Pages

Sunday, August 4, 2013

HAJJAH ILHAM ABDUL HADI: INI CERITA SAYA DENGAN DR.MURSI

Hajjah Ilham Abdul Hadi, berusia 65 tahun,salah seorang penyokong tegar yang berada di dataran Nahdhah, pusat lokasi himpunan menolak rampasan kuasa di Giza. Beliau yang menceritakan pengalamannya dengan Presiden Mursi selepas rumah yang didiami oleh beliau sekeluarga di kawasan "Bulaq Dukrur", Kaherah runtuh dalam tragedi tahun lepas. Tragedi yang mengorbankan suami dan anak-anaknya menjadikan beliau terpaksa menumpang teduh di bawah jambatan dan tidur di jalanraya.

Di saat menceritakan kisah ini kepada wartawan "Ikhwanonline" beliau menangis. "Pada satu malam, dalam bulan Disember 2012, sedang saya tidur di jalan, saya didatangi oleh tiga orang lelaki, salah seorangnya Dr.Mursi, Presiden Mesir. Saya sukar mempercayai pada mulanya lantas beliau bertanya, kenapa saya tidur di jalan ini? Lantas saya menceritakan tragedi yang menimpa saya lalu saya melihat Presiden Mursi menangis kerana sedih apa yang menimpa saya."

Hajjah Ilham menyambung cerita tersebut, sehari selepas itu Mursi mengutuskan dua orang wakil berliau untuk membawa kepada saya surat perjanjian sebuah rumah sewa di bandar An-Nujum dan menghadiahkan saya sampul berisi wang LE500.

"Wakil utusan Mursi itu berkata kepada saya, Presiden berpesan kepada puan supaya jangan lagi tidur di jalanraya dan Presiden minta kalau wang yang diberikan ini tidak mencukupi, beritahu kami."

Menurut beliau, semenjak itu beliau akan didatangi oleh wakil Dr.Mursi pada setiap awal bulan untuk menyampaikan wang LE500 serta resit sewa yang dibayar oleh wakil Mursi kepada Hajjah Ilham selepas sewa dibayar.

Beliau berkata, "Saya bukan anggota Ikhwan atau mana-mana parti tetapi saya datang di sini bagi menyampaikan suara saya kepada dunia agar diketahui oleh manusia siapa sebenarnya Dr.Mursi."

Hajjah Ilham kemudian berkata, pada awal Jun lalu iaitu selepas rampasan kuasa berlaku, beliau telah dihalau keluar dari rumah tersebut dan surat perjanjian sewa telah dikoyak. "Saya terpaksa kembali tidur di jalanraya.."

"Demi Allah, saya bersumpah tidak akan meninggalkan dataran ini sehingga Dr.Mursi kembali atau mereka membunuh saya."

Sumber: http://www.ikhwanonline.com/Article.aspx?ArtID=158845&SecID=470

No comments:

Post a Comment