Pages

Friday, August 2, 2013

Antara isi khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Sheikh Raid Salah hari ini di Palestin

 
2 hb. Ogos 2013
Kepada seluruh rakyat Mesir, ingin aku katakan :bersabarlah sehingga kamu menjadi simbolik kepada kebebasan, dan kebenaran yang sentiasa bersama para pembebas di dunia.

Beliau turut memberi ucapan buat Dr.Mursi :Allah telah mengangkat darjatmu dengan membuatkan seluruh alam ini mengenalimu dan sentiasa mengingatimu,anda telah menjadi pemimpin kepada semua rakyat Mesir, semua muslimin, semua bangsa arab dan kepada semua manusia yang mencari erti kemanusiaan yang sebenar.

Walaupun anda sedang dipenjara, tetapi suara anda lebih didengari berbanding suara-suara para pemimpin dunia dan lebih tinggi dari PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mahupun Liga Arab.Bersabarlah kerana kemenangan itu diperoleh bersama kesabaran.

Kepada semua para pembebas dunia islam, kepada semua pemuda-pemudi muslim yang sentiasa dalam keadaan sedar, kini telah tiba giliran kamu untuk mencapai kemenangan buat diri kamu sendiri dengan membantu legitimasi yang dibawa oleh Dr.Mursi.

Hari-hari yang mendatang adalah buat Al-Quds, hari-hari yang mendatang adalah buat Negara Mesir, hari-hari yang mendatang adalah untuk kebebasan dari pertumpahan darah... bergembiralah wahai Quds..bergembiralah wahai Al-aqsa.. ummat muslimin sedang mara dari segenap pelusuk.

Sumber : شبكة نبض الاخوان
‪#‎mesirkini‬ ‪#‎egypt‬

No comments:

Post a Comment