Saya
dah menulis tentang artikel makanan yang pesakit kencing manis perlu makan
sebelum ini. Tetapi artikel 15 makanan power untuk pesakit kencing manis itu
lebih kepada paparan gambar makanan tersebut sahaja dan tidak berapa ada
ulasan. sumber imej roti
Memandangkan
artikel sebegitu yang mana jumlah perkataannya kurang daripada 300 perkataan,
membuatkan google tidak suka menyenaraikannya sebagai satu bahan bacaan baik,
maka saya cuba tulis sekali lagi artikel yang sama.
Tetapi
kali ini dalam bentuk yang lebih mesra google yang perlu ada banyak perkataan
tentang makanan untuk pesakit kencing manis makan. Maklumat berkenaan jumlah
perkataan kurang dari 300 itu saya dapat daripada pembacaan penulisan berkenaan
cara google membuat carian. Entah tepat atau tidak, kurang pasti.
Senarai 6 makanan untuk pesakit kencing manis makan
Tanpa
melengahkan permainan, kita terus kepada matlamat asal, khas untuk anda yang
terkena sakit kencing manis atau yang biasa juga disebut Diabetes. Bukan untuk
yang dah kena saja, untuk mereka yang tak kena lagipun perlu amalkannya.
Tambahan
pula jika keturunan anda ada rekod cemerlang menghidapi masalah kencing manis
ini, eloklah makan 6 makanan untuk pesakit kencing manis yang saya senaraikan
di sini. Mencegah sudah tentu lebih baik daripada merawat.
Walaupun
sebenarnya manusia terlalu sukar untuk meyakini sesuatu yang mereka tak boleh
nampak terus (real sebijik) on-the-spot, kita mesti cuba yakinkan diri bahawa
inilah makanan yang baik untuk dimakan.
Makanan kencing manis #1 - Apa saja jenis limau secara
mentah
Makanlah
segala jenis buah limau samada mandarin, sunkist, kasturi, lemon, atau apa saja
asalkan ianya daripada kelompok atau keturunan buah limau. Samada besar atau
kecil masam atau manis, banyakkan atau sering makan buah limau ini secara
mentah.
Jangan
makan jus limau, makanlah mentah sebiji begitu kerana ianya jauh lebih bagus
untuk khasiat dan manfaat badan anda. Buah limau juga cukup baik untuk
kesihatan jantung anda. Jangan kemut duit untuk beli buah limau dan jadikan
hidangan rutin untuk keluarga anda.
Kalau
tak banyak duit untuk beli buah limau, apakata tanam saja pokok limau kasturi
yang kecil tu di kebun rumah anda. kalau tak ada tanah, beli pasu besar dan
semai pokok limau dan bila dah berbuah, makan buah limau dengan dijadikan ulam
bersama sambal belacan.
Makanan kencing manis #2 - Buah sayur Karela
Buah
sayur Karela ini banyak ada dijual di pasar malam atau di pasar besar di
kawasan tempat anda tinggal. Ia termasuk dalam satu jenis sayur-sayuran yang
rupanya macam buat petula yang pahit tu. Tetapi warnanya lebih hijau pekat dan
kerutan pada kulitnya lebih halus berbanding buah petula.
Kelebihan
buah karela ini adalah ianya mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang
mampu mengurangkan atau memproses kandungan gula dalam badan kita. Jadi buat
mereka yang ada masalah insulin yang lenah tak mampu nak proses kandungan gula
dalam darah, dengan adanya amalan makan buah karela ini dapat membantu masalah
dalam badan dan darah anda.
Ada
kawan yang menghidap penyakit manis ini mengamalkan makan jus buah karela ini
dua kali sehari. Dia buat jus buah karela dan simpan dalam peti ais. Setiap
pagi dia minum sikit dan petang atau malam dia minum sedikit lagi. Anda juga
boleh cuba buat begitu untuk kekalkan tahap kandungan gula jika dah ada masalah
kencing manis. sumber imej
Makanan kencing manis #3 - Bawang Putih
Orang
Cina memang suka makan bawang putih. Dalam masakan mereka mesti ada diletakkan
bawang putih dengan banyak. Bawang putih ini memang ada banyak kelebihan
perubatannya sehingga ada kapsul bawang putih dijual dalam bentuk bahan
tambahan pemakanan.
Tetapi,
kalau nak mudah dan mendapatkan khasiat yang mujarab, anda perlulah kakan
sekurang-kurangnya 3 atau 4 ulas bawang putih setiap hari. Lebih elok
dihancurkan dan dikunyah begitu saja. Itupun kalau anda ada kekuatan untuk buat
begitu.
Makanan kencing manis #4 - Minyak zaitun
Minyak
zaitun amat bagus untuk anda yang kena penyakit kencing manis. Minyak zaitun
dapat mengawal kandungan gula dalam badan anda agar steady sentiasa. Oleh itu
jangan lokek sedikit duit untuk simpan stok minyak zaitun dalam rumah anda.
