“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Wednesday, August 14, 2013
REALITI SYRIA II
Jika ada yang masih bertanya kenapa perlu berperang sesama Islam di Syria? Kalau betul perjuangkan Islam, kenapa para Mujahidin tidak terus serang sahaja israel?
Jawapannya:
Dalam situasi ini kita berhadapan dengan 2 jenis musuh iaitu musuh yang jelas dan nyata iaitu israel dan musuh dalam selimut iaitu syiah. Sebelum berhadapan dengan musuh yang jelas dan nyata iaitu israel, musuh dalam selimut yang penuh kepura-puraan dan terbukti sejak berzaman sentiasa menikam dari belakang ini perlu dihapuskan, jika tidak, sampai bila pun kita tidak akan dapat menghadapi israel.
Kebangkitan Syria ini penuh hikmah. Antaranya ia membuka pekung watak dan wajah sebenar syiah selama ini yang berlakon sebagai hero dunia Islam dalam menentang israel. Ianya terbukti apabila israel sendiri menyatakan sokongan terbuka akan mempertahankan regim basyar. Bahkan jika benar regim basyar memusuhi israel, kenapa tiada satu pun senjata berat seperti jet pejuang, kereta kebal, peluru berpandu, roket dihalakan ke israel tetapi senjata yang sama digunakan untuk membantai rakyat Syria sendiri? Bahkan isu Bukit Golan ayah basyar iaitu hafiz assad menyerahkan kedaulatan bukit yang lokasinya sangat stratergik dari sudut ketenteraan itu kepada israel dengan aman tanpa sebutir peluru pun diguna untuk mempertahankannya.
Begitu juga iran. Kononnya iran bermusuh dengan israel dan US dan menjadi ikon hero dunia Islam. Tapi pekung mereka terdedah apabila pemimpin tertingginya sendiri mendedahkan bahawa US tak akan dapat menawan Afghanistan dan Iraq tanpa bantuan ketenteraan dari iran. Hingga ke hari ini ancaman-ancaman dari US kononnya mahu menyerang iran hanya retorik semata-mata. Kini iran secara terang-terangan menyokong regim basyar dengan menghantar bala tentera dan kelengkapan ketenteraan kepada dan mengumumkannya secara terbuka dan bangga kepada dunia.
Dan lihat pula teori pembentukan negara israel-raya yang merancang mahu menawan negara-negara arab di sekelilingnya hingga ke Mekah dan Madinah sama sahaja lokasinya dan konsepnya dengan teori pembentukan negara iran/syiah-raya. KEBETULAN??
Taqrib atas dasar perpaduan? Sudah ratusan ulama sejak ratusan tahun berusaha untuk bertaqrib dengan syiah namu semuanya menemui kegagalan disebabjan pengkhianatan syiah. Adakah kita masih mahu meneruskan taqrib dengan musuh dalam selimut yang akan menikam kita dari belakang ini? Usah dibiarkan pisang berbuah 'berpuluh-puluh' kali. Sejarah telah membuktikan banyak kejatuhan empayar-empayar Islam disebabkan pengkhianatan syiah.
Jangan TAKFIRkan syiah?
Siapa yang mengkafirkan dan melaknat para sahabat Rasulullah? Siapa mengkafirkan Saidina Abu Bakar? Siapa mengkafirkan Saidina Umar? Siapa meraikan maqam pembunuh Saidina Umar di iran? Siapa memfitnah dan melaknat isteri Rasulullah Saidatina Aisyah dan menuduhnya melakukan zina?
Menutup penipuan syiah ini ibarat menutup bangkai gajah. Semakin ditutupnya semakin kantoi!!
"dan mereka merancang (tipu daya) dan Allah juga merancang, dan sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang".
Sumber: https://www.facebook.com/faisal.hamdi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment