Pages

Tuesday, January 27, 2015

RINGKASAN ISU POLITIK/MELAYU/ISLAM 28 JAN 2015

Oleh YKB
"Ringkas & Cakna"

1. 'Saya Tidak Ambil Serius Kenyataan Abdul Hadi,' Kata Presiden PASMA
ALOR SETAR, 27 Jan (Bernama) — Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) berkata beliau tidak menganggap kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta PASMA keluar daripada PAS sebagai sesuatu yang serius.
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php…

2. Kesatuan Guru Tidak Sokong Cadangan Rotan Anak Sebagai Kesalahan Jenayah
PUTRAJAYA, 27 Jan (Bernama) — Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan (KKGDPP) tidak bersetuju dengan cadangan menetapkan tindakan merotan anak sebagai kesalahan jenayah dalam undang-undang kanak-kanak yang baharu.
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php…

3. Polis Nasihat Penyokong Anwar Dan Saiful Tidak Cetus Kekecohan
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Polis meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak mencetuskan kekecohan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang tersebut terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 10 Feb ini.
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php…
4. Pas cabar bentang usul pilihan raya PBT, DAP mesti sanggup berdepan risiko ditolak
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pertelingkahan dalam pakatan pembangkang semakin sengit berikutan tindakan Pas mencabar DAP untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Parlimen. - See more at: http://www.utusan.com.my/…/pas-cabar-bentang-usul-pilihan-r…

5. Transgender: Negeri Sembilan peroleh kebenaran merayu
PUTRAJAYA 27 Jan. - Kerajaan Negeri Sembilan dan empat yang lain hari ini berjaya mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap perintah Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa undang-undang syariah negeri itu yang menghalang kaum lelaki berpakaian wanita di tempat awam sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan. - See more at: http://www.utusan.com.my/…/transgender-negeri-sembilan-pero…

6. Bersatu tangani isu jihad, Jakim beri kefahaman kepada masyarakat
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bergabung tenaga membanteras salah faham tentang jihad dalam semua peringkat masyarakat. - See more at: http://www.utusan.com.my/…/bersatu-tangani-isu-jihad-1.5352…

7. Dr Mahathir dan Najib tidak 'berperang', hanya berbeza pendapat - MT UMNO
PUTRAJAYA: Pandangan dan teguran dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak harus dianggap kedua-dua pemimpin itu sedang 'berperang', kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
http://www.bharian.com.my/node/31851

8. Salahudin: PAS bertindak jika ada aduan'
Katanya, PAS akan bertindak terhadap ahli parti itu terlibat dengan PasMa jika ada aduan salah laku.
http://www.malaysiakini.com/news/287570

9. JAWI masih tunggu gadis Kpop
"Kita masih terbuka untuk terima dia datang," kata Pengarah JAWI, Datuk Paimuzi Yahya.
http://www.malaysiakini.com/news/287569

10. Seorang lagi dihukum kerana langgar protokol dalam isu dakwat kekal

28 Jan — Seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat laporan polis bersama Mejar Zaidi Ahmad berhubung masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013 diturunkan pangkat kerana melanggar protokol, kata sumber. http://www.themalaysianinsider.com/…/seorang-lagi-diturunka…

11. Kami tidak diajak berbincang isu pilihan raya PBT, kata PAS Pulau Pinang
PAS Pulau Pinang tidak diajak berbincang secara rasmi mengenai pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Timbalan Pesuruhjaya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/kami-tidak-diajak-berb…

No comments:

Post a Comment