Terlalu ramai yang bertanyakan pendapat tentang promosi Jihad Seks anjuran ISIS yang tiba tiba jadi hangat dewasa ini. Dari gaya lontaran soalan itu jelas sekali tergambar bahawa umat ini semakin bimbang dan kabur dengan pelbagai fenomena baru yang tidak pernah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Bagi yang belum mengikutinya boleh klik pautan berikut.
http://prihatin.net.my/v3/2014/08/31/wanita-malaysia-sertai-jihad-seks-di-timur-tengah-dedah-laporan-risikan/
Sementara itu banyak juga persoalan munakahat yang masih belum sempat kami artikelkan. Kami terpaksa gilirkannya mengikut asbab atau mengikut kepentingan isu itu sendiri. Seperkara lagi kami tidak boleh muatkan terlalu banyak artikel ilmiah dalam sehari kerana ia akan membuatkan pembaca bosan dan perkongsian itu menjadi satu pembaziran.
Kami sesungguhnya meminta maaf kerana mengambil masa agak panjang bagi sebahagian persoalan yang telah ditanyakan lebih awal. Ini disebabkan kesibukan urusan harian semua admin RPWP sejak akhir akhir ini dengan pelbagai program yang bertali arus. Kesabaran anda amat kami sanjung dan itulah sikap yang telah Allah perintahkan semasa kita mencari hidayah.
KAITAN ANTARA HAFIZ DAN JIHAD
Lima unsur pokok dalam kehidupan yang harus dipelihara oleh manusia ialah,
hifz al-din (memelihara agama),
hifz al-nafs (memelihara jiwa),
hifz al-aql (memelihara akal),
hifz al-nasl (memelihara keturunan) dan..
hifz al-mal (memelihara harta).
Kelima lima pokok tersebut merupakan hasil interprestasi Al-Qur’an dan Sunnah dalam gerak kerja perjuangan Rasulullah SAW menegakkan agama. Itu adalah satu tuntutan jihad dalam menegakkan agama Allah yang dihadiahkan demi keselamatan dan kesejahteraan manusia.
Semestinya di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama yang berlandaskan alquran dan sunnah, tanggungjawab utama sebagai seorang muslim ialah memelihara kedaulatan agama dan negaranya dari sebarang ancaman dan unsur-unsur yang menjatuh negara dan agama Islam itu sendiri. Ini jihad yang jelas dan ia boleh sampai ke peringkat peperangan fizikal.
Berperang dengan musuh dalam selimut itu pula adalah antara jihad menentang kezaliman umat Islam yang menghancurkan agama ini 'dari dalam'. Ini banyak sekali berlaku di akhir zaman. Itulah kerosakan dalaman yang dilakukan oleh umat Islam sendiri, menjatuhkan maruah dan kehormatan agama, memusnahkan jiwa-jiwa umatnya sendiri.
Dalam banyak hal, umat Islam sudah hilang akal dalam menentukan kebenaran dan kebatilan. Agama mengajar kita mengurus nafsu seks melalui perkahwinan. Namun ia kini sudah menjadi bahan permainan dan hiburan tanpa batasan. Manusia sudah tidak memikiran impak permainan itu kepada keturunan, harta dan diri. Ia bukan lagi satu laluan jihad yang seharusnya dipelihara oleh umat Islam.
JIHAD NAFSU
Sekian lama kita bersemangat mengikuti siri peperangan di negara negara Islam di Timur Tengah dan lain-lain. Ada yang menangis, merintih, bahkan tidak lalu makan mengenang nasib agama serta umatnya. Terlalu sedih juga melihat mayat-mayat anak kecil dan wanita yang tidak berdosa. Ada yang sehingga sanggup berkorban harta dan diri untuk membantu.
Kini tiba-tiba kita digemparkan dengan kemunculan agenda baru sebuah pertubuhan Islam yang digelar ISIS yang menghalalkan satu jihad dengan label “JIHAD SEKS”. Ia dipromosikan atas 'tiket jihad' dengan fenomena 'matlamat yang menghalalkan cara'!
Bagaimana satu pemikiran yang jelas bertentangan dengan fitrah dan kehendak alquran diketengahkan sebagai satu wadah yang halal pula? Kami melihat ia semata-mata mahu memuaskan nafsu serakah sebilangan manusia yang rakus memecah belahkan hukum hakam agama.
Islam itu satu sistem hidup yang telah disempurnakan Allah melalui alquran dan sunnah. Kini kita bukan saja sudah berani secara terang-terangan mencabar ketetapan Allah dan Rasul, bahkan berani sewenang-wenang mengeluarkan satu fatwa yang jelas lari dari fitratullah atas nama ‘jihad’.
