Pages

Sunday, September 7, 2014

Pendirian Hadi tegas berprinsip

September 8, 2014 Berita Utama, Utama 0

BANGI, 8 Sept – Pendirian terkini Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam isu Menteri Besar Selangor menunjukkan beliau tegas dengan prinsip yang dipegang olehnya. Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah merujuk kepada dasar parti yang juga dasar Islam yang kukuh.
 
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, Haji Hadi berjaya mengendalikan ‘pemain-pemain baru dalam politik PAS’ dan negara yang gelojoh dan keliru.
“Haji Hadi merujuk perkara itu kepada beberapa orang pemimpin tertinggi parti yang memberi wala’ kepada Anwar Ibrahim, bukan kepada Presiden PAS,” ujar Ustaz Abdullah kepada ISMAweb.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah menjelaskan pendiriannya terhadap krisis politik di Selangor dalam majlis ‘Dialog dan Penjelasan Isu Terkini’ bersama ahli di Terengganu baru-baru ini. Menurut Abdul Hadi, krisis di Selangor adalah berpunca daripada PKR, bukan daripada PAS.
 
“Ramai pihak gembira dengan pendirian Hadi kali ini kerana ia memperlihatkan ketegasan dalam berprinsip.
“Beliau jelas berpegang kepada syarat-syarat kelayakan kepimpinan dalam Islam apabila menolak Wan Azizah dan juga jelas mendokong institusi raja berperlembagaan,” kata beliau lagi Tambahnya, dalam Islam ‘mas’uliyah’ atau tanggungjawab kepemimpinan terletak pada bahu Presiden, bukan pada ahli jawatankuasa pusat. “Jawatankuasa pusat hanya membantu Presiden dalam perkara yang diberi mandat oleh Presiden termasuk memberi pandangan dalam perkara yang diminta.

“Jawatankuasa pusat tiada mandat yang mengatasi kuasa Presiden,” kata Ustaz Abdullah.
Dalam majlis tersebut, Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah menjawab beberapa persoalan di kalangan ahli yang berkaitan dengan parti PAS seperti isu MB Selangor, PasMa dan lain-lain lagi.

Sumber:  http://www.ismaweb.net/2014/09/pendirian-hadi-tegas-berprinsip/

No comments:

Post a Comment