Pages

Wednesday, January 7, 2015

Masihkah Melayu mempunyai kompas perjuangan?


Tulisan Luqman Abd Hamid di fb.....

1. Pada awalnya, islam datang menerangi alam nusantara dengan menyingkirkan jahiliyah pada orang melayu yang berkemungkinan menganut agama hindu, animisme dan tidak beragama. Menerusi kebijaksanaan ulama dan pemerintahan pada zaman dahulu kala, melayu dikurniakan risalah kehidupan iaitu Islam itu sendiri. Islamisasi berlaku dengan pantas, baik dari segi bentuk bahasa, pemerintahan, seni bina, seni bela diri, adat resam, cara pemakaian mahupun ubat ubatan tradisional menjadikan melayu semakin erat dengan Islam.

2. Apabila penjajah datang menerusi Portugis, Melaka menjadi mati dan hilang kompas perjuangan. Ironinya kekalahan Melaka bukan kerana ketidak mampuan untuk menyerang tetapi kerana perpecahan yang berlaku di Istana Melaka sendiri.

3. Seperti diceritakan didalam sejarah, penjajah datang bersilih ganti seperti tanah ini tiada siapa yang empunya. British- penjajah paling tersohor sekali, bermula mendapatkan tanah dengan menipu Sultan Abdullah; menjanjikan bantuan pertahanan, namun apabila kedah diserang baginda tidak dibantu dan habis dibantai keseluruhan bumi kedah menjadi padang jarak padang terkukur oleh serangan tentera siam dibawah pimpinan raja lingor.

4. British juga membuat perancangan licik dengan menempatkan residen residennya menerusi pergaduhan kongsi gelap imigran cina Ghee Hin dan Hai San yang akhirnya merantai keseluruhan pemerintahan Raja Raja melayu ketika itu walaupun tidak menafikan terdapat kekurangan dari segi pentadbiran pemerintah melayu , keadaan yang tidak stabil pastinya diambil peluang oleh musuh seperti mana yang terjadi pada Melaka dan Kedah.

5. Negara meneruskan hayatnya dengan sedikit kebebasan menerusi kemerdekaan, namun keadaan demografinya nyata berbeza apabila mereka kehilangan kerusi parlimen – menerusi kerakyatan secara pukal. Sebuah buku yang agak baik didalam menceritakan masalah orang melayu, “The Color of Inequality” menyebut bahawa ketika kemerdekaan negara dicapai, daripada 89 000 perniagaan yang didaftarkan hanya 9% dimiliki oleh orang melayu. Hakikat penyisihan ekonomi terus berlaku hingga ke tahun 1970 apabila orang melayu hanya menguasai kurang dari 4% dalam bidang perniagaan manakala bukan bumi menguasai lebih dari 79.6%.

Begitu juga dalam bidang pendidikan, pada tahun 1968 hanya 69 orang melayu berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sains berbanding 1488 bukan melayu. Kesan yang lebih nyata, orang melayu kehilangan pegangan kukuh dalam bidang politik apabila liberalisasi dalam hal kewarganegaraan pada 1957 menyaksikan orang melayu kekurangan bilangan kerusi parlimen dari 84.2% kepada 56.8%. Namun itu tidak menjadi masalah kerana melayu yakin negara ini boleh dibina bersama walaupun berlainan bangsa.

6. Sebetulnya umat islam semenjak merdeka tidak pernah bersatu dibawah kuasa politik. Ada pun yang boleh dibanggakan ialah solidarity umat ketika peristiwa natrah yang gugat maruah umat islam melayu pada ketika itu.

7. Namun yang diidamkan mengenai kesatuan tidak pernah tercapai. Meskipun UMNO dan PAS (dua kuasa besar melayu ketika itu) bersatu pada tahun 1972 namun ia bersifat non homogenous, pas terpecah menjadi beberapa kumpulan dan kemudian krisis politik berlaku.