Memag
harganya agak mahal, jauh mahal berbanding minyak kelapa sawit yang selalu kita
pakai. Harga seliter minyak zaitun lebih mahal daripada harga satu tong minyak kelapa sawit. Oleh itu janganlah pulak
digunakan untuk goreng ikan atau masakan.
Makanlah
secara mentah dengan resepi yang akan saya berikan di bawah nanti yang
menggabungkan bawang putih, minyak zaitun dan juga makanan kencing manis yang
ke 5 di bawah ini.
Makanan kencing manis #5 - Roti gandum asli
Untuk
pesakit kencing manis, makanan roti yang diperbuat daripada gandum memang amat
bagus. Kalau boleh jangan makan roti yang putih lembut yang biasa kita beli
dari kedai tu. Ini kerana dah terlalu banyak proses berlaku terhadap tepung
gandum yang digunakan.
Makanlah
roti padat yang banyak serta dan kasar yang ada dijual di pasaraya atau di
kedai-kedai roti lain di pusat-pusat bandar atau pekan. Mat Saleh panggil whole
grain bread. Nak menambahkan sedap makan roti ini sila ikut resepi rahsia yang
saya belajar daripada kawan Lubnan ketika saya berada di luar negara. Ini menjadi
makanan kegemran saya sampai sekarang.
Resepi
kentang lenyet untuk makan bersama roti
Ini
adalah resepi makan cara orang arab dengan menggunakan bawang putih sebagai
salah satu daripada bahannya. Anda boleh cuba di rumah dan jadikan sebagai
makanan sarapan pagi yang sihat.
Apa
yang anda perlu buat adalah dengan merebus ubi kentang 2 atau 3 biji sehingga
masak dan gebu. Selepas itu lenyetkannya di dalam bekas seperti mangkuk atau
seumpamanya. Kupas 3 atau 4 ulas bawang putih dan hancurkan bawang putih
tersebut.
Selepas
itu campur kan dengan kentang lenyet itu agar sebati. Selepas kentang serta
butiran bawang putih yang dilenyet itu di gaul, ratakan dalam pinggan. Kemudian
tuangkan minyak zaitun di permukaan kentang lenyet yang diratakan dalam pinggan
itu secukup rasa. Boleh tabur sedikit garam dan sedikit lada hitam di atasnya
untuk menambahkan rasa.
Ha!
dah siap menus lazat ini, untuk anda makan dengan roti seperti gardenier atau
baguet (roti perancis), atau apa-apa roti yang tawar. Koyak sedikit roti,
calitkan pada kentang bersama bawang putih dan minyak zaitun itu dan ngam!
kunyah! memang lazat sebagai makanan sarapan yang berkhasiat.
Makanan kencing manis #6 - Yogurt
Rajinlah
makan yogurt. Selain daripada baik untuk penyakit kencing manis anda, ia juga
baik untuk menurunkan berat badan anda. Kalau boleh belilah yogurt asli yang
ada dijual di pasaraya untuk dimakan dengan buah-buahan.
Ini
saya perturunkan satu lagi makanan yogurt asli yang saya ambil daripada
kawan-kawan Arab Lubnan ketika berada di laur negara. Anda boleh sediakan
makanan ini untuk sarapan pagi yang lazat.
Resepi yogurt makan dengan roti
Dapatkan
yogurt asli daripada pasaraya berdekatan. Biasanya saya akan beli di Giant yang
meletakkan yogurt ini di bahagian yogurt perasa lain. Perhatikan label pada
bekasnya terlulis "Natural Yogurt'.
Penyediaannya
mudah saja. Ambil sesenduk yogurt asli itu, masukkan dalam pinggan kecil dan
ratakannya sepeti kita buat pada kentang lenyet di atas. Kemudian tuangkan
minyak zaitun penuh atas yogurt tersebut. Percikkan sedikit garam di atasnya
dan siap!.
Ambil
kepingan roti dan cicah yogurt asli bersama dengan minyak zaitun itu dan makan.
Subhanallah lazat dan berkhasiat sekali. Anda dapat rasakan aroma yogurt
bersama minyak zaitun yang memecah rasanya dalam mulut perlahan-lahan ketika
anda mengunyah roti tersebut seara perlahan-lahan.
Jika
anda dah dapat rasa kelazatannya, anda akan mula rasa nak makan selalu resepi
ini dan ianya amat baik untuk kesihatan anda terutamanya mereka yang
berpanyakit kencing manis.
Begitulah
sedikit maklumat atau petua makanan untuk pesakit kencing manis yang dapat saya
perturunkan di sini. Moga dapat kita amalkannya dan selamat mencuba. Insyallah
nanti bila saya buat kat rumah akan saya ambil gambar resepi di atas untuk
tontonan anda semua.
Sumber: http://cypreme.blogspot.com/2014/09/6-makanan-untuk-pesakit-kencing-manis.html
No comments:
Post a Comment