Kita mampu lihat mereka memanipulasi dan memperalatkan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang diselewengkan. Penyelewengan hadis dan perletakan ayat-ayat al-Quran ditempatnya sudah lama berlaku sejak Rasulullah s.a.w. wafat.
Rasulullah SAW sendiri telah menegaskan bahawa jihad paling besar adalah melawan nafsu. Kecintaan melampau kepada dunia dan kecenderungan terhadap isinya itulah yang menjadi salah satu daripada keinginan dan kemahuan nafsu. Jihad ini telah Nabi SAW sabdakan sebagai lebih besar dari peperangan Badr. Semua orang tahu hal itu.
Orang yang berakal dan teguh imannya pasti boleh menerima hakikat bahawa seks ketika perang bukan satu keperluan yang darurat. Jika tengah berperang pun masih sempat memikirkan tentang seks dan wanita, masih mahu mengejar kemahuan nafsu yang menggila – itu gila seks namanya!
QS: At Taubah:24 - Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
Ini adalah ayat muhkamat yang tidak memerlukan penjelasan lanjut. Jika mereka yang sedang ‘kononnya berjihad’ itu masih menggila seksnya, maka itu adalah satu JIHAD YANG PALSU (FASIK).
AGENDA PEMESONGAN AQIDAH
Kami menyingkap sejarah dengan mendalam, mengkaji apakah bentuk pendekatan yang digunakan oleh AL-MASIH AL-DAJJAL, musuh Allah dan Rasul dalam usaha menghancurkan akidah umat dan negara-negara Islam selama ini. Mereka banyak menggunakan tektik siyyasah, memperkenalkan sesuatu yang baru secara halus dan strategik untuk menghancurkan Islam.
Pelajaran dari sejarah Snouk Hurgeronje amat signifikan. Dia sanggup mengaku Islam, mengaku ulamak dan menikahi beberapa anak ulamak. Kemudian ia mencemarkan hukum agama dengan menfatwakan pelbagai peraturan, menghalalkan pelbagai kerosakan demi menyesatkan umat Islam ketika itu dengan kekeliruan dan kebodohan umat Islam sendiri.
Pendekatan jahat yang halus sebegini amat ‘makan dalam’. Ia sukar dikesan, apatah lagi untuk didakwa di mahkamah dunia kerana ia bersifat ghaib, namun kesan penyesatan dan kehancurannya bersifat kekal.
Terlalu panjang senarai kisah lalu untuk kita pautkan dengan kenyataan ini. Kesahihan status SYIAH, Osama Laden, September 11, bahkan siri penaklukan negara-negara Islam amat kabur. Namun ia ‘sempat’ menghancurkan negara dan umat Islam tanpa hak.
ISIS atau apa saja jenama yang digunakan mereka ini kami lihat seperti satu lagi topeng menggunakan jenama JIHAD dan ISLAM untuk memusnahkan wajah dan kesucian agama Islam itu sendiri. Sejarah membuktikan Yahudi akan tetap memusuhi Islam dengan pelbagai tipu muslihat bagi memesongkan umatnya dari kebenaran.
Kecerdikan kita dengan kebijaksanaan memahami alquran dan strategi Rasulullah SAW melalui pengkajian sirah dan sunnah baginda akan menambah keyakinan dan iman kita. Itu juga yang akan menjadi pendinding kepada agenda Dajjal ini.
Sesungguhnya TRIJEKTORI KEROSAKAN yang disebabkan satu fatwa salah sahaja mampu menjadikan umat Islam sanggup menggadaikan harta dan diri demi satu perjuangan yang sia-sia. Padahal ia tertolak dan merugikan kerana tidak berlandaskan al-quran dan jauh dari petunjuk.
Kami melihat Jihad seks yang dipromosikan ISIS ini adalah satu lagi agenda untuk mengheret manusia yang kelabu mata dengan hukum dan sangat ekstermis dengan definisi jihad. Mereka ini akan terjerat dengan mainan Dajjal.
PERKAHWINAN LALUAN PENDIDIKAN NAFSU
Perkahwinan bukan semata-mata menghalalkan seks, sebaliknya ia adalah laluan kepada segala praktikal ibadah yang ditetapkan Allah di dalam alquran. Ia juga satu pengorbanan melibatkan harta dan diri dan menuntut satu bebanan tanggungjawab yang begitu besar. Ia melibatkan pendidikan yang mendalam tentang institusi kekeluargaan dan pembentukan generasi seterusnya demi kesinambungan misi agama.
