu penghinaan yang disengaja dan mungkin inilah agenda jahat terselindung pelampau evangelis Kristian yang telah memurtadkan anak-anak muda Melayu melalui percintaan yang terlanjur. Kisah Aishah Bukhari dan Azlina Jailani masih kita ingat!
Ya Allah peliharalah umat ini dari fitnah akhir zaman dan budaya hedonisme ini. Para ibu bapa – waspadailah gejala ini. Wahai anak muda – jangan terlalu mudah terpedaya.
Jika mengikut jadual yang telah diaturkan, hampir setiap minggu akan ada kumpulan K-Pop yang datang ke Malaysia mengadakan persembahan live mereka. (Saya tidak mahu kongsi senarai jadual mereka di sini kerana tidak mahu terlibat mempromosikannya)
Sumber: https://akarimomar.wordpress.com/2015/01/11/korea-sebuah-negara-kristian-kpop-suatu-agenda-promosi-kristian/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment