Monday, August 12, 2013
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
(Mingguan Malaysia 11.8.13)
Penentangan terhadap agenda membina
negara semakin menjadi-jadi, seolah wujud agenda membina negara dalam negara.
Inilah akibatnya apabila kita terlalu berlembut dengan ultra kiasu atau
kumpulan yang tidak pernah bersyukur ini.
Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan juga
Menteri Pendidikan, melahirkan kebimbangannya terhadap trend mutakhir pertubuhan
Cina seperti Dong Zong dan sewaktu dengannya, yang semakin berani menyentuh
isu-isu hubungan antara kaum sehingga menimbulkan polarisasi. Masyarakat Cina dilihat
terlalu sensitif sehingga menjadikan usaha baik yang dirancang kerajaan seperti
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP) dimanifestasi sebagai syak
wasangka yang menyentuh isu perkauman.
Perhimpunan Dong Zong sebelum ini yang
didakwa dihadiri oleh lebih 1000 pertubuhan Cina membuat resolusi menghalang
apa yang kita buat dalam PIPP 2013-2025. PIPP dilihat sebagai usaha untuk
menghapuskan bahasa ibunda mereka dan berbaur perkauman. Sedangkan hampir dua
tahun telah kerajaan telah mengumpul input supaya selari dengan Akta Pendidikan
dan Falsafah Pendidikan Negara. Malangnya, NGO Cina ini langsung tidak mahu
terlibat dalam perbincangan pelan tersebut.
Menurut TPM, trend yang berlaku itu
tidak langsung membantu memupuk semangat perpaduan. Justeru, umat Islam mesti
sedar dan tiada pilihan lain, selain memperkukuhkan jemaah.
Perkara itu tidak akan berlaku jika
umat kuat dan bersatu. Kelemahan dan perpecahan yang berlaku, digunakan
kesempatan sepenuhnya untuk menentang apa jua agenda membina negara, termasuk
dengan lantang mencabar agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang
Melayu dan raja-raja Melayu.
Peliknya, umat Islam dengan sengaja
buat-buat tidak faham akan kemerbahayaan ini. Kita masih menganggap perkara ini
remeh atau ini masalah Umno, bukan masalah negara.
Kita sesama sendiri asyik bergaduh.
Sedangkan orang lain terus merancang dan mengatur strategi. Contohnya, bagi
mengaburi mata rakyat dan umat Islam, sekutu Dong Zong, Gabungan Pertubuhan
Cina Malaysia (Hua Zong) telah membuat kenyataan akan menganjurkan Anugerah
Integrasi Nasional Usman Awang bagi menghargai sumbangan individu atau
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap usaha-usaha perpaduan dan integrasi
nasional.
Menurut Hua Zong, penganjuran itu
bertujuan menggalakkan lebih ramai individu atau NGO menyumbang ke arah
perpaduan selain memupuk semangat integrasi dalam kalangan rakyat. Sasterawan
Negara, Usman Awang diangkat bagi mengisi nama anugerah itu kerana beliau
antara tokoh yang mempunyai semangat dan pandangan positif yang jelas mengenai
integrasi. Pemenang tunggal Anugerah Perpaduan cemerlang akan menerima hadiah
wang tunai berjumlah RM100,000 dan sijil sementara lima pemenang yang terpilih
Anugerah Perpaduan Gemilang masing-masing akan menerima wang tunai RM10,000
beserta sijil. Saya memuji usaha-usaha sebegini.
Peliknya, kenapa nama Usman Awang,
bukan tokoh yang lain? Kenalkah mereka dengan aspirasi dan jati diri Melayu Usman
Awang? Setelah membelek-belek latar belakang Usman Awang, rupa-rupa Usman Awang
terlibat dalam Persatuan
Persahabatan Malaysia-China. Usman Awang juga pernah menjadi Ahli Jemaah Kolej
Selatan, sebuah kolej swasta aliran Cina. Adakah kerana penglibatan Usman Awang
dengan beberapa pertubuhan Cina ini, maka Usman Awang dipilih?
Persoalan saya, jika Allahyarham tidak
terlibat dengan hubungan dengan Cina ini, apakah beliau akan dipilih? Secara
peribadi, saya amat kagum dengan pencapaian dan kehebatan Allahyarham secara
pakej.
