Pages

Tuesday, November 12, 2013

Kenyataan media berhubung pengedaran risalah “Tuntutan Gabungan NGO Liberal Comango Cabar Kedudukan Islam”

November 12, 2013 Berita Utama, Utama 0

ay1
 


ISMA mempertahankan kenyataannya di dalam risalah yang dinyatakan di atas yang menyatakan keterlibatan NGO, Sisters in Islam (SIS), dalam tindakan COMANGO (Coalition of Malaysian NGO) menghantar laporan kepada United Nation Human Rights Council (UNHRC) yang menuntut perkara-perkara antaranya :-
- Kebebasan beragama termasuk bebas untuk murtad
- Menghalalkan seks songsang termasuk pengiktirafan golongan LGBT
- Penghapusan hak keistimewaan orang Melayu
- Menghapuskan undang-undang syariah
- Menuntut kebebasan penyebaran fahaman Syiah

ISMA berpandangan perkara-perkara ini adalah amat serius kerana ia boleh menggugat kedaulatan negara dan kemuliaan agama Islam di negara ini.
Selaku Ahli Lembaga Pengarah SIS, Marina Mahathir semestinya bertanggungjawab dan terlibat secara langsung atau tidak secara langsung terhadap tindakan pihak COMANGO tersebut. Adalah mustahil seorang Ahli Lembaga Pengarah tidak mengetahui dan bersama dalam aktiviti pertubuhan yang beliau bersama-sama ketuai.

Ugutan Marina untuk menyaman ISMA juga memperlihatkan sifat hipokrasi beliau yang selama ini melaungkan hak kebebasan bersuara. Namun apabila isu ini terkena diri beliau sendiri beliau mengugut untuk menyaman.

ISMA ingin menegaskan bahawa kami mempunyai bukti yang cukup untuk memperlihatkan sokongan Marina terhadap gerakan COMANGO ini.

AMINUDDIN YAHAYA
TIMBALAN PRESIDEN
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
12 November 2013

Sumber:  http://www.ismaweb.net/v4/2013/11/kenyataan-media-berhubung-pengedaran-risalah-tuntutan-gabungan-ngo-liberal-comango-cabar-kedudukan-islam/

No comments:

Post a Comment