Keriuhan memecah kesunyian...
Ada kalanya lebih baik sesuatu yang terpendam itu diluahkan.
Dibuka untuk pengetahuan orang lain...
Selagi dipendam, ia akan membengkak dalam diri.
Jangan biarkan sesuatu yang pahit ditelan sendiri
Jika kepahitan itu boleh merosakkan diri sendiri.
Boleh jadi orang akan tahu masalah dalam diri
Tapi diantara mereka mungkin ada yang ikhlas mahu menolong
Menyelesaikan masalah diri.
Bebanan hidup akan dilalui oleh setiap manusia
Mungkin bentuknya berbeza
Jangan malu jika ada kepincangan dalam hidup
Apa yang telah berlalu biarkan berlalu...
Setiap orang akan mengukir sejarah masing-masing...
Perjalanan hidup kita masih jauh ke hadapan
Bebanan akan memberatkan langkah perjalanan
Kebijaksanaan diri dapat merungkai segala kesulitan
Selagi kita yakin pada Tuhan.
No comments:
Post a Comment