Saya bimbang nanti apabila terbaca
puisi Usman Awang bertajuk “Melayu”, mereka akan menarik balik anugerah ini
pada tahun seterusnya. Saya pohon,
ketika anugerah ini disampaikan nanti, bacalah puisi hebat Usman Awang ini.
Melayu
itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu
itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu
di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
(Setelah
disunat anunya itu)
Dalam
sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu
itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya
Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu
itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak
Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah
dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya
hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Dagang
lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Bagaimanakah
Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.
Selain puisi ini, baca juga
biodata Usman Awang dan perjuangan Melayunya. Sejak tahun 50-an beliau
merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM),
Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-65).
Beliau juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi,
Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Genta Rasa. Bacalah juga Kumpulan Puisi
Keranda 152. 152 merujuk kepada kedudukan BM sebagai bahasa kebangsaan dalam
perlembagaan.
Usman Awang juga adalah pejuang
kuat akhbar berbahasa Melayu. Usman Awang pernah mogok dan sanggup menganggur mempertahankan
BM. Usman Awang juga adalah orang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Usman
Awang telah mengangkat dan mengharumkan nama institusi bahasa dan sastera
tersebut hingga ke tahap antarabangsa selama beliau berkhidmat di DBP.
Ketokohan dan kehebatan Usman Awang
mesti diserlah secara pakej, bukan hanya merujuk sumbangan beliau kepada China
dan Cina. Orang Cina mesti difahamkan siapakah yang dimaksudkan dengan Melayu oleh
Usman Awang? Bagaimana mengenali Melayu? Dan dimanakah kekuatan dan sensitiviti
Melayu? Seperti nukilan puisi tersebut.
Perpaduan dan integrasi tidak dapat
dicapai kerana kita meletakkan agenda bangsa di hadapan dengan mengenepikan
sama sekali agenda membina negara. Misalnya, terbaharu, sekutu Dong Zong iaitu
MCA, berbeza pendapat dengan MIC dalam soal menyeragamkan subjek Bahasa Melayu
(M) di semua sekolah, termasuk SJK (Cina/Tamil). MIC bersetuju diseragamkan. MCA
menentang sekeras-kerasnya. Pandangan MCA sama Dong Zong, dan semua Zong yang
lain, termasuk DAP dan Gerakan.
Alasan MIC jelas. Rakyat Malaysia
mesti menjunjung BM dan mendapat kredit dalam peperiksaan. Jika tidak, sampai
bila-bila pun pelajar bukan Melayu tidak akan dapat menguasai agenda kebangsaan
ini. Sudah tentu tidak baik untuk pembinaan negara bangsa.
NGO Cina menolak pandangan MIC. Jika
BM diseragamkan, subjek ini akan menyukarkan pelajar Cina untuk menguasai
bahasa Cina, kerana terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada BM. Puak
ultra kiasu langsung tidak mahu bersusah sedikit menyahut agenda negara. Mereka
mahu menjadi secina-cinanya - membina negara dalam negara.
Letih memperkatakan isu yang tidak
pernah habis ini. Nasihat saya kepada kerajaan, jangan dengar lagi apa jua kata-kata
Dong Zong atau Jiao Zong atau mana-mana NGO Cina lagi. Laksanakanlah apa yang
telah diputuskan secara tegas. Jika tidak, PIPP 2013-2025 tidak akan ke
mana-mana. Kita akan terus berhadapan dengan masalah demi masalah, bukan
mengatasi masalah.
Jika masih berdegil, buat referendum
kepada rakyat negara ini, seperti mana kita membuat referendum kemasukan Sabah
dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Tidak ada gunanya kita terus
berlembut dengan ultra kiasu ini. Mereka hanya pentingkan bangsa, bukan negara,
kerana mereka ingin membina bangsa dalam negara.
Benarlah kata cendekiawan
etnik, Mansor Mohd Nor, parti-parti politik Cina tidak bebas dalam agenda
politik mereka kerana sering dicatur oleh persatuan-persatuan Cina yang mahu
membina negara idaman berdasar penerimaan kerakyatan samarata, penerimaan
bahasa mandarin sebagai bahasa rasmi dan pelaksanaan pengajian dalam bahasa
Mandarin dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
Persatuan-persatuan Cina ini meletakkan teras negara idaman ini sebagai
keutamaan dan menggunakan strategi dua barisan untuk bekerja dengan sesiapa
sahaja yang mahu jadi ‘kuda tunggangan’ mereka demi mencapai matlamat itu.
No comments:
Post a Comment