Pages

Wednesday, September 24, 2014

Peringatan Buat Diri...

Semoga peringatan ini bermenafaat buat diriku yang masih alpa....


Perlu melazimkan diri untuk melaksanakan:

 
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.


Ketiga: Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh


Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman


Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.


Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.


Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT


Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati


Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT,  kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

No comments:

Post a Comment