Perkahwinan menjadikan manusia itu bertanggunjawab dalam menerima amanah, memegang kepimpinan keluarga untuk mendidik isteri dan anak-anak agar berjaya menjadikan mereka hiasan dunia dengan ciri Islamnya. Al-quran itu menjadi perisai untuk menjadikan suami seorang yang benar-benar memahami dan bijaksana membawa peranan seorang abal hakam.
Oleh itu, jika amalan Jihad seks ini berleluasa, ia pasti akan menampakkan Islam itu umpama satu agama yang dangkal dan gila seks. Selama ini pun Rasulullah SAW sendiri dicerca musuh Islam dengan telahan gila seks. Dengan isu Jihad seks ini, maka bersoraklah nanti semua tentera dan utusan Dajjal seluruh dunia mengejek dan mentertawakan agama ini dan seluruh umatnya.
Apa jua yang dipromosikan oleh ISIS ini merupakan satu agenda yang menghalalkan seks secara paksaan dengan menawarkan tiket Jihad. Padahal semua janji-janji syurga itu adalah palsu dan langsung jauh dari mahunya Allah.
QS:An Nuur: 33 - “Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan budak-budak yang kamu miliki yang memginginkan perjanjian, hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-Nya kepadamu. Dan janganlah kamu ‘paksa’ budak-budak wanitamu untuk ‘melakukan pelacuran’, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, karena KAMU hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa itu.”
KESIMPULAN
Lapuran risik menunjukkan begitu ramai wanita yang ber ‘Jihad Seks’ ini pulang ke negara asal dalam keadaan hamil. Bagaimana nasib wanita dan anak itu dari segi nafkah dan pendidikannya? Siapa wali? Siapa saksi? Di mana perlaksanaan lengkap hukum munakahat? Nikah, cerai dan lain-lainnya??
Jika amalan mereka semudah membaca ‘Bismillah’ sebagai pengganti 'nikah' sebelum mula meniduri seorang wanita ‘Jihad Seks’ ini, kemudian meniduri wanita lain dengan satu lagi ‘Bismillah’… bagaimana mahu kita tentukan ‘wali’ atau bapa kepada bayi ini nanti?
Janganlah buat buat tidak nampak bahawa wanita dan seks telah benar-benar berjaya menguasai minda untuk menghancurkan ummat Islam sejak dulu lagi. Ini telah jelas dalam quran dan terlakar dalam lipatan sejarah kejatuhan pemerintahan Islam seperti Othmaniah, juga nasib yang menimpa raja-raja dan pemimpin Melayu Islam dari dahulu hingga kini.
Masih ingat Harem??? Sudah lihat beberapa video yang berlegar menunjukkan putera raja 'Islam' yang menabur jutaan dollar untuk wanita penghibur? MasyaAllah berjaya sungguh si Dajjal bukan?
Tanpa LABEL JIHAD pun umat ini sudah hancur dan hilang akal dek gila seks. Hari-hari kita dengar bayi dibunuh dan dibuang, juga berita rogol, tangkap khalwat & bersekedudukan macam suami isteri, sumbang mahram, pelacuran dan sebagainya.
Begitu ramai wanita Melayu (Islam) gila seks yang ‘menaja’ Awang Hitam. Sanggup habiskan duit simpanan, sanggup jadi keldai dadah & jenayah, sanggup melihat anak sendiri diliwat, dirogol dan dibunuh Awang Hitam teman lelaki sendiri… semua itu hanya kerana SEKS!!
Tidak mengapalah.. itu kegilaan seks wanita dewasa. Namun fenomena yang paling menakutkan kami sekarang ini ialah ‘minda seks’ yang telah berjaya menjajah anak kecil kita di sekolah rendah. Baik lelaki maupun perempuan.
Cubalah sekali sekala selidikki anak kita. Lihat dan teliti apa ada di komputer atau telefon, malah buku mereka... lihat isi buku nota, kartun dan contengan tangan, isi surat anak kita kepada pasangan mereka bahkan status FB mereka.
Allah letakkan nilai wanita itu cukup tinggi dalam Islam sehingga para lelaki sangat dituntut untuk melindunginya dengan penuh kasih sayang, bukan sebagai ‘hamba seks’. Tidak memungkinkan fatwa songsang ini boleh diterima akal. Apapun kami tinggalkan kepada anda untuk turutsama mengkaji dan meneliti dengan akal dan wahyu, jangan ikut nafsu.
JAWAPAN kepada yang bertanya, kami akan jawab ‘TIDAK’ terhadap Jihad Seks ini.
WARGA PRIHATIN
No comments:
Post a Comment