“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Monday, September 1, 2014
Mengasah Minda Tua...HATI
HATI...
Segalanya bermula di sini.
HATI...
Nama yang sering kita sebut-sebut
Walaupun kita tidak pernah menatapinya.
Padanya ada....
Cinta...
Suka...
Marah...
Sedih...
Keciwa...
Syukur...
Ikhlas...
Semuanya datang dari HATI.
Adakah kita memandang ringan persoalan HATI?
HATI...
Darinya lahir untung dan rugi
Senang dan susah
Bahagia dan sengsara.
Kerana di HATIlah tempat untuk membuat keputusan
Diantara mahu atau tidak
Diantara menerima atau menolak.
Di HATIlah tempatnya medan peperangan
Tempat berlakunya tarik menarik
Diantara haq dan batil
Diantara tarikan IMAN dan tarikan SYAITAN.
Namun HATI....
Begitu sukar untuk mengawalnya
Kerana sifatnya yang liar dan sentiasa berbolak balik
Sentiasa berubah-ubah...
Sekali mahu sekali menolak
Sekali sanggup sekali tidak.....
Di HATI....
Tempat bersarangnya tentera-tentera syaitan...
Yang mengapi-apikan permusuhan sesama insan
Dan menganjurkan keengkaran kepada Tuhan.
Jagalah HATI
Kerana di situlah jatuhnya pandangan Tuhan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment