Sekiranya ISMA disaman …
Dengan mengenepikan terlebih dahulu proses, prosedur dan aspek-aspek
teknikal Mahkamah, ada beberapa senario yang saya jangkakan akan berlaku
sekiranya Marina Mahathir (MM) mengheret ISMA ke kandang Mahkamah.
Saya bukan tukang tilik atau Nujum Pak belalang yang boleh meramal masa
depan atau keputusan Mahkamah nanti. Tapi pada pandangan saya,
telahan-telahan berikut masih lagi boleh dianggap munasabah dan tidak keterlaluan …
Pertama:
Kes ini akan menjadi senssi kerana melibatkan individu/organisasi
berprofail tinggi. Masyarakat secara umumnya sudah mengenali siapa dia
MM, tetapi ISMA akan menjadi perhatian dan tumpuan ramai, termasuk dari
media tempatan dan antarabangsa. Apatah lagi, isu yang menjadi tajuk
perbicaraan nanti bukanlah sebarangan isu.
Agenda,
progrem-progrem, pemegang-pemegang utama jawatan dan para pemimpin ISMA
akan menjadi sorotan dan bahan perbahasan/analisa.
Kedua:
Dan perbicaraan ini akan diikuti dengan penuh minat oleh kerana ia
melibatkan intergriti dan kewibawaan dua pihak yang berprinsip. Buatlah
carian di Google atau telitilah lamanweb masing-masing pihak dan anda
akan mendapat banyak maklumat tambahan tentang agenda perjuangan
masing-masing.
Ketiga:
Perbicaraan ini akan menjadi
medan ketiga (setelah Geneva dan media maya) yang menyentuh isu-isu yang
dibawa oleh Comango. ISMA akan ditanya dan diminta membuktikan
dakwaannya yang MM adalah antara pemegang peranan utama di ebalik isu
Comango ini.
Di sinilah MM akan ditanya tentang pendiriannya terhadap beberapa tuntutan Comango yang ditentang oleh ISMA.
Apakah pendirian MM terhadap
- agenda SIS.
- kebebasan untuk Murtad,
- amalan seks bebas sejantina,
- penghapusan hak dan kedudukan istimewa Melayu,
- pentakrifan Rasisma,
- penolakan terhadap hudud/Syari’ah,
- membenarkan ajaran Syi’ah berkembang,
- mempertahankan hak ugama lain untuk berkembang
dan beberapa isu sensitif yang dipertikaikan oleh ISMA (dan juga
sebahagian besar umat Islam) di dalam laporan/tuntutan Comango.
Keempat:
ISMA berpeluang untuk menyampaikan pendiriannya terhadap isu Syi’ah,
Kristianisasi, Liberalisma, Pluralisma, hubungan kaum, Hudud/Syariah,
LGBT, Hak Asasi, Murtad, kedudukan Melayu dan Islam di dalam
Perlembagaan … semua yang menjadi isu-isu Comango dan kebetulan
merupakan antara sebab utama di sebalik penubuhan ISMA, iaitu membangun
Ummah Yang Beragenda. Prestasi dan kewibawaan ISMA akan diletakkan di
bawah teropong masyarakat dan umat Islam.
Kelima:
ISMA
bukan lagi menjadi sebuah jamaah “serpihan”, “perampas”, “pengkhianat”
dan seumpamanya. Tetapi ISMA adalah, menurut seorang penulis prolifik
berbangsa Cina yang bernama Helen Ang :-
“different kettle of fish”
“intelligent”
“articulate”
“an organizationally savvy bunch of urban professionals”
“can communicate in English as well”
ISMA on “level playing field”
“well funded”
“shows no sign of backing down or backing off”
“they’re also darn effective”
“impressed by their efficient rebuttal to Mujahid Yusof Rawa …”
Keenam:
Episod saman MM ini hanyalah satu rantai dari puluhan mata rantai yang
telah, sedang dan bakal dilalui oleh ISMA demi memperkukuhkan dan
membersihkan saf dan organisasi. ISMA dan ahli-ahlinya telah melalui
satu pengalaman yang manis dan penuh beremosi ketika membuat keputusan
untuk terlibat di dalam PRU13 dengan natijah yang sangat
memberangsangkan.
Pengalaman yang bercirikan karektor “willing
to create three-corner fights and cause upsets in the seats that the
group chooses to contest.” telah mematangkan ahli-ahli ISMA dan ISMA
sendiri yang perlu kepada sati perbahasan khusus pula di ruangan lain.
Pendekata, ISMA adalah pencerminan kepada aspirasi masyarakat Islam
yang menanti-nantikan generasi baru umat Islam yang berwawasan Islam dan
berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya, memiliki keprihatinan
yang mendalam terhadap masadepan umat Islam dan berani untuk
mempertahankan agenda perjuangannya.
ISMA bukan organisasi
yang sanggup berkompromi dengan begitu mudah dan longlai sekali di
hadapan wajah anti-Islam dan anti-insaniyah, atau mudah mencairkan
identiti dan menggadai prinsip dalam apa jua keadaan atau tekanan,
walaupun perlu hadir ke Mahkamah untuk membuktikan kesungguhan dan
keseriusan mereka.
Dalam pada itu, adalah dinasihatkan (khusus
kepada penulis sendiri) supaya ahli-ahli ISMA tidak melupai barang
sedetikpun bahawa kekuatan dan keberadaan kita adalah dengan limpah
taufik, inayah dan rahmat dari Allah juga.
Sumber kekuatan
ISMA (selepas kekuatan akidah dan ukhuwwah) terletak kepada produk utama
kita iaitu TARBIYAH dan pra-sarana amal soleh yang lain.
ISMA adalah wadah dan jamaah yang berteraskan Islam, luar dan dalam. Dulu, kini dan selamanya …
Masa akan menentukan,
Sejarah akan membuktikan!
Sumber: https://www.facebook.com/mohd.luttfi
No comments:
Post a Comment