Pages

Tuesday, September 16, 2014

Ucapan Terima Kasih...

Saya amat gembira atas atas kejayaan penganjuran Himpunan Solidariti Ummah semalam 13/9/2014. Syukur kepada Allah s.w.t . Jutaan terimakasih kepada ikhwah akhawat daripada ISMA, warga Aman Palestin, PEMBINA, duta-duta Aman Palestin, rakan-rakan NGO, sukarelawan, adik-adik, anak anak, stesen radio, tv, pelbagai kumpulan media, yang telah bertungkus lumus menjayakan kempen.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Tan Sri Zaman Khan yang telah sudi menjadi penasihat dan penaung kepada kempen bulan kemarahan dan acara kemuncak Himpunan Solidariti Ummah. Harap sokongan beliau akan berterusan pada masa akan datang. Moga Allah mengira sumbangan tersebut sebagai pemberat timbangan amalnya pada hari akhirat nanti.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan rakan dari PICOM dan Hamas yang telah mengirim Ust Usamah Hamdan sebagai tetamu istimewa ke HSU mewakili Syeikh Khalid Mesyal, Hamas dan rakyat Palestin keseluruhannya.

Terima kasih juga kepada kumpulan nasyid Al-Wa'du, Fetya, artis-artis, kumpulan kawad yang telah memukau hadirin dengan persembahan persembahan mereka.

Jazakumullah Jamian khairal jaza'.


FB..Abdullah Zaik Abd. Rahman. Presiden ISMA.

No comments:

Post a Comment