Pages

Monday, November 4, 2013

Maruah Israel semakin tercalar


Terowong rahsia Maruah Israel semakin tercalar
                                           Terowong rahsia ke dua yang dijumpai

Gaza sekali lagi diserang di dalam siri penjajahan negara Palestin yang telah dan sedang dilakukan secara terancang dan sistematik. Pihak musuh tidak pernah berpuas hati apabila wilayah kecil yang telah dikepung sejak tahun 2007 ini tidak pernah menyerah kalah miski pun sekatan secara total telah diperketatkan lagi selepas penggulingan Morsi sebagai Presiden Mesir yang telah diikuti dengan penutupan ‘Rafah Gate’.
Maruah mereka semakin terlondeh apabila pihak atasan tentera Israel baru-baru ini mengakui bahawa mereka telah menemui terowong rahsia ke dua yang telah digali dan dikawal oleh Hamas dari Semenanjung Gaza ke Israel (Palestine-1948).

Mereka tidak menafikan tentang kemahiran Hamas untuk membina ratusan terowong yang canggih di antara sempadan Rafah (Mesir) dan Gaza.  Namun pembinaan terowong rahsia daripada Gaza ke dalam Israel yang berkepanjangan beberapa kilometer adalah sesuatu yang sangat mengejutkan dan ternyata bahawa kecanggihan sistem keselamatan Israel semakin tercabar.
tunnel Khan Younis Maruah Israel semakin tercalar


Salah seorang pegawai atasan tenteranya yang Brig. Jeneral Yoav Mordechai mengesahkan bahawa mereka telah memusnah terowong pertama dan yang ke dua tersebut baru-baru ini. Apa yang lebih mengejutkan mereka adalah kerana mereka mendapati bahawa terowong-terowong itu juga turut menggunakan bekalan simen dan besi daripada Israel. Dia turut memberi amaran bahawa kawasan di sekitar terowong tersebut adalah berbahaya dan “ancamannya yang masih berlaku.”

Hamas pernah menggali dan menggunakan terowong ke Israel sebelum ini pada 2006 dan berjaya menyelinap masuk ke dalam Israel. Mereka berjaya membunuh dua tentera Israel dan menculik anggota yang ke tiga iaitu Gilad Schalit yang telah dijadikan tebusan selama lima tahun sehingga 2011.
Gilad Shalit telah dibebaskan setelah ditukarkan dengan seramai 1018 orang Palestin yang menjadi tahanan rejim Israel.

Penjumpaan terowong rahsia yang ke dua membuktikan bahawa Hamas mempunyai keupayaan yang sangat luar biasa bagi menembusi kecanggihan sistem ketenteraan Israel yang dikatakan sebagai sistem ketenteraan yang paling canggih di Timur Tengah. Ternyata bahawa kelemahan sistem Israel ini masih boleh dilondehkan di sana sini melalui pelbagai strategi yang disusun oleh pihak lawannya.

“Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancangan.” (Surah Ali Imran, 3:54).

Sumber: http://zainurrashid.com/maruah-israel-semakin-tercalar/

No comments:

Post a Comment