Pages

Monday, January 26, 2015

MALAYSIA NEGARA PELANDUK...?

MALAYSIA NEGARA PELANDUK...?

Beberapa minggu lepas, seorang rakan membangkitkan sebuah isu tentang bagaimana Malaysia hari ini tersepit diantara 2 buah kuasa dunia.

Di sebelah kiri kita ada Amerika Syarikat dan sekutunya Israel.

Dan di sebelah kanan kita ada China dan Russia.

Keadaan ini dianalogikan dengan pepatah Melayu "Gajah bergaduh, Pelanduk mati di tengah".

Keadaan ini sebenarnya sama seperti apa yang berlaku ke atas Hungary semasa Perang Dunia Ke-2 di bawah pimpinan Miklos Horthy. Ketika itu Hungary dihimpit oleh German pimpinan Adolf Hitler dan Soviet Union di bawah Joseph Stalin.

Kedua-dua kuasa ini berebutkan Hungary untuk menjadi sekutu mereka kerana kepentingan Carpathian Basin.

Hungary di bawah pimpinan Horthy cuba menggunakan pendekatan tidak bersekutu dengan mana-mana kuasa ini dan berdiplomasi diantara keduanya.

Akhirnya, setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus "bermain" di dalam permainan politik ini, pada 19 Mac, 1944, Hungary tewas.

(http://www.stratfor.com/weekly/borderlands-hungary-maneuvers#axzz3Ptkho21Q)

----------

Adakah dibayangkan Malaysia di dalam keadaan yang sama?

Saya tidak bersetuju sepenuhnya kerana kita di dalam keadaan serupa, tetapi tidak sama.

Serupanya Malaysia di dalam keadaan ini kerana kita mempunyai sesuatu yang sangat bernilai yang diinginkan kedua kuasa besar ini.

Ya, itulah Selat Melaka.

Kerana kepentingan Selat Melaka di dalam konteks perluasan pengaruh diantara kedua kuasa besar ini, Malaysia hari ini dikenali sebagai 'buffer-state'. Buffer-state yang menjadi penentu kepada kedua kuasa besar ini, dan tidak terlalu ekstrim saya katakan, menjadi penentu kepada Perang Dunia Ke-3.

Mempelajari dari kisah Hungary tadi, kita sudah patut memikirkan strategi terbaik untuk memastikan keamanan dan kedaulatan negara kita dan seterusnya rantau Asia Tenggara terjaga.

------------

Persoalannya, di mana tidak samanya kita dengan Hungary..?

1) KITA BUKAN DI DALAM KEADAAN PERANG SAUDARA

German, Soviet Union dan Hungary boleh kita katakan merupakan sebuah bangsa adik-beradik. Ia membuatkan Hungary di dalam keadaan tidak mempunyai 'allies' dalam menjaga kepentingan negara.

Tetapi tidak untuk Malaysia. Kita masih mempunyai adik-beradik dan sahabat handai sekeliling kita.

2) KITA MEMPUNYAI PERTALIAN YANG KUAT DENGAN RUSSIA DAN CHINA

Bukanlah saya bermaksud untuk kita memilih secara ultimatum untuk bersama mereka dan memutuskan hubungan dengan Amerika. Tetapi saya merasakan lebih baik kita beratkan diplomasi bersama mereka.

Vladmir Putin amat menghormati Tun Dr Mahathir, manakala Malaysia dan China mempunyai hubungan yang amat rapat sejak dari dahulu lagi.

Yang paling penting (dan sebab yang paling saya suka) tentang Russia dan China adalah, mereka tidak masuk campur urusan negara lain.

3) KITA, MALAYSIA, BUKAN NEGARA PELANDUK

Secara relatifnya, jika kita ambil Malaysia sahaja, memang kita merupakan negara yang kecil. Tetapi tidak di dalam konteks Kepulauan Melayu atau Nusantara. (sila rujuk gambar di bawah)

Antara sebab berjayanya Srivijaya sebagai sebuah Empayar adalah kerana ia menyatukan 3 kerajaan besar pada waktu itu iaitu Kedah Tua, Chaiya dan Palembang. Kesatuan ini menyebabkan pengusaan laut di bawah kawalan kita.

----------

Perkara ini penting untuk kita perhatikan selain bercakaran politik dan ideologi sesama kita sendiri. Ianya ibarat musuh sudah berada di depan pintu, tetapi kita masih khayal. Jangan jadi seperti pepatah Melayu..

"Menang sorak kampung tergadai"

Belajarlah daripada pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu dahulu. Yang masuknya cuma 14,000 askar, menaiki basikal, tetapi mampu menawan Semenanjung Tanah Melayu dalam hanya 14 hari!

Ini kerana berpecah-belahnya kita sehingga kita tidak mampu bersatu mempertahankan negara. Beduk dan semboyan berbunyi, tetapi tiada yang menyahut..

----------

Elemen terpenting di dalam kesatuan negara-negara Asia Tenggara hari ini (khususnya Malaysia-Indonesia-Brunei-Singapura) adalah bangsa Melayu.

Kita tidak dapat menidakkan sejarah kita yang suatu ketika dahulu adalah adik-beradik yang tidak terpecah melalui bahasa dan persempadanan politik zaman moden.

Bukanlah maksud saya kita perlu menjadikan Asia Tenggara kembali sebagai sebuah negara yang satu, tetapi sekurang-kurangnya mampu bekerjasama sebagai satu unit.

Ianya tidak mustahil jika kita lihat penyatuan diantara Malaya dan Borneo. Ataupun kita lihat kepada kesatuan EU (European Union) yang satu tika dahulu sangat terpalit dengan perang saudara.

Kesatuan itu TIDAK mustahil..

TETAPI bangsa Melayu perlu bersatu. Perlu menolak sengketa. Kita perlu bersama-sama kembali membina ketamadunan yang sudah runtuh, lunyai dan roboh.

Kita perlu menghidupkan kembali jatidiri dan kebanggaan maruah bangsa. Jangan lagi rasa 'inferior' dan diinjak-injak. Perlengkapkan diri dengan ilmu dan ekonomi yang utuh dan mapan.

----------

Saya berharap penulisan ini akan dilihat pada sudut yang positif.

Bangsa Melayu amat terkenal dengan adab dan adatnya. Ketinggian peribadi dan ilmunya. Pelayar dan pedagang terkenal seantero dunia..

----------

*Tidak akan berubah nasib kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri...

*Dan setiap kaum itu ada batas waktu. Apabila telah sampai waktunya, tidak akan dicepatkan atau diundurkan walaupun sesaat..

- JB -

(http://www.stratfor.com/week…/borderlands-hungary-maneuvers…)

Sumber: Fb The Patriots
Like ·
·

No comments:

Post a Comment