Isnin, 6 Julai 2015
Terjemahan
artikel The New York Times ke dalam Bahasa Melayu dan Mandarin adalah
satu bentuk penyebaran secara meluas kepada pembaca kumpulan majoriti
rakyat Malaysia.
Berderu-deru
cybertroopers DS Najib mempertahankan beliau dan 1MDB dengan mendakwa
WSJ, Sarawak Report adalah agen Zionis untuk menjatuhkan negara.
Ya
tiada siapa nafikan WSJ, Sarawak Report ada agenda masing-masing yang
kita perlu awasi. Mereka hanya buat kerja mereka iaitu menghidu
kelemahan kita yakni korupsi dan pecah amanah untuk mereka ambil
kesempatan ke atas keculasan dan kebodohan kita.
Adakah ianya satu konspirasi asing? Ya.
Adakah Tun Mahathir membantu konspirasi asing? Tidak.
Saya sudah ulaskan dulu sebulan lalu (https://goo.gl/Iwsjb9)
bahawa pendedahan-pendedahan The New York Times (NYT) yang mereka
sanggup terjemahkan ke dalam dua bahasa vernakular terbesar di Malaysia
adalah mirip modus operandi media asing untuk menjatuhkan Suharto
sekaligus menjajah ekonomi Indonesia melalui "Structural Adjustment
Plan" di bawah IMF dan World Bank.
Objektif utama: membangkitkan kemarahan rakyat jelata.
Maka
pendedahan The Wall Street Journal (WSJ di bawah hakmilik News Corp
kepunyaan Rupert Murdoch) yang kita semua tahu kerap membela DS Anwar
Ibrahim adalah salah satu organ propaganda kuasa Barat.
Berbeda
dengan pendedahan Majalah TIME ke atas korupsi keluarga Suharto yang
menjatuhkannya pada 1998, pendedahan NYT dan WSJ pada hemat saya bukan
bertujuan untuk jatuhkan DS Najib. Sebaliknya ianya adalah satu bentuk
ugutan kepada beliau - setelah mereka gagal harapkan DS Anwar Ibrahim
memenangi PRU - untuk mempersiapkan Malaysia sebagai "Negara
Pembentengan" (Buffer State) sebagai salah satu rencana "Pengepungan
Tanah Besar China" (Containment of People's Republic of China).
Ada
mirip modus operandi media asing membakar kemarahan rakyat Indonesia
pada 1998 dulu terhadap skandal korupsi keluarga Presiden Suharto.
TPPA
adalah salah satu mekanisme kepada dasar "containment" ini dan Malaysia
berada di tengah-tengah kancah yang besar seperti yang saya telah beri
amaran setahun lalu dalam tulisan saya "Pelanduk on the Pivot: Is
Malaysia 3S Ready?" (http://goo.gl/PBwxKv).
1MDB
adalah keldai sekaligus kuda trojan (mule and trojan horse) untuk
operasi ini melalui mekanisme perangkap hutang (debt entrapment)
menggunakan "pensabotaj ekonomi" (economic hitmen) seperti yang
dijelaskan oleh bekas economic hitmen, John Perkins yang sudah berlaku
ke atas Greece sejak tahun 2000 (http://goo.gl/CTNRgG).
Siapakah "economic hitmen" untuk 1MDB? Goldman Sachs.
Bagaimana
DS Najib terperangkap? Beliau cuba mengambil jalan pintas untuk
mendapatkan bantuan pinjaman untuk kempen PRU menggunakan Goldman Sachs
seperti yang didedahkan oleh WSJ, dan Sarawak Report TANPA beliau sedar
sebenarnya "mereka" bukan saja Goldman Sachs, telah menyusup masuk untuk
membuatkan DS Najib bergantung kepada "mereka".
Jho
Low, Tim Leissner, Roger Ng, ini nama-nama yang punya kehandalan dan
terlibat kepada penyusunan dan penstrukturan urusan kewangan 1MDB khusus
melibatkan pengluaran kertas hutang (bonds and middle term notes) untuk
memerangkap DS Najib yang terdesak.
Sebenarnya
Tun Mahathir adalah penyelamat dalam hal ini kerana beliau sudah
berjaya hidu dan berkali-kali menegur DS Najib secara pertemuan empat
mata tetapi DS Najib tidak endah.
Sekarang
tampaknya sudah terlambat. DS Najib masih menyerang Tun Mahathir untuk
alih perhatian sedangkan Tun Mahathir berupaya membantu DS Najib keluar
daripada perangkap yang ditinggalkan kuasa asing ke atas DS Najib
melalui 1MDB.
Pendedahan
dan dakwaan NYT, WSJ dan Sarawak Report ada asas yang kukuh kerana
mereka bukan saja perolehi daripada sumber dalaman tetapi lebih penting
dari luar khusus berhubung jejak-jejak Jho Low, Riza Aziz dan sebarang
transaksi melibatkan US Dollar oleh 1MDB seperti jelasnya WSJ dan
Sarawak Report.
Apakah
langkah terbaik yang DS Najib patut buat? Pada hemat saya jumpa dengan
Tun Mahathir dan selesaikan. Kita ada kepentingan negara dan rakyat yang
lebih besar daripada maruah seorang pemimpin dan sebuah parti. Musuh
sedang menangguk di air yang keruh.
Sumber:http://www.rausyanfikir.com/
No comments:
Post a Comment