Pages

Monday, September 29, 2014

Wan Ahmad Fayhsal shared Abu Zahrah Abdullah Thohir's photo.

Terbaik nasihat al-Allamah Sayyid Abu al-Hassan Ali al-Nadwi. Yang bergiat dalam Harakah Islam, dan politik, amat disarankan membacanya.


via Ust Tok Kenali Kedai Kitab Arab:

Sayyid Abu al-Hasan A'li an-Nadwi al-Hasani menulis didalam risalah nya أريد ان أتحدث الى الإخوان (aku ingin berbicara dengan Ikhwan al-Muslimin) ditulis selepas kematian Hasan albana:

" Sesungguhnya tanggungjawab dakwah dan perutusan memberi kesegaran kepada agama Islam bukanlah dengan cara menukar kerajaan ataupun dengan mengubah suasana politik dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.Bahkan bukan juga dengan menyebarluas maklumat dan pengetahuan ataupun memerangi pengangguran dan merawat kepincangan sosial seperti yang banyak diperkatakan oleh reformis barat.

Hanyasanya dakwah sebenar ialah dakwah yang mencetuskan perubahan akar umbi,ia tidak tertumpu hanya kepada perubahan umum bahkan mengubah setiap individu muslim pada akal dan hati rohani dan jasmani. Ini adalah dakwahnya semua para Nabi yang tidak pernah berfikir untuk menyasarkan kerusi pemerintahan.

Kalau kekuasaan itu diperolehi ia hanya suatu anugerah dan hadiah dari Allah sebagai jalan mendirikan agama.Begitulah dakwah yang benar menghasilkan kekuasaan pemerintahan.Namun pemerintahan adalah hadiah dan natijah bukanlah sasaran dan matlamat dakwah.

Ada perbezaan yang ketara antara matlamat yang digembeling tenaga memperolehinya dan natijah dan hasil yang tampak tanpa usaha. Perbezaan ini boleh dilihat dalam diri seseorang yang sedang berjuang. Sekiranya matlamat nya adalah kuasa maka dia akan lesu dan terduduk sekiranya tidak dapat mencapainya. Kalau dia berjaya mendapat kuasa dia akan melupakan dakwah dan menghabiskan masanya dengan kerajaan dan membiarkan dakwah sebatang kara."

Sumber: Fb  Wan Ahmad Fayhsal .

No comments:

Post a Comment