8.Semenjak hari itu, kita sering mendengar hadis “ umat islam tidak akan dipatuk ular dua kali” diungkapkan- hasil dari pengalaman silam tipu daya politik kerakusan manusia mencapai matlamat peribadi dan kemiskinan jiwa para duat menutup rapat erti perpaduan sedangkan kebanyakan mereka menyedari didalam al quran disebut “ orang beriman itu bersaudara” juga menjadi hafalan para pendakwah bahawa terdapat satu hadis sahih bahawa “ tidak akan masuk syurga sehingga kamu mengasihi saudara kamu seperti mana kamu mengasihi diri kamu sendiri” . Kesemua ini hilang dari memori ditelan kabut permusuhan yang tebal bercampur baur bisikan syaitan yang tidak mahu melihat umat ini merapatkan saf perpaduan.

9. Disebabkan kealpaan orang melayu bermusuh sesama mereka dan juga kealpaan melayu mengaut keuntungan peribadi mengayakan diri masing masing sehingga hilang kepercayaan kepada melayu itu sendiri musuh mengambil posisi dengan melaksanakan agenda mereka.

10.Lebih teruk lagi apabila diperlekehkan tidak disedar juga oleh orang melayu, menariknya ada juga melayu rela melihat saudara seakidah dengannya dibangsat oleh kuffar.

11. Orang melayu juga leka dan alpa bahawa disana juga wujud campur tangan gereja yang sangat dasyat didalam melancarkan dakyah mereka menerusi politik kepartian,mereka lupa untuk mengikuti perkembangan politik gereja walaupun mereka telah hilang 2/3 kerusi parlimen.

12. Ironinya gerakan politik gereja mendekati kedua dua menerusi saluran pembangkang dan kerajaan, menjadikan sesuatu yang pelik jika seruan melayu bersatu dipandang jelik oleh kedua dua pihak. mereka yang memangilnya sebagai seruan extremis,keterbelakang dan mundur, sebaliknya jika seruan itu menuju perpecahan ia digelar berwawasan!

13. walaupun telah berlaku bencana yang begitu besar melanda negara, musuh masih sempat mengilas tangan muslimin dengan menguji keanjalan federalism menerusi zairil khir johari dengan tajuk di akhbar pembelit Malaysian insider “Desentralisasi termaktub dalam Perlembagaan, kata DAP”

14. Mungkin zairil lupa bahawa pulau pinang masih boleh diletakan dibawah kuasa Sultan Kedah jika baginda berkehendak demikian. Ini adalah kerana kerajaan pusat masih membayar nilai pajakan pulau pinang kepada kedah dengan nilai sebanyak rm 10 000 sebulan , jumlah yang boleh ditutup sebelah mata oleh baginda. Mungkin zairil tidak mengkaji dan membaca sejarah. Jika perkara ini dilaksanakan sudah pasti akan mengubah lanskap geopolitik DAP.

15. Tidak cukup dengan itu, chong eng , ketua wanita DAP sempat memberi amaran kepada kerajaan Kelantan berhubung perlaksanaan Hudud. Jika ditinjau tinjau, syarat tahaluf siyasi sudah pun banyak dilangar DAP ianya hanya menunggu masa kepada pucuk pimpinan Pas untuk mengumumkan pengakhiran hubungan mereka bersama DAP.

16. Meneliti segala masalah dan punca permasalahan melayu, kita tidak dapat lari daripada memperbaiki bangsa ini.Ianya perlu bermula dengan generasi baru dengan memprogram semula minda melayu untuk kembali kepada matlamat perjuangan asal iaitu ketamadunan Melayu dimana islam menjadi teras kehidupan dan melaksanakan misi Islam itu sendiri iaitu sebagai cara hidup dengan kuasa politik yang tidak boleh digangu gugat.

17. Mulut mulut yang anti perpaduan perlu diendahkan kerana hatinya telah luput daripada agama ini. Generasi muda perlu meniupkan angin perubahan dan obor semangat untuk melaksanakan misi ini dan ia bukanlah hanya untuk kesenangan kita di dunia bahkan lebih daripada itu adalah jambatan kepada kita untuk kesenangan akhirat.
Like · ·

No comments:

Post a Comment