Ada org mesej kepada saya dalam facebook tentang suatu perkara: “Hari
ini terlalu ramai org yang berbicara tentang berdiskusi dan berdialog
agama dgn penganut agama lain. Adakah kita tidak dibenarkan sama sekali
untuk berbincang dan berinteraksi dengan bukan Islam. Dalam negara yang
bersifat majmuk, sudah tentulah interaksi agama sebegini amat penting.
Ahmad Deedat dan Zakir Naik juga berinteraksi agama dan bermuamalah
dengan bukan Islam. Apakah garispanduan yang sepatutnya di dalam
berdiskusi tersebut. Apa pandangan Dr dalam hal ini”.
Saya rasa
ini antara perkara yang penting utk saya jawab, paling kurang secara
ringkas. Pada pandangan saya, tidak ada sebarang salahnya untuk
berinteraksi agama dan berdialog dengan bukan Islam, bahkan itu adalah
digalakkan dan garis panduan kasarnya ialah: 1) Dialog dan diskusi
tersebut adalah bermatlamat untuk menyatakan bahawa hanya agama Islam
yang benar dan tiada sebarang agama yang benar melainkan Islam.
2) Agama yang dianutinya adalah tidak benar dan kita tidak sama sekali
menganggap agamanya benar atau diterima. 3) Jika Islam membenarkan dia
mengamalkan amalan agamanya, maka ia adalah kerana di atas dasar tidak
ada sebarang hak paksaan di dalam beragama, tetapi itu tidak akan
membawa maksud sama sekali kita redha dgn agama mereka atau menerima
agamanya sebagai benar, atau menganggap agamanya juga benar.
Tetapi jika sekiranya dialog dan diskusi tersebut menyebabkan
seolah-olah mereka merasakan bahawa kita mengiktiraf agamanya, atau
menerima bahawa agamanya juga boleh diterima untuk diamalkan, atau kita
tak ada masalah dengan mereka kekal di atas kekufuran tersebut, maka itu
adalah tidak dibenarkan oleh syarak. Kalau kita tengok cara interaksi
Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik, mereka tidak pernah lari daripada
garispanduan kasar ini. Mereka tegas di dalam membawa pandangan Islam
dan menyatakan kesalahan ajaran agama lain. Oleh kerana itu, para duat
perlu berhati-hati dalam hal ini dan dalam dialog agama ini.
Wallahu
A’lam
Sumber: Fb Aznan Hasan
No comments:
Post a Comment