July 31, 2015 Berita Utama,
MH370 menggunakan Boeing 777. Hanya satu saja Boeing 777 yang dilaporkan hilang iaitu yang digunakan oleh MH370
KUALA
LUMPUR, Jumaat – Sah! Serpihan pada sayap pesawat yang ditemui di Pulau
La Reunion dua hari lalu adalah daripada komponen Boeing 777 dan
mengaitkannya dengan MH370 kerana setakat ini ia adalah satu-satunya
Boeing 777 yang dilaporkan hilang.
Pengesahan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dalam kenyataan hari ini berkata:
“Berdasarkan
nombor siri pada komponen itu, mengesahkan serpihan itu adalah daripada
pesawat Boeing 777. Maklumat ini daripada Penerbangan Malaysia. Mereka
sudah beritahu saya.
“Saya
percaya kita bergerak hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh
menjadi bukti meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi”.
Komponen
sayap atau flaperon sepanjang dua meter yang ditemui di pulau milik
Perancis, Reunion, itu tercatat nombor 657-BB. Ia dihantar ke Perancis
malam tadi untuk siasatan.
Nombor itu adalah sama dengan buku manual penyelenggaraan pesawat Boeing 777, lapor AirLive.net.
Setakat
ini, hanya satu pesawat Boeing 777 dilaporkan terhempas di Hemisfera
Selatan iaitu MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari
Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China.
Abdul Aziz
berkata, bagaimanapun pengesahan paling muktamad perlu datang daripada
Boeing dan pengubahsuaian oleh syarikat itu terhadap flaperon berkenaan
memudahkan ia dikenal pasti.
“Ada
beberapa ubah suai pada bahagian dalaman flaperon itu. Hanya Boeing
boleh mengesahkan (flaperon itu datang dari MH370). Ubah suai itu
dilakukan Boeing.
“Hanya
selepas mereka mengesahkan bahagian dalaman flaperon yang mereka ubah
suai itu, barulah kita boleh yakin ia dari MH370,” katanya.
Abdul Aziz berkata pasukan penyiasat Malaysia sudah berada Paris dan akan ke Toulouse untuk membantu memeriksa serpihan.
Menurutnya,
satu lagi pasukan Malaysia dalam perjalanan ke Reunion untuk memeriksa
beg bagasi yang ditemui semalam atau apa saja serpihan dan barang lain
ditemui. – Agensi
Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/07/sah-serpihan-pesawat-ditemui-milik-boeing-777/
No comments:
Post a Comment